Halaman

Jumaat, 10 Januari 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas tiada penyingkiran, so masih ada 8 peserta yang bertanding. Tema untuk minggu ni Bebas. Biasanya kalau tema Bebas ni sama ada betul2 menjadi bila peserta ada idea2 baru dan mantap atau betul2 tak menjadi bila peserta hilang arah tak pasti dengan hala tuju persembahan lawak mereka. Aku harap dengan tema bebas ni takde lawak ulangan, lawak yang menyindir orang lain, lawak yang menyentuh sensitiviti atau lawak lucah. Aku nak tengok suatu yang baru, lawak geliga mungkin? Malam ini gelanggang MLM2013 bersiaran secara langsung di New Wing, One Utama.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 9 - Bebas

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)


Shahrol jadi pakcik jaga parking kereta kat R&R, jual madu, kismis minda, CD Alif Ba Ta, CD dangdut, sabun pun dia jual kat tandas. Agak kurang sikit, tapi kereta Perodua Alza kat belakang tu buat semak je, menyempitkan lagi pentas yang dah memang kecil.

Rating juri: 4 bintang

2. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)


Kawan kepada makcik yang sakit stroke dan darah tinggi, Kumar datang melawat. Dialog terlalu banyak, punchine agak kelaut dan takde isi. Tambah lagi dengan keadaan crowd yang bising, suara tak berapa jelas, agak tak sesuai gelanggang MLM buat kat open space. Mungkin watak orang2 tua sakit ni tak berapa sesuai untuk dilawakkan.

Rating juri: 2 bintang

3. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Tauke jadi pengacara majlis makan malam kilang kicap buat cabutan bertuah hadiah kereta Perodua Alza, Yus pulak jadi tetamu yang over nak hadiah kereta tu. Banyak punchline merapu dan merepek macam nama Yus, hadiah penerbangan pergi India tak balik2 dan lain2 tapi memang lawak gila. Pasal lucky draw je pun dah boleh buat lawak, cuma banyak sangat dialog kena potong.

Rating juri: 4 bintang

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)


Mula2 buat lawak ulangan AC Mizal, tapi berjaya tarik penonton dengan parodi lagu Gangnam Style dengan Maharaja Lawak Style. Kemudian isi cerita lebih kepada awek Damansara, mamak Damansara, awek Ampang, pasal wrestling melayu, dah akhir2 tu macam menurun sikit.

Rating juri: 4 bintang

5. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA)



Pak Haji lancar buku masakan melayu buat cara Jepun dan buat demo memasak pakai pedang. Orang banyak gelak kat tagline Ropi je tapi isi dan idea agak kurang. Sambutan dari penonton juga agak kurang, mungkin salah satu sebab bawa watak orang2 tua sakit.

Rating juri: 3 bintang

6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)


Shuib jadi doktor, Rahim jadi orang gila yang lupa nama sendiri, Jep jadi orang gila yang selalu menyamar jadi doktor, juruteknik nak minta kunci pagar, last2 rupa2nya Shuib pun orang gila. Ada punchline yang lawak, cuma aku kurang selesa kerana terlalu banyak jerit2 dan bawak watak orang gila agak cheap.

Rating juri: 4 bintang

7. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


Yasin jadi bell boy bapok kat hotel scottish, lepas tu datang mak datin dengan sorang laki berebut lif, pastu lif rosak. Banyak punchline lawak macam oh som pakai badan, cuma ada banyak juga lawak double meaning, tapi pandai tarik sorakan dengan isu harga minyak naik2 tak turun2.

Rating juri: 4 bintang

8. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)


2 orang pemuda pergi gua cari tok guru nak menuntut ilmu silat. Macam biasa ada banyak punchline2 lawak macam silat macam silat jentik2 dan cam biasa Abam kena bahan. Cuma pertama kali ada lupa skrip, mungkin gugup sebab buat kat open space dan crowd ramai sangat.

Rating juri: 4 bintang

Peserta yang tersingkir: WALA

Kesimpulan: 

Minggu ni agak kurang best, satu sebab dia buat kat open space, satu sebab pentas kecik, satu sebab ada kereta menyemak atas stage, satu terlalu bingit, satu lagi sebab tema dia bebas. Sepatutnya tema bebas ni membuatkan peserta lebih bebas memikirkan apa jua idea yang lebih kreatif dan kelakar, tapi rupa2nya tidak. Banyak peserta seakan2 lost seperti kekeringan idea.

Dulu2 masa sapa ntah jadi juri RL atau MLM dia pernah cakap, cara paling cheap untuk buat persembahan lawak adalah dengan bawa watak orang gila dan pondan. Dan aku rasa lepas2 ni tak perlu bawa watak2 orang tua yang sakit, sebab ia agak sensitif kerana melawakkan warga tua yang sakit. Serious, apa yang kelakar dengan orang tua yang sakit?

Kejutan malam ni, Rahim Sepahtu jadi Man of the Match, dan seperti dijangka, Sepahtu mendapat undian teratas dan seterusnya berjaya memenangi hadiah kereta Perodua Alza yang kat atas pentas tu. Kesian Yus, teringin sangat nak kereta tu haha. Minggu ni aku pilih Jambu sebagai yang paling lawak, mungkin ramai yang tak setuju sebab ramai yang tak suka dan tak faham dengan lawak Jambu, tapi malam tu persembahan Jambu la yang aku paling gelak guling2.

Kalau ikut persembahan, Wala memang paling bawah dan wajar tersingkir. So minggu depan, SYJ dan Comey kena bagi persembahan yang lebih kelakar dari peserta lain kalau tak nak terkeluar, sebab sekarang ni hanya tinggal peserta2 yang walau persembahan tak lawak sangat pun orang tetap akan undi.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 9:

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
6. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
7. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
8. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 2 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-9

42 ulasan:

  1. aku rasa malam ni syj atau wala keluar....aku sanggup potong kotey klau x keluar....hari tu x potong sebab tiada penyingkiran....




    mana aila sayang? merajuk ke?

    BalasPadam
  2. noob, ko xnak buat ke liga super fantasy astro tu? pastu bagi hadiah kat pemenang..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ianya spesis anjing yang terancam..spesis ini boleh ditemui di kepulauan caribean..orang melayu membela haiwan ini kerana dipercayai mampu menghalau roh2 orang cina..

      Padam
  4. "Aku harap dengan tema bebas ni takde lawak ulangan, lawak yang menyindir orang lain, lawak yang menyentuh sensitiviti atau lawak lucah."

    Nabil recycle lawak ke der.

    SYJ lawak double meaning aka lucah.

    BalasPadam
  5. Mcm x adil rahim menang man of the match..tp x kisah sgt sbb menang piala je...tp bila sepahtu menang kereta mcm ada org lg better perform dr mereka mcm bocey atau jambu. Disebabkn pemenang ditentukan oleh undi sms..for sure biggest fan akan tolong.

    Tp sy anggap ni rezeki diaorg..maybe rahim yg akan pakai kereta 2 sbb jep n shuib dah menang byk duit sebelum ni...maybe rezeki peserta lain akan dtg masa akhir nanti. Tp sy still suka undi ada pecahan dr juri n sms...at least x adil la kalau ada peserta x perform final tp sbb undi fan byk..mereka menang tp diboooo.

    BalasPadam
  6. YESS!!! selamat kotey aku..tersingkir jugak akhirnya kumpulan paling aku x suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. gmbr wnita yg ngamuk kt putrajaya tu kan?

      Padam
  7. Camne ye kumpulan Jambu ROFTLMAO.....sedangkan SYJ dan Bocey lebih baik drp jambu...huhu...

    BalasPadam
  8. x dpt tgok sbb x langgan mustika. download di youtube je la..

    BalasPadam
  9. lawak itu subjektif...PZ kate Jambu best gila sampai gelak guling2...bagi aku mcam biase je...so jadikanlah segmen ni adalah pndapat PZ je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. aku rasa wala plg lawak sampai guling2 tp xtau penonton kat sana tu lemau sgt xmo gelak. xse sense of humor lgsg. ko pulak rasa sapa yg paling lawak?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. suka hati dia la dia nk minat kat sapa. bg aku pun jambu yg plg lawak & dpt sorakan penonton plg byk malam tadi, juri sendiri pun ckp bagus. cuba ko ckp sapa plg lawak mlm tadi mengikut pandangan ko?

      Padam
    5. sepahtu konfom juara...

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  10. 1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan peru mahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

    Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

    Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

    Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

    Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

    Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

    HATI menentukan FIKIRAN.
    FIKIRAN menentukan
    PERKATAAN & PERBUATAN.

    2 hal paling baik di atas kebaikan :
    ■ Sangka baik kepada Allah
    ■ Sangka baik kepada Hamba Allah

    SALAM JUMAAT,
    perbanyakkan selawat
    ke atas Junjungan Mulia
    Nabi Muhammad S.A.W

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih di atas perkongsian yang mulia ini. tp mesti ada org komen pas ni sbb ko copy paste dr tempat lain

      Padam
  11. meleleh airmta aq bacanya ahmad...proottt kt muka ko ahmad kahkahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  12. sorry to say..jambu not enough to get the 'ROFLMAO'.

    BalasPadam
  13. bodoh la kau.. klau kw mw kw la melawak pandai jak ckp

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti org sabah peminat wala butthurt sbb terkeluar kah kah kah

      Padam
    2. kahkahkah!! butoh lah orang sabah...mcam taik kau situ...melalak butthurt mcam anjing...orang sabah bodoh makan taik...

      Padam
  14. bodoh la kw.. kw melawak ba konok...klau lucu.. smua kw mw komen ..

    BalasPadam
  15. bodoh la kw.. kw melawak ba konok...klau lucu.. smua kw mw komen ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. butuk la kau..jangan bagi malu orang sabah...dah keluar tu keluar la..bukan lawak pun wala..macam taik....tapi kenapa pulak penulis blog ni mau melawak? kerja dia menulis blog..pilak betul kau ni...makan taik ka apa?

      Padam
    2. jumpa ba kita diluar...setel di luar...kau urang mana ni konok??




      wala anjing..

      Padam
    3. kahkahkah!!! buruk betul bahasa sabah ni...

      Padam
  16. Shiro lawak yang OK..rasanya la teka jer,mungkin no.1 hingga 7 Shiro,Sepahtu,Nabil,Bocey,SYJ,Jambu,Comey last...tp mungkin berubah2.kita tunggu minggu ke 10 plak..bertenang wahai peminat masing2.

    BalasPadam
  17. admin ni mmg peminat jambu..sbb dia bodoh..lawak budak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarla dia nak sokong & minat sapa2 pun... ni blog dia... lgpun xnampak pun aku nmpak dia kutuk & caci maki kumpulan lain. aku pun xla minat sgt jambu tp aku tgk ramai je org penonton gelak masa jambu punya persembahan. kalau diorg buat lawak budak2 & yg gelak tu bodoh, maksudnya ramai la penonton2 kt situ bodoh... nak wat caner kau sorg je yg pandai, cuma gelak lawak2 pandai mcm shiro & sepahtu kan?

      Padam
    2. mmg ramai penonton yg bodoh..kalau tk bodoh tk layan jambu..

      Padam
  18. physic zero peminat jambu13 Januari 2014 pada 3:28 PTG

    sikit pun aku tk gelak tgk jambu..cmner la kau boleh bg dia ranking 1st..bangang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. admin karat jambu.kena nasi kangkang yus. dr mlm thn -thn lepas pun duk puji jambu jer

      Padam
  19. Ini semua maksiat. Marilah kita sama2 tinggalkan program ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.