Halaman

Rabu, 22 Januari 2014

Demo boikot barang Jepun yang lawak dan memalukan

Kalau anda mahu membuat perhimpunan atau demonstrasi jalanan, pastikan anda bawa geng yang ramai dengan sepanduk2 yang mempunyai kata2 yang bermakna serta jelas dilihat. Jika tidak, anda hanya akan jadi bahan lawak sahaja, dan juga memalukan diri sendiri.



Apa benda yang akak tulis kat baju akak tu?





Buat demo dah lah berapa kerat je, tiba2 je suruh boikot barangan Jepun hanya sebab DS Anwar Ibrahim dihalang daripada masuk Jepun. Lepas tu tak pasal2 bakar dan pijak bendera Jepun. Amboi, rasa hebat sangat ke provoke negara Jepun? Rasa2 kalau Jepun tarik pelaburan diorang kat Malaysia atau lancarkan serangan pada Malaysia, aku nak tengok muka korang kat depan pertahankan negara kita. Dahla dulu Jepun pernah jajah kita buta2 je, ni takde pasal cari pasal.

Tahu tak kebanyakan teknologi dan barangan yang kita guna dan pakai pada hari ini di Malaysia adalah hasil dari negara matahari terbit tu? Sampaikan Proton pun bermula dengan guna teknologi Jepun. Kalau rasa2 semua benda kita dah boleh hasilkan sendiri dan menjadi jauh lebih maju daripada negara Jepun, ya sila lah boikot barangan Jepun.

Kalau ya pun sayang sangat kepada Ketua Pembangkang, jangan la buat sesuatu memalukan diri sendiri dan negara. Anwar sendiri tak setuju dan kata tak perlu pijak dan bakar bendera Jepun. Ini tak pasal2 berita pasal ni dah masuk berita Kyodo News kat Jepun. Dulu kita selalu marah dan sedih tengok dalam berita orang Indonesia bakar dan pijak bendera Malaysia kan? Ya, macam tulah orang Jepun pandang kita sekarang macam mana kita pandang orang Indonesia dulu.


Dan yang lagi lawak, ada jugak yang kata Kerajaan Jepun tunduk kat UMNO. Hebat betul UMNO ni. Kalau kerajaan Jepun tunduk kat UMNO, negara Malaysia dah lebih maju dah daripada negara Jepun, tak payah susah2 kita buat dasar pandang ke timur, suruh je Jepun transfer semua teknologi dan pengetahuan diorang kat sini, habis cerita.

Jepun sendiri pun kata Anwar dihalang daripada masuk Jepun kerana masalah visa, so tak payah nak kalut2 sangat sampai demo, bakar pijak bendera bagai. Pergi sahaja ke Kedutaan Jepun, hantar memorandum mintak penjelasan sudah, tak payah kecoh2 dan buat provokasi bangang.

Btw, Anwar tu baru dihalang dan disuruh pulang ke Malaysia sahaja, bukan ditangkap, dipukul, dibunuh pun, itu pun sanggup bakar dan pijak bendera Jepun. I wonder adakah mereka2 ini terutama yang bukan beragama Islam tu akan turut serta mengutuk, membakar dan pijak bendera Israel bila setiap kali umat Islam di Palestin ditindas dan dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel.






tags: demo demonstrasi perhimpunan bantah amk keadilan pemuda shamsul memorandum kedutaan jepun bakar pijak bendera boikot barangan poster kyodo news twitter nga kor ming @ngakorming salah umno masalah isu visa halang suruh pulang masuk jepun anwar ibrahim ketua pembangkang

40 ulasan:

  1. ni dah sape2 la yg buat kecoh ni.. pastu x pasal2 nama pembangkang busuk. pasal visa je abes setengah jam kt tv3. kalut btol sape buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi PKR tetap dengan pendirian, semua ni salah UMNO dan UMNO & Kerajaan Jepun berkonspirasi untuk jatuhkan politik Anwar Ibrahim anak beranak.

      Padam
    2. cuba tengok yg duduk depan tu sapa?? kalu gambar no 2 tu tgh pegang hp..........

      Padam
    3. Xkisah lah kospirasi UMNO ke... ketidak-perihatinan pembangkang ke...
      Anwar dh xbleh pimpin negara nih.Politik dia dh hancur.
      Muka pemimpin akn mncerminkan sikap negara nih nanti.Pemimpin adalh suara rakyat.

      Buat masa nih Jepun adalah negara favourite dunia. Negara kita sepatutnya ambil sebanyak peluang yg boleh untuk mengerat kn hubungan dengan negara tuh.
      Sekarang kita dh mencela bendera diorang!!
      Anwar sepatutnya memohon maaf kat kerajaan jepun atas sikap penyokongnya.
      supaya leh hilang tuduhan yg rakyat kita x suka jepun dan nak severe segala connection dari negara matahari terbit tuh.

      Isu politik kita biar kita yang handle..jangan tarik negara luar ! Kalau hubungan negara dah terjejas..macam2 peluang akan tertutup dimasa hadapan nnti.

      Padam
  2. Bodoh la geng kongsi gelap nih, nak bodek DSAI pun agak2 la...

    BalasPadam
  3. serius bodoh. nak boikot jepang? haha. btw pemilihan dah dekat. macam-macam cara bodoh nak expose. unfortunately in wrong way.

    BalasPadam
  4. Idiot and stupid....bahlol

    BalasPadam
  5. masuk berita utusan meloya kata kerajaan jepun halang pembangkang dari masuk ke negara tu tp rupanya anwar takde visa. baik punya spin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan Jepun sendiri cakap takde Visa. Takkan Utusan nak cakap Takut orang jepun diliwat Anwar kot? Apa lagi Anwar MAHU?

      Padam
  6. Malaysia ni..hari2 ada cerita comel, pelik dan lawak..kalau tak menteri yang buat lawak, para rakyatnya..:-)

    bagus juga, modal untuk buasir otak ulas..

    *senyum*

    BalasPadam
  7. Kalau macam ni, aku tak nak Anwar Ibrahim jadi PM. Nanti habis teknologi & modal jepun ditarik dari malaysia. Nanti semua bergantung pada USA & Israel.

    BalasPadam
  8. Alah..ntah2 org umno sbnarnye nyamar jd pmbangkang utk burukkn imej dsai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tu semua konspirasi & SB Polis berlakon untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim kan manusia Maksum.

      Padam
    2. a'ah.tak mungkin dsai dan konco-konco akan bertindak begitu..mereka semua bijak dan sentiasa berfikiran matang serta profesional. ni mesti najib yg menyamai pakai topeng muke jadi uncle india tu.

      Padam
    3. tak nampak ke yg demo tu semua keling, takkan keling2 tu umno jugak?

      Padam
    4. Aaah... Itu orang UMNO menyamar guna topeng keling! Semua ni fitnah jahat terhadap Anwar Ibrahim!

      Padam
    5. sarkastik level tinggi!!tahniah anon!

      Padam
  9. Bila emosi menguasai diri n ke'macai'an terserlah.....x perlu fanatik kat mana2 parti politik, semua ada baik buruk masing2. Sendiri nilai, sendiri undi. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tapi PKR tetap dengan pendirian, semua yang berlaku ni konspirasi terancang UMNO-BN.

      Padam
    2. Ye....nanti kalau sy demam maknanya konspirasi UMNO-BN, kalau sy dpt naik pangkat pun konspirasi UMNO-BN.

      Mana la letak prinsip Rukun Iman "percaya Qada dan Qadar" di mana semua yg berlaku atas ketentuan Allah. Kalau xde letak kepercayaan rukun Iman yg ke-6 ni, maka kita x lengkap menjadi insan yg beriman, sama seperti x percaya kpd Allah, Rasul, Malaikat, Hari Kiamat, etc.

      Astargfirullah-halazim...bawa mengucap username 'Anwar Ibrahim'

      Padam
    3. Sebab tu nak lengkapkan Iman kena UNDI PAS.. Undi PAS masyuk surga..

      Padam
  10. Org tua2 cakap anak2 muda sekarang perangai teruk. Tapi tengok sendiri la siapa yang menjadi contoh kepada kita yg muda2 ni. Dengan org tua yang sibuk merasuah, politik, menipu, bodoh, dan macam2 lagi.. dikatanya org muda2 ni sosial, tak matang, tak cerdik, dan lain-lain.

    Macam mana nak mendidik anak bangsa jika org tua pun kurang didikan. Pada masa depan nanti, kita pula akan salahkan anak2 muda, lepas tu agungkan zaman muda kita macam kita la yang terbaik. Semuanya berputar dan terus berputar.

    BalasPadam
  11. setuju! orang jepun sangat baik kot..buat malu je buat protes jalanan sebab taktahu fakta.haha

    BalasPadam
  12. Boikot barang JEPUN, tapi pegang Toyota Wish! WXS2824.. Sangat BIJAK!

    BalasPadam
  13. kpd macai PR sila boikot brg jepun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boikot barang Jepun. Tapi tetap pakai kereta Toyota, Honda & Nissan yang dipasang di Malaysia! Tahniah! Boikot yang BIJAK!

      Padam
    2. Ye la xkan nak guna keta proton. kualiti hampeh macam haram. perdana pun tiru amik accord lama.. xsanggup amik keta proton. puihh.

      Padam
    3. Pakai Proton pun teknologi jepun. Lain kali, nak boikot Jepun, kereta kena guan Ford ka Hyundai ka, VW ka Ferrari ka..,

      Padam
  14. Balasan
    1. Aku heran la dgn sekelompok kecil manusia2 kat dlm gambar tu, dorang ni tak baca news dan selidik bebetul ke sebelum carry on buat demo mengarut ni, kan dah nampak mcm tak reti baca news jer tu, dah jelas kot dlm news ckp psl masalah 'special permission' kan, tahun2 sebelum ni takde masalah sbb mmg dia ada apply for special permission tu, cuma this year dia tak apply, so kalau dia apply mcm tahun2 sebelumnya, mesti la tak kena tahan kat narita airport tu... tu jer pon... mana2 negara pun ada hak tersendiri untuk letak requirement tertentu ke atas sesiapa sahaja yg dia rasa perlu... serious emosi tak bertempat la geng2 demo kat dlm gambar nih, aku heran part mana yg dorang tak paham dlm content news tu? ker dorang ni memang tak nak percaya news langsung tak kira sumber mana pun?

      Padam
    2. oh dia pernah mohon special permission sebelum ni? hmm permainan politik apa ini....

      Padam
    3. http://www.nst.com.my/nation/general/anwar-asked-to-show-proof-1.467835

      ntah la biskut, sukati la nak percaya news yang mana... as we all know, politik memang banyak game...

      Padam
  15. Ntah ape2. Dah terang2 anwar tak boleh masuk jepun sbb masalah visa. Yang depa semua kalut ckp kalau anwar jadik pm lah, anwar tak boleh masuk jepun sebab umno komplot lah, itu lah ini lah..padahal TAKDE KENA MENGENA PUN DENGAN POLITIK MALAYSIA. sakai je semua otak fikir tak berkembang langsung.

    BalasPadam
  16. Betul tu...dh terang2 saya katakan td, ini semua konspirasi UMNO-BN untuk menghancurkan parti PR....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ops! Pembetulan.. PARTI PKR.. bukan parti PR..

      Padam
  17. yg aku pelik skit apsal banyak indians ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indians tak suka MIC.. PKR lah tempat bergantung harap.. DAP pun india Sigh je dapat kelebihan!

      Padam
  18. BUAT DEMO "BOIKOT BARANGAN JEPUN" TP DATANG DENGAN KERETA TOYOTA! BANGANG TAHAP CIPAN!! Too many stupid malaysian nowdys.Buat malu jer!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.