Halaman

Ahad, 22 Jun 2014

Kami Menyiarkan Hanya Yang Terbaik Kepada Anda

Demi bahan cerita terbaik, wartawan dan jurukamera sanggup berbuat apa saja termasuklah hilang sifat keperimanusiaan untuk 30 saat. Janji dapat bahan berita terbaik yang mana dapat buat penonton or pembaca or sesiapa saja manusia yang mempunyai perasaan belas ehsan berasa sedih dan hiba setelah membaca or melihat gambar tersebut.


Benda nih buat aku cukup geram mengatasi perasaan kesian setelah melihat seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) diselamatkan oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) apabila jurukamera boleh meminta Pegawai Penguatkuasa Imigresen untuk jangan mengangkat mangsa dan membiarkan mangsa mengengsot keluar dari bilik untuk mendapatkan view yang teramat indah bagi dirinya. Siap tolong clearkan jalan keluar special untuk mangsa mengengsot. Korang leh tengok di youtube kat bawah ni.


Pehal ngan korang ni? Janji dapat bahan cerita dengan view terbaik adalah kepuasan korang ke? Tak bolehkah terus ambil dan merakam walaupun mangsa diangkat or didukung or diusung? Nak jugak tengok budak tu mengengsot keluar sebab bersungguh-sungguh nak nampakkan situasi sungguh hiba dengan keadaan mangsa. Tau lah korang dapat payment tinggi dengan bahan macam tu tapi gunakanlah akal manusia sama. Sudahlah time kemalangan yang mana korang kebetulan berada disitu, korang pergi membuat rakaman or mengambil gambar terlebih dahulu walaupun tak kesemua wartawan sebegitu. Bukannya nak pergi beri bantuan ikut kemampuan diri.




Apa pun aku tetap sedih lihat masih ada orang kita dalam masalah sebegini. Adakah salah ADUN Nilai dari parti DAP yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat kerana tak pergi rumah ke rumah untuk melawat setelah menang PRU yang lepas? Atau salah kerajaan Negeri dan Pusat kerana tidak pergi mencari orang yang dalam kesusahan? Atau salah Ibu mangsa yang tidak mendapatkan bantuan sehingga terpaksa kurung anaknya sehingga kurus kering sebegitu rupa? Lagi pun aku tak pelik kalo ADUN dah tak jejak kaki kat situ sebab kawasan flat tu umpama setinggan yang terancang. Lubuk pendatang asing dan tak pelik kalau ramai PATI ada kat situ.  

Bab salah si ibu tu aku malas nak sentuh. Tu adalah tanggungjawab dan menunjukkan sifat semula jadi seseorang manusia. Kalau betul sayang anak, tak akan jadi macam tu la si anak. Aku pernah jumpa mangsa pelarian dengan anak yang mengalami masalah lebih teruk tapi terjaga rapi oleh si ibu walaupun si ibu kurus dan tidak sihat pada masa tu.

Jangan terkejut jika korang terdengar “Wehhh, jerit kesakitan kuat sikit dalam kereta tu, tahan jap sakit putus kaki tu, nak rakam dan jual kat TV sebab bila view cantik payment pun cantik”

14 ulasan:

  1. ye ke... yg aku dengar budak tu mintak sendiri untuk mengesot keluar pasal happy sangat akhirnya dpt keluar dari bilik tu..... entahla aku takde kat situ...................

    BalasPadam
  2. kita telah berada pada zaman org ramai hanya berkerumun tgk org yg dalam kesusahan. bukan nak menolong tp mengambil kesempatan; curi barang mangsa atau ambil gambar post di laman media sosial utk dapat banyak like/ share/ retweet/ etc.

    sukar utk mencari org2 yg benar2 prihatin dan membantu org yg kesusahan tanpa mahu apa2 balasan.

    BalasPadam
  3. ini penjelasan mak dia - http://www.hmetro.com.my/articles/2014062206482520140622064825/MA/Article?BeritaUtama

    ini facebook mak dia imashima lola - https://www.facebook.com/imashima.lola?fref=ts

    memang perbuatan mak dia sangat tidak wajar, tapi kita tak tak berada di tempat mak dia. aku kenal ramai ibu bapa yang dianugerahkan anak oku, malangnya tidak semua tabah dan dapat menerima takdir mereka. ada yang tak dapat menerima akan kecacatan anak mereka, ada yang bapa tinggalkan ibunya menyebabkan ibunya terpaksa jaga anaknya seorang diri tanpa bantuan daripada suami dan keluarga2 yang lain. masyarakat juga bukannya begitu kisah dan peka kalau anak orang lain oku, last2 ibunya yang menanggung seorang diri.

    dalam kes ini, mungkin ibunya sudah sangat tertekan dan tidak sanggup nak jaga anaknya, tambah pula bapa kandungnya hilang entah ke mana lari dari tanggungjawab. sepatutnya dalam kes macam ni, kalau ibu bapa kepada anak oku yang dah tak sanggup nak jaga anak mereka, serahkan sajalah kepada jabatan kebajikan. daripada terus menyeksa anak, biarlah orang lain dan jabatan kebajikan yang menjaganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bagi aku la kan. still tak logik apabila dia cakap dia menjaga anak dia. kalau dia jaga tak kan la sampai baju si anak tu dah jadi roti kirai. Bab taik kat kepala n bdn tu biasa je tuk OKU macam tu. Nak anak OKU tu berdikari? Anak dengan keadaan macam tu nak suruh berdikari? WTF??? Naper tak suruh je anak tu masak nasi dan lauk? Alasan yang tidak munasabah dan sukar tuk aku menelannya.

      Dan bila dia cakap tak tau macam mana nak daftar or mendapatkan bantuan untuk anak dia lagi tak logik. Dia kerja di KLIA. Kat situ macam-macam badan kerajaan ada. Boleh pergi tanya. Sekejap je bantuan leh sampai. Situ baper ramai orang besar ada. So bagi pandangan aku lah, dia tak cerita pada sapa pun masalah dia di tempat kerja. Kalo ada cerita mesti ada rakan kerja bagi idea tuk dia dapatkan bantuan.

      Tiada masa tuk melayan anak dia lak. Kalo betul FB yg PON bagi tu dan bersangka baik yang gambar tu diambik ketika mempunyai pengasuh anak OKU dia. Tapi kalau selain dari sangkaan baik aku, macam mana dia ada masa gi dinner aper semua tapi untuk uruskan si anak, tiada masa?

      Apa pun bagi aku. Kalo benar dia menjaga anak dia, anak dia tak akan jadi rangka hidup macam tu. Alasan yang diberi juga tidak munasabah.

      Padam
    2. Black berry..aku setuju. Alasan apa pun takleh diterima. Sebab dress up mak dia tak nampak susah payah gila nak cari makan. Tak nak or tak sanggup bukan alasan laaaaaa! kalau fail SPM alasan sebab tak sanggup belajar boleh terima? Alasan tak tahu prosedur gak tak boleh diterima.

      Padam
    3. Jangan salahkan mak dia semata2 weh, blame bapak dia skali... si bapak tu awal2 lg dah lari sbb tak sanggup nak jaga anak dia sendiri, lg la WTF, kan? Selalu berita yg menyedihkan mcm ni mmg si suami tu dh awal2 lg blah lari cuci tangan, tinggal la si ibu tu yg tanggung sgala, dan bila dia gagal utk pikul tanggungjwb dia sorng2 tu, maka mencemuh la org ramai yg baru tau psl kes dia ni slps keluar news kat tv... termasuk si bapak tu skali, turut mencemuh ex-bininya jauh dari suatu sudut dunia yg lain kerana tidak mnjaga ank mereka dgn baik... oh dunia...

      Padam
    4. maksud aku memang perbuatan mak dia sangat tidak wajar, tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah sekarang ini pun ada ibu bapa yang sebenarnya sudah tidak sayang pun pada anak mereka terutama anak mereka yang oku. tengok kes ini, sebab apa dia sanggup biar anaknya terkurung dan dibiarkan dengan keadaan yang sangat tragis? kalau ibu dia sayang adakah dia sanggup buat macam tu kat anak dia? ini menunjukkan yang dia sudah tidak sayang pun dengan anaknya tu. mungkin dia malu dengan masyarakat sebab ada anak oku, atau tertekan kerana terpaksa jaga dia sorang diri tanpa bantuan suami dan keluarga lantas menjadikan hilang rasa sayang malah rasa benci kepada anak sendiri. kes macam ni memang banyak berlaku dah cuma yang ni je setakat ni paling teruk mungkin. ada banyak je mak bapak yang ada anak oku yang hantar anak mereka ke jabatan kebajikan kerana tak sanggup nak jaga. sebab tu aku cakap, kalau mana2 mak bapak yang dah langsung tak sayang anak mereka, better hantar jelah ke jabatan kebajikan daripada terus menyeksa mereka macam anjing.

      Padam
    5. bukankah bapanya dah meninggal??

      Padam
    6. tanpa nama 9:43, bapanya baru meninggal 2 tahun yg lepas je, adik firdaus sekarang berusia 15 tahun, do the math..

      Padam
  4. blogwalking kat sini, jom baca artikel baru!

    10 Artis Malaysia Dengan Keputusan SPM Cemerlang
    http://syokbah.com/10-artis-malaysia-dengan-keputusan/

    Laporan Kapt. Zaharie Suspek Utama TAK BERASAS - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/laporan-kapt-zaharie-suspek-utama-tak.html

    Kanak-Kanak Diculik Van Putih Untuk Organ Berita PALSU - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/kanak-kanak-diculik-van-putih-untuk.html

    ‘Imashima Lola’ – Inikah Akaun Facebook Ibu Remaja OKU Terabai? - Blog 3 Dalam 1.html
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/imashima-lola-inikah-akaun-facebook-ibu.html

    BalasPadam
  5. apa2 pun perbuatan mak dia mengabaikan anak oku ni memang x boleh dimaafkan! kalau malu nak jaga serahkan kepada sesiapa yg sudi jaga, bukan dikurung mcm tu! geramnya aku...

    BalasPadam
  6. inhuman...
    satu saja perkataan aku nak tuju untuk mak dia.

    Ramai lagi orang atas dunia ini dikurniakan oleh Allah dengan dugaan anak OKU. Aku cakap 'dikurniakan' sbb betapa indah dan terpilihnya kamu untuk diberi dugaan ini tanpa kamu sedari kelebihannya di akhirat. Jika ramai orang yang mensyukuri atas musibah dan kekurangan yang menimpa...takkan jadi begini.
    Kalau atas nama sayang, dia takkan buat anak begini. Aku mengalir air mata tengok gambar adik firdaus yang sangat comel ketika waktu dia sihat. Mak dia abaikan dia sampai jadi macam ni.Nak muntah aku bila tahu ada orang berperangai begini.
    Jika mak miskin pun, takkan tersimpan niat dalam hati nak tinggalkan anak sedemikan rupa. Biarpun tertekan macam mana sekalipun. Aku tak boleh terima dan jadi emo bila dia cakap mengenai tekanan yang dia hadapi dan kekangan hidup.Bulls*** lah. Aku ada ibu yang tak mampu nak berjalan dan habiskan sisa hidup kat katil sakit lah *@&&!Y(#Y!(#....talk about tertekan dan kekangan hidup.
    Aku nak tanya soalan 1 kat mak dia, "Macam mana tiap2 hari akak suap nasi ke mulut tanpa ingat anak kat rumah bergelumang dan menyuap tahi ke mulutnya? Are you human?"




    hidup dipenuhi ketahian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sgt setuju. Perikemanusiaan perempuan ni dah tak ada langsung kah? Dia kenyang makan minum, badan sihat, tapi langsung tak terfikir pasal anak diakah?? Tak ada iman langsungkah?? HUMANITY IS SAD NOWADAYS.

      bab wartawan dok biar je anak ni mengesot tu pun saya setuju. sampai hati ek? SAD SAD SAD

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.