Ramai mengaku celik IT, tahu menggunakan komputer dan mahir menggunakan aplikasi melibatkan internet. Tapi bila ditanya atau diuji, hasilnya menimbulkan satu persoalan. Tercapaikah sasaran celik IT dikalangan generasi muda sekarang?
Persoalan ini timbul setelah aku sakit hati menjalani sesi menemuduga seramai 18 calon untuk jawatan kerani pentadbiran dan kerani account di syarikat dimana aku bertugas. Calon terdiri dari usia 18 tahun sehingga 26 tahun. Kelayakkan calon rata-rata SPM dan beberapa orang calon mempunyai Diploma. Aku selaku Kapitan untuk Account Department dijemput joint sekali sesi temuduga. Senang cerita, dua jawatan ditemuduga serentak. Mana tau calon yang memohon untuk kerani pentadbiran lebih sesuai untuk menjadi kerani account. Jimat kos kami dan masa calon. Aku tak nak sentuh mengenai penampilan, cara percakapan, pengalaman atau kelayakkan calon. Tetapi hanya berkisar mengenai kemahiran IT dan komputer mereka.
Hampir kesemua calon apabila ditanya tahap kemahiran IT dan komputer mereka, majoriti mengaku pengetahuan IT dan komputer mereka di skala 7 sehingga 9 daripada 10. Tipu la kalau ada ngaku 10 kan. Hanya beberapa calon saja menyatakan kemahiran IT dan komputer mereka dibawah 6. Bila ditanya kepada calon yang “berada” di skala 7 hingga 9, semua soalan asas berjaya dijawab seperti software apa digunakan untuk menaip dan sebagainya. Tetapi apabila diminta untuk mengunakan Microsoft Words, Power Point dan Excel, hasilnya mengejutkan. Semua gagal mengikut format dan bentuk seperti dalam kertas ujian.
Majority hanya tahu menaip, memilih design dan membuat kotak. Macam nih mengaku skala 7 hingga 9?. Tetapi yang mengaku berada di level 6 mempunyai kemahiran lebih dari “pakar-pakar” skala 7 hingga 9. Bila ditanya apa sebenarnya yang mereka mahir melibatkan IT dan komputer. Jawapannya ialah FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM dan aper tah lagi yang aku sendiri tak pernah guna. Bila ditanya mengenai email, ramai memberi jawapan bukak email melalui Facebook dan twitter. 4 calon memberi alasan email tidak praktikal, Facebook lebih sesuai sebagai perantaraan document dan lebih mudah digunakan berbanding email.
Macam nih ngaku celik IT dan komputer? Wehhh, budak tadika pun tahu guna Facebook lah. Agak memalukan apabila kerajaan mengaku kadar celik IT telah meningkat. Untuk apa meningkat kalau majority hanya tahu kegunaan IT untuk tengok Facebook dan twitter? Untuk apa ramai mengunakan smartphone dan laptop kalau hanya untuk tengok Facebook dan setaraf dengannya? Untuk apa mak bapak beli laptop dan PC canggih supaya anaknya celik IT dan komputer? Apa ada dalam otak generasi muda sekarang?
Barulah aku paham kenapa ada mak bapak tak benarkan anak mereka mempunyai smartphone dan laptop sendiri. Sebab anak-anak bukan guna untuk belajar, tetapi untuk enjoy. Bila ditanya pada “pakar-pakar” yang hadir pada temuduga tu, majority cakap nak belajar apa dengan komputer. Bukan ada nota dalam tu, takat search dalam internet je la. Dan mereka juga berpendapat Ms Office tu hanya mampu untuk menaip dan mencetak saja. Dalam hati aku, mujur mereka bukan adik aku. Kalau adik aku, dah pasti kena tibai dengan aku.
Jangan terkejut kalau lepas nih korang dengar “IT diwujudkan hanya untuk enjoy”
adik aku yg umur 5 tahun dah pandai pm2 lg...haha..
BalasPadam1st!! nampaknya semakin ramai melupakan keagungan 1st!!
Padamsebab dia bukan anon
PadamPerghhh..berani dia kata tahap 7-9..aku masa interview pun cuma berani cakap mampu guna untuk perkara basic je..
BalasPadamHehe.. letak level, kendian x justify kebolehan tahap2 software, gitulah jadinya..
PadamStandard la mesia ni, nak kaya atau apa2 senang, kene rajin2 la menipu.. bak orang dulu2 kata "tipu sunat"..
Wow.. menipu pun dapat pahala gitu..wow.. ini sudah bagus..
Adakala kita wajib menipu.. bercakap benar adalah satu kerja bodoh.. dan akan dipermainkan..
Pandai2 la bawa diri yer.. ini Malaysia dan Asia bro.. bukan standard negara2 maju.. jangan sesekali cuba berlagak jadi baik..tak ada kebaikan yg kita akan dpt pun.. kahkahkah..
rindu betul dgan zaman winxp 10 tahun dulu....guna pc desktop je....pastu kena pasang sendiri...motherboard kena cucuk sendiri dia punya harddisk, floppy disk, ram....pastu pasang graphic card....pastu on install driver....tp sebelum tu kena install windows dulu....dah siap semua, tukar theme, sound, cursor, wallpaper...buat akaun sendiri...letak password...password hint pulak takde kena mengena dengan password....haha....memang suatu kebanggaan memiliki komputer sebab x semua mampu memiliki komputer pada masa itu...
BalasPadamPeh, teringat gak la zaman tu kan, good memories tu...
Padamlepas pasang graphic card, main pulak needs for speed, fifa manager, fifa ntah musim berapa ntah. Sempat guna windows 2000, Windows ME, Windows XP..
Padampenulis black berry? nampaknya BO dah ada penulis baru... welkam black berry... tp kenapa nama black berry, bkn android ke, lumia ke, iphone ke... org mana pakai blackberry dah kahkahkah
BalasPadamsepatutnya dalam borang pohon kerja kena jelas apa yg skala tu maksudnya. contoh. kemahiran pengetahuan IT dan komputer. kalau skala 5 mesti ada kemahiran sekian-sekian,kalau sekala 7 ada lebih kemahiran dari senarai kemahiran skala 5. ni mintak pemohon sendiri buat takrifan, confirmlah ada bias terhadap pengetahuan sendiri
BalasPadamBlack Berry ni bukan penulis asal entri kabel tu ke?
BalasPadamMana awek gua aila ? lama menghilang..
BalasPadamBluberry
Nak Tanya noob....apa expectation utk dpt skala 7-9?
BalasPadamkalau bagi kemahiran asas IT, mungkin dia mahir guna basic MS Office software cam MS Word, Excel dan Powerpoint dan tahu sedikit sebanyak perisian lain seperti Adobe Photoshop dan lain2, malah tahu segala komponen2 asas dalam sebuah komputer seperti CPU, motherboard, RAM, hard disk dan lain2, boleh membuat pemasangan OS MS Windows, install software, setting untuk connect ke Internet dan sebagainya.
Padamkalau dia tahu buat programming, tu dah kelas lain, bukan kemahiran asas IT lagi.
Plus computer arcitecture... networking... hacking included computer security... data manipulation.... mastering all this techniques allowed you to browse fb and other stuff without detected...
PadamSince perkataan IT tu boleh buatkan orang salah faham dan menganggap ianya merujuk kepada Facebook dan twitter, apa kata ganti perkataan tu dgn perkataan lain, contohnya software management, hardware management, non-social computer skill, digital knowledge dll
BalasPadamsalam Cero.
PadamIT ada strict term dalam business and enterprise.
work is about being in a business. jadi bila orang mention IT dalam interview, those yang salah faham, kita boleh terus exclude sahaja mereka, sebab kita boleh tahu mereka ni takkan ada kebolehan untuk execute kerja IT as per business requirement.
aku nak tambah, mindset kerja ialah, kena bezakan antara work dengan personal.
younger generations sekarang yang kurang susah berbanding dulu, kelemahan ialah selalu inter-mix personal dalam working environment.
kalau dalam interview pun, kalau aku dengar budak mention word "Facebook" atau "Twitter", aku tau dia tak serius untuk kerja, atau pun pikiran dia terlalu kebudak-budakan untuk kerja.
aku bagi contoh, kau masuk dalam satu bank, untuk uruskan soal duit kau. masa kat kaunter tu, kau perasan ada sorang dua tengah guna Facebook. kau confident tak dengan service bank tu?
That's why most offices block/ban Facebook. Tak ada satu employer pun yang akan confident pengguna Facebook tu focus kat kerja yang diberi.
Stuju sir... betul pendapat kamu tu... (qsn)
PadamSya ada sorang kawan, dia prnah masuk kelas cmpter, belajar mgunakan pwer poin dan sbgainya... malah blh kala pakar juga lh member tu... pada suatu hari, dsbabkan pc dia lama dh rosak, nak d jadikan cerita member aku ni nak minta kerja d pejabat ape2 lah.. *rahsia.. jadi dia ni nak buat resume, aku x lah sehebat mana pun, mkroslf mahupun sortwre pun belajar dari youtube dan blog di internet... tp member aku yang sijil dploma ni minta aku buat resume pakai mkrslf xcel, sbb dia x ingat mcm manak nak guna.. tp sekolah tinggi kmhiran cmptr dn segala slfwre... 2,3 thun dh x buat keja tu katanya.. dia lupe ke atau malas pon aku x tau... Adakah tu golongan Buasir Otak? Sya x lh pndai pon.. tp ilmu untk sndiri boleh lah... msih banyak kekurangan... 👀
BalasPadamya itu mmg golongan buasir otak, termasuk orang yang suka menulis guna shortform...
PadamKalau ada yang terasa macam pergi interview tu lepas baca topik nih dan cakap facebook lebih praktikal tuk kerja pejabat masa tu. Respon korang dapat dari aku "Unik pemikiran anda". Korang tersenyum dan pikir ada peluang dapat kerja tu. Nih aku info kat korang. Lupakanlah dan gi apply kerja lain ye. Tq
BalasPadamWah baru tahu rupanya masih ramai ex-student diploma etc. masih salah faham tentang kemahiran IT. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadam