Halaman

Isnin, 19 Mei 2014

Hero kami yang memberi cahaya

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB. Selanjutnya di Berita Harian.






Ya, itulah yang dimaklumkan oleh HERO yang memberi cahaya kebanggaan kita semua kenapa tarif elektrik dinaikkan pada awal tahun ini seperti yang aku pernah tulis di sini dulu. Kenaikan tarif elektrik adalah demi melindungi syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada mengalami kerugian, walaupun setiap tahun diumumkan keuntungan mereka meningkat.

Sumber

Setiap tahun pun untung berbillion2, masih lagi nak naikkan tarif bagi mengelakkan kerugian? Yang rugi dah bertahun2 tu syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS), bukan TNB. Kalau ada syarikat yang perlu diselamatkan kerajaan, itu adalah syarikat MAS, walau hero kita maklumkan yang sudah terlewat untuk menyelamatkan MAS.

Percayalah, kalau tarif elektrik tak naik pun, TNB takkan rugi dan masih untung berbillion2, cuma mungkin keuntungan menurun sikit je dari tahun sebelumnya. Sebab2nya, monopoli. TNB adalah satu2nya syarikat pembekal kuasa elektrik yang ada kat semenanjung Malaysia. Suka atau tidak, kau kena guna elektrik yang dibekalkan oleh TNB. Takde syarikat pembekal elektrik lain yang kau boleh langgan untuk membekalkan elektrik kat rumah kau. Kau ada pilihan lain? Tiada.

Kehadiran PM memberi cahaya, cahaya apa? Selama ini syarikat TNB memang dalam kegelapan ke? Untunglah 34,900 kakitangan TNB, gaji dan bonus mesti meningkat lagi

Terima kasih hero kami kerana memahami masalah rakyat... dan TNB. .




tags: pm dato seri najib razak melawat lawatan rasmi majlis tnb tenaga nasional berhad selamat datang hero kami cium jilat kehadiran pm memberi cahaya menerangi kegelapan malam untung meningkat kerajaan terlewat selamatkan mas mh370 rugi memahami masalah rakyat ptuihh

27 ulasan:

  1. First!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah hero 1Malaysia! Wajib adakan tugu Najib depan bangunan TNB tu..

      Padam
  2. Alhamdullilah. setelah aku follow blog ini selama hampir dua tahun, akhirnya dapat juga menjadi first commentor. Aku tujukan 'kemenangan' ini kepada ibu bapa, kawan-kawan, pembaca blog ini dan of course tidak lupa kepada teman wanita saya Dyana Sofya yang bakal bertanding Parlimen Teluk Intan. semoga beliau beroleh kemenangan. terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  3. Satu je aku nak tanya. Kalau xnak TNB sebagai pembekal tunggal. Berani ke bayar bill tiap2 bulan lebih mahal dr bill telefon anda. Bill telefon+data+call = Rm130 sebulan. Bill letrik pn dalam range tu. Padahal kos operasi(bahan mentah+tenaga kerja+spare part) jauh lebih tinggi dari syarikat telco. So secara kasar klu di pecahkan monopoli, ada berani bayar min Rm200 sebulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertama kali aku dengar monopoli menjadikan harga smkn rendah. kebangangan apakah ini? dkt luar negara ada 2 3 sykt pembekal elektrik berlumba2 rendahkan harga agar org guna perkhidmatan diorg, ini pulak sykt pembekal tunggal? tgk je la astro sbb monopoli punyala mahal nak mampos. gila ini worang

      Padam
    2. Name Amru tp komen mcm org bangang. Wei Amru celaka ckp bkn main senang. Mn bukti ko yg bahan mentah+tenaga kerja+spare part lebih tinggi? Kalau kos operasi lebih tinggi bukan ke patut TNB catat kerugian? Ckp mcm macai takde otak. Bodoh punya org.

      Padam
    3. Nampak sangat kecut telor, komen tanpa nama. TNB ada 3 bahagian utama, Gen, Trans & Dist. Di mana yg membuat duit hanya di bahagian Gen dan Dist (kwsn bandar). Klu keuntungan dan kos TNB di kira secara keseluruhan bukan di bahagi mengukit setiap unit. Jika monopoli di pecahkan. Setiap Gent, Trans dan Dis masing akan membuka buku kria masing2. So sebelum sampai kpd customer ada 3 bahagian yg akan cari untung berbanding skrg satu entiti. Soo sebelum cakap kaji dlu bangang, pengecut.

      Padam
    4. Bodo nampak sangat xbaca, aku cakap kos operasi TNB lg tinggi dari TM or syarikat telco lain. So mampu ke nak bayar bill bulan2 lebih mahal dari stremix tu or celcom (laki+bini)?

      Padam
  4. Sy ada kawan kerja TNB, bonus xde la gempak mana pun..paling byk 3 bulan je utk exac biase. X tau nak ckp pasal poster najib 2..tp agak2 la nak memuji melambung, kang jadi tahap memuja pulak mcm kes syiah plak.

    Bg sy, sebelum attack TNB, baik attach Petronas....kata terpaksa naik harga minyak sbb xnak muflis la, etc....tp untung petronas saje dekat 60 BILLION!!..untung TNB je baru 4 bilion ++, tp minyak yg paling byk effect kat kos sara hidup kita seharian.

    Tp kalau nak kurgkn harga minyak, nak kurg smpi tahap mana? Xkan smpi xde untung langsung...tp apa sy nmpk kos naik minyak n elektrik bukan untung staff berkenaan, tetapi kroni2 atau pemimpin2 yg terlibat secara tidak langsung utk dptkn keuntungan atas angin atau dah habis bajet lepas PRU13 lepas. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam..60 billion tu bukan untung Petronas..itu cukai gomen yg Petronas bayar.. jika cukai dah 60 billion 5%...lu kene darab la 20..Bermakna untung Petronas kira2 1.2trillion bersih..Katalah cikai2 untung 800billion spt yg diberitakan Raja Kamarul Bahrin..MP dari Terengganu..takder siapa pun audit duit Petronas..sbb tu duit Petronas untung tahunan rata2 700b-1.2t..entah kemana..takder siapa berani audit..kayalah Tun gitu2..

      Padam
  5. arghhh!! tak guna mempersoalkan semua benda ni. Naik tetap naik. kebenaran tetap akan menjadi pudar dan hilang lama-kelamaan. Minyak naik, semua benda naik..pengguna tanggung. Elektrik pulak naik. semua benda nak lagi harga lepasni. Untung berbilion..tapi cakap rugi. tarif elektrik naik..nak selamatkan pekerja TNB. Tapi pekerja seronok sakan.. muka menggambarkan "yeayyy, bonus ag besar la nanti, gaji pun pasti naik". Tak kira la kau melalak macam mana pun, suara kecil macam ni tak akan didengari. orang atas nak buat apa pun,kau terima saja.
    Aku dah lali dengan hal-hal cmni. Kos nak tanggung keluarga makin naik. Nak gi demo, bukan org layan pun, siap nanti muka masuk paper pastu cakap tak bertamadun dan serang penguatkuasa. The hell la..aku rase macam setengah pihak je yang nasib asyik dibela. ade sape2 yang di pihak aku tak? yang alami nasib yang sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sngt memahami ape yg ko tulis ni...

      takpe, janji jgn putus asa dgn Allah..

      Padam
  6. Geli tgk gmbr cium pipi najib kt poster tu. uuuuuuwekkkkkkk....

    BalasPadam
  7. Aku staf tnb, dan aku pembaca setia buasir otak.. Dan aku sokong tarif naik jika itu yang membuat pendapatan aku meningkat, supaya aku ada duit untuk melayari internet dan membaca artikel di buasir otak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni mesti mamat yg cium gambar najbi tu kan kah kah kah... macai sungguh!

      Padam
    2. Hahaha tu bukan aku la.. Tu nenek ngko.

      Padam
  8. hi pembaca BO sekalian :-)

    entri kat buasir otak selalu buat hati ini tergeli..
    terima kasih abang buasir :-)

    btw, hero kami?kahkahkah..
    tak cukup dengan komik najib masa PRU dulu..

    BalasPadam
  9. Tarif naik sbb nak cover bayar pada IPP. IPP jual mahal kot. kekeke.. (google la IPP tu)<- aku rasalah.. aku juga rasa, satu hari nanti agaknya, siapa nak elektrik, jadi mcm topup, sila isi duit pada DB untuk reload elektrik.. huhu..
    lagi satu, silalah pasang potovaltic jika ingin jana elektrik utk rumah sendiri. selain boleh cover bil letrik bulanan, boleh juga jual kpd tnb. Tapi, kos memasang sahaja cecah puluh ribu.

    BalasPadam
  10. Saya dulu teringin nak jadi superhero. Cita-cita saya pun nak jadi PM. Adakah ini dejavu? Hahaha

    BalasPadam
  11. Mana awek gua aila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Di kala kepikiran tentang bisjut & royi
      Yang tidak tahu entah di mana
      Sering hati ini teriak dengan teriakan bangla
      Mencari menunggu kedatangan jejaka bangla
      Sampai kamu menangis tanpa bisjut & royi
      Sampai bangla pun teriak tanpa seketul bisjut

      Oh Rozana

      Bangla merasakan bisjut & royi
      Sangat letih menunggu warga bangla yang di nanti
      Sangat berat melepaskan bisjut & royi ini
      Terlanjur masuk dalam hati
      Sampai kepikiran juga
      Apakah mungkin bila nanti bisjut & royi itu dijual
      ia akan mendapat sambutan jejaka bangla?

      Oh Rozana

      Apakah itu bisjut & royi?
      Ataukah ia hanya perkataan semata-mata?
      Tapi hatiku tegar membeli bisjut & royi
      Walau akhirnya ianya basi juga

      Nak bisjut?

      Padam
  12. Bila guna perkataan HERO tu, terus aku label mengampu tahap gaban...
    Hahaha, kelakar laa TNB...

    Dapatkan buku KAMI! di sini

    BalasPadam
  13. jgn takut... BRIM kan ad.....

    BalasPadam
  14. Nasib baik aku bypass meter letrik, guna banyak maner pun tetap 31 hinggit jer sebulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit hari lg ko akn kne kejutan elektrik..

      Padam
  15. Lawak betul la.Boleh cakap TNB rugi? Nak buat lawak Jibby oi bagi la alasan bernas sikit.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.