Ibadah puasa berbeza dengan ibadah wajib yang lain seperti solat dan haji. Solat dan haji adalah ibadah yang rukunnya bersandarkan kepada perbuatan dan kelakuan yang khusus, seperti dalam ibadah solat ada perbuatan mengangkat takbir, membaca surah Al-Fatihah, rukuk, sujud, tahiyat dan lain2 yang setiap satunya mempunyai bacaan2 yang tertentu. Ibadah haji pula rukunnya seperti wuquf, tawaf, saie dan sebagainya. Sekiranya salah satu perbuatan yang wajib bagi ibadah tersebut tidak dilakukan, maka ibadah itu tidak akan sah dan terbatal.
Manakala ibadah puasa pula adalah ibadah yang tidak bersandarkan kepada perbuatan dan kelakuan yang khusus. Perkara wajib dalam ibadah puasa adalah berniat untuk puasa, kemudian anda hanya perlu menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari mula terbit fajar hingga terbenam matahari, itu sahaja. Perkara yang perlu kita menahan diri adalah makan minum, berjimak, muntah serta mengeluarkan mani dengan sengaja dan lain2 perkara yang membatalkan puasa.
So kalau nak diikutkan, ibadah puasa ni sebenarnya lebih senang dan mudah dari ibadah2 yang memerlukan kita melakukan perbuatan dan kelakuan yang khusus serta tidak memerlukan kita membaca bacaan2 tertentu. Nak puasa ni tak perlukan untuk kita belajar pun macam mana nak puasa. Cuma niat, dan tahan diri sampai la waktu berbuka, itu je. Malangnya masih ramai orang Islam yang dah wajib berpuasa tapi masih tak sedar2 diri tak nak puasa.
Susah sangat ke untuk berlapar di siang hari? Di Somalia tu berlambak2 orang yang berhari2 tak makan. Kita ni tak boleh makan waktu siang je pun, tapi bila time berbuka boleh lagi nak melantak ayam percik, bubur lambok, murtabak ayam, nasi kerabu, rojak Singapore, air kathira dan macam2 lagi juadah sampai tak ingat dunia.
Di samping itu juga, pada bulan Ramadhan inilah kita kena melipatkali gandakan amalan dan ibadah kita, kerana ganjarannya adalah berlipat kali ganda berbanding bulan2 yang lain. Namun kalau dalam diri tu dah memang berat dan susah nak tambah pahala, sekurang2nya janganlah tambah dosa.
Sewaktu bulan puasa ni jugalah lah, kita akan nampak aktiviti2 maksiat berkurangan dan ramai orang perempuan yang tak pakai tudung tiba2 pakai tudung atau berselendang, pakaian menjadi lebih sopan tak pakai seksi2, tapi lepas je habis bulan puasa, mereka kembali ke asal, aktiviti maksiat berjalan seperti biasa, rambut, peha, betis, parut BCG, cleavage kembali dipertontonkan kepada khalayak. Benda yang haram bukan hanya haram di bulan puasa, ia tetap haram pada sepanjang tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat.
Dan seperti tahun2 sebelumnya, aku masih dapat orang kongsikan hadis2 palsu pasal puasa seperti doa malaikat Jibril dan fadhilat solat tarawih bagi setiap malam di media2 sosial dan Whatsapp. Come on la, takkanlah malaikat Jibril kejam sangat nak berdoa agar Tuhan abaikan puasa umat Muhammad hanya kerana mereka tak bermaaf2an dulu? Rukun puasa tu hanya niat dan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, itu sahaja.
Kenapa nak kena tokok tambah dan menyusahkan orang dengan kena bermaaf2an dulu? Memang saling memohon maaf antara manusia tu bagus, tapi bila dah diletakkan seolah2 ianya ibadah yang wajib dilakukan menjelang bulan Ramadhan, malah sekiranya tak dibuat maka Allah akan abaikan puasa mereka, tak ke ia suatu pendustaan terhadap ibadah puasa? Aku ingat orang2 kita dah semakin cerdik dan buka mata pasal benda2 ni, namun masih ramai lagi yang belum sedar. Aku harap kita semua dapat menegur dan saling mengingati rakan2 kita pasal perkara2 macam ini.
Juga sempena bulan puasa ini, aku akan cuba menulis perkara2 yang berilmiah dan ilmu yang diharapnya dapat memberi sedikit manfaat buat kita semua. Dan aku akan cuba untuk berfikiran LEBIH POSITIF terhadap apa jua isu2 semasa pada bulan Ramadhan ini.
Akhir kata, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, kami ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog Buasir Otak yang beragama Islam.
tags: ibadah ibadat puasa di bulan ramadhan ramadan al mubarak fast fasting diet kurma yusoof taiyoob doa malaikat jibril minta mohon maaf ampun fadhilat solat tarawih positif
Selamat berpuasa en noob & crew b.o. puasa bkn sekadar tahan lapar je. Tahan juga pkara yg menkuruskan pahala puasa. Yg paling penting dh puasa tu solat kna la ckup. Puasa tapi xsolat mmg lanjioou. Btw marilah kita merenung hadis nabi ada menyebut Ramai dari umat ku yg berpuasa tapi mereka tidak dpt apa2 pun selain lapar dan dahaga.. Semoga kita xtermasuk dari golongan ini.
BalasPadamBg pempuan lahanut yg pakai dedah ketat dkt bazar ramadan tu. Henti2 kan. Org laki nk bli mkn pun susah. Xpasal pahala puasa yg tinggal seringgit dh jd 10sen.
selamat berpuasa kepada barisan penulis blog dan para pembaca buasirotak...semoga ibadah kita diterima...moga2 ramadhan bulan ini mampu mengubah kita lebih dekat pada kebaikan...aminn...
PadamJom ping artikel baru di sini : https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
BalasPadamAku pun still dapat hadis tu, mula2 memang igt nk forward2 je, tp ak curiga skit sbb xde dinyatakan mana asal usul hadis, bila aku google je, BAM!!!! Kantoi.hahaha.siyes doe,kadang2 aku heran dengan orang yang sebar2 benda macam tu tanpa usul periksa dlu..
BalasPadamselamat berpuasa, semoga Ramadhan kali ni lebih memberi keberkatan utk kita semua..
BalasPadamSlmt berpuasa semua warga2 BO. Tingkatkan amalan dibulan mulia ni. Hehe.ni ramadhan terakhir sebagai lelaki bujang.
BalasPadam5 RUKUN ISLAM
BalasPadam1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
salam ramadhan semua:-)
BalasPadamselamat menyambut ramadhan kepada semua esp PON :)
BalasPadamp/s PON jom berbuka sama2
Bulan puasa selain menahan lapar n dahaga spt org miskin n anak yatim...sepatutnya melahirkan sikap yg lebih baik dr sebelumnnya. Tp jika just lakukan kebaikan hanya pada bulan puasa, tp selepas itu berubah spt yg asal, maka segala amal ibadat yg kita buat pd bulan puasa hanya sia2 shj kerana tiada keikhlasan dalam membuat amal kebajikan. Even kita tau yg bulan puasa ialah bulan bonus utk amal ibadat, tetapi sepatutnya kita berubah menjadi lebih baik.
BalasPadamApa sy katakan td bukan sahaja utk anda semua, tp termasuk diri sendiri yg still byk kelemahan.
5 RUKUN ISLAM
BalasPadam1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.