Halaman

Rabu, 29 Januari 2014

Konflik perebutan wilayah di Laut China Selatan

Baru2 ni pasukan tentera negara China membawa 2 kapal perang kelas Destroyer dan 1 kelas amphibious landing craft meronda2 di James Shoal, sebuah tanah kecil 22 meter dari aras laut yang terletak hanya kira2 80km daripada persisiran pantai Sarawak, Malaysia dan 1800km dari tanah besar China. Namun, tanah itu dituntut China sebagai tanah miliknya yang paling selatan.

James Shoal
Google Map

Ini bukan kali pertama China melawat James Shoal dengan kapal perang, sebelum ni pun dah beberapa kali mereka datang, sebelumnya pada bulan Mac 2013. Selanjutnya boleh baca di blog Malaysian Military Power mengenai kejadian pencerobohan tentera laut China di James Shoal dan James Shoal diceroboh sekali lagi.

Sumber
Sumber

Kenapa tanah yang kecil tu pun orang nak berebut? Sebenarnya isu perebutan wilayah di Laut China Selatan dah lama. Malaysia, Filipina, Vietnam, Taiwan, Brunei dan China masing2 ada membuat tuntutan di kawasan perairan Laut China Selatan, seperti kepulauan Spratly atau Spratly Island yang direbut oleh negara Taiwan, Filipina dan China. Faktor perebutan wilayah2 ini sebenarnya adalah kerana di dasar Laut China Selatan terdapat banyak telaga2 minyak yang boleh mengkayakan pemiliknya.


Kalau tengok, China yang paling tamak sekali, malah mereka mendakwa kebanyakan kawasan di Laut China Selatan tu mereka punya berdasarkan sejarah masa Dinasti Han dan Ming pada beratus2 tahun yang lalu. Tapi kalau nak kata ikut sejarah, Malaysia pun boleh dakwa kebanyakan kawasan kat Asia Tenggara ni Malaysia punya berdasarkan sejarah Langkasuka, Majapahit, Nusantara, Kesultanan Melayu Melaka dan lain2 lagi sejarah ketuanan empayar tanah melayu.


Dan aku baru tahu yang kebanyakan kepulauan di tengah2 Laut China Selatan di antara Semenanjung Malaysia dan Sawarak adalah milik Indonesia.

Peta Wikimapia

Cuma aku tak tahu kenapa berita pasal ni dilaporkan di media2 luar negara seperti Reuters dan juga akhbar The Star, tapi tidak dilaporkan langsung di berita2 arus perdana seperti Buletin Utama dan juga akhbar perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan lain2. Mungkin berita pasal ni tak berapa nak penting dan rakyat tak perlu tahu pun, atau mungkin tak nak bagi rakyat panik dan buat kesimpulan sendiri. Hanya semalam baru keluar kat NST dan Utusan di mana TLDM nafi yang Tentera Laut Rakyat China (PLAN) ceroboh perairan negara dan tiada tembakan dilepaskan oleh armada China.

Dari segi diplomatik dan ekonomi, negara Malaysia ada hubungan yang baik di antara China dan juga US, so kemungkinan negara China nak merampas tanah dan wilayah2 yang ada kat Laut China Selatan dengan menggunakan kuasa ketenteraan dengan kekerasan dan peperangan adalah sangat rendah, kerana ia akan mempengaruhi hubungan diplomatik dan ekonomi banyak negara, malah mungkin US dan sekutunya akan masuk campur, kerana US juga pernah meminta agar Laut China Selatan dijadikan kawasan bebas belayar dan menolak penggunaan tentera di perairan itu.


Lagipun waktu kedatangan kapal perang China sebelum ini, Menteri Pertahanan pada ketika itu iaitu Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah memberikan kenyataan yang mereka boleh melakukan patrol dan rondaan setiap hari pun, selagi mereka tiada niat untuk berperang, lagipun kita mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi yang tidak dipengaruhi dengan politik dan emosi.

Namun kalau isu perebutan wilayah ini di bawa ke mahkamah antarabangsa pun, kemungkinan China menang tu lebih tinggi kerana mereka mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) atau United Nations (UN) di mana mereka menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan.

Tapi andai kata peperangan tercetus juga dan sudah tidak dapat dielakkan, aku tak boleh nak ulas panjang2 pasal tu sebab aku pun tak tahu sangat bab ketenteraan ni. Yang pasti, mereka memang lebih kuat, lebih besar dan lebih maju daripada Malaysia dari semua sudut teknologi, ekonomi, sumber manusia, keluasan dan lain2 lagi, termasuk juga dalam bidang ketenteraan.




Ya, kita ada pelbagai jet pejuang, helikopter, kapal perang, kapal selam, pelancar roket dan sebagainya tetapi semua itu dibeli dari luar negara atau dibina dengan teknologi luar, manakala China berkemampuan untuk membinanya sendiri, malah diorang kapal perang kelas carrier, kapal selam berkuasa nuklear, malah peluru berpandu dan bom nuklear pun ada. So nak tak nak, mungkin kita terpaksa meminta bantuan ketenteraan daripada negara2 lain seperti US, negara2 Komanwel dan lain2.




tags: konflik james shoal sarawak malaysia china laut china selatan south east asia tenggara negara asean kena ceroboh kapal perang buat latihan tentera military ketenteraan span rebut wilayah telaga minyak kepulauan spratly islands klaim dakwa tuduh tuntut tanah filipina singapura vietnam taiwan brunei carrier destroyer amphibious class warship

26 ulasan:

  1. abis la malysia, kang x psl2 dia claim sabah,brunei, serawak , china punya haha2 1

    BalasPadam
  2. biaq pi depa nak ambik...bukan bawak masuk kubur pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila hang masuk kubur, anak binti hang masuk juga ke? Encik Ahmad sekali sekala kita kena ada rasional, jangan buat satu statements macam orang tak sekolah. Ini hak kita yang termaktub dalam Undang2 Maritime UN. Kita boleh claim within 200 nautical miles, dari segi geography PRC berada 1000 nautical miles dari Tanah Besar China atau 1800km. Sedangkan James Shoal berada hanya 80km daripada Bintulu.

      Kalau Encik Ahmad tak tahu asal-usul, bolehlah klik link ini, http://www.youtube.com/watch?v=qQreBYu8AoM semoga jadi diri sebagai seorang Melayu boleh menebal dan bangga menjadi Melayu.

      Dalam Islam kita pun kena berjihad menpertahankan Tanah Air kita. Lagi pun kawasan ni mempunyai sumber petroleum dan LNG bernilai berbillion dollar, sekarang dok bayar gaji Cikgu, Tentera, Polis dan angota berkanun...

      Padam
  3. kalau asean buat gabungan ketenteraan macam nato baru diorang fikir 2 kali nak main2 dengan negara2 asean..btol x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat der...indo dngan malaysia terang2 tak ngam..malaysia dgn singapura pulak pura2 jer lebih...

      Padam
  4. Oh china, sumber bumi afrika banyak syarikat2 china pegang. Cukuplah berpuas hati dengan kekayaan ada sekarang ini.

    BalasPadam
  5. Kesian kat malaysia.dah la kecik je..org lain dok nak amik pulau2 dan tanah yg ada. China yang sebesar- besar negara tu pun nak amik gak.

    BalasPadam
  6. tunggu mesia buat win win deal dengan china pula selepas singapurr

    china bagi panda, mesia bagi pulau.

    BalasPadam
  7. ape bangang china ni? nk berebut pew nye? buat mcm euro dh la.
    byk negara kt sempadan laut mediterranean tu.
    xde pun dorg claim..bodoh!!!..
    mntang2 situ byk minyak..
    minyak kualiti tinggi tu yg claim..

    BalasPadam
  8. kenapa media tak lapor?

    itu yang ramai rakyat tidak sedar. media adalah alat propaganda.

    'mereka' hanya siar apa yang 'mereka' mahu rakyat tahu.

    dan 'tutup' apa yang sepatutnya rakyat tahu.

    untuk lebih jelas, cuba cari dimana berita-berita ini menghilang?

    dimana bukti gred A+ syiah?
    dimana injil kuasa solar?
    dimana pembughah yang mahu menjatohkan kerajaan pada 31januari2013?






    BalasPadam
    Balasan
    1. dimana dalang pencerobohan lahat datoo?

      dimana dalang penyerahan batu putih kepada singapore?

      dimana dalang penyerahan blok minyak dilimbang kepada brunei?

      dimana agen cia dakwaan tun mahdeer bersembunyi dalam pejabat peguam negara?

      Padam
  9. ini semua mmg masalah politik dan ekonomi, Bawah laut china selatan banyak minyak so dari sekecil negara Brunei sehingga sebesar China nak claim kawasan di situ. US pun berminat campur tangan pasal risau china akan luaskan pengaruh di asia tenggara. China pula nak cari kawan di ASEAN memandangkan Vietnam dan Filipina ada US back-up. China bagi panda umumnya sebagai tanda persahabatan dan secara tersiratnya ingin Malaysia berpihak kepada China atau berkecuali sekurang-kurangnya apabila berlaku pertelingkahan

    Malaysia perlu upgrade dan tambah aset naval military seperti blogger ketenteraan Malaysia inginkan supaya mampu kawal perairan luas selain sebagai demanding power untuk negara lain hormat kedaulatan Malaysia. Ketika masa pencerobohan Lahad Datu, China hantar kapal untuk test power di james shoal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah kat Malaysia ni, DAP khususnya, bila Malaysia nak beli aset ketenteraan, ada je yang merungut aset yang dibeli mahal, tak berkualiti, ada komisyen kepada menteri2. Semua benda nak dipolitikkan. Nampak sangat taknak bagi Malaysia sama kuat dengan Singapore.

      Padam
    2. Mungkin dalam kenyataan rasmi beli 18 unit, tapi yang datang 28 unit. Itukan untuk menjaga kerahsiaan negara..

      Padam
    3. tak payah tambah aset ketenteraan, antar je geng parang terbang 13 mei, mana diorang semua?? ke gempak je lebih.

      Padam
  10. Isu persempadanan dalam bidang IR sememangnya cukup menarik kalau diperhatikan. Mengikut undang-undang laut ciptaan UN memungkin sesebuah mempunyai garisan delineation yang tidak masuk akal seperti yang dalam konflik Spratly dan laut china selatan. Sempadan yang blur ini yang dikenali sebagai zon ekonomi eklusif (EEZ) memungkin sesebuah negara untuk menguasai dan mengolah hasil bumi yang ada dalam pentadbiran EEZ mereka. Isu ialah apabila berlaku pertindihan EEZ antara negara-negara didunia. Sebab EEZ jugaklah negara-negara besar seperti china mempunyai peluang untuk conquer mana kawasan yang dirasakan "halal" untuk dikuasai disebabkan faktor hasil bumi yang melimpah ruah. So kalau nak guna kuasa ketenteraan pun untuk settle kan isu ini pun x akan selesai sampai bila2.

    BalasPadam
  11. Kalau perasaan TAMAK menguasai diri manusia, bagi 2 bukit emas pun x cukup. Ada seorang lelaki berkata kpd Nabi Muhammad SAW berapa besar neraka di akhirat...Nabi menjawab SEBESAR NAFSU MANUSIA..renung2kn.

    BalasPadam
  12. Kalau kita ikut logik kenapa singapura yg kecil itu mempunyai angkatan tentera yg paling kuat di asia tenggara? Itulah pentingnya pertahanan negara yg kuat utk mempertahankan kedaultan dan ekonomi negara. Tetapi perkara sebaliknya berlaku kpd negara kita, Petronas menyumbangkan RM70~80 bilion setahun kpd bajet negara. Malangnya bajet utk pertahanan terutama kawasan perairan yg ada telaga minyak & gas amat sedikit atau diselewengkan. Bajet pertahanan agak besar tetapi peralatan yg dibeli telalu mahal kerana kroni & komisen. Akhirnya pihak tentera akan jadi mangsa spt yg berlaku di Lahad Datu.

    Apakah kita akan lihat pihak tentera jadi magsa spt yg berlaku dlm konflik china & vietnam dimana tentera laut vietnam yg berada diterumbu karang ditembak oleh tentera laut china dgn meriam & senjata berat dari kapal perang. Begitu juga dgn konflik china & filipina kita lihat filipina yg sentiasa diitindas china kini bangkit dgn meningkatkan kelengkapan tentera mereka. Tetapi apa pula tindakan kerajaan kita? Hanya berserah kpd takdir? Sedangkan negara kaya tetapi di mana wang dibelanjakan?

    Jika semua negara yg berkonflik dgn china bersama-sama menentang china, mampukah china menghadapi semua negara ini? Sbg cth jepun & korea selatan dilaut cina timur manakala vietnam, filipina, vietnam, malaysia & indonesia di laut cina selatan. Disamping itu US sebagai penyokong kpd konflik ini.

    Walau bagaimana kecil pun negara ini apakah kita sanggup kedaulatan negara kita tergadai. Kita mesti pertahankan negara ini dgn darah & air mata spt apa yg rakyat vietnam, korea selatan dll lakukan.

    abuamir

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna jer gang keris terbang 13mei..cina malasia dah rasa. skarang bagi cina tanah besar plak rasa.

      Padam
    2. dh hbis lawak la tu?

      Padam
  13. Tanpa Nama31 Januari 2014 2:02 PTG bukan sorg patriotik... mungkin pengkianat negara @ petualang. org mcm ni memang elok tak jadi rakyat mana2 negara.

    BalasPadam
  14. Ah semua borak lebat tunjuk pandai. Bajet berhikmah. Puii

    BalasPadam
  15. Yang betul lah belajar sejarah tu. Empayer Majapahit tu kat Jawa, Indo bukan kat Malaya, Malaysia.
    Namun kalau korang cakap Majapahit pernah kuasa kat Malaya, benarlah tu.

    BalasPadam
  16. Lain kali baik dlm apa jua urusan kena peka dan bertindak pantas menyediakan prasarana dan penanda aras bagi menunjukkan ada pemiliknya. Ini tidak leka,alpa, slow dan tunggu tadah. Menunjukan kelemahan dan kekurangan dlm serba serbi perancangan dan strategi semasa maupun jangka panjang. Bila dah terhantuk benjol kepala barulah cari pembantu atau penaung. Bukannya nak nak memperkasakan diri dg peralatan kelengkapan lebh awal yg digeruni bergerak seiring bersama kawan setia negara serumpun.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.