Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

NAP 2014 bukan sekadar turun harga kereta

Sebelum ini aku pernah tulis pasal penurunan harga kereta menjelang tahun 2018 dengan pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2014 atau National Automotive Policy (NAP) 2014. Tapi sebenarnya dengan pelaksanaan NAP 2014 ini, ia bukan setakat menurunkan harga kereta sehingga 30%, tapi lebih daripada itu, termasuk pengecualian cukai, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menggalakkan penyertaan syarikat2 Bumiputera dalam industri automotif dan lain2.

Gambar hiasan

Dokumen penuh mengenai NAP 2014 boleh diperolehi di Scribd ini, tapi kalau malas nak baca panjang lebar, boleh tengok infografik di bawah ini:


Courtesy of: iMoney

Paling menarik, kereta yang diimport dari Jepun akan menjadi lebih murah dengan (0% duti eksais) menjelang tahun 2016. Berikut adalah contoh pengurangan harga bagi beberapa model kereta sekiranya harga kereta turun 30%. Nampaknya adalah harapan sikit untuk kita membeli kereta idaman kita mengikut kemampuan pendapatan kita.


Cuma harapnya dengan pengurangan harga kereta ni, takdelah benda lain naik macam kadar interest pinjaman kereta, bayaran insurans kereta, cukai jalan, lesen memandu dan lain2. Dan dengan pengurangan harga kereta ini juga, jalanraya pasti bertambah sesak disebabkan pertambahan bilangan kereta di jalanraya, so mungkin kerajaan sudah kena fikir pelan cadangan macam mana nak atasi masalah kesesakan jalanraya yang pasti akan bertambah kelak.




tags: nap 2014 dasar automatif nasional national automative policy pelaksanaan harga kereta turun pengecualian cukai eksais duti import industri syarikat bumiputra wujud peluang pekerjaan ap terbuka tamat kenderaan hybrid eev cbu ckd contoh model kereta 30% saga flv myvi toyota vios honda city insurans interest bunga pinjaman bank loan lesen memandu trafik sesak jalan jam paul tan miti kenyataan media imoney

11 ulasan:

  1. wau........jual kereta lagi untung dari jual unta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan, jual konspirasi UMNO-BN lagi untung!

      Padam
  2. "kadar interest pinjaman kereta, bayaran insurans kereta, cukai jalan, lesen memandu dan lain2"

    kalau ikut trend yang banyak agenda tersembunyi ni, mungkin akan naik untuk cover balik kos penurunan kot..

    harap2nya tak lah..
    aku takleh tunggu sampai 2016 sebab lambat sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak harga kereta murah, Interest kena naik, insurans kena naik.. seperti di luar negara. Ini PKR akan buat jika memerintah Malaysia 2018 kelak. Insyaallah..

      Padam
  3. kenapa kereta yang diimport dari Jepun shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab Anwar Ibrahim dilarang masuk Jepun!

      Padam
    2. mr tian, bukan lu skrg dalam lokapka sebab ingkar arahan polis

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  4. Siapa cakap Tian Chua masuk lokap..ini semua sandiwara UMNO-BN bgi memancing rakyat undi BN...

    BalasPadam
  5. Dapat br1m ni aku nak buat muka kereta oyeeeyy..Hidup BN.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.