Halaman

Selasa, 21 Januari 2014

Harga kereta bakal turun lagi menjelang 2018

Dengan Dasar Automotif Nasional 2014 yang baru sahaja diumumkan, harga kereta dijangka bakal turun lagi menjelang tahun 2018. Ini adalah berita baik untuk kita semua menukar kereta baru pada tahun 2018 nanti, tahun terakhir sebelum PRU14.


Dasar Automotif Nasional 2014: Harga kereta bakal turun lagi
Kereta CKD murah 30 peratus
Kuala Lumpur: Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga antara 20 hingga 30 peratus bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.
Bagi membolehkan harga yang lebih kompetitif, kerajaan dijangka mengambil pendekatan dengan menyediakan insentif untuk terus menggalakkan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.
Menurut sumber industri, penurunan harga kereta juga selaras agenda kerajaan yang dinyatakan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan pelbagai langkah dilaksanakan sejak 2012.
Semakan semula DAN yang ditunggu-tunggu peserta industri, pelabur dan pengguna, menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.
Dasar itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan berterusan Bumiputera, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.
Kaji masalah pengguna
Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.
Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.
Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar, kata seorang peserta industri.
Mengenai pengurangan harga, beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat. Antaranya Honda Jazz dikurangkan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13 peratus), PROTON Saga (12 peratus) dan terbaru PERODUA Alza (12 peratus).
Dalam pada itu, kerajaan memulakan usaha mengurangkan kadar duti eksais di bawah Program Rangkaian Industri (ILP). Menerusi program itu, pengeluar bahagian kenderaan dari Malaysia dan negara ASEAN dibenarkan memohon rebat cukai, sekali gus membantu mengurangkan harga jualan.
Ketika ini, duti import adalah sehingga 30 peratus, manakala duti eksais antara 65 hingga 125 peratus.
Selain itu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan dijangka membantu mengurangkan harga kenderaan di negara ini.
Mengikut kajian, GST akan membantu mengurangkan harga kereta kerana cukai jualan kenderaan ketika ini adalah 10 peratus, manakala GST hanya enam peratus.
Bacaan lanjut di Berita Harian.

Cuma yang aku konfius bila dia tulis harga kereta bakal turun LAGI? Sebelum2 ni harga kereta pernah turun ke? Kalau yang pasal berita harga turun kereta tahun lepas ni, rasa2nya ada kekeliruan di mana harga kereta tak diturunkan oleh kerajaan pun seperti kereta Peugeot, Volkswagen dan Proton yang dilaporkan turun harga tu.

Dan jadual contoh pengurangan harga kereta tahun 2013 kat akhbar Utusan ni yang paling buat aku bingung. Dia membuat perbandingan harga kereta bagi menunjukkan penurunan harga tapi bandingkan dengan model yang lain. Kalau banding model Nissan Sentra, kena la banding harga lama Nissan Sentra dengan harga baru dia. Kalau banding harga lama Nissan Sentra dengan harga model lain Nissan Almera, so tak nampaklah tang mana pengurangannya, begitu jugak dengan contoh2 yang lain kecuali kereta Perodua Alza Advanced baru nampak kadar pengurangannya sebab membuat perbandingan pada model yang sama.


Siapa yang buat formula matematik ni? Macam kau bandingkan harga telur gred A dulu RM9.00 sepapan, kini harga telur gred C RM7.50 sepapan, maka kita dapat jumlah penurunan harga telur iaitu RM1.50 sepapan, munasabah?

Apa2 pun, aku yakin pada tahun 2018, nak tak nak harga kereta akan berjaya dikurangkan dengan kadar 20% - 30% bagi memenuhi manifesto BN pada PRU13, kerana tahun 2018 adalah tahun terakhir mereka berpeluang untuk tunaikan akujanji mereka sebelum PRU14. Cuma lagi lambat mereka turunkan harga kereta, aku jangka lagi lembab kadar penjualan kereta pada tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017 kerana pasti ramai yang nak tunggu tahun 2018 baru beli kereta baru selepas harga dah turun banyak.




tags: harga kereta bakal turun lagi dengan nap 2014 dasar automotif nasional contoh pengurangan model varian proton perodua saga viva myvi nissan sentra almera honda jazz pesona alza flx sv cukai jualan duti eksais import ckd cbd

29 ulasan:

  1. Harga kereta ni mahal kalu dibanding dgn motor..tau x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah, harga kereta akan turun. Tapi interest bank untuk loan kereta akan meningkat. Ini semua propaganda & konspirasi UMNO-BN untuk menekan rakyat.

      Padam
  2. Bagus harta kereta makin menurun, tapi harga lain pula makin menaik. Hmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali belajar rajin2 @ kerja bagus2.. okay? Sikit2 mau complaint.. macamla kita ni di Afrika yang ramai mati kebuluran. Obesiti meningkat siap..

      Padam
  3. yahooo oleh itu setia mengundi bee end utk pru14.

    BalasPadam
  4. X kira sesiapa perintah. ..dr segi ekonomi jika semakin maju semakin naik harga barang selaras dgn gaji rakyat secara purata. Dulu masa Singapura under malaysia harga barang n gaji lebih kurang sama..skrg singapura semakin maju n jauh 2-3 kali ganda better dr segi ekonomi.

    Papepun xkana ada harga barang yg maintain rm1 tahun sepanjang 55 tahun..dulu masa kecil nasi goreng sepinggan kat kedai 30-50sen...skrg dah rm1-2...kelak nanti maybe 10-20 tahun rm2-4 sepinggan

    Tp personally harga tol mesti kekal atau diturunkan sbb pihak konsensi tol dah untung atas angin dgn perjanjian sebelum ni smpi rakyat tiada pilihan guna highway ke tmpt kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyampah pulak bca komen ayam ni

      Padam
    2. Dulu i balon ayam china rm200 sekali pancot... kang ibalon ayam afrika rm200 skali juga... beza 10 tahun... cuma warna ayam tu beza je

      Padam
    3. rakyat singapore pun stress encik ayam yang paandai...
      kos sara hidup lagi dasyat dari malaysia...

      Padam
  5. Noob, apa yang aku faham dye buat perbandingan antara kereta jenis sama modal baru dan modal lama yang lagi rendah harga sebab dipasang kat malaysia.

    N lagi satu, nie bukan turun harga, nie kurangkan kos pemasangan kereta dengan galakkan buat kilang kat malaysia tanpa turunkan cukai. So kereta yang still dipasang di luar negara dengan kualiti yang lebih tinggi tetap xkan berubah harga dye. Sama macam kereta daihatsu pasang kat malaysia tuka nama perodua j lar. So xd lar turun harga mana pown. Ak x arif sgt bende nie tp ni ap yang ak faham dari artikel kao lar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah apa yang saudara faham.. Saya bersetuju..Dengan menukar perkataan situ dan sini maksud diputar2 kan..sama juga macam kesnya dgn GST

      Padam
  6. Kereta turun harga, ramailah rakyat yang boleh beli, masaalahnya jalan raya tetap sesak juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau taknak sesak, naiklah kenderaan awam... ngerti!!!

      Padam
  7. Manifesto mcm tu..pastu menipu lg..takleh caye dah bn ni..

    BalasPadam
  8. singapura tu sorang tu je perintah membina dinasti.
    pembangkang pun pakat habih disaman.sekolah pun satu jenis saja dan semua cakap singlish

    kalau malaysia macam tu,rasanya lagi maju bila dipimpin orang yang betul.
    takde la sokong A masuk syurga dan B tak Islamik serta talibarut komunis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itu kita patut sokong Lim Guan Eng menjadi perdana menteri Malaysia

      Padam
    2. komen kau ni mcm bangang je? mcm bangang jer?

      Padam
  9. sume kene tipu... normal je penurunan tu... model first2 keluar mmg harga 44k, 2 -3 tahun lepas tu, biasanya kompeni akan bg rebat 2-4k... makin lama & x laku model kete tu makin byk rebatnye... pastu skang kerajaan plak bantai pusing kata harga turun... citpodah...

    BalasPadam
  10. NAP ni hanyalah majlis untuk memenuhi syarat je. takde benefit pun untuk rakyat marhaen macam kita ni. polisi AP maintain lagi walaupun dah beberapa tahun cakap nak cancel. alasan nk jg bumiputera tapi sebenarnya untuk poket masing-masing.
    Aku bukan pro pembangkang/pro kerajaan, tapi semua org tahun mungkin 2018 akan ada pilihanraya. Jadi, pada waktu itulah kerajaan akan menjadi hero dgn menurunkan harga kereta dan akan penuh la poster-poster "kami memahami rakyat.sebuah lagi janji ditepati".

    BalasPadam
  11. bongok ape compare sentra 1.6 dgn almera 1.5??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul lah...bodo piang berganda2x...aku rasa sapa yg compare ni ingat kita budak sek tadika...menyampah pulak rasanya... Bodoh sgt ka kita ni...

      Padam
    2. tapi masalah rmi percaya org kampung lagi la percaya 100%, aku pun percaye sebb ak tak reti nilai jens kereta

      Padam
  12. almera ialah nissan sunny kalau ingat dulu yang bamper getah tu.
    kalau banding dengan toyota lebih kurang sentra = altis, almera = city
    kategori lain pasti harga lain. terer betul buat perbandingan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nissan Sentra = Toyota Altis = Honda Civic
      Nissan Almera = Toyota Vios = Honda City

      Padam
  13. 2018 suma benda akan turun bro. nak pancing undi utk next pru. brim bram brom 2x setahun. then macai akan terus lupa apa yg akan berlaku sekarang ---- > BN menang lagi. pastu kasi naik kaw2 barang segala cukai. hahaha senang je rupanya nak bodohkan rakyat. kata jibby

    BalasPadam
  14. 'Dia membuat perbandingan harga kereta bagi menunjukkan penurunan harga tapi bandingkan dengan model yang lain.'

    Licik taktik depa nih. Bagi yang tak perasan, memang akan rasa gembiralah dengan penurunan yang sangatlah.

    - Megah Angkasa -

    BalasPadam
  15. sape yg pecaye harga keta akan turun aku nasihatkan lebih baik makan kangkung banyak2.. simpan duit utk beli keta pada tahun 2018 nnt.. yelah , nak turunkan harga sekarang, kerajaan x mampu nak buat kan, so yang dia mampu cuma buat janji je la. Bila dh menang PRU 14 nnt, renew balik Janji2 lama. Aku x nampak pun jalan yang diorg plan utk kurangkan harga keta nih. X caya cuba baca ulasan dari Syed Akbar Ali pasal isu nih. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/01/naps-cheap-car-policy-cars-to-cost-more.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.