Halaman

Rabu, 30 April 2014

Trivia lawatan Obama (Presiden US) ke Malaysia

Presiden US Barrack Obama telah pun selesai melawat negara kita untuk mengadakan siri pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak, menghadap YDP Agong, majlis pelancaran Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC), perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari seluruh Asia Tenggara serta melawat Masjid Negara. Berikut adalah 10 trivia sepanjang lawatan Obama ke Malaysia ini:


1. Kenderaan pengangkutan dan logistik

Obama datang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang Air Force One yang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang lebih kurang pukul 4.50 petang Sabtu dan kemudian menaiki kenderaan rasminya Cadillac One yang juga dikenali sebagai "The Beast" kerana ciri2nya seperti sebuah kereta kebal.


Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik. Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.


Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam. Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden. The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.


Cuma yang lawaknya, dia isi minyak kereta kat Caltex pun jadi isu, kenapa tak isi minyak kat Petronas atau Petron?



2. Budaya selfie

Gambar selfie Obama dan Najib. Banyak betul gambar ni kena troll. Bagi aku tak jadi masalah pun nak selfie2 bagai ni walaupun secara peribadinya aku memang rasa annoying dengan trend cambangang ni, tapi kalau nak belajar berselfie dengan betul, klik kat sini.




3. Pemimpin juga seorang manusia.

PM Najib ada tersasul masa press conference bersama Obama, tapi bagi aku takde apa yang nak dimalukan. Obama pun cool je sempat bergurau lagi. Everybody make mistake, Najib pun manusia juga.



4. Sikap dan mentaliti generasi muda

Sewaktu sesi dialog Obama bersama pemimpin muda Asean di Universiti Malaya, ada pelajar yang bawa banner protes yang bertulis "NO TPPA". Adakah mereka ini wira atau hanya menjatuhkan imej negara di mata Obama?



Juga ketika sesi dialog Obama di UM anjuran Young Southeast Asian Leadership Initiative Town Hall itu, ada yang bertanyakan kepada Obama soalan yang begitu mudah dan remeh temeh yang boleh dibaca melalui buku biografi sahaja seperti "Apakah maksud kegembiraan kepada Presiden?". Dahlah bukan mudah nak jumpa Obama, tapi bila dah dapat jumpa tanya pula soalan bodoh2. Macam tu je ke tahap pemikiran mahasiswa2 generasi muda sekarang? 

Takkan hanya boleh fikirkan soalan2 seperti apa makanan kegemaran tuan presiden, apa hobi tuan presiden di masa lapang dan yang seumpamanya? Tanyalah soalan2 berkaitan isu2 semasa seperti isu TPPA, pergolakan Palestin-Israel, pergolakan di Mesir, krisis MH370 dan lain2 soalan yang lebih mencabar yang boleh membuatkan Obama panas bontot. Tapi taktaulah kalau setiap soalan dah ditapis dan hanya soalan bodoh2 dan remeh temeh sahaja yang boleh ditanyakan.



5. Diskriminasi golongan minoriti

Dalam menjawab soalan seorang wakil dari Myanmar sesi pertemuan dewan dengan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Malaya, Obama berkata Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya masih mendiskriminasikan golongan bukan Muslim dan minoriti.
"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan. Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi."

"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain. Untuk berjaya, anda perlu ada toleransi kepada mereka yang berbeza dengan anda. Baik dari segi keturunan, agama, bangsa dan orientasi seksual."

Ya, Malaysia memang tidak akan menjadi negara maju, namun sebab utamanya bukan kerana diskriminasi golongan bukan Muslim dan minoriti, tapi sikap dan mentaliti orang Malaysia sendiri. Walau negara kita orang Melayu beragama Islam, tapi kaum2 lain seperti Cina, India serta agama lain masih lagi bebas mengamalkan kepercayaan dan budaya mereka, bebas buat apa saja selagi tidak melanggar undang2, bebas untuk belajar dan menuntut ilmu, bebas untuk bekerja dan mencari duit. Tiada siapa yang ditekan atau dihalang pun.

Cuma memang kaum bumiputera mempunyai sedikit kelebihan seperti kuota kerja dalam kerajaan dan belajar di universiti awam, diskaun pembelian rumah dan sebagainya. Mungkin ini yang dikatakan diskriminasi terhadap kaum minoriti. Tapi dalam konteks yang lain, kaum majoriti juga didiskriminasikan terutama dalam bidang ekonomi. Orang Cina dapat kumpul kekayaan lebih daripada orang Melayu dan mendapat banyak kelebihan dalam bidang perniagaan.

Kalau orang Cina berniaga sesama Cina, harganya jauh lebih murah, tapi kalau orang Melayu beli daripada peniaga Cina, harganya lebih tinggi. Tidak diskriminasikah itu? Andai kaum bumiputera bersedia untuk bertolak ansur dan memberi hak samarata terhadap kaum minoriti dalam pegangan kuasa dan keistimewaan kaum bumiputera, adakah kaum minoriti juga mampu bertolak ansur untuk berkongsi kekayaan dan kuasa ekonomi kepada kaum majoriti?

Btw kalau berlaku diskriminasi terhadap mana2 keturunan, agama dan bangsa, ia masih boleh dibincang dan diperhalusi, tapi kalau diskriminasi terhadap golongan minoriti yang orientasi seksualnya abnormal seperti golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT), takde apa yang nak dibincang2 lagi, mohon pergi mampos.


6. Perbezaan budaya US dan Malaysia

Sewaktu Obama mengadakan pertemuan dengan pemimpin2 masyarakat awam dan NGO, Obama dikatakan mengambil kerusinya sendiri dan enggan biarkan orang lain ambil kerusi untuknya serta mengadakan sesi perbincangan dan keadaan yang tidak formal dan relaks, maka menjadikan ia seolah2 seperti satu culture shock buat orang Malaysia dan terus merasakan betapa rendah diri dan mulianya Obama ini.

Bagi aku benda tu bukan benda yang pelik pun kat US, sebab itu memang budaya mereka. Tengok la dari kecil lagi diorang pergi sekolah pakai baju biasa takde uniform, pergi kerja relaks je pakai baju kasual t-shirt dan seluar jeans, kat pejabat pun ada tempat rekreasi seperti meja snuker, game console, kerusi urut dan sebagainya, mesyuarat pun santai dan relaks, bercakap dengan orang lain walau orang yang lebih berpangkat kita panggil guna nama mereka, bukan Dato, Dato Seri, Yang Berbahagia dan pelbagai gelaran.

Budaya diorang memang berbeza dengan budaya kita. Mereka lebih santai, mudah dan relaks, berbanding Malaysia yang terlalu banyak berprotokol, birokrasi dan formaliti, so takde apalah yang nak dihairankan sangat dengan apa yang dibuat oleh Obama.



7. Masjid dan orang bukan Islam.

Obama lawat Masjid Negara, so, apa masalahnya?


Ya, memang US merupakan sekutu kuat kepada Israel yang melakukan keganasan terhadap Palestin, tapi apa masalahnya Obama masuk masjid, siap bantah demo bagai? As long orang bukan Muslim yang masuk masjid bukan bertujuan nak melakukan keganasan dan merosakkan masjid, apa masalahnya diorang masuk masjid? (Kenyataan ini terpakai juga buat rakyat Malaysia yang non-muslim).



8. Hak sama rata mendapat keadilan

Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Beliau memberitahu sidang akhbar itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

"Dan daripada segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini," kata Najib.

"Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil," tegas Perdana Menteri.


Aku setuju dengan kenyataan "daripada segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan keadilan", cuma hakikatnya orang kecil seringkali tertindas dalam mendapatkan keadilan dan "ORANG BESAR" seringkali terlepas daripada pengadilan.


9. Protokol dan menghormati tetamu

Sewaktu perbarisan kehormat, lagu kebangsaan US dimainkan dulu barulah lagu Negaraku dimainkan.


Dan aku tak berapa gemar tengok gambar ni.


Aku tak tahu sama ada memang protokolnya macam tu bagi menghormati tetamu pemimpin tertinggi luar negara yang datang ke negara kita, tapi sejujurnya aku tidak berapa suka kerana menunjukkan seolah2 kita mengangkat US itu lebih tinggi daripada kita.


10. Teknologi yang boleh dibanggakan

Sewaktu Obama membuat lawatan ke negara Jepun, beliau dipersembahkan dengan persembahan robot Asimo yang bermain bola bersamanya.


Kita? Selain daripada bergambar selfie, menjamu makan, mengadu pada Obama pasal masalah dalaman negara serta membawanya pusing2 melihat permandangan, apa benda teknologi dan inovasi ciptaan kita boleh banggakan yang kita boleh tunjukkan kepada Obama serta boleh membuatkan beliau kagum dan respek kepada pembangunan sains dan teknologi negara kita?

Tiada. Sebab kebanyakan teknologi yang ada dalam Malaysia hari ini pun menggunakan teknologi US, Jepun atau China.




tags: trivia pemerhatian perkara menarik sempena lawatan barrack obama visit presiden us ke malaysia najib razak perdana menteri

30 ulasan:

  1. Yg gambar ko ckp tak suka tu rasanya Obama sign guestbook. biasa la tu...

    -Humiare-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedar la korang semua Malaysia ni sekadar barua US sahaja. . Ko tgk body language Obama n Najib pn ko dh ble tau dh..

      Padam
    2. Sepatutnya Obama tandatangan sambil berdiri, Agong tu yang duduk tengok je Obama sign..

      Padam
    3. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA















      INGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB

      KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………..


      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Barack oh barack. Dulu kau disanjung sekarang kau di.... sambung ikut interpretasi sendiri.

    BalasPadam
  4. PEMUNYA BLOG PUNYE JATIDIRI KEMELAYUAN YG TINGGI..BOLEH KE KITE BERJUMPE ATAS DASAR UNTUK MENJADI SAHABAT..SY TELAH HAMPIR 2 TAHUN MENGIKUTI BLOG ANDA..PEMIKIRAN SAUDARA HAMPIR SAMA DENGAN SY.ANDA TALAH INGATKAN SY PADA SESEORANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. ini bahagian noob yg saya suka nak komen.. seriusnya saya layan noob sbb nak paham dan kaji jiwa2 anak muda berdepan dgn isu2 semasa.. bezanya noob agak pro-gomen yg tulisannya very interesting.. (dan saya sebaliknya)..

      Padam
    2. Serius..kalau aku jadi noob..mmg scary giler bile dpt invitation mcm ni. Sound fishy

      Padam
  5. Obama dtg ke Malaysia dgn lumuran darah umat Islam. Sapa yg boleh lupa kekejaman us terhadap Palestine, Afghanistan, Iraq dan lain2? Walaupun kekejaman ITU dilakukan oleh tentera tapi siapa ketua mereka?

    Melayu mudah lupa. Tiada lg demo seperti dahulu. Kafir harbi disambut dgn begitu meriah d masjid .... Sedangkan ulama2 terkenal TGNA , Haron Din, UAI Dan seumpamanya xpernah diberi peluang until berucap apatah lg memberi tazkirah...

    Biar Ada DLM diri rasa benci terhadap mereka. ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bukan Obama yang melancarkan perang terhadap Afghanistan, Iraq & lain2. George Bush anak beranak yang melancarkan perang terhadap negara Islam.. Clinton pulak cuma lancarkan tomahawk ke Sudan & Somalia terhadap kilang ubat milik Osama Laden yang dituduh kilang senjata kimia..

      Padam
  6. Oh Rozana

    Sudah puas kau memakan bisjut?
    Sudah puas kau memakan royi?
    Sudah puas kau memainkan hatiku?
    Sudah merasa puaskah kau?

    Oh Rozana

    Apakah kau tak berfikir
    Mengenai bisjut & royi
    Hati yang tulus berikan bisjut & royi untukmu
    Namun akhirnya hanya dibohongi oleh bangla

    Oh Rozana

    Cukup bisjut & royi aku rasakan semua ini
    Semua yang berakhir dengan sesal dalam hati
    Memilih dirimu dalam hidupku
    Kini bisjut & royi sudah tak berarti lagi untukku

    Oh Rozana
    Semua kata MAAF kau ucapkan
    Semua kata MAAF kau lontarkan
    Namun aku tak peduli
    Kerna kau telah sakiti hati ini
    Hanya satu perkataan ko belum katakan lagi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak...bak mai skit...

      Padam
    2. woi nak royi sekali boleh tak?

      Padam
  7. dude block akaun komen rozana tu.jgn biar blog ko dipenuhi sampah

    BalasPadam
  8. Bab mengadu masalah dalaman negara tu yg paling "facepalm" skali... aiyoyoi...

    BalasPadam
  9. klu Najeb sign TPPA tu mesti MH370 jumpa semula.
    1 dunia tahu US kidnap kapal terbang tu. tapi ape boleh buat.
    kedatangan Obama ke Malaysia sedikit menjejaskan hubungan Malaysia dgn China.
    peperangan di Ukraine tunggu masa je nk meletop.
    kemungkinan China dan Rusia bergabung lwn US.
    Malaysia cuma kambing hitam.
    selesa di bumi sendiri.
    takut menegakkan perkara yg benar.
    tanpa Tun M, lembik.. :(

    BalasPadam
  10. Oh Rozana

    Sudah puas kau memakan bisjut?
    Sudah puas kau memakan royi?
    Sudah puas kau memainkan hatiku?
    Sudah merasa puaskah kau?

    Oh Rozana

    Apakah kau tak berfikir
    Mengenai bisjut & royi
    Hati yang tulus berikan bisjut & royi untukmu
    Namun akhirnya hanya dibohongi oleh bangla

    Oh Rozana

    Cukup bisjut & royi aku rasakan semua ini
    Semua yang berakhir dengan sesal dalam hati
    Memilih dirimu dalam hidupku
    Kini bisjut & royi sudah tak berarti lagi untukku

    Oh Rozana
    Semua kata MAAF kau ucapkan
    Semua kata MAAF kau lontarkan
    Namun aku tak peduli
    Kerna kau telah sakiti hati ini
    Hanya satu perkataan ko belum katakan lagi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  11. Nak bisjut?????????nak bisjut??????????
    Nak bisjut?????????nak bisjut??????????
    Nak bisjut?????????nak bisjut??????????
    Nak bisjut?????????nak bisjut??????????
    Nak bisjut?????????nak bisjut??????????
    Nak bisjut?????????nak bisjut??????????

    BalasPadam
  12. si noob pon sm gak g komen rozana kt blog2 lain..aku ada ternmpk kt blog mantot..kemain ko berozana kt ctu kan noob??

    http://cursingmalay.blogspot.com/2014/04/siapa-kau-nak-judge-judge-aku-ni-kau.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob pun manusia gak.. tgk header blog ni.. anda akan faham.. adakala bodoh..adakala cerdik.. adakala cambangang.. kita rayakan perbezaan sifat, pendapat dan kebebasan release tension dgn melakukan perkara2 cambangang..ini mmg sifat biasa manusia.. terima seadanya..

      Padam
  13. Point 10 tu ak tertanya2..... dkt U, Kita ad byk dana wat research psl tknologi.. kmudahan2.. professor2... hasilnya??... or mlaysia cuba smbunyikn teknologinya drp US...

    BalasPadam
  14. haha siot patou ramai bedal lagu rozana tu, kau pon sama noob? cis!

    BalasPadam
  15. Macam mana Malaysia nak maju dgn teknologi mcam jepun dan tayangkan dkat Obama kalau generasi muda asyik sibuk merancang demonstrasi jalanan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang sibuk rancang demo tu siapa? yang diberi kuasa mengurus dana rakyat ker? yang di amanahkan dengan tanggungjawab memelihara keadilan dan kesaksamaan ker?

      bai, negara china, korea selatan, even us, uk n france dah berpuluh beratus siri demo dan revolt bhai. elok jer maju.


      pemimpin kau tak reti urus negara nak salahkan pendemo jalanan yang ntah apa-apa langsung tak terlibat dengan dasar polisi negara. goddamn brilliant!

      Padam
    2. Kita tayangkan kebodohan dan cambangang kita yg canggih tu.. biar US terkejut..haha..

      Padam
  16. ala...
    korang yang bekas belajar dari IPT pun sibuk cari keja..
    apa sumbangan gak kat teknologi Malaysia?

    BalasPadam
  17. student2 universiti kat jepun belajar buat robot, student2 ipt kat malaysia sibuk buat bisnes mlm.... mcm mana la nak maju kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada student2 kita dah start beli rumah dgn jual insurans..halal haram tiada siapa pedulik lagi..mufti2 pun hidup dlm kekeliruan..inikan pulak rakyat biasa..kahkahkah..

      Padam
  18. Suke benor buat demo.sikit2 demo.itu ini nak kne buat demo.org malaysia ni takde keje lain ke? Ingt demo korang tu ada kesan ke? Org yg kau boikot tu pun buat tak layan je. Demo je kejenye..hishhhhh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.