Halaman

Isnin, 21 April 2014

Apabila Malaysian jadi Pendatang Tanpa Izin

Banyak pihak menyokong tindakan kerajaan apabila masalah pendatang asing secara sah dan haram semakin kritikal dan ada juga pihak mengambil kesempatan menghentam kerajaan dengan alasan tidak berperikemanusiaan. Tanpa disedari oleh banyak pihak yang orang kita pun ada juga yang menjadi pendatang haram di negara lain.


Pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat kempen, memberi ID khas kepada pendatang, memberi peluang kepada PATI untuk menjadi pendatang yang sah dan memudahkan proses pulang ke negara asal. Namun semua tu tidak dilayan. Kerajaan dah umumkan mana-mana PATI yang ditangkap, negara asal mereka akan menangung sebahagian kos penghantaran pulang. Tu dah kira baik sebab negara lain mengenakan kos penghantaran pulang ke atas PATI tu sendiri. Kita telah dibebankan dengan kos yang tinggi untuk mengurus PATI dan sewajarnya Kerajaan belajar dan menilai tindakan negara lain dalam mengatasi masalah PATI ini.


Australia diantara negara yang mempunyai masalah PATI lebih kritikal dari kita sehinggakan Kerajaan Australia terpaksa mengadakan kempen besar-besaran seperti mengunakan YouTube untuk memberi amaran kepada bakal-bakal PATI. Antara amaran yang diberi ialah akan diusir serta merta jika ditangkap di kawasan perairan negara itu, ugutan tiada siapa akan ambil kisah mengenai mereka jika ditahan, anda akan ditipu oleh penyeludup dan paling menarik ialah kos penghantaran pulang ditanggung sepenuhnya oleh PATI. Sedikit sebanyak amaran tersebut dapat mengurangkan PATI melalui jalan laut.


Mengenai rakyat Malaysia yang menjadi PATI disana. Kebanyakkan yang menjadi PATI disana kerana tinggal lebih dari tempoh masa. Jarang ada kes warga kita mengunakan jalan laut untuk masuk. Kebanyakkan mengunakan Visa melawat dan belajar. Sememangnya diakui gaji sana lebih tinggi dari Malaysia dan Singapore yang menyebabkan ramai Malaysian berhijrah ke sana. Walaupun Australia tegas dalam permohonan visa, masalah PATI tetap berlaku jika dibandingkan dengan Malaysia yang baru memansuhkan Visa On Arrival (VOA) pada 1 Januari 2014 akibat penyalahgunaan VOA. Namun VOA hanya diberikan kepada China dan India dengan syarat memasuki negara dari Singapore atau Thailand.


Jangan kita hanya bising orang luar datang berkerja di negara kita tanpa memikir orang kita pergi kerja di negara lain. Jangan fikir orang kita hanya berkerja di negara orang kerana jawatan tinggi tetapi ada orang kita bekerja sebagai pekerja ladang, perlombongan, keselamatan, kedai runcit dan kerja-kerja yang sememangnya ada di Malaysia. Kalau student, aku tak pelik sebab aku sendiri pun kerja part time dulu masa study dulu. Gila mana cukup scholarship nak hidup kat sana.


Ramai yang katakan Malaysian memilih kerja. Ya aku setuju dengan kenyataan tu tapi kebanyakkan kerja yang ada tidak setimpal dengan gaji. Di luar negara, jika kerja tersebut tidak ramai orang sanggup melakukannya akan ditawarkan dengan kadar yang agak tinggi untuk bidang tersebut berbanding disini yang mana semakin orang tak nak buat semakin rendah gaji. Akhirnya diisi oleh pendatang. Macam tu juga berlaku di luar negara, dimana pekerjaan yang local tidak berminat diisi oleh orang kita. Cuma bayarannya agak tinggi jika dibandingkan dengan bayaran disini. Jangan cakap currency dieorang lagi tinggi. Tapi nilai bayaran.


Jika disini pekerja ladang diberi RM20 sehari, diluar lebih kurang USD30-40 sehari. Jangan pegang pada nilai matawang tapi pegang pada nilai bayaran. Bila ditanya kenapa Bangla dan Indon tak pergi saja ke sana kalau sana lebih mahal tapi datang ke Malaysia. Tak ramai ke sana disebabkan kos kewangan dan masalah berkomunikasi. Sekurang-kurangnya ramai Malaysian tahu basic berbahasa English walaupun berterabur. So adakah orang kita buat kerja tak berkualiti yang menyebabkan gaji rendah atau orang kita memilih kerja atau tak nak kerja tu sebab gaji rendah atau tokey-tokey yang nak untung lebih dengan beri gaji rendah? Aku tak minta gaji dieorg tu tinggi tetapi biarlah setimpal dengan hasil dan keadaan kerja.

Jangan terkejut kalau korang terdengar “Mana laki kau?”... “Laki aku ada di Australia kerja di kandang kuda, gaji lebih dari gaji dia sebagai kerani kat sini”.

19 ulasan:

  1. ade je kwn aku pergi Ausie kerja cuci bangunan gaji RM6K+..rmai je yg duk UK keje biasa2..xde pe yg pelik klu keje kt lua negara. duit same je..klu nak balek je susah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia pakai kereta Porsche kan duduk Australia...

      Padam
    2. kat sne dia pkai keta biasa je..cuma kt Malaysia ni dia bagi mak dia pkai triton..
      true story beb :)
      perkara biasa..
      jgn jadi batak sangart..

      Padam
  2. malaysia punya gaji memang diakui rendah walaupun x convert. Di texas cashier mcD dapat 10-15 USD utk sejam b'banding rm4.5 di malaysia.Eksekutif gaji tahunan cecah ratus ribu setahun (duit diorang) b'banding cuma pulu ribu di malaysia. harga brg di malaysia - kereta no 2 termahal didunia, rumah antara termahal di dunia, internet antara termahal di dunia manakala skim gaji antara termurah di dunia mcm mana nak elak kl org malaysia nak jadi PATI kat negara lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn compare negara malaysia dgn negara lain... syukurlah negara kita masih aman...

      Padam
  3. aku dok kg, keje kat pekan..gaji 3k lebih sebulan.tapi memang selekeh dan makan pun jimat2. aku gi kl jumpe kawan2.diorang pakai memang stail..bergaya habis. makan pun leh tahan sedap2..McD dan KFC tu kire biasa la.aku ni McD dua bulan sekali tu boleh la. Aku ingt gaji diorang besar.aku tnya la berape gaji diorang..purata antara 1500-2500. pastu pakai kete Myvi, preve,siap ada hoda city. aku lak saga je. Boleh seseorang terangkan kat aku, kenapa dengan gaji sebanyak itu di kl, yg terkenal dgn kos sara hidup yang tinggi..mereka masih boleh bergaya sakan?. aku cuma dapat 1 jawapan dari org buat mse sekarang. org cakap ramai kat kl gaji rendah..bila keluar memang bergaya, tp balik rumah apa pun tak ada. biar handphone giler,tak makan pun tak apa.

    BalasPadam
  4. Betullah apa yang dikata ukur baju di badan sendiri. Bagi yang mampu pakailah apa nak dipakai bagi yang tak mampu kenapa nak terhegeh-hegeh.

    Begitulah juga dengan degree, pada mulanya ia untuk orang pandai sahaja. Mereka yang skor SPM dapatlah peluang melanjutkan pelajaran. Tapi setelah Najib jadi menteri pelajaran lah degree dilacurkan ke tangan orang-orang yang tidak pandai. Kini degree umpama puntung rokok, bersepah-sepah tiada nilai.

    Akibatnya jawatan berdegree dijawat oleh orang yang tidak pandai, menganiaya pelanggan dan juga graduan pandai yang terpaksa berebut dengan lambakan pemegang degree tak skor spm.

    Manakala pekerja am pula kekurangan kerana rakyat kita semua ada degree. Lalu PATI dibawa masuk. Sapu sampah di pudu PATI, kerja kilang PATI, tombak sawit pun PATI.

    Jika barang Melayu kita tawar sehabis mahu tapi barang bukan Melayu seperti secret recipe dan kfc tak berani pula kita tawar? Berlakulah adil kerana agama kristian dikenali dengan god of love manakala agama Islam dikenali dengan God of Justice.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Degree dilacurkan sebab terlalu ramai bdk SPM yg dpt 5A ke atas tapi x de kualiti... Yg x de A langsung lg la hampeh.. Tuk apa ada degree sedangkan benda asas dalam SPM pun x tau. Biar x de A tapi kualiti SPM tertinggi di dunia. Biar dpt B pun org semua dah tau dia sememangnya pandai. Bkn sebab dpt A yg silibus mcm tadika.

      Henti je la pemikiran bodo nih... Terasa bijak sgt dah... padahal study Degree nak cecah 2.80 pun ko dah berpeluh...

      Padam
    2. aku spm rendah je..3 A je..paling rendah antara kwn2 aku masa di universiti.. aku ambik diploma je.. but aku dpt dean list every sem..spm takleh kire, sebab aku ttak dpt blaja sgt masa skolah tlg mak aku jual kuih subuh2,malam tido lewat buat kuih. so tak productive. lepas tu skang aku fully sponsored government amik dentistry. sekali lagi spm aku ditaraf paling buruk antara semua budak kelas aku yang rata2 budak ASASI sains semua A. tp still, everytimeexam adaaku blh score dr budak2 SPM tinggi..

      Padam
  5. masing-masing mencari rezeki tetapi yang membezakan ke'sah'an dan moral di negara orang.

    BalasPadam
  6. jom singgah ke portal hiburan terbaru ---> http://syokbah.com

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Kalau tanya majikan, akan keluar ayat lebih kurang mcam ni "bersyukurlah dgn gaji kamu, kalau tak suka ramai lagi nak ganti tempat kamu..."

    lepas tu marah kenapa produktiviti tak meningkat...

    BalasPadam
  9. https://ekspektasitanpaspasi.blogspot.com/2014/12/benci-hilang-ingatan.html?showComment=1539964689981#c1074931936457973002

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.