Halaman

Khamis, 5 Jun 2014

Menghina pemimpin tidak akan mengubah apa2

Sewaktu kemangkatan Sultan Perak minggu lepas, terdapat beberapa individu dalam laman media sosial yang didapati telah menghina institusi beraja dengan mengeluarkan kata2 kesat. Namun ini bukan kali pertama kes institusi beraja dihina di laman sosial, sebelum ini pun dah pernah berlaku dan telah diambil tindakan.







Aku tau memang ramai orang Malaysia yang ada ideologi dan fahaman masing2 mengenai sistem pemerintahan. Ada yang sukakan sistem demokrasi berparlimen raja berpelembagaan macam sistem yang diamalkan di negara kita sekarang, ada yang suka demokrasi sahaja, atau mungkin republik, sosialis, komunisme, monarki penuh, sistem khalifah dan lain2 lagi.

Macam aku, aku paling suka sistem khalifah Islam seperti yang diamalkan selepas kewafatan Nabi dahulu dan tak suka sistem2 yang lain, namun tak suka bukan bermaksud aku benci. Aku tetap hormat kepada mana2 sistem pemerintahan yang telah diamalkan di sesebuah negara. Walaupun aku ada mengkritik sistem dan dasar yang dilakukan kerajaan, tak bermaksud aku benci BN dan DS Najib. Walaupun aku ada mengkritik sikap pemimpin2 PR, tak bermaksud juga aku benci PR. Aku cuma tidak suka kepada mereka.

Suka, tidak suka, atau benci itu adalah hak masing2, hak individu. Kau tak boleh paksa seseorang awek agar sukakan kau, kau juga tak suka kalau orang lain paksa kau sukakan dia. Kalau dalam hati kau memang tak suka BN, orang lain tak boleh marah sebab kau tak suka BN. Kalau dalam hati kau memang benci PR, orang lain tak boleh paksa kau untuk suka kepada PR.

Namun benci kepada sesuatu tak bermaksud kau berhak kutuk, hina, caci dan keji mereka. Kau tak suka kepada Sultan, kau hina mereka. Kau tak suka Najib, kau keji dia. Kau tak suka Anwar, kau fitnah dia. Kau tak suka Nik Aziz, kau super-imposed gambar dia. Walau macam mana pun kau tak suka mereka, tidak perlu bersikap kurang ajar. Mereka juga berhak dihormati seperti mana kau mahu orang hormati kau. Kalau rasa ada benda nak kritik atau tegur pun, tak perlu hina dan gunakan kata2 kesat dan tidak elok.

Apa yang buat kau rasa nak hina sangat Sultan? Kerana mereka ditakdirkan hidup senang dan berharta manakala kau tidak?

Apa yang buat kau rasa nak keji sangat Najib? Kerana korang rasa dia tak menguruskan ekonomi dengan baik?

Apa yang buat kau rasa nak kutuk sangat Anwar? Kerana korang rasa dia meliwat orang lelaki?

Seriously, apa yang kau dapat dengan menghina mereka? Kau tak kenal mereka, mereka pun tak kenal kau. Diorang tak kacau hidup kau, kau pun tak kacau hidup mereka. Kau benci macam mana pun, hidup mesti terus. So biarlah kau dengan kehidupan kau, mereka dengan kehidupan mereka.


Jalan tengah jem, nampak polis suruh ketepi untuk bagi laluan kepada kereta VVIP. Rasa marah? Rasa geram? Rasa sakit hati? Luahkan saja dalam kereta. Elok kereta mereka berlalu, kau masuk line semula dan kehidupan kembali seperti biasa. Tak perlu update rasa marah kau kat Facebook, elok2 kau menjalani kehidupan normal silap2 terus jadi masalah.

Ingatlah, ko marah ke, benci ke, rasa nak maki ke, ia takkan mengubah apa2. Bukannya lepas kau hina mereka, kehidupan kau tiba2 jadi lebih bahagia dan menjadi kaya raya. Mereka akan terus menjalani kehidupan mereka seperti biasa, kau juga akan terus menjalani kehidupan seperti biasa. So daripada kau sibuk2 nak kutuk, hina, caci, maki, fitnah mereka yang mungkin bakal menyusahkan diri kau sendiri, baik kau guna masa yang kau ada dengan mencari ilmu, meningkatkan pendapatan, tambah anak, buat sesuatu yang kau minat dan lain2 yang boleh beri manfaat pada diri kau.




tags: hina keji kutuk caci maki marah geram institusi beraja sultan perak azlan shah mangkat raja muda nazrin tabal vladimiro montesinos yusuf segambut cina youtiup twitter facebook media sosial skmm siasat ambil tindakan

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. 3rdo...tengok ayat usop segambut tu mcm pelik je...mcm indon je...skg ni ramai org pakai fake profile dan menyamar...

      Padam
    2. ada nama, orang indonesia xde masa nk masuk campur hal mcm ni, cuba baca btol2. itu loghat orang perak. kalo orang malaysia mmg tau itu mirip loghat perak.

      Padam
  2. aku rasa raja perak ni xde teruk dia siap jadi ketua peguam negara dan pernah selesaikan beberapa kes menjadi hakim.. kot g la tanya org2 perak yg ambik tahu psl raja perak dia xseteruk mana yg maca1 slow ni.. klu taip main pki leps ikut nafsu...kelak kena balik kat diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes hina sultan perak sbb ada macai PR bengang sultan perak benarkn bagi tukar kerajaan perak masa tahun 2009 x silap..diaorg kata sultan pro BN....fhm2 je la.

      Padam
    2. aku dari dulu xblh nk faham apa yg budak ni tulis. tulis merepek2 ayat tergantung... cuba ckp ko sihat ke xsebenarnya

      Padam
    3. ayam afrika sila buat research mendalam pasal kesultanan perak..kaji dalam2 pastu baru anda tahu kenapa ?...x payah tiap2entry bagi komen tapi x faham cerita.point x de .alih alih macai pr pulak anda salahkan..

      Padam
  3. Spt kita tau. .media sosial ni tmpt luahkn perasaan...n boleh luah perasaan negatif as fake account kalau nak. Kalau semua benda nak emo maka intelektual anda jauh ketinggalan n payah negara nak maju dgn rakyat yg emo x tentu pasal.

    Kalau x puas hati pun, ckp elok2 atau beri komen membina. Mencarut satu dunia depan pc x takut, suruh mencarut benda yg sama depan kawan2...x silap kena penyepak atau kena pulau

    BalasPadam
  4. singgah blogwalking di sini, jemput admin baca artikel baru di blog saya :

    Felixia Yeap Luah Rasa Kecewa Terhadap Segelintir Orang Islam
    http://syokbah.com/felixia-yeap-luah-rasa-kecewa/

    Gambar gadis 22 tahun Dipipit Beramai-Ramai Sampai Muka Terkoyak
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/gambar-gadis-22-tahun-dipipit-beramai.html

    Gadis kilang kesal dikencing duda sepi
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/gadis-kilang-kesal-dikencing-duda-sepi.html

    BalasPadam
  5. Sultan ada ke, tak ada ke..sama je. hidup ko tetap tak akan berubah kalau diri sendiri tak usaha.

    BalasPadam
  6. Best jd anak Sultan n anak org2 politik ni. Minum arak terang2, peluk2 perempuan bkn muhrim yg pki bj x cukup kain, mandi bogel dlm kolam penthouse, enjoy party every weekend.. X sape brani sound. Harussani siap angkat bapak diorang setaraf nabi lg tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorg nak buat apa biarlah... mufti xnak tegur mereka biarlah... biar mereka semua menjawab dgn Tuhan nanti... ingt walau didunia kita berbeza, kita semua sama shj disisi Tuhan

      Padam
    2. aik....ada ke harussani angkat bapak diorang setaraf Nabi?
      nak menipu pun agak agak la barua...
      yang ustaz budak siap kata nik ajih tu Nabi tak nak komen ke?

      Padam
    3. Bughah dari perspektif fuqaha’

      Menurut Imam Taqiyuddin Abi Bakr Muhammad al-Husainiyy, pengarang kitab Kifayatul Akhyar, perkataan 'bughah' dalam istilah syara' adalah merujuk kepada segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada ulil amri (pemerintah), iaitu pemerintah/ kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam. (Kifayatul Akhyar, Jilid 2, ms. 122)

      So Anon 7.08 bughah hanya boleh diguna bilamana pemimpin itu ADIL dlm melaksanakan syariat Islam. Apabila Harussani melabel pemberontak bughah secara tak langsung dia telah angkat para pemimpin setaraf ulil amri. Faham?

      Padam
    4. tanpa nama 7:08. harussini ckp bukan sultan tu Nabi. dia ckp sultan adalah bayangan tuhan

      Padam
  7. Oh Rozana

    Aku merasakan patah hati ini
    seperti bisjut & royi
    yang menimpuk bangla

    Aku merasakan patah hati ini
    seperti bisjut & royi
    yang bertubi-tubi
    dimakan oleh bangla

    Oh Rozana

    Aku merasakan patah hati ini
    seperti bau bisjut & royi
    tetanggaku yang gendut
    membuatkan bangla membeli bisjut

    Oh Rozana

    Tapi kau bukan mahu bisjut
    kau bukan mahu royi
    Dan kau cuma terpikat pada jejaka bangla

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  8. Cikgu aku pernah nasihat,
    "Kalau kita buat salah dengan Allah, kita bertaubat, Allah akan ampunkan kita sebab dia Maha Pengampun. Tapi kalau kita buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia tersebut dan dgn izin Allah, Dia akan ampunkan dosa kita.

    Tapi kalau kita buat salah dgn orang yang dah mati, kita nak minta maaf dengan siapa?"

    Fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
  9. Kurang2 dpt luahkan perasaan dan menghasut orang membenci kerja2 raja dan sultan serta anak beranaknya yg malas bekerja dan makan tidur dpt elaun juta2 dan hidup senang lenang atas kelemahan rakyat.

    Buat akaun fake la cool drpd pakai akaun real. Kerja bodo la pakai real akaun, bersuara vocal sikik, masuk dalam. Ini pun susah nak pikiaq ka.. lagi satu, remain anon ni lebih bebas drpd memegang apa2 tanggungjawab dari salah dan silap cakap. Malaysia ni bukan negara yg matang lagi..apatah lagi sumer kebebasan masik tertakluk dan dikawal kerajaan. Pembocor maklumat ala cadbury pun dicari..nak capai tahap Snowden, mmg anak beranak atuk nenek akan hidup susah.

    Aku rasa noob kadang2 mmg terlalu bersederhana. Tak semua tindakan bersederhana itu betul, adakalanya nampak bodoh dan namun, paling penting selamat drpd dibahan. Ya, bukan senang nak jadi rakyat Mesia ni. Extreme pun salah, sederhana pun salah, berkecuali pun salah malah buat bodo dan buat xtau pun salah.

    Istilah aku, ular susur akar, tetap bisanya x hilang. Masuk kandang kambing kene ngembek. Ada masa kene jadi talam dua muka. Ada masa terpaksa letak konek didahi laksana BO punyer kenyataan diawal2 setiap sebelum memulakan artikel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menghasut orang membenci mereka masih takkan mengubah apa2. Kehidupan mereka masih begitu, kehidupan mereka masih begini.

      Tapi aku tak cakap tak boleh mengkritik atau menegur mereka, cuma tak perlu menghina seperti yang dikeluarkan oleh Yusuf Segambut dengan perkataan bodoh dan fuck. Kau pun tentu tak suka kalau ada orang hina kau dan keluarga kau.

      Padam
    2. Wahai Anon 6 Jun 2014 8:05 PG. Aku pasti ko tak tau byk pasal cara hidup Sultan-Sultan dan kerabatnya. Adakah ko rasakan hidup semata-mata atas elaun yang diberi oleh kerajaan? Main income dieorg bukan dari elaun tapi family and personal business. Bukan macam ahli-ahli politik yang bergantung pada jawatan dan menjadi wakil rakyat untuk buat duit.

      Ko tak selidik yang elaun mereka terima terus disalurkan kepada Yayasan or Tabung yang dibuat dibawah nama mereka bahkan mereka tambah lagi dengan duit poket mereka sendiri sehinggakan berebut-rebut orang politik buat segala bagai untuk menerima peruntukan dari Yayasan tersebut sehinggakan orang yang sepatutnya terima tidak terima bantuan sepatutnya.

      Ko sakit hati ye tgk org relax tapi duit tetap datang. Ko owner company dan ko dah upah CEO segala bagai. So perlukah ko gi keje setiap hari seperti org biasa? Ko owner ok. Enjoy la. Janji business jalan lancar sudah. Tu tak masuk lagi harta keturunan mereka lagi.

      Ko senaraikan negara yang dah matang dan bebas 100%. Kalau Indon ada dalam list ko, maka aku tau mentaliti ko tahap mana. Ko kena paham maksud kebebasan. Dalam Islam pun cakap ko bebas tapi still kena ikut gak Islamic Law. Kalo tu ko kata no hal, so kenapa bab lain ko jadi sebaliknya? Kebebasan ada batasnya. Kebebasan tanpa batasan mendatangkan bencana. Kenapa? Sebab orang macam ko. Kalo tiada orang mcm ko, leh je nak bebas sebebasnya kat muka bumi ni.

      Mengenai bocor maklumat lak, apa ko akan buat kalau staff ko bocorkan maklumat project ko pada pesaing business ko? Apa perasaan ko kalau maklumat family ko disebar merata tempat tanpa mengesahkan dulu statusnya? Itu adalah integriti penjawat awam. Dia masih ada Bos diatasnya sebelum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan. Bila main keluar, hasil dia mcm tu la. Jakim kata lain, KKM kata lain. Then orang mcm ko gak akan kata kementerian tiada kerjasama.

      Tak salah ko nak extreme or sederhana or berkecuali. Tu hak ko tapi tgk jugak apa yg ko nak extreme sgt tu. Apa yang ko nak berkecuali sgt tu. kalo setakat sport. Sapa pun tak kisah. Tapi kalo extreme nak tukar kerajaan or berkecuali untuk memilih agama. Pikir-pikir sendiri la ye.

      Padam
    3. Black Berry.. +100

      Padam
  10. dia orang cuma nak puaskan hati sendiri..tu je..hati dah gelap gulita sangat kot..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.