Halaman

Selasa, 8 April 2014

Kembalikan Maruah SPM...

SPM telah diumumkan, semua calon SPM telah mengetahui nasib mereka. Ada yang result gempaq gila dan ada yang hanya sekadar layak mendapat sijil. Namun adakah nilai SPM sekarang berkualiti sehingga ada pihak menyuarakan hanya mereka yang mempunyai keputusan 5A ke atas layak belajar sehingga Ijazah?


Selepas SPM terbuka diumumkan, ramai pelajar berebut untuk menjadi Pelajar Terulung dengan mengambil sebanyak mungkin subject sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menghadkan jumlah subject yang calon boleh ambil semasa exam SPM. Sehingga kini kita boleh lihat berduyun-duyun calon mendapat keputusan gempaq. Setiap tahun semakin meningkat. Adakah sebab budak-budak sekarang semakin bijak atau ada pihak yang terpaksa membuat budak-budak tu nampak bijak? Bagi aku lah, ramai budak sekarang bijak arah lain. Tak ramai yang betul-betul bijak. Terima kasih pada kerajaan Malaysia sebab memberi peluang kepada budak-budak yang kurang bijak untuk merasa A dalam SPM mereka.


Kini silibus SPM bagi aku terlalu mudah. Mudah sehingga membantu calon dari gagal SPM. Tiada kualiti seperti zaman mak bapak aku dan zaman aku. Kini rebutan siapa banyak A disanjung. Bukan nilai A disanjung sehinggakan terpaksa wujudkan A+, A dan A- sebab dah tiada kualiti dalam silibus. Dulu siapa ada A walaupun hanya 1 atau semakin kecil nilai nombor, pasti menjadi tumpuan ramai kerana bukan mudah untuk mendapat A  kerana silibus yang amat susah. Contoh terbaik Malaysia Certificate of Education (MCE), siapa yang mengambil MCE sudah dianggap sebagai orang bijak kerana level seperti Diploma ke atas. Lower Certificate of Education (LCE) pulak seperti level SPM tahun 90an.


SPM 5A kini lebih rendah nilainya jika berbanding dengan pangkat 2 SPM pada tahun 1990. Dulu tiada istilah soalan objective dalam math. Kalkulator apek sayur dan buku sifir empat angka adalah mainan kami. Kami kena hafal semua formula. Kini silibus dimudahkan, beberapa topik dalam Math moden dijadikan topik dalam Add Math. Wehh, benda senang macam tu sumbat masuk dalam Add Math dan budak-budak masih bising Math Moden susah? Soalan objective dibentuk untuk membantu pelajar keluar dari zon gagal. Tu pun ramai lagi gagal Math dan subject lain.


Aku cukup muak dan bosan lihat budak-budak yang terasa bijak nak mampus. Kononnya dengan SPM 6A 7A 10A hidupnya telah berjaya dan menjadi insan bijaksana. SPM tetap SPM, tak membuatkan kau terus layak menjadi CEO Petronas atau mendapat PhD. SPM dan pengajian tinggi berbeza sama sekali. Ada je member aku yang SPM gempaq dismiss waktu study degree dulu. Sebab merasakan mereka terlalu bijak. Tapi yang mana sememangnya bijak, ada yang menjadi semakin nerd. Belajar memang gempaq, tapi bila masuk dunia pekerjaan, golongan ini berada dalam masalah. Sama ada terbawa-bawa sifat nerd yang menyebabkan mereka bekerja seperti robot atau gagal untuk menjalankan tugasan dengan sempurna kerana mereka lebih kepada teori.


Kepada mereka yang mengambil SPM pada tahun sebelum 2003 dan result tak beberapa gempaq macam budak-budak "genius" sekarang nih, janganlah anda berkecil hati. Sesungguhnya keputusan exam anda lebih baik dan berkualiti dari mereka sekarang nih kerana anda telah menghadapi taraf exam berkualiti tinggi.

Jangan terkejut jika korang terdengar “Apa tu Perjanjian Baling? Tak pernah dengar pun”

ps : Mesti ada yang search apa tu Perjanjian Baling.

Sumber gambar : Mr Google

77 ulasan:

  1. 1st komen dari gua. keDepan Kepala Bana Abah Kau

    - Presiden KeTepi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha aku sempat dgn buku sifir tu siap ada sifir logaritma macam2 formula. kalkulator pula hanya guna kalkutor basik. scientific kalkulator tidak di benarkan.

      Seingat gua subject math moden kalkulator xbleh guna beb. kena kira guna tangan. kalkulator hanya utk add math je.

      Sbb tu aku makin pelik tgk ramai budak2 dpt berbelas2 A. Soalan2 dh makin senang.. Ni rahsia nya ...

      Padam
    2. Math Mod leh guna lg kalkulator jenis biasa. Tapi sekarang bdk sek guna jenis saintifik.

      Mana Kedepan. Nak baca gak apa die nak komen.

      Padam
    3. "Kepada mereka yang mengambil SPM pada tahun sebelum 2003 d.."

      kenapa sebelum 2003?

      Padam
    4. Nazha anua sebab sebelum tahun tu tiada soalan objective untuk Math Moden dan beberapa lagi subject dimana calon perlu menunjukkan jalan kira sepenuhnya. Tiada soalan objective untuk membantu calon sekurang-kurangnya mendapat keputusan C seperti Math Moden.

      Tahun bermulanya perubahan ketara dalam silibus SPM sampai banyak topik digugurkan dengan alasan tak sesuai dengan keadaan sekarang. Dan budak-budak dimanjakan lagi dengan kebenaran mengunakan sepenuhnya kalkulator saintifik ketika exam pada tahun-tahun kemudiannya.

      Soalan objective sememang nya membantu calon sekurang-kurangnya mengelak dieorg dari gagal subject tersebut. Namun budak-budak kini semakin lemak dan mengada-gada.

      So C Math Moden dengan bantuan soalan Objective atau C Math moden tanpa soalan objective, yang mana lebih berkualiti?

      Padam
    5. presiden ketepi

      bgthu mak lu

      last week kongkek sedap gile


      tp np die xnk trime duit gua bg

      upah tu

      Padam
    6. Sudah2 la tu menyamar ahmad.

      -Presiden KeBelakang-

      Padam
    7. woi..sapa seru nama aku ni?

      Padam
  2. soalan math mode dulu cukup senang...
    tapi soalan addmath memang pecah kepala...
    teringat lagi pakai buku tebal kaler ungu tu sampai tak jadi macam buku
    rupanya silibus math mode dimasukkan dalam addmath sekarang....padan la semua boleh skor

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baru tau yg silibus mode math masuk dalam add math..bapak senang..untungla budak sekarang..tu yang ble dapat hadiah bmw x6 tu..hahaha

      Padam
    2. first time aku amik addmath zaman dulu, teruk gila result. kekeke.. zaman 1997-1998..

      Padam
    3. Yup.. sekarang aku dah tahu kenapa ramai yang boleh skor A dalam Add-maths. Time aku spm 1995...pecah kepala nak ingat formula yang patut digunakan untuk selesaikan masalah dalam exam add-maths tu..dari form 4 sampai form 5 kena ingat balik dan faham betul-betul untuk selesaikan soalan tu... Sebab tu setakat dapat C6 dah kira hebat..kalau dapat A1...comfirm oversea sebab subject lain pun mesti skor A punya sebab Add-math ni silibus yang paling power dalam Aliran Sains kerana berkaitan dengan fizik dan kimia... tapi sampai sekarang ada yang masih aku ingat walaupun tak gunakan sangat dalam pekerjaan but amat berguna untuk selesaikan masalah matematik mudah. Mati-mati aku ingatkan silibus sekarang lebih advance dari zaman aku... Patutlah mutu pendidikan kita sama level je dengan vietnam walaupun tiap-tiap tahun ramai je pelajar skor A..

      Padam
    4. SPM 1996 Add Math aku dpt cangkul (7) pun dah bersyukur sgt..

      Padam
    5. Aku dapat add math (1998) A2, tapi kantoi bio sbb x belajo betui2.. Add math senang lg dr Sejarah. Tp x semestinya pandai add math leh jd pandai.. Kimia & Fizik (ikut pendapat aku la), senang lg Kimia A2 sbb Fizik cam Bio kena byk dengar & buat, ni tak memain je, tp seb baik dpt C3 & C4.

      Padam
  3. Mner KEDEPAN ni...nk sokong ni...

    BalasPadam
  4. aku zaman aggregat. best zaman tu. aku pun perasan beberapa silibus dlm teks sepupu2 yg masih sekolah semakin berkurangan. baik subjek sejarah, KHB serta Geografi.. bab yg satu ketika dulu, kita study semua sudah makin sedikit.

    BalasPadam
  5. dudlu STPM pun cuma ada ABCDE atau R err dan F... sekarang ada pulak A+, B- C+...amendenyernih!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. nak dapat Principle E punyalah susah.. ramai terperangkap dapat gred R walaupun salah satu paper dapat score 1, satu lagi dapat score 9.. pergh!

      Padam
  6. buku sifir aku dulu kaler merah. haha..rindu buku tu.

    BalasPadam
  7. Budak2 skrg nak buat roket la bang.. sbb tu Malaysia tengah berusaha nak buat roket.. dulu zaman saya pun, ramai giler cerdik pandai dalam SPM..masih tak boleh buat roket jugak.. akhirnya dapat jadi pensyarah U bawak Alphard dan Estima jumpak time gathering jadi asshole, perangai besar kepala masa sekolah dulu tak berubah jugak..macam boleh buat roket jugak..

    ada kawan saya, dah hantar anak pegi Mesir buat medic lagik..tapi masih pakai motor cabuk dan ford escort.. bukan biasa2 orang ni, dia graduate engineering US.. start gaji pun berbelas ribu..maklomlah kerje offshore.... masih nak berlagak susah.. drpd berhutang dgn bank, lebih baik bayar kat pomen..ini prinsip dia tak nak beli kete2 baru.. tak ramai kita boleh jumpa orang berlagak susah ni.. siap boleh pegi bercuti oversea sebulan tiap2 tahun..

    BalasPadam
  8. Ape komen noob pasal che ta bg anak BMW X5 (or sebenarnya pki utk diri sendiri, saje nak ckp bg anak)...takut jd trend anak2 demand2 mcm2 even SPM 1-2A sekalipun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org jauh tersesat mmg mcmtu.dengan pakai seksi2, dah tua.tak tunjuk contoh yg elok kat anak2. Oiii..kiamat dah dekat..ajal pun dah mula berbisik..

      Padam
    2. AA... kira bagus gak lah RCW bagi kereta pada anaknya yang telah tamat SPM. Dari bagi Mini Cooper kat anak yang baru abis UPSR lagi haru...

      Kualiti SPM merosot dan PMR dimansuhkan... makin naik lemak lah budak-budak sekarang...

      Padam
    3. Mini Cooper RM100++ je...BMW X6 x silap RM500-600k..mcm beli rumah!

      Padam
    4. Banyak lu mini coper 100 k,aku tengok paling noob pon 200k

      Padam
  9. Patutlah sepupu aku yg diploma tu tak tau yg new york tu kat Amerika...

    BalasPadam
  10. Mana KEDEPAN nih? x kan le dah kecut kut... entah2 die antara budak silibus no quality pe... tu duk melalak je... lol

    BalasPadam
  11. aku spm 2000.batch pertama sijil terbuka..nyampah aku sebenaye..sebab kalau ikut kiraan pangkat aku boleh dapat pangkat 1 tapi aku sebab aku cuma dapat 3A so orang tengok jumlah A lah.huhu..ye betol dulu aku cuma bawak kalkulator bapak aku yg bapak besar tuh jek jawab soklan add math..math moden x ingat bole bawak calculator or tak.sekarang adik aku da seronok pakai scientific jawab spm..mana x dapat 8A.hahahaha..ye setuju spm dulu lebih bekualiti..mak aku punye spm lagi berkualiti dari zaman aku..ape lagi zaman sekarang..pendidikan kita makin ketinggalan

    BalasPadam
  12. Kalo yg geng sbp tu lagi syok,buat past year banyak2,buat soalan banyak.time ak sekolah dulu kami berebut2 nak buat soalan yang cikgu bagi.dah buat banyak kali mmg hafal la.tapi cube twist sket soalan mulala blur

    BalasPadam
  13. bang, inilah sbbnya sy perjuangkan KEDEPAN bang. semua yg betul2 bijak & dpt result bagus masa SPM masa tahun 80/90an semuanya dh kerja jd engineer, doktor & lain2 bang... tinggallah org2 yg result SPMnya teruk dpt lebih drpd aggregat 18 & pangkat 2 ke atas masuk maktab perguruan & uitm buat degree & kemudiannya dpt kerja jadi guru di sekolah atau pegawai2 kerajaan di kementerian pendidikan... disbbkan dulu mereka pun bodoh & tidak berapa bijak, maka mereka pun turunkanlah standard SPM agar jadi lebih mudah utk mereka mengajar dlm masa yg sama KONONNYA dpt meningkatkan prestasi SPM... sbb yg sebenarnya kalau guru2 muda skrg ni disuruh ajar subjek add math, kimia, fizik dll mengikut silibus lama pun mau terkincit2. nampak x kelogikan disitu? nampak x kenapa sy perjuangkan KEDEPAN? nampak x kenapa kita semua perlu sokong perjuangan KEDEPAN ini? ia bkn kerana diri sy atau org2 yg cerdik lain yg result SPMnya mmg bagus, tp demi mutu pendidikan negara & generasi akan dtg juga.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes ini bukti anda sendiri tidak paham dengan kehendak anda sendiri dan system SPM tu sendiri.

      Anda paham tak pangkat 2 terdiri dari berapa aggregate? Bukan bermaksud pangkat 2 bodoh macam anda bayangkan. Tu lah anda hanya menilai pada jumlah A, bkn kualiti keputusan tu.

      Anda adalah budak-budak zaman sekarang yang bila ditanya "Ko dapat berapa A?' Dulu tiada istilah tu. Dulu orang kalo bertanya "ko pangkat berapa?". Hanya si kerek saja akan cakap berapa A dia ada.

      Ramai Engineer, Doktor, Accountant dan Cikgu asalnya tiada A dapat SPM tapi dapat pangkat 1 dan aggregate lebih dari 18. Walaupun pangkat 2 kualiti keputusan mereka tetap bagus. Ramai je engineer, Dr dan profesional datang dari pangkat 2.

      Jika anda betul-betul bijak, anda cuba ingatkan kembali. Pada tahun 90an masa anda bersekolah rendah dan 2000an bersekolah menengah. Adakah anda fikir semua Cikgu yang mengajar masa tu mempunyai degree? Semua itu lepasan MAKTAB PERGURUAN di seluruh Malaysia. Dulu UPSI tu pun Maktab Perguruan. Cikgu anda dulu hanya mempunyai Diploma. Dieorg antara yang terbijak pada masa tu dan anda hanya dapat 5A setelah dieorg penat mengajar sebab anda sememang tidak bijak.

      Dan UiTM hanya jadi Universiti pada tahun 2001. Sebelum tu adalah RISDA kemudian Maktab Mara dan ITM.

      Sebetulnya ialah, pisahkan politik dari pendidikan. Hasil dia seperti KEDEPAN.

      Padam
    2. well said....


      ~makjemah~

      Padam
    3. pangkat 1 - 8 sehingga 24 aggregat. pangkat 2 - 25 sehingga 30(taksilap).

      Padam
    4. So mamat kedepan, aku tak brape paham dah sekarang..ak phm apa yang noob dan black berry citer. Cuma aku tak pasti..yang kau nak salahkan sekarang ialah makcik2 dan pakcik2 yang amik SPM tahun 90an? sbb kebodohan mereka,mereka cuma dapat jadi cikgu dan kemudian mereka menurunkan standard SPM agar mereka mudah mengajar. Akhirnya wujudlah golongan2 SPM tak cukup A yang macam ko ckp ni?..


      " ia bkn kerana diri sy atau org2 yg cerdik lain yg result SPMnya mmg bagus, tp demi mutu pendidikan negara & generasi akan dtg juga"????. bro..cube bgtau kami result SPM kau..nak sngt la tau tahap kebagusan tu. SPM ko tahun bila? bukan aku nak cakap apa bro,zaman sekarang ramai org giler dan ada tekanan mental.

      Padam
  14. geng kertu mcm noob, bila x skor SPM, tuduh SPM skrg x berkualiti plak

    BalasPadam
  15. jgn trtipu dgn sistem pndidikan kita yg hnya based on paper sja..... sbb tu byk research2 U kita byk syok sndiri ja.... last2 bli tknology kt ngara len gak... dh tiba msanya kita dvelop teknology kita sndiri.. tukar la sistem pndidikan kita, jemu dok tgok bdak2 nerd bajet pndai.....

    BalasPadam
  16. mengharapkan Malaysia masih aman makmur nahi munkar

    BalasPadam
  17. Aku lepasan spm 2013. Result aku bawah 5A. Maknanya aku ni tak bijak negatif2 la? Aku taknak cakap aku bodoh sebab aku bukan bodoh. Kalau nak ikutkan, main jawab soalan tahun tahun lepas banyak2 tak tido malam then dapat straight A kira bijak lah tu? Ape pulak pandangan tentang Nur Amalina tu? 17A tapi akhlak? Aku bukan nak kutuk budak straight/banyak A. Ye korang memang hebat, tapi adakah kepandaian diukur dengan A?

    BalasPadam
  18. Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 diBesut, Terengganu tetapi membesar di Kemamandan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ;Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993. Bersambung. .

    Pemimpin umno ado?

    KEDEPAN (gerakan kembalikan degree berasaskan kepandaian, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
  19. DS Anwar Ibrahim

    Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke UM di mana beliau aktif sebagai pemimpin pelajar.

    Kalau tak betul betul pandai jangan mimpi nak dapat masuk MCKK!

    ko ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
  20. Zuraida Kamaruddin

    Beliau memulakan persekolahan rendah di Jalan Eunos Primary School dan seterusnya ke peringkat menengah di Tanjung Katong Girls School, Singapura. Keputusan cemerlang G.C.E ‘O’ Levels dan rekod kecemerlangan aktiviti luar darjah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di Raffles Institution.[1]

    Beliau menyambung pengajiannya dengan mendapat Ijazah Sains Sosial dari Universiti Singapura dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sales and Marketing (UK MITD). Beliau juga telah menyelesaikan pengajian dalam Management Excellence Program (AIM Filipina) dan Marketing Research Advance Program (Taiwan).

    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
  21. Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jadi yb tak payah pedulik tu semua.. Janji pandai kelentong sudah..

      Padam
    2. Setakat copy paste dari wikipedia tak payah nak jadi hero la woi.. Camne la ko ble kate ko pandai tapi hujah ko pon main copy paste.. Agaknya time exam ko meniru kot, tu pasal result ko x berkat dan ko x dpt keje.

      Padam
    3. Timbalan Presiden PAS ada degree?

      Padam
  22. Setiap tahun diaorang mesti akan turunkan gred supaya ramai budak lulus dan dapat A.Cikgu aku ada cakap add math kalau dapat 20 pun lulus masa SPM.Memang la suka kan,tapi bila fikir2 balik bodoh sangat ke aku ni sampai nak kena turunkan gred.Tak boleh ke markah tu memang tetap.Ini sekejap nak turun sekejap nak naikkan.Lebih baik tak payah buat periksa macamtu.

    BalasPadam
  23. Ado... Khairi jamalluuddin..harvard! Semua yg pkrkalau kompe kj jadi kleener jek!

    BalasPadam
  24. Realiti pendidikan zaman sekarang:
    1. BM dengan BI kalau nak A+ hafal karangan.
    2.Belajar untuk periksa sahaja.Agama pun sekarang ustazah2 ajar untuk jawab periksa je.
    3.Selalu spot soalan mana kluar.Bagi anak murid suruh hafal.
    4.Benda yang tak keluar dalam periksa tak akan diajar sebab dieorang kata tak penting.
    5.Sekarang ramai sibuk pergi tuisyen dan sanggup berhabis duit sampai beribu-ribu supaya anak dapat straight A.
    6.Kalau buat kerja kursus copy paste je.Tak payah susah-susah perah otak buat sendiri

    Sampai bila nak biarkan sistem pendidikan begini.Kualiti yang penting bukan kuantiti.

    BalasPadam
  25. Hik hik hik suka baca...SPM 1988, SAINS, 3 Subjek A1, LAIN C3 ADA C4, C5 PUN ADA, GRED 1, ni pun org dah kata terrorist...kih kih kih Sains stream tu...spm dulu lain spm skrg lain. BIARLAH,,,sebenarnya nak compare us n uk...klu tgk depa punya silibus gila bapak punya senang...silibus msia susah n terlalu banyak dan tak berfokus...kurang sikit takpe tapi passing mark tu yg haru.No quality...Tak heran le klu kita tertinggal di antrabangsa...sat sat tukaq ...sat sat tukaq sistem...too many chapters... dahlah la ni tu many distractions cth fb, cc dll. Sts fed up, mak pak la pun ada tak prihatin...yg terlebih prihatin lak...over sgt..tusyen tusyen tusyen...jgn salahkan yg tak skor sbb ada sbb tersendiri...duit, keluarga etc...nanti bila semakin dewasa maka makin matang...
    Banyak A ke sikit ke masa SPM bukan jaminan bahagia dunia akhirat...ada habuan kita masing masing...yg penting ALLAH lebih suka kepada yg berusaha..

    BalasPadam
  26. Alasan-alasan mereka yang gagal,

    1. Soalan tahun 1997 senang, soalan sebelum itu susah. Jawapan: ambil semula SPM masih tak skor.

    2. Rezeki. Jawapan: benar hasil mencuri pun rezeki apatah lagi hasil rampas hak orang.

    3. Tuition: jawapan kami dulu harapkan tution sekolah dan prep di asrama je.

    4. Gred diturunkan: jawapan sama dengan nombor satu.

    5. Kami science stream ko sastera: jawapan: ye ke mana ko tahu? Sastera stream pun tak boleh skor ko tu gebang lebih.

    6. Akhlak orang pandai teruk: jawapan habis akhlak orang malas belajar, tak dengar cakap ibubapa dan guru baik sangat ke.

    7. Pandai on paper: jawapan kalau on paper pun gagal do you expect hands on nak cemerlang?

    8. Dulu aggregate sekarang jumlah A: look aku pun 6 aggregate ok. Jadi 5A < sekarang = > 10 aggregate dulu ok?

    Tak nak tegakkan benang yang basah.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuttttutttt (ayat maki) lu 6 aggregate. Kalo lu pandai sgt time tu, skrg nih lu bkn org lekeh. X de nye lu buang masa online layan blog sbb lu bz dengan kerja lu. Lu mesti dah pangkat tinggi. X pun lu sibuk politik.

      Mau tipu pun tarak guna akal. Nampak sgt bdk2 menyamar. Org bijak time tu x de cakap mcm lu la. Pergi tgk Rafizi. Ada cakap mcm lu ka?

      Melainkan lu mmg loser. Score study tapi perangai mcm tutttt tu x dpt kerja mcm org lain. tu lu x puas hati gle.

      Padam
    2. Sokong KEDEPAN.. anon 1012 in denial.

      Padam
    3. Kah..kah..kah... kerat peler la lu 6 aggregat. Lancau!!!!.

      Padam
  27. Slm bro. Aku spm 1988. Aku rasa tak penting yg dpt tinggi2 skarang ni yg aku takut yg dot rendah tahap gaban. Bawah aku ada dkm 80 org bdk2 melayu umur bwh 35. SPM smua hancus. Menulis pun huru hara. Camano ramai dapat 10A masa yg sama 10D pun ada?. Sapa ni tlg diorang ni?

    BalasPadam
  28. Sorry. Aku punya auto correct kacau. Hancur aku punya komen. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah len kali jgn nk menipu. .

      Padam
  29. Tipu APA bro? Gua Slm 1988. Dpt 27 gred 2. U grade ckp mkn. Skarang keje manager. Mmg aku ada bdk2 tu report kat aku. Mmg SPM diorang teruk. So... Tipu APA?

    BalasPadam
  30. Haha.. aku pun manager jugak.. manager kebun getah jual sekerap.. akulah technician..akulah engineer dan akulah manager..

    Kedepan? Apo tu.. org bodoh piang mcm aku mmg x layak bergaul dgn orang2 pandai mcm kedepan.. syurga pun x layak masuk sbb x dpt A.. mungkin yg dpt 17A tu dah layak jadi rasulullah.. 15A boleh jadi nabi.. yg xdak A trus boleh gumpal2 taik sendiri lalu telan saja taik sendiri gitu..kahkahkah.. mmg layak dgn bodo gitu..

    Takder sapa nak perkenalkan KASTA dalam Melayu Islam pulak ker? Teruskan kerje2 merepek ni..banyak untungnyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah bro,apa yang kedepan dok kecoh.tak paham aku. yang aku pasti dia tak perform mana pun masa SPM, result tak gempak pun..biasa2 je dan kemahiran dia kurang. sebab tu dia payah dpt kerja elok. Cuma dia ada kecelaruan sikit dalam otak tu..dia merasakan diri dia pandai..rasa je la,tapi realitinya tidak. So, dia hidup dalam dunia imaginasi dia selagi dia tak celik tgk dunia realiti betul2. Orang pandai akan merasakan diri mereka bodoh kerana sentiasa menuntut ilmu dan rasa tidak pernah cukup. tapi org bodoh yang perasan pandai, sentiasa menyalak mengatakan diri pandai dan angkuh. mamat kedepan ni kat luar mesti angkuh giler.

      Padam
  31. AKu pun pernah belek soalan SPM baru2 ni...
    Mak aih, senang tahap mmg nak tolong skor punya...
    Pastu bila student dapat A byk, punyalah dabik dada macam dunia ni diorg dah conquer..

    BalasPadam
  32. dpt 9As, straight As pun kalau apply nk msk U pn x reti, pilih course pn xtau, apply scholarship/admission pn x betul. semua nk kena suap, xde inisiatif nak cari sendiri. Rosak generasi skrg...

    BalasPadam
  33. YANG AKU TAHU

    ORG KELANTAN SPM MMG JAHNAM

    DORG CKP MLAYU PUN CM YOGIMAK

    BalasPadam
  34. gua xde spm pun

    tp income gua seminggu 40 ribu


    ngarut je spm ni

    mnsuhkn

    jom ramai2 jual cinta scam

    BalasPadam
    Balasan
    1. nice..40k je? aku 1 juta sehari

      Padam
    2. so

      knp bile aku isytihr gji aku lu br nk nyebuk sini

      loser

      Padam
  35. Gred A sekarang ni tak bernilai lagi la wei.Kalau sejarah kau A+ tapi nyayi lagu negaraku pun tak pandai tak guna A kau tu.

    BalasPadam
  36. semua yg menulis di atas aku ni

    kote pendek

    tetek lohong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sah Mat Nor Marzuki nih adalah presiden KEDEPAN.. tu emo nak mampus... hehehe

      N ko pun ada post kat atas tu... so ko nye pun pendek la gak... hehehe

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  37. bdk-bdk baru grad ramai yang sampah..terutamanya dari UI**..
    jadi engineer sepatutnya boleh berfikiran kritis dan boleh selesai masalah..
    bukannya harapkan software yang selesaikan dengan sample excel dari projek sebelumnya..

    BalasPadam
  38. Teruknye para pengkomen bo skrg ni, rindu pulak dgn geng bo yg dlu, ade jugak la isinye, kelakar, pastu nmpak la berakal dari yg skrg ni, alahai..

    BalasPadam
  39. Ya. Betul. Silibus SPM lepas 2003 dah jadi senang sebab batch pertama KBSM semakan ambil SPM pada 2003.Pada pendapat saya, generasi yang lahir selepas 1990 merupakan generasi bodoh dan kurang ajar sebab mereka pentingkan entertainment dan mereka hanya belajar untuk dapat semua A dalam SPM, bukan nak menimba ilmu pengetahuan. Anda boleh nampak perbezaan antara doktor zaman dulu dan sekarang. Doktor zaman dulu guna minda mereka untuk membantu pesakit. Tapi doktor zaman sekarang bodoh sebab mereka rujuk internet untuk mengesahkan sesuatu penyakit. Kebanyakan guna internet untuk copy paste sesuatu tugasan. Sebenarnya, generasi zaman dulu yang lahir sebelum 1975 lebih bijak dan berilmu dan taraf peperiksaan zaman dulu lebih berkualiti. Sebenarnya, selepas KBSM diperkenalkan pada 1989,silibus menjadi lebih senang dan KBSM semakan dan KSSM menjadi lebih senang dan saya predict manusia akan menjadi lebih bodoh dan biadab pada masa hadapan sampai kiamat. Ini terbukti sebab masyarakat zaman sekarang (selepas 2005) tidak pentingkan disiplin dan nilai murni.Saya berminat dengan zaman dulu dan saya suka explore kehidupan zaman dulu dan saya amat tertarik. Saya tertarik dengan 1920'an.Saya patut lahir pada 1894 supaya saya dapat belajar sekolah menengah dan universiti pada 1910'an dan hidup sebagai dewasa pada 1920'an di mana masyarakat zaman dulu (sampai 1980'an) jaga hati orang cacat seperti saya. Saya benci lahir pada 1998 dan hidup sebagai dewasa pada zaman sekarang yang zalim kerana masyarakat zaman sekarang hina saya sampai saya diserang penyakit mental. Saya Shivanesh, umur 26 dari Kulim, Kedah yang autistik. Saya menghidap skizofrenia sebab dibuli dengan teruk oleh budak budak lelaki jahat semasa saya belajar di SMK Sultan Badlishah, Kulim dari 2011-2015.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.