Iklan Leaderboard

Sabtu, 30 November 2013

27 Kahwin kerana diperkosa, cerai kerana curang?

“Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20. Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.



Jumaat, 29 November 2013

23 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 3

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas banyak peserta yang agak menurun kerana disebabkan faktor temanya yang agak susah iaitu Cerita Rakyat. Mnggu ini persembahan dijangka lebih menyengat dengan tema Cinta. Harapnya semua peserta terutama peserta favorite ramai seperti Sepah, Jambu, Nabil dan Shiro dapat buat yang terbaik.


32 Gaji pemimpin kerajaan masih rendah dari swasta

Dulu kerajaan negeri Sarawak naikkan gaji Menteri dan ADUN mereka sampai 3 kali ganda, ramai orang bising terutama daripada pihak Pakatan Rakyat. Kemudian dalam persidangan Dewan Rakyat, mereka bawa usul pemotongan gaji ke atas jawatan beberapa orang iaitu Duta Khas dan Penasihat Khas yang dilantik kerajaan namun usul tersebut ditolak.



Khamis, 28 November 2013

26 Gadis bawah umur sangap, pedophile gembira

Aku tak tahulah kenapa budak2 perempuan bawah umur sekarang sangap sangat dengan jantan sampai sanggup cari laki nak buat pakwe, fake relay, abang angkat kat group2 "cari pakwe dan awek" di Facebook? Diorang ni tak diajar ke oleh mak bapak dan cikgu2 kat sekolah kepentingan menjaga maruah diri dan keselamatan peribadi di Internet? Tahu tak yang diorang hanya mendedahkan diri kepada lelaki2 tua pedophile yang mempunyai bernafsu serakah seksual terhadap budak2 perempuan bawah umur?



Rabu, 27 November 2013

26 Pengajaran kepada wanita yang mahu bercinta

Baru2 ini tersebar isu pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang upload gambarnya bersama kekasihnya dalam keadaan yang tidak berapa menyedapkan mata memandang di Facebook miliknya dan mempunyai status pasal mengandung anak luar nikah dan Jakim tak boleh buat apa2.



Selasa, 26 November 2013

25 Habiskan 1/3 harta untuk wangian bukan membazir

Adakah anda tahu, kalau anda menghabiskan 1/3 daripada harta anda untuk beli wangian, ia bukanlah dikira sebagai suatu yang membazir? Bermakna kalau gaji anda RM3,000 sebulan, belanjalah RM1,000 daripadanya untuk beli minyak wangi sahaja, dan ia bukanlah suatu pembaziran.



Isnin, 25 November 2013

35 Persembahan heavy metal untuk tarik anak muda

PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan. Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.



Sabtu, 23 November 2013

24 Kulit kebal dari api neraka kerana cinta

Hanya kerana awek dan cinta, kulit pun boleh jadi kebal dari api neraka, sungai neraka pun sanggup direnangi. Aku tahu spesis ini bukan seorang tapi masih semakin membiak dengan pesatnya di tanah airku ini.


Jumaat, 22 November 2013

17 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 2

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas kumpulan Gerak telah pun tersingkir, menjadikan 15 kumpulan yang tinggal untuk berentap di gelanggang MLM2013 minggu kedua. Minggu kedua ini biasanya minggu yang paling menguji kemampuan peserta kerana penonton sudah mula membuat perbandingan dengan persembahan minggu pertama.


9 Cara terbaik untuk beri alasan apabila dikritik

Dalam hidup ini kita sentiasa dikritik. Apa yang kita buat pasti ada je yang tak kena pada pandangan orang lain. Suka tak suka kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Oleh itu apabila kita dikritik, kita perlu memikirkan alasan dan jawapan yang paling baik agar dapat menutup mulut orang yang mengkritik kita. Berikut adalah antara contoh2 alasan paling bagus untuk menjawab kritikan orang:


34 Hukum hudud bukan untuk negeri Kelantan sahaja

Mula2 keluar berita pasal Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri tersebut.



Khamis, 21 November 2013

22 Ucapkan terima kasih atas penat lelah Rosmah

Ramai orang mempersoalkan kewajaran isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai kerajaan serta mewakili negara untuk menghadiri satu Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar baru-baru ini terutama di kalangan ahli parlimen pembangkang. Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu ini di parlimen.



Rabu, 20 November 2013

22 Ingat ibu anda sebelum membuat suatu ketahian

Sebelum2 ini kami dah banyak kali paparkan ketahian para budak2 baru nak up yang merupakan remaja generasi sekarang ini. Ketahian2 mereka banyak dilihat di media2 sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Keek, Youtube serta tempat2 yang tidak bermanfaat seperti Pavi, Villa Nabila, hotel2 murah, rumah awek, semak dan lain2. Antara contoh2 ketahian mereka:


Selasa, 19 November 2013

26 Kisah sebenar entiti misteri Villa Nabila

Misteri di sebalik kehilangan remaja di Villa Nabila telah terjawab. Ini adalah cerita sebenar yang orang lain tak tahu, hanya kami yang tahu kisah sebenar di sebalik misteri2 ini setelah pergi sendiri ke Villa Nabila dan menebual entiti2 paranormal yang terlibat. Dikhabarkan entiti2 misteri ini mempunyai kunci jawapan kepada kehilangan remaja yang telah menyebabkan satu negara gempar. Ini bukan kisah2 karut atau khabar2 angin yang disebarkan di media sosial tetapi adalah fakta dan kebenaran semata2.



14 Pemimpin rakyat yang paling menghiburkan

Seorang pemimpin juga merupakan manusia macam kita. Mereka juga ada perasaan dan emosi gembira, sedih, marah macam manusia lain. Cuma aku rasa sebagai seorang pemimpin rakyat dan ketua kepada masyarakat kita seharusnya lebih matang, wibawa dan cool bila melayan karenah orang lain. Kalau marah pun tak perlu balas kata2 kesat dengan kata2 kesat juga macam budak2 sekolah rendah bergaduh. Sebagai pemimpin tak perlu kita letakkan tahap dan standard kita sama dengan orang2 yang suka mencarut dan cakap benda2 lucah ni, bukan?



18 Kereta lama lebih 12 tahun bakal diharam jadahkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 


Isnin, 18 November 2013

14 Bantu orang susah dengan Like status ini

Ramai orang sakit, susah dan miskin yang memerlukan perhatian dan bantuan. Bagi yang prihatin, anda semua boleh menolong mereka dengan Like status ini di Facebook.

1 Like = RM10.
1 Like = 10 pahala.



9 Gwiyomi dan makcik2 BN

Orang melayu kalau buat gwiyomi memang nampak begitu ketara ketahiannya, lebih2 lagi kalau pakai baju yang mewakili parti politik.


Ahad, 17 November 2013

32 Tiada niat menunjuk tapi tunjuk pada orang lain

Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila tidak menyangka hasrat memiliki kereta Mini Cooper sebagai hadiah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi kenyataan. Semalam, selepas menerima keputusannya, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 itu mendapat kejutan paling istimewa apabila dihadiahkan kereta idaman oleh bapanya, Zukila Deraman, 36, seorang peniaga ayam. 


Sabtu, 16 November 2013

26 Sistem sampah SPPBS yang membeban para guru

Masalah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bukan suatu yang baru. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2011, ia dah mengundang banyak reaksi negatif dan rungutan daripada para guru. Antara rungutan yang selalu didengar adalah sistem SPPBS yang sangat lembab, cikgu disarankan isi data pukul 3 - 5 pagi which is sangat bangang, sistem hanya boleh dibuka menggunakan Internet Explorer versi 7 - 9 which is sangat bahlol. Ramai orang tak guna IE la, orang ramai guna Mozilla Firefox, Chrome dengan Safari je la sekarang.



Jumaat, 15 November 2013

14 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 1

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Maharaja Lawak Mega 2013 menyaksikan pertarungan antara 16 pesera iaitu Nabil, Kucai, Bocey, Boboi, Shiro, Sepahtu, Osama, Mamu, Jambu, Comey, Tulang, SYJ, Wala, Saywho, Gerak dan Zero. Jozan tahun ni tak masuk sebab tahun lepas baru masuk. Ada kumpulan yang merekrut ahli baru seperti Sepahtu, ada kumpulan yang baru ditubuhkan, ada kumpulan yang mengekalkan ahli pasukan. Nabil satu2nya peserta solo. 


15 Dewan Rakyat tempat berbahas bukan sarkis

Maharaja Lawak Mega 2013 dah pun bermula. Peserta2 yang bertanding kali ni juga hebat2 belaka menjadikan pertandingan ini pasti lebih sengit. Aku harap Maharala Lawak Mega kali ini lebih lawak dan kelakar daripada yang sudah2. Btw nak tahu apa yang lebih lawak? Gelagat wakil2 rakyat yang kita dah undi masa pilihan raya di sidang Dewan Rakyat.



Khamis, 14 November 2013

12 Motor kapcai bakal diharam jadahkan di lebuhraya

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.


Rabu, 13 November 2013

14 Peminat bola sepak atau KJ mana lagi biadap?

Ramai peminat bola sepak tanah air amat bencikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Fan2 bola sepak tempatan tak kira Ultras Malaya (Malaysia), Boys of Straits (JDT), Elephant Army (Pahang), Ultras Kelantan, Ultras Panthers (Pulau Pinang), Ultras Taming Sari (Melaka) dan lain2 selalu melaungkan chant "FAM Bangsat" sewaktu mana2 perlawanan bola sepak tempatan di stadium, malah presiden FAM pun pernah kena boo di stadium.



Selasa, 12 November 2013

24 Kurangkan haters dengan menjadi lebih baik

"Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik."


Ahad, 10 November 2013

14 Pembunuh bersenjata api mungkin berdekatan kita

Akhirnya suspek yang merupakan pengawal keselamatan lahanat yang telah membunuh pegawai Ambank dengan kejamnya menggunakan pump gun telah pun diberkas dan ditangkap di Kota Tinggi, Johor.


Jumaat, 8 November 2013

10 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Kerusi Panas

Maharaja Lawak Mega kembali untuk musim terbaru untuk tahun 2013. Untuk minggu ni adalah minggu untuk kerusi panas atau hot seat di mana 12 kumpulan akan berentap untuk merebut 3 tempat dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross di mana akan diadili dan dipilih oleh tiga orang juri profesional iaitu Pak Nil, Azwan Ali dan Hattan.


16 Couple zaman remaja memang sangat bahagia

Mesra dan romantik sungguh budak2 sekarang bercouple. Belum ada anak dah berpapa mama gitu. Sweet sangat... Bersangka baik, mungkin budak2 ini sudah berkahwin macam pasangan remaja 16 dan 14 tahun yang kahwin muda dulu.



Khamis, 7 November 2013

12 Mendaulatkan Islam cara Malaysia dan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan sentiasa mendaulatkan agama Islam serta mempertahankan kalimah Allah demi kesucian agama, bangsa dan negara tercinta.



Rabu, 6 November 2013

14 Kempen politik yang paling sedih abad ini

Sebelum pilihan raya kecil DUN Sg. Limau hari tu, aku adalah tertengok berita kat TV3, dan adalah tertengok sedutan berita pasal kempen BN bagi PRK Sg. Limau, dan adalah tertengok sebuah adegan yang sangat  menyedihkan yang menyebabkan aku terpaksa muntah. Aku ingat aku sorang perasan, rupa2nya ada jugak orang upload kat Youtube. Bagi yang boikot berita TV3, anda seorang yang bertuah dan bernasib baik kerana dapat menyaksikan semula rakaman kempen ini.



Selasa, 5 November 2013

3 Fadhilat doa awal dan akhir tahun Hijrah

Setiap kali kedatangan Awal Muharram, ramai orang yang kongsikan doa2 khusus untuk di baca pada awal dan akhir tahun yang mana doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah manakala doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.



8 Kemenangan buat Pahang dan PAS

Kelmarin pasukan bola sepak Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam dengan gol tunggal disumbatkan oleh penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti.



Isnin, 4 November 2013

6 Kematian wakil rakyat bagaikan suatu rahmat

Di Malaysia, seperti sudah menjadi suatu budaya bila mana kematian seorang wakil rakyat bagaikan suatu rahmat bagi kawasan yang diwakilinya. Ini kerana pada ketika itulah kita dapat lihat sikap2 manusia hipokrit demi meraih undi.



Ahad, 3 November 2013

18 Ibu perlu berhenti kerja untuk jaga anak sendiri

Dengan lambakan kes jenayah dan kebanjiran warga asing menyebabkan kita terpaksa hidup dalam ketakutan dan syak wasangka. Kes penderaan kanak2 juga bukan perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, terutama yang berlaku di pusat penjagaan kanak2 serta melibatkan pembantu rumah sendiri. Baru2 ini
timbul pula isu penderaan kanak2 di Pusat Asuhan Taman Melati yang telah dirakam oleh seorang bapa kanak2 ini yang bertindak memasang kamera tersembunyi di beg sekolah anaknya.


Sabtu, 2 November 2013

10 Sidang media perlawanan akhir yang kesian

Berikut adalah sidang media atau sidang akhbar untuk acara sukan di luar negara:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...