Halaman

Selasa, 15 April 2014

Pe class jadi Malaysian, I'm British

Pada beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa mereka yang telah mendapat taraf Kerakyatan British Di Luar negara (BOC) tidak akan mendapat semula kewarganegaraan secara automatik, perlu membuat permohonan seperti Pendatang yang lain dan permohonan diteliti dengan rapi. Persoalannya mengapa terdapat mereka yang ingin mendapatkan taraf BOC dengan mengoyak dan membakar Pasport Malaysia mereka dan kemudiannya ingin kembali menjadi Malaysian.


Berkuatkuasa pada 4 Julai 2002, Kerajaan Britih telah mengubal dan mewartakan Akta Kerakyatan British yang baru dimana mereka yang memiliki taraf BOC selepas 4 Julai 2002 tidak lagi diberikan peluang untuk menjadi warganegara British. Dengan kuatkuasa akta tersebut, mereka yang bertaraf BOC perlu kembali menjadi warganegara asal mereka. Untuk kes Malaysia pula, sesiapa sahaja yang membawa dan memegang Pasport negara lain, secara automatik dilucutkan kewarganegaraannya. Maka secara amnya, mana-mana Malaysian yang mendapat taraf BOC kini Tiada Negara. Walaupun perkara ini masih menjadi isu utama dalam Akta Kerakyatan 2002 British, ia tetap dikuatkuasa tanpa sebarang penerangan lanjut mengenai mereka yang bertaraf Tiada Negara. Kini ex Malaysians yang tergantung statusnya hanya mampu mengharap pengecualian kepada mereka dan ada yang memohon kembali menjadi Malaysian.


Perkara ini berlaku apabila BOC ditawarkan kepada semua yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka sebelum tahun 1983 dibawah status Kerakyatan British dan Kolonis (CUCK). Ramai orang Penang dan Melaka memohon dan mendapat BOC tidak kira Cina, Melayu atau India. Namun ramai tidak layak kerana tidak mengetahui syarat-syarat didalam BOC dan CUCK. BOC hanyalah taraf rakyat British di luar negara dan mereka masih perlu memenuhi syarat am untuk menjadi warga British. Timbul isu apabila mereka yang tidak layak telahpun melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Kini timbul pula isu baru dimana ex Malaysian yang menerima taraf BOC selepas 4 Julai 2002 tidak dianggap sebagai warganegara British sekaligus menyebabkan mereka tidak mempunyai negara.


Kenapa memohon kembali untuk menjadi Malaysian? Sebab tiada siapa akan mengambil berat mengenai kebajikan, keselamatan, kesihatan, pendidikan dan apa saja warganegara dapat dari negaranya. Dianggap sebagai Pendatang Haram kerana tidak mempunyai negara. Hidup merempat di tanah asal sendiri. Mujurlah masih ada simpati oleh Malaysia kepada mereka dengan membenarkan penggunaan Pasport British yang bertaraf BOC. Mereka hanya perlu renew permit setiap 5 tahun. Kalau tak, jadi la macam The Terminal Man. Mehran Karimi, warga Iran yang dilucutkan kerakyatan dan terkandas di Charles de Gaulle Airport, France selama 18 tahun.


Orang kalau dah tak suka pada kita, jangan terhegeh-hegeh nak simpan lagi. Nak sangat jadi British kan, silakan. Malaysia tidak rugi apa-apa. Kini isu tersebut mula jadi mainan politik. Tak cukup isu Ahli Parliment kecoh yang suaminya orang luar masih belum diberi kerakyatan as Malaysian. Ingat dah jadi MP senang-senang laki bini korang jadi Malaysian. Tak adil namanya tu. Ex Malaysian mula meraih simpati orang-orang politik. Aku tak nak komen kenapa ex Malaysian memohon bantuan dari orang politik. Tapi aku nak pertikaikan kenapa perlu ada orang politik nak membantu mereka? Adakah sebab mereka Cina? Atau sebab mereka Melayu atau India? Perlukah kita membantu mereka yang tidak sayang pada tanah air mereka?


Jika semasa perang, ada orang kita berpaling tadah dan memihak kepada lawan. Kemudiannya lari semula kepada kita. Adakah kita perlu menerima dan percaya semula pada dia? Kenapa perlu kita percaya kepada Pembelot? Ya, masalah ini belum lagi melibatkan peperangan, tetapi jika berlaku, adakah mereka akan berjuang pertahankan negara? Atau terus melarikan diri ke tempat lain? Maka, tindakan yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah tindakan terbaik. Jangan beri muka kepada “pembelot”.


Jangan terkejut jika anda terdengar tawanan perang anda bercakap “Saya dulu Malaysian, dah tukar negara, terpaksalah serang negara lama”

Sumber gambar : Mr Google

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yang sebenarnya, British dah tunduk kepada UMNO-BN. UMNO-BN mengarahkan agar malaysian yang memohon kerakyatan british ditolak mentah-mentah. British akhirnya terpaksa tunduk kepada UMNO-BN dan mematuhi arahan proksi mereka di Asia. UMNO-BN semakin berkuasa. UMNO-BN akan menggantikan Zionis Yahudi melalui proksinya iaitu British, Australia, USA, China & Jepun.

      Padam
    2. statement mcm rubbish..!

      Padam
  2. Ala-ala dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkanlah ni yek?
    Aku pun tak nak sentuh bab politik, tapi kadang2 kita kena biarkan sahaja golongan macam ni supaya akan datang boleh dijadikan contoh terbaik kpd org lain...
    Jangan ditolong langsung (pd pendapat aku)

    BalasPadam
  3. boleh tahu berita yg Ex Malaysian minta bantuan dari ahli politik?
    saya nak tahu ceritanya

    BalasPadam
  4. syukurlah dengan keamanan dan kestabilan yang kita kecapi :)

    BalasPadam
  5. nak jadik british sangat kan..fuu jilat balik ludah2 sendiri..malaysia bagi simpati renew 5 tahun pun kira baik dah..siapa ambik isu ni utk milage politik, aku rasa itu adalah tindakan bodoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pasal, kira nasib baik jgk la dorng dpt renew permit setiap 5 taon tu, kalo tak, merempat la kat airport seumur hidup, gila sedih... nak jd brit sgt, last2 takde negara terus, yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran, brilliant...

      Padam
  6. Biasela...manusia kan tamak. Kdg2 selalu kita borak kopi ckp pasal sesetengah kaum yg sibuk perjuangkan hak mereka tp bila time perang kecil (kes jenayah) atau perang besar (kes tentera)...for sure mereka akan lari ke negara jiran atau negara lain tanpa berkorban utk pertahankn negara. Kalau otak fikir nak untung semata2...ni la jdnya. Mana yg bawak kerugian better keluar dr negara yg mereka tinggal skrg.

    Kalau berlaku perang spt zaman komunis atau jepun...sy rela berhenti kerja n menjadi tentera utk pertahankn negara tercinta, walau seburuk mana Malaysia sekalipun dr segi ekonomi n politik.

    BalasPadam
  7. Sepatutny golongn urban fesyenista mcm wak doyok pergi duduk UK
    Feeling sangat degan style British tu.
    Geli aku tgok

    BalasPadam
  8. kalau ex malaysian ni ada yg apply nak jadi malaysian balik boleh... tapi permohonan diaorg diuruskan sama macam pendatang yang lain la. biar berbelas, berpuluh tahun tunggu. baru padan muka.

    seburuk2 pun malaysia, biarlah kita masih ada kewarganegaraan daripada tak bernegara mcm tu.

    BalasPadam
  9. ada beberapa kerat chinese je yg perjuangkan malaysia, yg lain semua lari balik china klu malaysia dlm peperangan

    BalasPadam
  10. haha makin lama makin nk tergelak bila baca komen2 kt atas ni, semangat patriotik sokmo! noob, kw dgn diorang ni samalah, kdg2 buat aku terasa lebih baik jd orang asli drpd jd org yg kononnya berwarganegara mcm korang, pigidah! manusia xsdr diri, pergi tgk cermin sana, apa beza korang dgn diorang?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bezanya cap jari la bodoh!, bodo nya anon!

      Padam
    2. apa beza? bezanya kitorang tak apply jadi warga british la bodo!.

      Padam
    3. bebudak patriotik memang hampehh! patriotik dan rasis berpisah tiada pd akhir zmn ni, sbb tu kes org luar (islam) masuk m'sia contoh kes sulu dibunuh pun nampak xberdosa, kan? hidup bebudak patriotik! tahniah!

      Padam
    4. Sah application die tuk jadi rakyat sini ditolak... ciannye kat die... sabarnye... lg 17 thn leh jadi org Malaysia... x pun ko gi bunuh org sulu as bukti ko nak jadi Malaysian... ke ko org sulu yg apply tapi ditolak... patut la emo sgt...

      Padam
    5. Hahaha..first time siot aku tgk ayat " budak2 patriotik memang hampeh". Bapak songsang giler pemikiran. De semangat patriotik pun boleh jadi hampeh. Hahaha..internet..internet..macam2 perangai manusia ada.

      Padam
    6. nak buat mcm mana org mcm tu memang rmi menyalak bila nak menjatuhkan org negara sendiri, bukn nya nak bagi semangat atau guide kepada yg baik.

      Padam
  11. whateva..aku stju, drpd org tu, main hembus bodoh bagai, terbaikk sgt..

    BalasPadam
  12. whateva..aku stju, drpd org tu, main hembus bodoh bagai, terbaikk sgt..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.