Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 13

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Setelah 13 minggu bertarung, akhirnya Maharaja Lawak Mega 2013 sudah sampai ke penghujungnya. Antara Sepahtu, Shiro, Jambu, Bocey dan Nabil, siapakah yang bakal menjadi Juara MLM2013 ini? Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku harap semua peserta finalis akan memberikan persembahan yang terbaik di gelanggang akhir malam nanti. Sementara itu, baca ulasan dan pandangan aku mengenai setiap peserta finalis di Segmen MLM2013 minggu ke-12 yang lepas.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 13 - Muzikal Komedi dan Bebas

1. NABIL

Bebas - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Nabil kembali buat stand up comedy. Dia start dengan kisah dia mintak maaf kat Luna Maya, lepas tu disebabkan kontroversi tu, dia call mak dia sebab mak dia sensitif, tapi mak dia pun tak tahu Nabil masuk MLM, siap jadi fan Sepahtu lagi. Sekali bapak dia pun tegur Nabil kat Twitter. Yang ni walau tak la tersangat lawak tapi berbanding minggu lepas memang jauh lebih best. Nabil ni kena cerita pasal pengalaman dan kisah diri sendiri baru best. Tapi mungkin dia lupa nak mention nama mak dia yang legend masa Raja Lawak 2 dulu, Kak Jah.

Rating juri: 4 bintang

Muzikal Komedi - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


First sekali aku tabik gila kat Nabil sebab dia guna lagu Queen Bohemian Rhapsody yang bagi aku sangat epik (budak2 muda mesti tak tahu lagu ni). Dia olah pulak lirik lagu tu untuk dari awal sampai akhir persembahan dan tak lupa lirik pun. Bukan senang nak verse lagu Bohemian Rhapsody nih sampai aku naik goosebumps. Dia dapat menyampaikan luahan hati dia, permohonan maaf dia, penghargaan dia kepada peminat dia dalam cara yang paling epik sekali. Walau kurang punchline lawak, malah agak sedih, ramai pulak yang komen dia mintak simpati dan meraih undi, tapi aku respek persembahan dia kali ni.

Rating juri: 4 bintang

2. SHIRO

Bebas - (Laugh-O-Meter: LOL)


Ajak tengah runsing kat rumah, tiba2 bangla yang jual carpet dulu datang nak collect hutang. Ada lagu Gadis Jelebu, Masihkah Kau Ingat, cuma Shahrol macam lupa lirik lagu sebab ulang benda sama banyak kali. Last sekali Ajak wrestling Shiro dan diorang wrestling AC Mizal pulak. Bagi aku punchline lawak agak kurang, banyak persembahan2 yang sebelum2 ni lebih lawak.

Rating juri: 4 bintang

Muzikal Komedi - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Shiro buat sketsa sebagai orang tua di rumah orang2 tua tengah berurut, lepas tu Ajak ajak Shahrol masuk pertandingan Kilauan Emas. Banyak lagu2 yang menghiburkan seperti lagu Stacy Bosan, Hafiz Bahagiamu Deritaku, Najwa Latif Sahabat, Awie Terima Kasih dan lain2 lagi, cuma Shahrol banyak kali lupa lirik lagi. Walau punchline kurang, tapi bagi aku bagus sebab persembahan ni tribute diorang diorang untuk peminat2 mereka untuk kali terakhir.

Rating juri: 4 bintang

3. BOCEY

Bebas - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Abam jadi pengantin nak kahwin, tapi pengantin kena main kompang sendiri sebab bajet sikit, payung pengantin pakai payung burger. Lepas tu diorang ajar tata tertib bersanding, kena bersilat,  tabur beras untuk murah rezeki, renjis dipilis bagi segar. Kali ni abam kena buli kaw2 punya, tapi  aku rasa macam badan dia makin naik. Ending dia je kurang sikit rupa2nya diorang tengah promosi pakej perkahwinan murah.

Rating juri: 4 bintang

Muzikal Komedi - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Achey jadi pakcik Man jawa, abam jadi Herman Tino, Fard jadi Hafiz ingat nak nyanyi lagu Awan Nano sekali lagu gula2 Nano2, marah bapak dia sebab menyebabkan mak dia mati, sekali rupa2nya pakcik Man jawa tu yang langgar bini dia. Yang aku respek diorang sebab diorang nyanyi banyak lagu, siap buat lagu remix yang bukan senang nak nyanyi, tak sangkut2, tak lupa lirik malah suara Achey pun sedap, Fard pun boleh rap so memang naik mood persembahan.

Rating juri: 4 bintang

4. SEPAHTU

Bebas - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Sepahtu kena penjara malam raya, Jep suruh Rahim tonggeng ingat nak liwat rupa2nya nak pijak badan dia. Ada punchline2 lawak macma nak keluar malam raya sebab nak tengok TV, kenangan masa raya, rumah terbakar, main mercun. Lepastu diorang cerita kenapa masuk penjara, yang Jep sebab gaduh kat Kajang, makan sate liat sangat terkoyak muka sampai berparut tapi siku kena orang. Last2 diorang nyanyi lagu raya 4U2C dengan AC.

Rating juri: 4 bintang

Muzikal Komedi - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Starting diorang pandai tarik mood penonton dengan dengan lagu Republik Sandiwara Cinta, ingat apa rupa2nya ringtone telefon Shuib ex-awek dia call. Jep yang jadi ayah dia bagi nasihat ciri2 perempuan yang boleh dibuat bini. Lepas tu Rahim datang tempang kaki kena potong sebab kencing manis. Cerita kawan dia mati ingat sebab denggi tapi sebab keracunan kena sembur ridsect dalam mulut. 

Rating juri: 4 bintang

5. JAMBU

Bebas - (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Jambu buat drama sambungan Dato' main golf dulu. Siti Nur Enjoy dah kahwin dengan Syeikh Haikal, Luna dah clash dengan Dato' Tauke, dan Dato' Yusof Haslam kali ni tak jadi driver dah. Dato' Yus kat ofis panggil setiausaha bapok Suci nak tanya jadual kerja, tapi Suci duk ngurat Dato' Yus. Yang part lawaknya jadual Dato' Yus ada main PS4 sampai subuh, Suci buat2 tumpahkan kopi, Dato' Yus bukak tali pinggang ingat apa rupa2nya nak sebat si bapok tu hahaha. Memang kelakar gila dan banyak kejutan yang tak sangka2.

Rating juri: 4 bintang

Muzikal Komedi - (Laugh-O-Meter: LMAO)


Pak Yus jadi cikgu ajar sains matematik, tauke jadi anak murid. Lepas tu dia tanya soalan matematik, spelling English, Tauke jawab laju je, melalut pun semua betul, tapi bila suruh eja TV blank. Dan last sekali diorang buat persembahan lagu remix tribute kepada peminat dan perjuangan mereka di MLM2013, tapi lirik tak berapa dengar sangat dan berterabur, tak macam masa minggu muzikal komedi dulu so impak dia kurang sikit.

Rating juri: 4 bintang

Ranking aku untuk persembahan Minggu 13:

Pusingan 1: Bebas

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)

Pusingan 2: Muzikal Komedi

1. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)

Pemenang:

JUARA (RM500,000 + Piala):  Sepahtu

Naib Johan (RM250,000 + Piala):  Shiro


Tempat Ke-3 (RM150,000 + Piala):  Bocey

Tempat Ke-4 (RM50,000 + Piala):  Jambu

Tempat Ke-5 (RM15,000 + Piala):  Nabil

Kesimpulan: 

Akhirnya tamat juga Maharaja Lawak Mega 2013 setelah 13 minggu berlangsung. Tahniah kepada kumpulan Sepahtu kerana telah menjadi juara yang aku boleh kata untuk kali kedua, kali pertama sebagai kumpulan Sepah masa Maharaja Lawak 2011. Tahniah juga kepada pemenang2 yang lain. Untuk final ni tiada yang kalah, sebab semua dapat hadiah, cuma beza nombor sahaja.

Walau ramai yang emo sampai mempertikaikan kemenangan Sepahtu seperti kat fanpage FB Maharaja Lawak ni dan mengatakan Bocey lebih layak jadi juara dengan persembahan mereka yang sangat konsisten setiap minggu, tapi bagi aku itu rezeki mereka. Rezeki mereka untuk jadi juara, rezeki mereka sebab ramai fan dan peminat yang sudi mengundi mereka sehingga menjadi juara. Kalah menang adat pertandingan. Kalau kita asyik mengutuk dan berbalah pun, kita tak dapat apa2, so harap semua fan2 dapat terima dengan hati yang terbuka.

Kalau nak kata pilihan aku untuk juara, aku dah tulis semua kat Segmen MLM2013 minggu 12 yang lepas. Nak kata aku favorite Jambu, aku dah jelaskan minggu lepas juga. Tapi favorite aku tak semestinya favorite korang, dan favorite korang tak semestinya favorite aku, so tak payah bising2 gaduh2. Aku juga tak expect tinggi pun dengan Jambu untuk jadi juara ke apa sebab dah tiap2 tahun pun Jambu memang dah kira sebagai finalis tetap cuma takkan menang la, pencapaian terbaik diorang pun dapat no. 2 tahun lepas dikalahkan oleh Jozan.

Untuk minggu ni, aku agak berbangga dengan Nabil kerana dia seperti dah dapat touch dia balik, cuma mungkin agak lambat kerana dah minggu final. Bocey pula, aku tak perlu nak cakap apa2, persembahan diorang tiap2 minggu dah cukup untuk menunjukkan kelebihan dan kehebatan diorang, cuma mungkin diorang kurang popular kerana artis TV3 ni biasanya kurang popular dan peminat fanatik berbanding artis2 Astro.

So untuk tahun depan, kalau Maharaja Lawak Mega diadakan lagi, aku harap Jozan akan masuk balik sebab Jozan dia punya aura lain macam, so mungkin boleh saksikan pertarungan di antara big 3 yang baru iaitu Jozan, Sepahtu dan Shiro. Jambu, Nabil dan Bocey pun wajib masuk lagi.

Akhir kata, setelah 14 minggu aku bersiaran untuk mengulas dan mereview setiap persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2013, aku juga turut ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pandangan dan komen2 aku ada mengguris dan menyakitkan hati mana2 pihak. Insya Allah jika diizinkan lagi oleh-Nya, kita jumpa lagi dalam Segmen Maharaja Lawak Mega tahun depan pula sekiranya program ini masih diteruskan.

Terima kasih juga kepada Astro, tukang2 provide video dan seterusnya para pembaca sekalian yang sudi singgah di blog ini. Sehingga jumpa lagi!

Btw, berikut adalah pemenang bagi Peraduan Parodi Maharaja Lawak Mega 2013 iaitu adik Ahmad Shiraz Kamarudin:






Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013 | Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/



tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu tiga belas minggu-13 final akhir finale kemuncak

33 ulasan:

  1. ehem 1st ke... tggu mse nk balik ofis ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabil pasrah dh aku tenggok apa lah

      Padam
  2. ramalan aku

    1st sepahtu
    2nd shiro
    3rd jambu
    4th nabil
    5th bocey

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg boleh la ko potong kote ko yg kecik, lembik dan dah tak boleh naik tu ahmad.

      Padam
    2. Haha Kote die tak bernilai langsung sebab tu selalu jadikan mangsa taruhan...

      Padam
  3. 1 - shiro
    2 - sepahtu
    3 - bocey
    4 - jambu
    5 - nabil

    BalasPadam
  4. last date 7 feb 2014. Jom join masih sempat lagi. =)
    http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

    BalasPadam
  5. Ramalan saya

    1)Sepahtu
    2)Shiro
    3)Nabil
    4)Bocey
    5)Jambu

    Tapi sy nak sgt Bocey menang..mn tau rezki dowg dpt no 3 kan..gud luck Bocey!!

    BalasPadam
  6. apahal luna maya tayang nampak lurah tetek? ingat ni dekat indon ke??? bangang betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur... free show.. rezeki kita beb

      Padam
  7. Bocey memang terbaik... Pada Nabil, aku faham apa yang dia ingin smpaikan melalui lagu Queen, Bohemian Rhapsody tu... Bermula dari MLM 2013, then naik turunny persembahan dia sepanjang MLM 2013 ni... Aku still suka trademark 'Lu pikirla sendiri'... Sepahtu? Shiro? Jambu? Goodluck for all of you.. Peace yo!!!!

    BalasPadam
  8. Jambu tk best pn dapat rotflmao..fuck of..

    BalasPadam
  9. Memang favorite ko jambu ek. Pada aku jambu ni biasa je. Ramai kata lawak dia tak boleh disangka, bila dan macam mana. Unpredictable la..
    Tp kalau dah setiap minggu tengok boleh agak time bila dia akan mengarut dan bentuk karut yang akan keluar.
    So baik tengok yang ada storyline, nmpk kreativiti nak menyampaikan cerita dan lawak serta pengajaran. Baru layak nk kata lawak bijak & mendidik. Come on la, walaupun berhibur takkan kosong je. Buah - buahan tempatan boleh?

    Ni pendapat peribadi ek...

    BalasPadam
  10. macam diperbodohkan je tengok MLM ni, 3 orang dalam team yg sama mendapat jumlah undian yg sama????... WTF!!!

    BalasPadam
  11. kekadang.. aku pikir sapa patut jadi juara.. kalo nak diikutkan... JAMBU LAH JUARA sbb x pernah minta simpati and x pernah mengecewakan ... namun ada sglintir pihak peminat fanatik kat group len selalu memaki hamun jambu.. macam yang memaki hamun tue lawak .. pikir2kan ... BOCEY .... sentiasa meningkat dan mungkin patut menjadi juara.... but kalo dorang jua.. popularti raja lawak pasti tergugat sbb bocey lahir dari rancangan bintang mencari bintang... agak bertuah andai ata dpt no.3 .... SEPAHTU... mungkin rezekinya jadi juara but sepatutnya pnonton sedar ngan dat permainan... lawak x lawak.. kalo undian tinggi tetap jadi juara... SHIRO... dpt no.2... saya juga peminat shiro but final dia kurang menyengat.. so kalo dia juara... nampak sangat permainan a***o .. sbb tue dia dpt no.2 supaya x nampak kesilapan... NABIL... seorang yg berani but dalam lawak bukan nak bersedih.. final dia wat sedih but memang hebat dan menghiburkan but ingat ini cerita lawak bukan just menghiburkan... AND AKU HARAP SAMPAI SINI JA KUTUK MENGUTUK... BANGUNLAH WAHAI MANUSIA YANG SUKA MENGUTUK... ORANG BUAT LAWAK MENGHIBURKAN BERIBU PENONTON BUKAN SEORANG ... SO , JANGAN SELFISH SAMPAI NAK MEMAKI HAMUN :)

    BalasPadam
  12. saya xsuka lawak sepahtu pasal pesakit kencing manis kena potong kaki la, pdn muka la n 'matilah kau'..

    sepatutnya pelawak sensitif skit bab2 sakit ni..akan dtg kalo diri sendiri terkena penyakit n tertgok balik lawak dowg ni baru dowg faham kot..

    xsuka jugak ble jep n kwn2 membahan penonton yg jd extra dlm karoot komedia x...melawak smpai kdg2 tu mcm menghina..

    BalasPadam
  13. Astro plz stop buat pertandingan based 100% undi sms...ini lah hasilnya. Popularity wins, effort loser.

    Personally bocey paling outstanding, sepahtu just lawak biasa je. Tp semua dah tertulis, ada hikmahnya. Paling untung ialah rahim, tumpang join sepahtu berbandinf group duo lama, dpt keta n share 500k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Td ada check undi kat astro gempak...nape bocey no 1, sepahtu-shiro-jambu-nabil dpt 2-5? Pelik, error ke? Penat je undi pukal utk bocey.

      Padam
    2. sapa suruh undi..

      Padam
    3. seingat aku, first time aku undi untuk rancangan realiti ni ialah masa af2 dulu...masa tu baru beli hanset baru...aku undi kaer....sebab kaer ada bakat...itu lah kali pertama dan terakhir aku habiskan duit untuk benda sia2 ni....

      Padam
    4. Ingat sy undi tiap2 episod? Jrg sekali sy undi sms ni...sy undi ni pun sbb final, pas2 bocey perform sgt bagus...undi dia at least dpt result bagus jika mana tau sbb x popular dpt no 5 je

      Padam
    5. tu lah pasal...buang duit je undi2 ni..dah jelas terang lagi bersuluh yang popular akan berada di atas...walaupun bakat x berapa sangat...

      Padam
    6. aik...ingat ko pakai nick ayam afrika bertebaran dalam blog dah rasa macam superstar ke?
      skali ko undi jadi astro kena bagi naik rating undi sebab ko ni ayam afrika
      macam la orang lain takleh undi
      -facepalm-

      Padam
  14. Kesimpulannya kita mesti usaha sama2 utk tinggalkan program ini. Sabda rasulullah s.a.w, “Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...terima kasih krn mengingatkan

      Padam
  15. penat je aq tgok rncgn ni tiap2 minggu....at last popularity yg menang...HAMPEH...

    BalasPadam
  16. nak panggil jozan? tapi masalahnya jozan suka buat lawak pondan, tergedi-gedik...

    BalasPadam
  17. Tahnian Utk Entri ni.. Ramalanmu Benar Belaka. hehe.. Jangan lupa tahun depan kalau ade lagi MLM ni ko ulas lagi. Tapi nak tggu tahun depan lambat sgt la, ko pilih la rancangan2 lain yang bole ko ulas, syok jgk. Anyway aku dh undi ko kat MSM. Hidup Buasir Otak. Eh..... Aila mane ek..?

    BalasPadam
  18. Bocey mmg lawak abis. Tp nak buat cmner..belum ckup popular mcm sepahtu dan shiro. Tp bocey mmg bg saingan yg hebat. Bagus la ada team baru yg menyerlah..tak la hanya jozan..sepahtu dan shiro je..lepas ni harap bocey pun leh popular mcm diorang. Nasib baik big bos jozan tak masuk..kalau masuk..masak yg lain

    BalasPadam
  19. sgt terkejut dgn pencapaian bocey. artis baru yg sgt meyerlah sehingga boleh menggugat kedudukan senior2 dia terutama Jmbu. thniah Bocey.
    kepada Sepahtu, hidup org Johor!

    BalasPadam
  20. Now this is the most biased review i've ever read.just because nabil used queen' song in his performance,it doesnt mean shit if he fails to make people laugh.the show is called maharaja lawak mega,not maharaja lemau mega.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.