Halaman

Selasa, 18 Mac 2014

Maut di konsert maksiat kerana kegagalan manusia

Enam maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Festival Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Keenam-enam mangsa itu ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.

Antara pengunjung Future Music Festival Asia (FMFA) 2014

Tiga lagi pengunjung yang kritikal dan kini dirawat di hospital ialah Mohd. Hazwan Husin, 19, dan dua lagi warga Singapura iaitu Wilopo Aileen, 20-an, dan Lim Shu Wei, 20-an. Berikutan itu, polis membatalkan konsert hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama malam ini. Selanjutnya di Utusan Malaysia.

Tragedi ini bagi aku memang amat malang bagi kita sebagai sebuah negara Islam. Yang meninggal rata2 masih muda, ada melayu Islam, orang perempuan dan ada penuntut IPT. Aku yakin walau seteruk mana seseorang tu, mereka pasti tidak mahu mati dalam keadaan yang teruk. Benda terakhir yang kau boleh fikir untuk cara kematian kau adalah mati disebabkan dadah di konsert yang penuh dengan maksiat.


Cuba bagitau aku, apa faedah dan sumbangan festival ini terhadap pembangunan modal insan serta memperkasakan Islam di negara kita? Tiada. Ia hanya memberi sumbangan terhadap sektor pelancongan serta duit yang banyak, namun kita perlu membayar semula dengan kejatuhan nilai2 agama dan moral para belia kita.



Video Future Music Festival Asia 2014 diorang tak sempat dibuat kerana telah dibatalkan.

Beginikah cara anda mendoakan mereka yang terlibat dalam tragedi MH370?

So tragedi ini boleh lah aku sifatkan sebagai sebuah KEGAGALAN:
  • KEGAGALAN kerajaan dalam membenarkan konsert yang penuh dengan khayal, maksiat dan pesta liar di kala negara masih dalam krisis kehilangan pesawat MH370.
  • KEGAGALAN pihak penganjur dalam memantau dan mengawal pengunjung yang datang.
  • KEGAGALAN pihak berkuasa dalam membanteras pengedaran dan penyuludupan dadah yang mudah diperolehi.
  • KEGAGALAN golongan belia dalam memahami akan bahayanya dadah walaupun dari kecil lagi sudah didik akan musuh no. 1 negara ini.
  • KEGAGALAN kita dalam menyekat anasir, hiburan dan pengaruh barat yang melampau dalam masyarakat dan budaya tempatan.
  • KEGAGALAN dalam menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.
  • KEGAGALAN untuk tidak melakukan apa yang dilarang dalam agama.
  • KEGAGALAN ibu bapa dan keluarga dalam mendidik, memantau dan mengawal anak2.
  • KEGAGALAN rakan2 terdekat dalam membimbing dan membawa mereka ke jalan yang lurus. 
  • KEGAGALAN dalam memilih rakan dan menyekat pengaruh yang buruk daripada rakan2 yang telah pun rosak.
  • KEGAGALAN dalam meyakini yang mati itu pasti dan kematian itu boleh menjemput kita pada bila2 masa dan di mana sahaja kita berada.

Rentetan dengan kejadian ini, aku harap ia menjadi pengajaran yang dapat meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hati kita semua terutama rakan2 terdekat si mati. Kalau tidak mahu mati di tempat maksiat dalam keadaan yang mengaibkan, jauhkanlah diri daripada pergi ke tempat2 maksiat dan liar serta mengambil bahan2 terlarang seperti dadah. Ingatlah pada keluarga tersayang, jika apa2 yang berlaku pada kita dalam keadaan yang tidak baik, mereka yang akan menanggung segala malu dan keaiban yang kita lakukan di dunia. Dan diharap dapatlah kita semua memperbaiki semula segala kegagalan kita di dunia ini.

Dalam pada itu, janganlah kita menyebarkan lagi gambar2 kematian mereka dalam keadaan menyedihkan, sekurang2nya hormatilah hati dan perasaan keluarga mereka, kerana keluarga mereka juga pasti tidak mahukan ia berlaku pada salah seorang ahli keluarga mereka. Bayangkanlah jika anda di tempat mereka, apakah perasaan anda? Baca luahan hati abang kandung salah seorang mangsa di sini.


Dan usahlah juga kita terus mengkeji dan menghina mereka yang telah tiada, dan janganlah menghukum mereka dengan mengatakan mereka akan masuk neraka atau akan diazab dan diseksa teruk dalam kubur. Kita bukan Tuhan yang boleh tahu apakah hukuman yang seseorang bakal terima selepas kematiannya, hanya Allah Taala sahajalah yang layak mengadili dan menghukum manusia setelah kita mati. Kita yang masih hidup ini doakanlah sahaja kesejahteraan mereka dan semoga Tuhan mengampuni dosa2 mereka.

Bagi anda yang ada ahli keluarga atau rakan2 anda yang anda ketahui mempunyai sikap yang buruk dan liar, selagi mereka masih hidup, nasihati dan bimbinglah mereka sebelum terlambat.




tags: enam maut tiga kritikal future music festival asia 2013 fmfa bukit jalil mati meninggal dunia maut dadah overdose high ice ectasy meth ganja ppum dirawat kritikal tragedi video day 1 2 3 batal cancel a state of trance asot gambar maksiat khayal hiburan mati dalam iman kegagalan gagal

48 ulasan:

  1. Balasan
    1. sib baik gua sempat pegi hari ke-2. gempak sial.

      Padam
    2. budak2 tu ambil dadah luar dari konsert tu sebelum join in, tu yg ak bc dr siasatn kes tu... muzik dah smart tp pundek tak de sapa2 pun beritau kat tyang tv besar tu "plz dont take drug for fun it will hurt more people cole to you" contohnya...

      Padam
    3. aku sempat pergi hari ke-3..ada DJ Dave!! gempak sial!!

      Padam
    4. aku plak smpt g hari ke-4... ada dj hotfm fara fauzana... gempak sial!!!

      Padam
    5. aku x g......sial sape pegiiiii

      Padam
    6. UMNO-BN semakin berkuasa. Obama cuma boneka Rosmah. USA & China tunduk kepada Rosmah.

      Padam
  2. 【】undilah pas ┌∩┐(◣_◢)┌∩┐

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR & BN je bertanding bro.. Dun Kajang & Dun Balingian..

      Padam
  3. bagi aku lah nak tengok konsert tu xpa mcam konsert malam tahun baru,aku tengok lebih kurang je tapi jangan lah sampai nak hisap dadah ada akal cuba pikirlah sikit.kalau nak kata konsert ni salah habistu konsert malam tahun baru x da apa masalah pon.ni semua salah diri sendiri yang nak hisap dadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa kata x apa?

      Padam
    2. oo..ok..macam konsert tahun baru la..pastu awal tahun 2015 ada bayi kena buang tepi longkang, tong sampah, surau...

      Padam
  4. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
    Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
    orang lain, maka komen akan dipadam
    untuk mengelakkan fitnah dan salah faham

    BalasPadam
  5. Kegagalan menghayati konsep adil juga membawa akibat buruk. Adil dalam Islam: meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya zalim.

    Zaman fitnah ini banyak kezaliman berlaku.

    pemimpin adil masuk penjara, pencuri penzina pembunuh diangkat jadi pm akibatnya habis harta rakyat. 

    Perompak diangkat jadi guard akibatnya pecah kepala pegawai bank duit dicuri.

    Org gagal sekolah diberi degree akibatnya berebut jawatan degree dan pengangguran bdk2 pandai meningkat.

    PATI masuk keluar setiap hari buat jenayah dan pengangguran peringkat rendah. Negara lain bina kilang untuk rakyat sendiri malaysia bina kilang untuk PATI.

    yang zalim tidak akan selamanya berada di atas. Sejarah telah membuktikan.

    NURKEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    Fb page Nurkedepan
    Twitter #NURKEDEPAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape plak..
      adil tu bila sokong PR je..
      kalau tak sokong PR maka tak adil...

      tak caya cuba tengok
      mahkamah kata anwar bersalah dan meliwat maka mahkamah tu tak adil..
      tapi kalau mahkamah kata utusan bersalah dan kena bayar saman maka mahkamah jadi adil..

      zalim tu plak kalau tak sokong nuwar berahim dan PR...
      kalau sokong maka baru lah adil

      Padam
    2. Kdg2 kerja PR pandai cari kesalahan BN, tp bila kerajaan negeri Penang benarkan buat pesta LBGT anjuran Suaram (Pink Dot Penang 2014) pd 29 Match ni xde sapa bising pulak, maka DAP buat x slalah sbb majoriti penang ialan non-muslim.

      Padam
    3. Itulahg keadilan Parti Keadilan Rakyat.. Kena batang hidung sendiri tak adil katanya..

      Padam
  6. Kesimpulan gua. Kerajaan ameno skrg bukan pembela agama , tapi pembela kemaksiatan ...

    Gua harap lu najib & de geng sempat bertaubat sebelum maut datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. armin van buuren....my fav dj. rugi lu tak pegi hohoho.....

      Padam
  7. pendapat aku bila mula ambil dadah bukn bertujuan untuk seronok2 bukan kah sama ja mcm bunuh diri saja nak teset mati ke idak? pergi konsert tu bagi orang islam memang salah tapi bila disekali kan nak seronok2 test dadah x ke melampau tu?

    BalasPadam
  8. KEGAGALAN diri sendiri untuk memehami erti kehidupan..

    Kenapa kita lahir ke dunia ini?Apa tujuan sebenar kita hidup?...
    Mati tu pintu untuk 1 kehidupan lain yang kekal abadi..
    Pernah kita fikir?

    BalasPadam
  9. sepatutnya gambar middle finger tu patut diblurrkan or disensoredkan jgk..tkut2 bbudak bawah umur tgk, jd trpengaruh pula..

    BalasPadam
  10. Merosakkan minda remaja konsert macam ni.

    BalasPadam
  11. #prayformh370?

    pray for yourself 1st pls..

    masa diorang ambil estacy tu...sepatutnya dorang kena layan nonstop sampai lah effect dia habis..
    tp pelik..hari tu lagu2 yg dipersmbahkn semuanya slow2...so, dorang x boleh layan...effect dia macam energy dorang terlampau banyak sampai tenaga2 tu pergi kat otot...pastu kejang sampai mati...cam tu lah lebih kurang al-kisah member aku..

    BalasPadam
  12. jangan buat tak tau dadah, alkohol dan seks adalah benda yang biasa dalam konsert terutamanya bagi genre rock..kalo yang kaki suka terkinja-kinja tu mmg suka layan pil kuda..sebab tu dia panggil pil kuda supaya pengguna ble terkinja-kinja sampai pagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mmg aku xtau psl dadah, alkohol, seks bebas & pil kuda... aku lebih rela digrlar mat skema oleh org lain & menyumbang kpd masyarakat drpd tau benda2 yg xberfaedah, xberguna & menjadi sampah masyarakat

      Padam
    2. cuba tengok masa konsert metallica hari tu...

      Padam
    3. memandai-mandai la ko ni. pil kuda tu dipanggil pil kuda sebab pil tu sejenis ubat untuk kuda untuk penyakit ape tah.

      Padam
  13. Semuanya takdir tuhan.ajal diorang dah ditentukan mcm tu.

    Bg aku la..walaupun bunyi mcm kejam dan tak berhati perut..utk golongan mcm ni..mati pun xpe ( ye2, aku tak pikir perasaan keluarga si mati)..in this time, world doesn't need people like that. Kita perlukan seseorang yg boleh majukan bangsa, tegakkan agama, sebarkan ilmu pengetahuan.bg yg bersosial mcm takde agama, ambil dadah..idup bergelumang dosa..nothing to lose if they die. Dengan kes kapal terbang hilang yg masih dlm siasatan, spesis ni boleh bersosial, terkinja- kinja dan ambil dadah..so, serupa mcm bunuh diri. Org yg mati cmni bg aku mereka mmg patut terima nasib mcm tu

    Ok2..spe2 yg rse aku ni kejam dan tak memikirkan kesedihan keluarga mereka..sila la kutuk aku.aku dah smpikan apa yg aku rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astarghfirullah... Betul sudah sampai ajalnya tp sbg manusia biasa siapalah kita mengatakan seseorg itu patut mati? Hnya Allah sj yg tahu. Kita yg merasa diri kita baik sekelip mata shj Allah boleh mengubah dan org yg jahat juga boleh berubah menjadi baik atas kehendak Maha Esa. Adakah awak pasti awak tidak akan mati begini? @ Biarpun awak x mati begini, awak pasti masuk syurga bila awak mati nanti? @ awak pasti si mati masuk neraka? X perlu kita menyampaikan apa yg kita rasa sekiranya mengaibkan orang lain dan juga diri sendiri.

      Padam
  14. Disebabkn nak kejar matlamat Tahun Melawat Malaysia 2014, semua perkara yg menaikkan rangkin jumlah pelancong n pendapatan negara dihalalkan. Yg patut kena menjawab yg pertama ialah Menteri Perlancongan (fhm2 lah siape, yg siap komplain nape x leh celebrate Hari Valentine lepas, ke anaknya yg nak sgt anjurkn).

    Kalau serius nak wujudkn negara berasaskn Islam, benda2 mcm ni kena elak jauh2...even kalau peganjur boleh bg duit berjuta2 kpd gov (atau poket sendiri), tp jika ia memberi kemudaratan kpd pembinaan sosial masyarakat, tetap kena halang. Jgn dgr kata kaum lain atau warga asing yg nakkan hiburan sbg kehendak mereka, still majoriti Malaysian ialah org melayu Islam, so benda yg bercanggah dgn Islam perlu diberi keutamaan. Yg lebih memalukan, yg mati x berkat ni pun byk org melayu..sigh.

    Jgn lupa, even kita kutuk kaw2 kerajaan bodoh, lg bodoh jika yg join konsert ni pun anak2 muda yg sokong x kira BN atau PR.

    BalasPadam
  15. Hidup dalam maksiat..mati ketika melakukan maksiat. Moga dijauhkan kematian seperti ini.azab..azab. Ibarat hidup kat dunia untuk kejar neraka.

    BalasPadam
  16. benda mudah
    you chose the path..
    no one's at fault...

    Allah da ckp...“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
    (Al-Anbiya : 35).

    Alfatihah untuk yang beragama islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu utama ialah...kalau konsert sebegini tidak dijalankn, xkan ade org mati smpi 6 org...pas2 xde la sgt aktiviti parti2 liar, smpi tepuk dahi tgk anak2 muda pergi ke sana.

      Padam
    2. Kalau cmtu ko suarakan ke kerajaan la ayam.ckp disebabkan tindakan kerajaan benarkan konsert ni berlangsung, telah meragut nyawa 6 org. Amacam?

      Padam
    3. Ko salah ayam, 6 org itu ttp akan mati cuma cara, dan tempat berbeza kerana Allah berfirman di dalam al Quran,

      Apabila datang kepadamu ajal maka tidak akan diawalkan atau dilewatkan walau sesaat.

      Padam
    4. Sy fhm anon 11.49, mereka dah ditakdirkan mati mcm 2..tp kita as muslim no need action? Just think ur son/daughter terlibat dlm konsert 2, anda gembira/benarkn anak anda pergi lagi konsert 2?

      Anon 11.27, sy ni suara kecik je...x cukup kuat nak bersuara atau tampar buaya kat PM atau Menteri Perlancongan...tp ingat konsep ni, suara yg kecik kalau bersatu akan menjadi suara yg sangat besar..sama kes mcm kes PBS utk guru2 sekolah, bila semua cikgu bersuara, baru terkial2 menteri nak revised n tambah baik.

      Padam
    5. Ape ko ckp ni ayam? Mksd anon 1149 bdk2 tu ttp akan mati cume cara dan tempat berbeza tapi waktu yg sama.

      Contoh mati kemalangan otw g masjid. Sbb waktu Allah dah tentukan.

      Padam
    6. ad budak beritau kat komen tahun lepas lagi ramai mati masa event tu buat xda sapa ambik kesah tolong noob cr info tu psl tahun leps.., tp ak cek google haram x de pun info psal lagi rmi mati bila event tu tahun 2013, nmpk sangat bohong nya budak tu, dan kes ni lebih teruk dari tahun leps... or me too dumb to write a right keyword?

      Padam
    7. Maksud anon 1149

      6 org tu ttp akan mati pada masa itu. Ttp cara dan tempat berbeza jika mereka memilih jalan yang benar. Contoh mati accident otw ke masjid instead mati akibat dadah di konsert di Selangor.

      Menyesal aku pgkh pr igt sngor makin baik tpi mkn teruk ada la.. bile ckp.. dorg salahkan gomen dulu. . Klu korang xdpt buat apa2 baik jdi pembangkang je di sngor

      Padam
  17. Sokong KEDEPAN...

    BalasPadam
  18. Eloklah diorg mampus. ni la akibat mak bapak yg selalu kata x apa kat anak2.

    BalasPadam
  19. noob durjana, mana ko tau diorng buat maksiat kt situ? jntik telo ko baru tau!

    BalasPadam
  20. KEBELAKANG, KEDEPAN atau KETENGAH atau KETEPI atau KEBAWAH atau KEATAS atau KEDALAM atau KELUAR atau KESINI atau KESANA..semua NGO2 ni blom berdaftar lagi.. saya cuma KERANI jer.

    BalasPadam
  21. yang dah mati tu sudahlah. kita tgk mereka mati dlm keadaan aib mcm tu. tapi adakah kita akan mati dlm keadaan yg baik atau lebih aib drp mereka? sapa bole gerenti kita mati di tempat yg baik2, bkn sebab yg buruk dsb? kalau xde gerenti mcm tu, x payahla nak kutuk2 mereka yg dah tiada.

    kita x boleh salahkan org lain. kalau iman kuat, godaan mcm mana pun kita xkan terpengaruh. hiburan skrg ada di mana saja. xde konsert ada cara lain. yg penting, hati kita nak ke arah baik atau jahat?

    meletakkan tanggungjawab menjaga pergaulan social kpd org lain spt kerajaan menunjukkan empunya diri itu seperti haiwan, x boleh nak fikir baik buruk utk diri sendiri. di akhirat nanti, kita akan ditanya kenapa masih buat perkara haram sedangkan peringatan, Quran dan akal sempurna telah diberikan? pada masa ni, kita x boleh nak salahkan kerajaan kerana menganjurkan konsert yg menyebabkan kita terjebak maksiat etc.

    didikan adalah cara yg terbaik utk elak muda mudi skrg bermaksiat. cuma caranya hendaklah disesuaikan ikut masa dan keadaan.

    BalasPadam
  22. Cik ayam ko tengok la anak rosmah buat filem tak senonoh. Tak de idea lain ke.
    Rosak , rosak.

    BalasPadam
  23. aneh. kalau konsert rock macam metallica dulu ramai bising, konon anak melayu rosaklah bagai, tapi dorang still sembahyang isyak kat konsert. tapi fmfa sebelum konsert xde orang bising. giler double standard.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.