Dalam banyak2 kawan yang datang tu, ada sorang kawan yang aku agak lama tak jumpa, ada lah dalam 5 tahun lost contact, nama dia Halim (bukan nama sebenar). Dulu masa di universiti, dialah antara geng kitorang yang paling power dalam pelajaran dan juga komputer. Kalau nak study, cari dia. Kalau nak meniru assignment, cari dia. Kalau ada tugasan berkumpulan, mesti nak satu kumpulan dengan dia. Dia kira jadi pakar rujuk kitorang sampai kitorang gelar dia internet bergerak.
Tamat belajar, dia dapat kerja di sebuah syarikat bertaraf multinasional. Apa yang aku tahu, kerja dia kat syarikat tu agak hebat, bangunkan aplikasi sendiri, jaga network, jaga server, jaga database, semua benda berkaitan komputer dia jaga. Selepas 3 tahun dia dapat naik pangkat jadi senior executive. Kadar kenaikan gaji dan bonus dia juga selalu lebih daripada rakan sejawatnya yang lain hasil daripada usaha dan prestasinya yang sangat baik itu.
Cuma lepas 5 tahun kerja di sektor swasta, dia dapat tawaran untuk kerja dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. So aku pun borak2 dengan dia nak tahu jugak perkembangan dia yang dah kerja gomen, dan dia pun ceritakan kat aku dilema2 yang dia hadapi sejak bekerja di sektor awam.
Pada mulanya dia pun tak nak apply pun kerja kerajaan, namun kerana didesak oleh orang tuanya, dia pun apply jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Beberapa lama lepas tu, dia dipanggil untuk temuduga. Masa temuduga pun soalan yang ditanya tak banyak pasal skill dan kemahiran dia, yang dia ingat penemuduga tu tanya, "Awak dah kerja bagus, gaji banyak, kenapa nak mintak kerajaan?". Dia jawablah sebab nak menyumbangkan kemahiran dan pengetahuan untuk membangunkan lagi sektor ICT dalam kerajaan. Beberapa bulan lepas tu, dia mendapat surat panggilan untuk melapor diri dalam perkhidmatan awam.
Awal2 tu memang berat nak lepaskan kerjaya di syarikat lamanya, namun memikirkan perasaan orang tuanya yang begitu mahukan anaknya bekerja sebagai penjawat awam, dia pun terimalah jawatan tu. Dia juga memasangkan azam untuk memberi sumbangan dan menaikkan mutu perkhidmatan awam dalam bidang ICT serta mengubah budaya dan cara kerjanya.
Selepas melapor diri, dia ditempatkan di sebuah agensi kerajaan bagi mengisi kekosongan di sebuah jawatan yang bertanggungjawab menguruskan latihan ICT. Walaupun dia lebih berminat unuk membuat pembangunan sistem dan aplikasi, namun tiada kekosongan jawatan dalam bidang tersebut. Oleh itu suka atau tidak, dia terpaksa juga menerima jawatan tersebut. Skop tugasnya pula lebih kepada penyediaan latihan dan kursus ICT kepada kakitangan di agensinya, semua pengalaman dan skill yang dia ada langsung tidak dapat digunakan.
Walaupun begitu, azam dan semangat dia masih kuat seperti mana dia bekerja di sektor swasta dahulu. Oleh itu, dia selalu ingin menonjolkan diri, bersuara dalam mesyuarat, bagi idea2 baru, kalau ada orang tanya awak boleh buat tak ini, dia tak pernah menolak, tidak pernah cakap tak tau, rajin bekerja sampai balik lewat, sentiasa positif dan aktifkan diri dalam apa jua aktiviti di pejabatnya. Namun, satu kesilapan dia adalah kerana dia menganggap budaya dan persekitaran kerja dalam kerajaan sama seperti swasta.
Jika di swasta, biasanya kalau kita menonjol, rajin bekerja, sentiasa memberi idea2 bernas, rakan pejabat, ketua, bos, majikan akan acknowledge kita dan mengiktiraf kelebihan dan usaha kita, dan ia akan memberi kesan kepada kenaikan gaji, bonus tahunan, malah kita boleh naik pangkat lebih cepat daripada orang lain jika kita lebih bagus daripada orang lain. Persaingan sentiasa wujud memberi motivasi kepada diri kita agar berkerja dan berusaha dengan lebih tekun.
Namun, lain pula halnya di sektor kerajaan. Bila ada seseorang yang berkebolehan, rajin, banyak idea, proaktif, orang itu jarang dapat pengiktirafan, malah akan dipergunakan oleh orang2 atasan. Jika kita bagi idea, kitalah yang kena buat. Kalau ditanya awak boleh buat tak dan kita cakap boleh, lepas2 ni kita je lah yang kena buat dan aktif dengan aktiviti2 pejabat sampai bila2. Bila ditanya awak tahu tak benda ni dan kita jawab tahu, lepas2 ni kita je lah yang bos akan cari walau benda tu bukan dalam bidang tugas kita. Dan bila kita berjaya menghasilkan sesuatu yang bagus, yang dapat nama adalah bos2 serta orang2 atasan lain yang menyelit2 pernah masuk meeting sekali dua, kita tak dapat apa pun.
Yang lebih melemahkan semangat dan menurunkan motivasi lagi adalah apabila kita je yang asyik kena buat macam2, kita je yang orang lain cari untuk selesaikan masalah diorang, tapi bila tiba bab kenaikan gaji dan bonus, semua orang dapat sama sahaja. Rajin dan hebat macam mana pun, bila masa kenaikan pangkat atau pemberian Anugerah Pekerja Cemerlang, orang yang lebih senior atau lama berkhidmat akan dapat dulu. So no point ko rajin ke, ko hebat ke, ko bijak ke, at the end kau dengan orang yang malas buat kerja, selalu datang lambat, selalu hilang mengular kat kedai mamak, tak peduli dengan aktiviti pejabat, takde beza pun. Kenaikan gaji sama, bonus sama, naik pangkat ikut senioriti, no point kau cuba menonjolkan diri dan bersaing dengan orang lain kerana persaingan tu memang tak wujud langsung.
Sebab tu lepas je 2 tahun kerja di sektor awam, sikap kawan aku tu dah berubah daripada seorang yang hebat, pandai, bijak, rajin, sentiasa penuh dengan idea2 baru, nak menonjolkan diri, proaktif, positif, berubah menjadi seorang yang pasif, negatif, berkira dalam tugas, tidak mahu menonjolkan diri, bila ada orang tanya tentang sesuatu dia jawab tak tahu, bila orang mintak join apa2 aktiviti pejabat dia akan menolak, sebab dia bosan.
Dia dah bosan selama 2 tahun dia cuba mengubah dan membawa budaya kerja di syarikat swasta ke kerajaan, namun tak beri apa2 faedah malah memakan diri dia balik. Last2 dia pun cakap "just go with the flow". Ko buat apa2 pun takkan berjaya merubah budaya kerja kerajaan yang daripada dulu lagi sudah macam tu, so daripada kau bersusah payah sehingga menyakitkan hati ko dan dipergunakan oleh orang2 lain, baik ko tak payah pening2 kepala dan jadi macam orang lain juga.
Sebelum menamatkan perbualan, kawan aku sempat menasihatkan aku:
- Kalau kau nak cari kepuasan bekerja, jangan sekali2 mintak kerja kerajaan. Kerjalah di sektor swasta dengan jawatan dan skop kerja yang kita minat. Kalau kau minat dengan network, mintak jadi network engineer, kalau kau minat bangunkan aplikasi, mintaklah jadi programmer atau system developer.
- Kalau nak cari kebebasan dalam bekerja, kerjalah sendiri. Buat apa jua bisnes dan perniagaan yang kita minat dan boleh mendatangkan keuntungan. Kalau kau minat komputer, buka kedai komputer, cyber cafe dan sebagainya. Kalau kau minat memancing, buka kedai menjual alatan memancing atau kolam memancing. Kalau nak untung banyak, buka kedai yang ramai orang perlu dan suka seperti kedai dobi, kedai makan, kedai runcit dan lain2.
- Jika kau nak juga kerja kat kerajaan hanya kerana mahukan jaminan kerja dengan gaji dan elaun yang tetap serta pencen, mahukan kerja yang tidak begitu berat dan stress seperti di sektor swasta, mintak je apa2 jawatan dan skim tak kira dari yang gred sokongan yang paling rendah sampai la pegawai mengikut kelayakan yang kau ada.
- Tapi kalau kau nak kerja kat kerajaan kerana nak mengejar nama, gaji, pangkat, kredibiliti, penghormatan, kuasa dan sebagainya, jangan mohon jawatan lain selain jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sahaja, sebab dalam kerajaan, PTD mempunyai kuasa yang besar dan mengawal segala benda berkaitan dengan perkhidmatan awam, taraf PTD juga adalah lebih atas daripada pegawai2 lain dalam kerajaan hatta gred ko sama level pun, malah kenaikan pangkat skim PTD ni lebih cepat daripada skim2 yang lain.
Aku pun tak pasti sama ada apa yang dia cerita tu adalah gambaran dan situasi sebenar bekerja dalam sektor kerajaan, mungkin pembaca yang berpengalaman boleh berkongsi kat sini.
Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Kitorang pun semua beredar untuk pulang ke rumah masing2. Sebelum pulang tu aku sempat add dia kat Facebook. Keesok2an harinya, news feed Facebook aku penuh dengan gambar2 si Halim tengah berkursus di hotel kat Port Dickson...
tags: dilema runsing seorang penjawat awam kakitangan kerajaan perkhidmatan awam sektor swasta kerja gomen syarikat mohon spa cara kaedah suruhanjaya pengalaman pegawai teknologi maklumat f41 f29 penolong pembantu tadbir diplomatik ptd m41 gaya budaya ict skop bidang tugas mesyuarat pejabat agensi jabatan kementerian tips berniaga bisnes perniagaan kursus latihan bengkel
1st ulasan
BalasPadamBudaya kerja macam ni salah UMNO-BN!
Padambest nyer keje gomen
BalasPadamSaya sependapat dengan Halim
BalasPadamHalim hensem kah???
PadamUlasan aku terhadap ulasan halim
Padam1.Jika kita bagi idea, kitalah yang kena buat. Kalau ditanya awak boleh buat tak dan kita cakap boleh, lepas2 ni kita je lah yang kena buat dan aktif dengan aktiviti2 pejabat sampai bila2
- ini benar tiada yang salah melainkan benar belaka
2. Dan bila kita berjaya menghasilkan sesuatu yang bagus, yang dapat nama adalah bos2 serta orang2 atasan lain yang menyelit2 pernah masuk meeting sekali dua, kita tak dapat apa pun.
- ini dekat swasta pun sama. mmg kerja apa pun org atasan akan dpt nama
3.Rajin dan hebat macam mana pun, bila masa kenaikan pangkat atau pemberian Anugerah Pekerja Cemerlang, orang yang lebih senior atau lama berkhidmat akan dapat dulu.
- ini tidak tepat di tempat aku. selalunya yg dapat ialah setiausaha bos/kerani/ org yg duduk dkt bos. seniority x bermakna di tempat aku
4.at the end kau dengan orang yang malas buat kerja, selalu datang lambat, selalu hilang mengular kat kedai mamak,
- yg buat benda ni bukan semua kakitangan kerajaan. selalunya yg suka melepak ni org kerja office.golongan pekerja mahir/profesional cam doktor,nurse,researcher biasanya x buat benda cam ni. kemungkinan sebab mrk bosan duduk di kubikel mrk. org perempuan oklah kalau bosan boleh main facebook, shopping online, mengumpat sesama rakan pejabat ke apa. lelaki x buat benda-benda tu so diorang keluar melepak bila bosan.
noob, ada beberapa perkara mungkin betul. tapi ada yang tak berapa betul aku rasa. atau langsung tak betul dengan situasi 2014. atau juga setiap department dalam kerajaan sudah berbeza budaya kerjanya.
BalasPadamcontoh
1. Namun, lain pula halnya di sektor kerajaan. Bila ada seseorang yang berkebolehan, rajin, banyak idea, proaktif, orang itu jarang dapat pengiktirafan, malah akan dipergunakan oleh orang2 atasan. Jika kita bagi idea, kitalah yang kena buat. Kalau ditanya awak boleh buat tak dan kita cakap boleh, lepas2 ni kita je lah yang kena buat dan aktif dengan aktiviti2 pejabat sampai bila2. Bila ditanya awak tahu tak benda ni dan kita jawab tahu, lepas2 ni kita je lah yang bos akan cari walau benda tu bukan dalam bidang tugas kita. Dan bila kita berjaya menghasilkan sesuatu yang bagus, yang dapat nama adalah bos2 serta orang2 atasan lain yang menyelit2 pernah masuk meeting sekali dua, kita tak dapat apa pun.
2. Yang lebih melemahkan semangat dan menurunkan motivasi lagi adalah apabila kita je yang asyik kena buat macam2, kita je yang orang lain cari untuk selesaikan masalah diorang, tapi bila tiba bab kenaikan gaji dan bonus, semua orang dapat sama sahaja. Rajin dan hebat macam mana pun, bila masa kenaikan pangkat atau pemberian Anugerah Pekerja Cemerlang, orang yang lebih senior atau lama berkhidmat akan dapat dulu. So no point ko rajin ke, ko hebat ke, ko bijak ke, at the end kau dengan orang yang malas buat kerja, selalu datang lambat, selalu hilang mengular kat kedai mamak, tak peduli dengan aktiviti pejabat, takde beza pun. Kenaikan gaji sama, bonus sama, naik pangkat ikut senioriti, no point kau cuba menonjolkan diri dan bersaing dengan orang lain kerana persaingan tu memang tak wujud langsung.
penjelesan:
apa yang halim cerita adalah stigma biasa kepada sektor awam. memberi sumbangan atau tidak, kenaikan jawatan dan gaji tetap sama. tapi tidak lagi kepada sektor pendidikan terutama di universiti dan sekolah.
walaupun timebase system masih diguna pakai, kerajaan juga telah mewujudkan fast track system seperti diuniversiti. kepada kakitangan awam sektor pendidikan yang progressif dan banyak idea seperti halim, mereka boleh menunjukan hasil usaha dan idea bernas mereka dan akan dinilai seterusnya akan mendapat benefit secara individu melalui kenaikan gred jawatan. kalau halim bermula dari dg41, melalui timebases system halim memerlukan 8tahun perkhidmatan sebelum ke gred 44 dan seterusnya ke 48 dan 52, dengan fast track system, halim boleh menunjukan idea bernasnya dengan menjadi guru pakar melalui inovasi dalam dunia pendidikan, halim berpeluang menjadi guru pakar atau guru cemerlang tanpa mengikut senioriti dan timebase system untuk mendapat gred 44, 48 sebelum ke 52. malah ramai ppps muda yang mendapat kenaikan gred 44 dan 48 lebih awal dari ppps senior yang mana mungkin masih di 32 kerana cemerlang dalam perkhidmatan melalui inovasi dan kreativiti. dengan syarat kena tunjuk hasil dari idea bernas kita. bukan sekadar ada idea tapi bermodal air liur.
sama juga di ipta. senioriti tidak bermaksud anda segalanya. ada pensyarah masih dengan title doktor walau dah lama berkhidmat hampir nak pencen. ada pensyarah lebih awal mendapat full professor walau umur belum masuk 40an atas kegigihan beliau dalam bidangnya.(bukan sebab politik dalaman).
ini contoh aku bawa dibidang pendidikan. tapi kalau mereka yang berada disektor lain macam halim di teknologi maklumat tak tahulah budaya kerjanya macam mana. mohon halim bagi penjelasan.
nak mohon aku bg penjelasan apa lg??? noob dh habis bg penjelesan cerita psl aku kat atas tu... lg satu apa fast2 track? kite cite psl keje gomen bkn psl track kete lumba
PadamIpta bukan full gomen, ipta ialah badan berkanun plus gomen. Ipta pun x dpt lari dari politik dalaman yg teruk, lebih2x lg ipta yg berkonsepkan full bumiputera tu..sape yg penah keje kat situ paham la maksud aku......
Padamnak kata bumiputera tu teruk la kan..
Padamsaya stuju dgn pdpt encik halim di atas..sy juga sorg pjawat awam..atau bekas pjawat awam..sy msk keje krajaan pd usia yg agak mude,23 thn sbagai pnyelia asrama di sbuah institut..sy sprti encik halim..suke bg idea n suke buat keje..beranggapan smua rakan skeje baek2 sprti krja di swasta..pd awl 2thn bkeje sy mcm en.halim laa..ape keje smua sy buat even bukan bidang sy..sy xkesah..sy curahkn sgala ilmu yg sy de..hinggakn asrama n dwn mkn yg sy jaga mjadi contoh yg tbaek antara asrama di malaysia..tetapi,ramai yg dengki dgn ape yg sy buat..mcm2 fitnah sy dpt..mcm2 kejian n dengkian sy dpt..bygkn sy sbagai gadis muda yg bkrje jauh dr klurga n rakan2 di lyn sprti bdk2..n mood sy tros down..sy mberontak n mule ponteng keje sesuke ht sy..n kini slps 4thn keje dlm gov,sy bhenti..keje mmg senang..goyg kaki hr2 hjg bln dpt gaji..tp kpuasan keje xde..ko cume dpt caci maki kejian dengki iri hati n fitnah klu ko bg idea yg bernas..
PadamKerja kerajaan ni lebih kepada mencari salah orang, mencuit sensitiviti orang, mengata mengumpat orang dan budaya berpuak-puak. Budaya mengipas bos lagi tak payah cakap. Rajin kipas, cepat laa APC dpt.
Padambetul kata halim.... gred DG ada fast track....tu nasib je semata2.... guru pakar naik satu gred....tapi ttp sama kan?... hakikatnya kalau dulu yg ada degree akaun boleh lompat terus ke T10 iaitu sama dengan org yg dh kije 10 tahun....
Padammmg x de maknanya fast track dlm Pendidikan......mmg ada ppps muafa baru tiga tahun dh dpt dg44....tu pun sebab nasib dia awalnya mengajar tingkatan 6 dan ketika tahun itu diistiharkan guru tkt 6 minimum gred dg44...so beruntungla yg dapat.... kesimpulan nya apa yg halim katakan mmg benar belaka.... apa2 pun kehidupan perlu diteruskan....yg penting rezeki x putus.....berkat juga harapnya....kesihatan utk meneruskan kehidupan.... umur 20 ke 30 adalah masanya pecutan kerjaya....umur 30 ke 40 masanya kestabilan kerjaya....umur 40 ke atas...pasrah dengan apa yg ada ..mengharapkan nasib andai boleh berubah hendaknya
Apa halim ckp tu ada betulnya.aku dulu keje swasta, aku masuk je trus aku ubah sistem keselamatan tempat kerja, bngunkan polisi baru, ubah suasana office jadi lebih ceria dan mesra. Dalam masa beberapa bulan je daripada eksekutif biasa, aku dilantik jadi pengurus jbtn baru. Elaun dan gaji sekali naik atas rm500. Bnyak kenaikan aku dpt dlm masa tak smpai setahun. Penat..tapi memang puas kerja. Rasa kepenatan kerja kita berbaloi. Start dalam pertengahan bulan lepas, aku dpt kerja gomen. Jadi ketua jabatan. Aku tak merungut pasal gaji sbb puas hati la juga, tp aku btul2 kena culture shock. Aku tgk staff very2 slow...so slow.baru sebulan aku masuk, aku dah sound jabatan lain. Direct trus. Aku ckp, keje kite ni sikit..gaji selesa, jadi stakt dpt kerja mudah cmni, patut sekejap je dah bolwh settle. Lepas tu mula la org sebar cerita buruk pasal aku. Mmg betul la kata org, politik kerja di gomen mmg tinggi. Kau menonjol dan cuba tunjuk bagus je..mmg kena ' mark' dengan org. Tp aku tak putus asa. Aku hantr surat kepada jawatankuasa eksekutif..aku nak tubuhkan unit siasatan dalaman. Fungsinya untuk banteras pekerja2 yg rekod buruk, makan rasuah, memyebarkan cerita2 fitnah yg boleh menjatuhkan seseorang dan lain2. Permohonan aku diluluskan dan aku boleh pilih ahli yg aku nak untuk jadi penyiasat dalaman. Setiap info kena ada bukti dan jelas perbuatan buruk mereka. Lepas tu surat tunjuk sebab dan alasan pihak mereka kena diberikan kepada kami. For me, kalau aku tak dapat nak ubah malaun2 ni..malah mereka yg cuba jatuhkan aku..aku akan ubah mereka guna kekerasan dan undang2. Aku bukan nak kata aku rajin sngt kerja.tp org dah bayar gaji..buat la kerja elok2. Ni tidak..keje tak buat..makan rasuah pastu mengular. Nak mengular tak salah..pastikan kerja semua siap dulu. Then kalau kau nak gi lepak kedai ke, kuar merayau ke..boleh lagi dimaafkan. Keje gomen ni mcm dimensi baru bagi aku..keje mmg level ditahap cikai..tp suasananya ada kuasa gelap yg amat sangt. Tak mcm swasta..keje payah, banyak..tp suasananya membuatkan kita jadi 'alive'
BalasPadamsetuju jugak, 1st time dgr ada org berani buat camnih... update la lg perkembangan citer ko nih.... berkesan or tercapai objektif ke tak?
PadamStakat ni dah 2 org staff yg terlibat dlm 'mkn duit' lebih dah diambil tindakan. Aku pun mintak ahli mesyuarat yg tak dtg meeting harus menyediakan alasan tunjuk sbb yg kukuh. Dah dikuatkuasakan. Tindakan staff yg buat kerja kotor ini ialah surat amaran ( diberikan secara sulit dengan pengesahan pihak atasan), dipindah jabatan jika melampau sngt dan pembekuan kenaikan gaji tahunan. Efektif..tp serius..mmg ramai org cmtu yg benci aku. Tp tak kisah la..aku nak perang habis2. Aku bukan nak keje gomen ni lame sngt pun.at least sblum aku chow atau dihalau..aku ada impact aku sendiri. Org sini ckp man- man..slow2 dan jgn cari pasal. To hell la semua tu..aku kira apa. Aku nak buat tempt ni jd mcm swasta.
Padamkau kerja sektor apa dalam gomen yang ada makan rasuah tu? kastam? imigration? polis?
Padamaku tak mau sebut.boleh bawa nama buruk institusi tu nanti. nanti org salah sangka. ingt semua pekerja tempat tu teruk. bukan semua teruk. ada yang sebelum aku masuk lagi..diorang dah lama cuba ambil tindakan yang sama. cuma tak berani bersuara. We all need someone yang sanggup tampung semua risiko. aku dulu keje swasta, sampai kena ugut dengan big boss sbab aku detect dia salahguna duit syarikat untuk kroni2 dia tanpa pengetahuan ahli lembaga pengarah. and then aku yg kalah sebab dia org besar,tak macam aku cuma staff biasa. prinsip aku ni mmg cuma boleh digunapakai untuk staff bawahan..gred 41 pun dah payah nak fight. bergantung kepada kuasa yang dia ada. yang level lagi atas..jgn harap. gomen punya gengster ini semua korporat level..untuk aku sorang nak lawan..mustahil. mereka boleh fitnah aku dan tuduh aku wat kerja kotor juga. Pak cik aku la idola aku.dia pengurus hr yang sangat telus dan tegas. dia cuba bangunkan syarikat ke arah islamik shinggakan dia difitnah dan dibuang kerja oleh big bos bangsa cina. tp sekarang dia keje dengan company arab yang bertapak di arab saudi. gaji jauh lagi besar dan menggalakkan cara kerja islamik. rezeki ada dimana-mana. selagi niat baik, inshaallah tuhan akan tolong.
PadamCerita yg ko ckp tu sme je dgn kisah kehidupan bapak aku...name pak cik yg ko ceritakan tu Basri kan...maknenye ko ni ank Pakngah Shuib kan...kite sepupu la ni...
Padamye..korang berdua adalah anak aku...tapi ada kisah hitam yang korang x tahu...cerita ini bermula ketika mak kamu masih kecik..pak cik pergi masuk hutan nak cari kayu api..lepas jumpa pak cik terus balik rumah...sampai rumah pak cik makan nasi 4 pinggan...terus masuk tidur..so, pak cik harap korang maafkan pak cik kerana berbohong selama ini..pak cik tiada niat nak merahsiakan semua ini...
Padamaku sangat mengharap orang macam ko ramai dalam kementerian aku..
Padamsebab yang sedia ada (xsemua) banyak yang hampeh..tu belum lagi kira yang ada 'tangan2 ghaib' dibelakang guna kabel politik..
perubahan dalam sektor kerajaan kebanyakan akan dipandang sebagai pemusnah kerjaya orang, zalim, dsbg..
respek kat ko bro
Tanpa Nama3 Februari 2014 7:48 PG beznye klu dpt ketua jabatan yg bagus mcm encik ni..sy pnye ketua jabatan suke dgr cte org pas2 maen hembus mrh2 org even kite di jalan yg btl..smpi sy stres nk keje..mmg keje ciput..takat nk buat surat ke,minit msyuarat ke pe..mmg 2-3jam da boleh siap..sy dl sblom keje gov,xde ms nk maen fb n sbagainye..tp sejak da msk keje gov,dr pg ke ptg naek boring da hadap fb..keje da siap..nk buat pe lg..pas2 buat keje btl,kna ftnah n sbagainye..sedih kottttttttttt..
Padam99.99% betul noob..aq keja swasta oil palm plantation bru msuk dua thun tp chlnge n knowldge yg kta dpt mcm 10 thun sdh kerja.Everythg must move fast! Bangun 5.00am utk muster then 5.00PM bru blik kerja tp kena month end smpi midninghtlh jwabnya..but what the best part was our increment evry year and Bonus totally satisfd!! bonus x lari 4 buln gaji so means if our basic salary was RM2900 just ,multply 4 months= RM 11600. Kalo crop achmnt > budget smetme can get 8 month bonus!Increment more less 18%.berbaloi dgn apa yg kta buat and our otak pn sntsa "brjln",tht the point..and 1 benda yg btul2 membezakn kerja with govrmnt wit swata adalah supervsion & monitoring by top mngemnt! klo swasta our kerja wil monitr dirctly from boses evry hour so xda msa nk 'buang masa". Not 2 compare bt based on my exprnce to deal with govrmnt OMG...Jam 9.30 pgi tp cma sorg jh yg keja di kaunter..the rest "Berkompang' dkt kdai mkn!.dtg lg sblh ptg still sma then dia ckp try dtg bsok even dh bt appointmnt.Ska hti jer ckp.ingt opis sblh rumh jer kh nk dtg evrydy?What the hell??
BalasPadamOil palm plantation?kalo degree holder aper keja leh aply kt situ?
PadamKalo xder pnglman kena ikut in-house training dlu then bolhlh apply utk asst managr utk field operation, eco mngment unit or Envrmnt, sfty & health in-chrge.
PadamSy kerje swasta sy fhm apa yg dikatakan...cuma utk gov ada extra benefit yg swatsa susah dpt, iaitu loan n pencen terutamanya...tp for good personal career developmet better kerje swasta.
PadamTp bila time kerje, apa yg dpt just go on je x kisah gov atau swasta...sbb skrg susah dp kerja. Tp kerje gov x perlu kerja kuat sgt, curi tulang ke, kuat kerja ke bonus tetap sama.
Teori ni hanya untuk org yg keje pejabat je..kalau kau doktor kau tau la lembik x lembik kalau keje gomen...
Padamkalau keje doktor atau nurse kt gomen mmg keje lembik, tp layanan mcm tahik laaa... kalau doktor, nurse swasta layanan tip top
PadamThis is so called MAKAN GAJI BUTA! Please love what you do but not only love the salary bank into your account every months whai gomen2 sumer..sian..
Padambetul apa yg halim cerita tu. aku pun rasa perbezaan masa kerja di kilang dgn GLC ni. aku rasa apa yg Halim rasa. Mmg pd akhirnya mmg kita yg kena buat semuanya. yg mengular, lepak kedai kopi, yg OT tetapi duduk makan2 di pantry dan berfoya-foya diinternet masih dpt bonus yg sama. Paling best, orang yg dapat anugerah cemerlang tu, adalah org paling paling kuat horsepowernya dalam mengipas. Jadi, sekarang, aku hanya kerja kerana tanggungjawab dan kerana Allah saja. Malas dah nak fikir semua sekali..
BalasPadamapa nama glc yang kau kerja tu? tnb? petronas? tm?
Padam..tapi gomen pun ramai staf kontrak terutama kerani...
BalasPadamya betol...time kontrak je bagus...pas2 bila dh dpt tetap mau tau la....terserlah sifat dan perangai sebenar...
Padamtime keje swasta dulu..aku boleh nmpak perkembangan yg aku mampu capai dalam company. tp kawan2 semua cakap keje gomen best dan terjamin. aku try apply,dapat. atas sokongan keluarga,aku pergi. sekarang..apa hala tuju aku? apa yg aku mampu capai?
BalasPadamso kau tak dapat apa-apa? tak tahu hala tuju diri sendiri. kenapa tak resign? ramai lagi yang perlu pekerjaan untuk post kau.
Padamtp aku wat keje aku beb. aku tak cakap pun aku takde kerja. aku cuma nak jelas apa jawatan yang aku mampu capai dalam 5 tahun akan datang.
Padamlah. masa dapat tawaran dari jpa dulu kau tak baca ker kontrak perjanjian jawatan kau? sekarang kau gred apa?
Padam41.pegawai tadbir
PadamTanpa Nama3 Februari 2014 9:16 PG sy mcm awak jugak..sejak msk keje gov,sy pk ape yg boleh sy capai n so on..laen ms keje swasta..ade mtlamat n happy always..mnyesal xsudah trime keje gov..da la g kursus mcm g jln2 cr mkn..mmg buang ms keje gov..sape2 yg suke goyg kaki n suke trime gaji hjg bln leh la mohon keje gov yg dok opis mmnjg..
Padamapa yg aku dapat simpulkan adalah, ramai nak gaji tinggi tapi kerja senang...klau macamtu baik jadi penyanyi...suara cam pantat pun boleh ramai org suka...duit masyuk, popular xyah ckap la...pastu rembat awek org....nak kerja,kerja je la...x payah merungut...ramai lagi nak kerja....dulu tahun 2006 aku pernah kerja kutip botol dan jual...kerja dia mmang siksa tapi masyuk sikit....aku tengok budak2 yg kerja ofis bawah airkond tapi merungut itu ini, sedih aku....ramai lagi yg nak jadi macam dia....x tau bersyukur langsung....lagi sedih budak2 masuk kerja sebab nak gaji je...sebab duit....tapi kerja macam taik....
BalasPadamKalau nk lgi best, keje sendiri...bebas tpi perlu rajin sikit...
PadamKpd Encik Ahmad...
PadamAwak ckp suara penyanyi sekarang ni
mcm pan**t, suara awak tu merdu sgt ker????atleast diorang tu penyanyi, awak????
Halim must quit his job. For real!
BalasPadamkes macam Halim ni dah kira macam kerugian kepada negara..orang yang produktif dan berbakat disia-siakan...
Padamsaya putar halim!!!
PadamSilakan
PadamAaaahhhh..sudah tentu..
Padamkalo keje swasta pun kadang-kadang bergantung kepada pengurusan juga..dekat company lama aku dulu management sucks!!!...suka tgk paper qualification..kalo banyak cert nanti ko boleh demand gaji lebih..kalo yang dah lama keje tapi takde cert mmg tak kema pun gajinya....
BalasPadamBodoh la kutuk2 org kerja kerajaan..korang ni bodoh tk dpt kerja kerajaan tak layak.tk yah memekak..aku keje gomen..rileks je tak la kaya tp tak la susah tk memekak harga brg naik duit dpt gak simpan 3-4 rats sebulan Biarpun belanja banyak..kena la ikut budaya jgn lawan arus mcm si bodoh ni tk suka berenti la tk heren byk org beratur nak masuk..ni mesti kena pulau dari rakan sbb tunjuk pandai..budaya dia ko tk leh ubah,bt ala kadar je lebih2 wat pa aku tau la.belajar je tinggi tp bodoh sombong.tk tau sosial..serious ko bodoh..
BalasPadamhaha..panas bontot. rilek la. ini realiti bro. "budaya dia ko tk leh ubah,bt ala kadar je lebih2 wat pa"..itu islam tak ajar bro.
Padamkeje gomen mmg la relek bro. bleh g brekfast sampai sejam. pukul 10 g minum, lunch terlajak sampai sejam setengah. petang leh minum lg. lepas tu balik. keje betul2 berapa jam sangat.
Padamlepas tu keje suma x byk pakai otak. lgsung xde kreativiti.
kalau staf gomen masuk swasta, mmg mati la.
orang gomen suka lawak lucah..asal induksi je mesti ada sesi lawak lucah..sembang lucah ialah budaya melayu keje gomen, lg tua lg berkarat otakkk........
Padambest keje gomen... duk rilekkkkkk... tu lembab jer servis..huhu
BalasPadamMampus la ada aku kesah?Dalam gomen kitorang ada guna istilah slack..mksud teruk malas..ko slack camne pun servis lembab tak datang sampai bertahun.jabatan aku diorng tk leh buang suka hati.paling berat tahan kerja je la gaji separuh ko leh wat kerja lain sementara habis idah pastu kerja balik..kebajikan nombor 1.swasta ada? mcm2 tk leh main facebook lah budget cutting la,kena marah cam anjing,jilat bos tak kuasa aku nk jilat2 org ni.aku ada maruah. bt kita cam robot takde ank bini ko tak suka ko blah byk freshie tgh nganggur blh buat dgn gaji lebih rendah kalo kerja low level plak baik upah bangla drpd upah melayu byk songeh pastu budaya kurang ajar terutama bos cina ko dah servis berpuluh tahun ko dah tua muka dah buruk diorng tk bagi duk barisan hadapan siap kena kutuk lagi Suruh berenti. berenti camtu je tak dihargai macam anjing dulu aku kerja company multinational tu masuk bursa apa lagi kalo swata yang tak tersenarai lam bursa lagi la..kerajaan org tua ni senior kita hormat budaya melayu tu leh nampak, kwsp setahun leh habis takde jaminan kerajaan tk yah fikir great duti tu ratus ribu plus pencen lagi...kerajaan susah nak buang silap2 org yng buang ko yang kena buang kerja. tk leh bgtau la aku jabatan mana tekejut korang nnt kecoh nnt....kalo lembab pun gaji tetap jalan..satu sen pun tk kurang la..duit rakyat gak..ada aku kisah..aku pun bayar gak cukai.. tk yah kutuk2 ko suka swasta keje swasta..ko nak gomen keje gomen tu pun kalo layak la.
Padamgila sampah ayat... kalah ayat budak sekolah. betul ke org gomen yg tulis ni?? patutla keje gomen ni sampah sbb ramai sgt sampah mcm lu keje kat gomen
Padamhaha..bangga atas kemalasan yang dibuat. sampi level cmtu skali. adoi la..apa nak jadi.
Padamapa nak jadi malaysia ni woiii, org gomen mempertahankan budaya malas diorg... dunia dah nk terbalik ke??
Padamhaha..x sume org kerja gomen y truk tp ni salah sorg y panas bontot atau terasa diri die malas n kuat mengular..hahaha..klu buat salah mmg xkn tenang..
Padamayat anon 12:58ptg serius sampah, betul ke nko ni dpt keje gomen sbb "layak"? budak darjah 3 pun boleh karang ayat yg jauh lagi teratur dari nko. agknye nko ni dpt kje gomen pun sbb der kabel sebesar paip indah water kot?? ataupun nko ni saje nk buruk-burukkan pekerja gomen secara am?? pe niat nko ni hah??
PadamKeje gomen ok kalau buat kerja dengan elok dan btul. Jgn berubah jadi mcm mamat ni dah la..inilah contoh pekerja gomen teruk yg org maksudkan.
PadamYe bagus la sangat kerja gomen ni..bagus sangat.. apa yg halim ckp tu aku setuju sangat... budaya swasta dan gomen mmg berbeza sangat... aku rasa lagi bagus kerja swasta dari gomen... gomen bnyak politik dan protokol dan bntak kursus sana sini entah apa2 entah yg membuang masa sana sini... sapa yg cerdik sapa yg aktif dan dan kreatif orang tu la yang dipergunakan macam hamba abdi.... bonus dan kenaekan sama je... walaupun pun kita bnyak menyumbang.... kerja xde life xde kebebesan x enjoy... hari hari imsomia... aku dulu keje ktmb menyesal behenti.. skrg kkm
Padamproooottt!! arghh! leganya!
BalasPadamhalim..jom pi rehat awal. pukul 3 kang balik la. bosan la dok opis..dok buka fb je
BalasPadamhari ni putrajaya cuti wilayah la... aku tgh mancing ni.. esok kita lepak mamak jam 10 pg
Padamberes boh. jam 4 ptg teman aku g tgk sparepart kete boleh?aku nak pasang bodykit ngn surbo la.
Padamjam 4 lewat sgt, takut kedai kete dah nk tutup... kita kuar awal sikit pukul 3 ptg
Padamkahkahkah!
BalasPadamSenang cite..keje gov n swasta dah dirumuskn spt noob ckp..sbb org yg excellent kerje depend on bonus n promotion sedangkn gov bonus sama semua staff n naik pangkat ikut seniority atau kipas kuat.
BalasPadamTp yg sy kerja swasta ni pun mcm2 isu perkauman yg menghalang kenaikan..mcm nak tukar kerja swasta melayu lak pasni
Nk kipas sapa setan? Tkde hasil nk kipas gaji sama dgn org tk kipas..bkn cm ko nak jilat jubor cina utk naik pangkat.. Ko pernah keje gomen tak? Si bodoh ni ckp main lepas..
PadamWalaupun x kerja gov..tp parent n isteri kerje gov..so kes kipas mengkipas tetap ada walaupun x semua. Tiba2 sentap plak.
PadamPasal kes sy, kaum lain diberi keutamaan naik pangkat sebelum kaum mcm sy even sy kdg2 digelar pencacai yg setel semua masalah yg ada, nama lain sbg pembersih tahi org lain. Tp ustaz selalu kata paling penting kerja ikhlas..rezeki tetap ada tp x semestinya duit semata2.
ramai komen keje gomen ni lembab, xproduktif, malas & sbgnya... dgn gaji yg ciput, what do u all expect??? nk bagi servis & perkhidmatan mcm swasta? keje swasta gaji byk boleh la bg servis terbaik. tula bila kerajaan nk buat gst, potong subsidi, nk tambah pendapatan negara utk naikkan gaji kakitangan kerajaan, korg marah, korg bantah... tapi demand kt kitorg bg servis mcm swasta... realistik la sikit woooi... cuba korg keje gomen aku nk tgk lama mana korg punya produktiviti & kerajinan boleh bertahan
BalasPadamni sorang lagi bodo, pala hotok mu, swasta gaji banyak, aku gaji nak separuh mati, nak byr mcm2 benda biasa pun dah jenuh.. bodo piang tul
Padampatut la... ada org keje gomen minded negetif mcm tu... bruk tul perangai,.. haih..
PadamMmg byk staff kerajaan yg kuat kerja..cuma biase la bonus sama je utk semua staff, sp drive factor pun dah kurg kat situ..sbb 2 smpi tahap org kata x guna kerja rajin2..bonus pun tetap sama.
PadamPasal produktiviti kerajaan, bukan nak salahkn staff tp dah perkhidmatan serupa free..pas2 demand tinggi...so susah nak bg perkhidmatan yg sama mcm swasta. Lgpun gov sektor awam kebanyakan ialah non profit organisation. So it is two diff case, xleh compare apple to apple kesemuanya.
Kawan saya juga nasihatkan benda yang sama. Saya kira, jika kerja di sektor kerajaan, boleh memberi masa terluang yang banyak, bagus juga. Mungkin boleh adakan masa menulis apa-apa buku, atau apa2 sahajalah, yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat.
BalasPadamDalam menolak kerja agar tidak dipergunakan oleh orang lain, boleh juga menambah kerja yang mendatangkan nilai tambah dalam masyarakat tanpa takut dipergunakan.
betul la kata2 halim tu~ so tepuk dada tanya hati~ tp halim, semoga pilihan kerjaya yg keluarga pilih itu akan diberkati dan maju dgn jaya :) reda ibu bapa itu penting ~ jadi anak yg soleh :)
BalasPadamsetuju dgn halim tu.
BalasPadampengalaman aku berurusan dgn orang gomen ni, kalau ada layanan / perkhidmatan yg tidak memuaskan, jangan lupa amik nama dia, masa, tempat. pastu lapor ke orang atasan. apa tindakan orang atasan tu, serah je la kepada Allah. kalau tak dibalas di dunia, duit gaji tu halal ke tidak, nanti di akhirat akan dibalas
selalunya x perlu tggu akhirat pun, dkt dunia dh kene balas, tgok jer ank2 die ape jd lps tuh......
Padamsetuju dengan bobo (tetibe je)
BalasPadamPengalaman berurusan dengan staff gomen paling celaka di dunia fana. Borang yang aku nak dah tinggal sekeping, makcik kaki gayut phone tu cakap kena buat copy lagi kalau nak. Aku tanya makcik kaki sms kat kaunter tu lagi kat sini ada tak mesin photocopy. Makcik terlebih mekap tu cakap ada. Aku minta dia copy untuk aku tapi jawapan makcik perasan cun tu buatkan aku nak lompat terajang muka tak bole blah dia tu. "budak photocopy cuti hari ni so takde orang nak buatkan". Punyalah pemalas macam celaka, nak photocopy sekeping borangpun macam sial punya alasan. Memang bodohlah kalau mesin photocopy pun tak pandai guna. Kesimpulan pekerja gomen memang pemalas macam babi kenyang.khak ptuihh...
BalasPadamrasanyea mcm kurang adil sesetgh komen d cni.lg2 yg guna kata2 kesat terhdp govt servant.sy govt offcer d satu jbtn.xpnh 1 hr pn sy pegi kerja tp xbrp ada kerja utk dibuat.kerap jg smpi langgar lunch hour spy dpt siapkn kerja by 5 spy dpt blk rmh pd ms utk uruskn rmhtgga.mmg xdnafikn kdg2 ada kakitgn sesetgh jbtn.tp to generalize semua govt servnt mcm tu krg adil rs nye.too bad for halim sb kje dlm sektor kjaan menyebbkn dia berubah menjd negatf dan pasif mcm tu.sy jg seorng yg aktf dan sntiasa look forwrd kpd oembaharuan dan penmbhbaikn.utk pstikn smgt sy sntiasa alive,sy akn cr ruang2 utk tmbhbaik.tu kte pgl inisiatf.bkn dduk dan tgu shj pluang itu dtg.inshaaAllah jk niat kita baik utk mrnmbhbaik dan menyumbng demi kbaikn,usaha tsebut oasti akn dpt restu dan berkat Tuhan.
BalasPadamanda juga perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan penggunaan short form yg menyusahkan org utk memahami apa yg anda tulis...
PadamKalau dah lu baik and tip top, apsal lu nak butthurt? Ke lu cerita je lebey ni?!!!...hehehe
PadamHaha..buasir otak aku bace ulasan² korang ni.
BalasPadambtw... sy jugak mcm tu.. jangan sesekali tunjuk boleh buat itu, boleh buat ini.. last2 kite semua kena buat pdhal tak masuk dalam tugasan kita pun. bos akan cari kita sb kita tahu dan org lain 'pura2 tak pandai dan tak tahu'...
BalasPadamsy pernah kije ngn cina singapura. dunia sgt berbeza. apapun, sy sentiasa katakan pada diri 'just go with the flow'... sama mcm ape halim katakan. sy bosan kadang2 sb xde kemajuan dalam diri, xde perkembangan dalam pekerjaan (post sy secretary) dan sy rasa down. usia yg sepatutnya sy explore byk perkara hanya terkurung dengan perkara2 yg tak menggembirakan...
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
BalasPadamSelalunya cerita yg kurang cemerlang yg cepat tersebar, cerita yg inspiring tak menarik..
Tak kisah la, civil servant ke swasta ke, kerja dgn niat buat ibadat, put it where it shud be..
Huda
Tp klu kita perasan ramai org melayu mengagungkan keja goverment even sbg kerani n17 pn d sanjung tinggi..stigma lapuk masyarakat kita..sbb aku ni keja swasta dah 2 keja pasaraya(tp listed dlm bursa malaysia la) org kg mmg memandang rendah walau kita ni executive..pelik kan..anak jiran sebelah keja kerani n17 guna spm d canang mcm pegawai ptd aku ni siap d pndang hina sbb aku keja swasta walau gna degree..statement dia org "buat apa la mngaji tinggi klu keja pasaraya ja..tgk ank jiran sekampung keja gomen (kerani n17 ja pn) x payah nk blajaq tinggi guna spm ja..dan itulah persepsi masyarakat kita..
BalasPadamtakziah aku ucapkan buat pnduduk kg ko, sbb trkna musibah pnyakit bangang abadi xde ubat, nasihat aku buat ko plak, abaikan je mindset kuno kg ko tu..
PadamAPA YG DICERITAKAN DI ATAS ADALAH BENAR BELAKA..TERJADI PADA DIRI AKU INI.MEMANG LASTLY MORAL AKAN DOWN..NOW,AKU SEKARANG SEDAYA UPAYA KELUAR DR GOMEN..DAN SEDANG MINTA BANTUAN KAWAN2 SEKIRANYA ADA LUBANG2 KERJA DI SEKTOR YG DI CINTAI..CIVIL ENGINEERING..YA ALLAH YA TUHAN KU,BANTU LAH HAMBA MU INI,SELAMATKAN LAH AKU DARI TERUS LEMAS DALAM HIPOKRIT DAN TIADA KEIKHLASAN BEKERJA..BANTU LAH AKU SUPAYA AKU DAPAT SEMULA SEMANGAT DAN KEIKHLASAN BEKERJA..SUPAYA ANAK2 DAN ISTERIKU DPT DIBERI REZEKI YG HALAL...AMIN
BalasPadamyup.mmg betul.
BalasPadammenyesal join gomen.
Aku pun bekas..ape halim cite sume aku sokong...buat keje salah....tk buat ag salah....upenye die nk freezkan aku....so aku said gudbye2....diorg sume tindas org cini org sane...tmbah PBT...nk jadi boss smpai doa boss mati cepat pn ade...im quit..bukak bisnes jual buku suh org bace...terus jadi boss tk payah tindas2 org....tq
BalasPadamMujur aku tak keje gomen.. kalo tak, mampos la.. apapun, aku banyak deal ngan beberapa rangkaian jabatan dalam gomen.. serius, rasa macam nak penampar saja bila deal apa2 dgn derang.. yg slow giler la.. rasanya yang slow giler ni, tak ramai sangat... (pandangan aku la..)
BalasPadamApapun aku puji dengan abang2 askar, abang2 bomba, abang2 polis, juga yang berkaitan dengan hutan.. yg komited dengan tugas berkaitan safety. Lebih 15 tahun aku membanting tulang dengan mereka, rasa nak menangis jer tengok hidup mereka yg ditindas majikan sendiri (kerajaan). Aku bangga masih ada pekerja gomen yg hebat begini bila berganding bahu dengan swasta.. lain perlakuan mereka bila membuat sesuatu projek dengan kami.. sangat2 terharu..
I rasa sangat bangga sebagai rakyat malaysia yang dapat dengar ramai orang yang kuat kerja cuba mengubah dan push negara INI ke arah yg lebih baik.. amat gembira sebab I am not alone
BalasPadamI rasa sangat bangga sebagai rakyat malaysia yang dapat dengar ramai orang yang kuat kerja cuba mengubah dan push negara INI ke arah yg lebih baik.. amat gembira sebab I am not alone
BalasPadam