Halaman

Rabu, 14 Mei 2014

Dahulunya pernah dibuli kini seorang jutawan

20 tahun yang lepas masa aku baru masuk tingkatan 1, aku dapat masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak berapa nak glamer kat ceruk ulu kawasan jin bertandang. Murid2 lain yang dapat masuk ke sekolah tu pun rata2 berasal dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Walaupun yang masuk sekolah tu semua budak2 pandai UPSR dapat 4A, tapi perangai nakal tu tetap ada.


Alkisahnya, ada seorang budak yang bernama Faizal (bukan nama sebenar) yang membesar di KL dan bersekolah cina sewaktu sekolah rendah, so dia agak pandai cakap dan baca tulisan cina. Disebabkan tu, perangai dia pelik sikit daripada budak2 yang lain. Walaupun dia budak KL, tapi dia tak lah berlagak, kerek dan nakal, malah baik, nerd dan agak manja dengan keluarga. Boleh kata setiap minggu mesti family dia akan datang dari KL jenguk dia kat sekolah dan sediakan stok makanan yang agak banyak untuk anak mereka.

So sewaktu semua orang masih lagi mencari2 budak yang satu kepala yang boleh dibuat rakan dan geng, aku dengan budak tu boleh jadi rapat walaupun baru je kenal kerana mempunyai minat yang sama iaitu komik. Masa tu komik Dragon Ball tengah naik, tapi komik versi bahasa melayunya iaitu Mutiara Naga sangat lambat di mana masa tu Son Goku masih kecik lagi, sedangkan komik versi bahasa Cina dah sampai Cell saga. Tapi sebab si Faizal ni pandai baca tulisan cina, maka dia bawak la koleksi komik Dragon Ball versi cina ke sekolah dan translate untuk aku. Malah dia banyak koleksi trading card Dragon Ball yang bersinar2.



Nak dijadikan cerita, ramailah budak2 sebaya lain yang agak jaki dengan Faizal ni yang aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerana Faizal ni budak KL, budak nerd, lurus, manja, maka diorang mula menjadikan Faizal sebagai mangsa buli mereka walaupun Faizal tak kacau pun mereka dan hanya buat hal sendiri. Locker dia kena pecah, stok makanannya habis dikebas, duit kena pau kena pukul lagi, koleksi komik Dragon Ballnya dicuri, sticker kad Dragon Ballnya dicabut dan ditampal kat pintu tandas dan paling teruk dia pernah kena kunci dalam locker sampai menangis2.


Kadang2 sampai sekarang aku tak faham, apa masalahnya minat dengan Dragon Ball sampai kena buli teruk macam tu? Apa yang budak lain jaki sangat? Dia minat Dragon Ball ke, minat apa ke, tak mengganggu dan menyusahkan orang lain pun. Mungkin juga diorang dengki kerana sebelum ini sepanjang diorang kat sekolah rendah tak pernah jumpa orang yang otaku macam tu.

Akibat terlalu teruk dibuli dan kerana tidak tahan, setelah hampir 2 bulan sesi persekolahan, akhirnya Faizal berhenti bersekolah di sekolah berasrama penuh itu dan pulang ke rumah dan bersekolah menengah biasa. Dan disebabkan zaman itu tiada telefon bimbit, tiada Internet, plus SBP memang sucks, maka aku dan Faizal pun terus terputus hubungan dan tidak tahu lagi perkembangan pasal dia selepas itu.

. . . . . . . . . . 

20 tahun selepas itu, aku terbaca sebuah artikel di Internet. Dekat artikel tu ada gambar seorang lelaki yang aku macam agak kenal. Bila aku tengok nama dia, ya, dia adalah budak otaku Dragon Ball yang pada suatu ketika pernah kena buli dengan teruk, dan sekarang... dia sudah jadi jutawan hartanah, terbut buku, bagi ceramah sana sini.


Aku tak tahu sama ada dia masih ingat aku atau ingat lagi peristiwa hitam dalam hidup dia tu, tapi apa2 pun, I'm feel happy for him. Bagi aku kalau budak2 yang pernah buli dia dulu tahu kejayaan dia sekarang, memang ini adalah tamparan paling hebat buat diorang yang rata2 cuma kerja makan gaji dengan syarikat swasta dan gomen sahaja. Dan andai kata dia tidak berhenti dan terus bersekolah kat sekolah SBP aku tu, mungkin dia takkan jadi outstanding macam sekarang dan end up jadi just an ordinary salaryman macam kebanyakan schoolmate aku.

So kepada budak2 sekolah yang baru nak up kote masih berkulup, sebelum rasa tinggi diri dah bagus sangat sampai nak buli orang lain, think again, sikit haribulan you'll end up working for him.





tags: jangan buli budak nerd lurus skema geek otaku nerds today bosses tomorrow don't bully video psa kisah peristiwa jadi cara menjadi jutawan hartanah 

24 ulasan:

  1. tringin nk tau sapekah gerangannya Faizal ini.

    BalasPadam
  2. aku antara pembuli zaman sekolah dulu...now im end up with nothing...budak2 yg pernah aku buli skg dah sombong x mau layan aku...ahahaha...pengajaran dan pembalasan untuk aku....

    BalasPadam
  3. Kisahku terbalik..si pembuli menjadi orang ternama.. si kene buli jadi hampeh..

    Berkat Ilahi dgn membuli..

    Pengajaran: Ajarlah anak2 jadi pembuli, semoga trus berjaya dan berjaya berganda2 dalam hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol kita sama lah haha, so pengajaran buli or tak kena buli akhirnya apa yg ko nak jadi itu je, kalau nak jadi hampeh jadi la ko hampeh contoh mcm aku haha, kalau x nak jadi hampeh dan berjaya jadilah Faizal (bukan nama sebenar)

      Padam
    2. haha..sama la. kaki buli kat sekolah dulu siap jadi atlet sekolah, masuk Universiti jadi atlet wakil universiti. keluar U,keje jadi pegawai sukan. lepas tu buka bisnes kedai use car dan kedai pakaian dan alatan sukan.hahaha..padahal sampai sekarang perangai tak berubah. dulu mase skolah curi duit org, ejek budak lain guna nama bapak sampai budak tu jadi tak bersosial.Lepas abis skolah gi cyber cafe guna duit dia pow org. Start masuk U sampai dah keje dok main pmpn..tapi tetap bertambah kaya. walaupun dia salah sorang member lepak, aku tak join wat aktiviti macam dia buat..sebab aku tau haram.

      Padam
    3. Itu istidraj bro.. Istidraj.. Allah bagi kesenangan pd dia di dunia.. Padahal Allah tak redha akan perbuatannya itu..

      Padam
    4. aik mcm tu lak ad istidraj? mcm tu ak doa kan dia cepat2 menyesal la apa kesalahan dia kat aku lepas T_T

      Padam
    5. Sedih la Seriously.. nasib kita mmg sama hampeh.. kekadang saya pun x paham aturan hidup sendiri.. orang macam suwey berjaya berganda2.. ada org pandang dia istidraj..ada org pandang tuhan sukakan dia.. ada kawan kepada kawan rakan sekerja saya tu.. dulu kat sekolah.. memang mangsa buli mcm noob mentionkan si Faizal tu... tapi skrg jadi Ketua Menteri.. (cuba teka siapakah ketua menteri itu..)

      Padam
    6. kisah noob ni hanya terpakai pada kaki2 buli picisan je... anak2 raja & bangsawan umno terkecuali... diorg buli la sapa pun diorg tetap akan jadi kaya bila dh besar nanti... tp kaya dkt dunia je laaa... kat akhirat nanti masih kena nilai mcm org lain juga

      Padam
  4. aku kenal budak yg pembuli sampai kena buang sekolah ......semasa dan lepas sekolah jadi playboy pula... 15 tahun kemudian dah jadi businessman berjaya sampai dpt pangkat dari sultan....

    BalasPadam
  5. siapa ler mangsa buli tu ek.......

    BalasPadam
  6. ..Humm usah megah dengan maksiat + kejayaan korang..Istidraj Tuhan siapa tahu!?

    BalasPadam
  7. pembuli ke,mangsa buli ke..tak menentukan orang tu berjaya pada masa depan ke tak. bezanya halal haram je rezeki. dunia brader..dunia..semua benda boleh jadi.

    BalasPadam
  8. Oh Rozana

    Jangan sakiti bangla lagi
    Cukup sudah bisjut & royi di hati
    Tiada sanggup aku begini
    Cukup bisjut & royi ku bawa sendiri
    Jika memang jalanku begini
    Kan ku arungi seorang diri

    Oh Rozana

    Biarlah ku beli semua bisjut & royi
    Tanpa tau jawapan selanjutnya
    Aku telah lelah dan mengalah
    Hati semakin sedih
    Semakin hari rasa bisjut & royi di dada

    Oh Rozana

    Tanpa tau mengapa terus diminati jejaka bangla
    Ribuan warga bangla telah membeli bisjut & royi
    Bisjut & royi kian menghujam
    Tak sanggup aku menimbang bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  9. Berapa banyak kawan aku yg teruk masa sekolah dulu tp sekarang dah berjaya dan bekerjaya...
    Aku rasa, dibuli atau membuli, apa yg penting kekuatan mental dan keinginan mahu berjaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jugak mangsa buli berubah jadi perangai tak elok bila besar.Jadi sombong giler dan berlagak. Dia terbawa-bawa perasaan nak balas dendam. bila dia dah berjaya..dengan semua org dia sombong. Si pembuli pulak dah insaf,jadi baik..bila jumpa yg org yang dia pernah buli dulu,dia mintak maaf dan cakap dan rase menyesal. Tapi yang dibuli ni pulak boleh ckp "dulu ko kutuk aku,buli aku,pukul2..sekarang..baru kau tau.Aku dah jadi kaya macam ni,mula la kawan2 nak datang mengampu". At the end, dalam kes mcm ni, better jadi si pembuli yang dah berubah jadi baik..kerana dia insaf atas kesilapan dia dulu..lagipun masa tu dia budak lagi..belum matang. Yang kesiannya ialah mangsa buli..berubah jadi berkali ganda lagi teruk dari si pembuli dia dulu..penuh dengan angkuh, kawan2 yang tak buli dia dulu pun kena kutuk gak. Dalam isu mangsa buli dan pembuli ni..takde satu corak yang selari. semuanya boleh berubah sebab kita ni manusia yang ada akal dan hati. what is bad, will not always be bad and what is good, will not always be good. Kau boleh jadi sejahat mana yang kau mahu atau kau boleh jadi sebaik mana yang kau mahu. tidak ada siapa2 boleh buat keputusan tu melainkan kita. Better bad at the beginning and good at last daripada good at the beginning but bad at last.

      Padam
    2. jadi kesimpulan dr citer ko anon, tu sebb budak2 sekang perangai teruk gila sebb diorang kebanyakan assume akhirnya akan jadi baik bila dikatakan rasanya dh smpi masa?

      dan nmpknya ramai beranggapan mcm tu....

      dan orang lupa orang yg mula2 baik dia juga perlu diajar "dalam keadaan dia baik pun xkan menjamin dia akan baik selama2nya" sehingga nafas terakhir.... hmm?

      Padam
  10. Tapi lain pulak kisah dlm hidup gua. Budak2 kg gua yg kaki buli & selalu ponteng kelas time gua sekolah dlu end up with nothing now... Dah tua pun keja kais pg mkn tgh m

    So bila gua balik kg ... Duk lepak dgn member2 dlu2. Diorang ckp menyesal pula dok ponteng sekolah .. Skrg nak idup keja cari mkn pun susah. Mujur lah ada BR1M.

    Mari lah kita beterima kasih kpd najib ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh..midnight ni keje jadi burung hantu mcm saya jugak ker? Apa nak buat, dah nasib saya jadi macai kat offshore gini..

      Saya kecik2 dulu mmg mangsa buli.. tak kira di sekolah bersama senior, di rumah mahupun di kampung.. malah di uni pun, kene buli dgn kengkawan jugak.. biasalah budak kampung..ayah ibu penoreh getah.. mana ada kelas masuk uni... jadi pendek kata mmg hampeh la saya ni..

      Namun jika ikut kisah midnight, bila saya balik kampung.. mmg sedih terkenang rakan2 sebaya kampung yg membuli saya dulu.. hidup mereka bukan sekadar mengharapkan BRIM.. malah hinggakan tahap menyembah BRIM gitu.. saya tak menganggap ini balasan tuhan.. mungkin saya juga dalam istidraj..malleh saya nak perasan bagus.. sbb saya mmg jenis HAMPEH BELAKER..

      Padam
  11. LOL. Tkejut tgk feature komen guna facebook tu. Hahaha... xnak xnak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.