Halaman

Khamis, 26 Jun 2014

Ramai Melayu sanggup menjadi hamba hiburan

Kecoh apabila peserta yang menghadiri uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, semalam bertelingkah sama sendiri merebut borang dihadkan kepada 500 orang terawal.

Kejadian berlaku apabila borang itu habis dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa peserta yang mahu mencuba nasib menyertai rancangan terbitan stesen Astro Ria itu.
Foto: SEBAHAGIAN daripada 1,000 yang hadir untuk sesi uji bakat AF2014, semalam.
Ketika ditemui Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan pihaknya tidak boleh mengedarkan borang lebih daripada 500 bagi membolehkan sesi uji bakat berjalan lancar dan habis dalam waktu ditetapkan.

“Justeru, saya menasihati peserta yang mahu mencuba nasib agar faham keputusan diambil produksi. Ini kerana sekiranya kami mengeluarkan borang lebih daripada jumlah itu ia mengambil masa panjang. Ia mempengaruhi juri kerana keletihan dan tidak dapat menilai bakat peserta dengan baik. Lagipun uji bakat dilakukan dalam tempoh dua hari di sini,” katanya.

Perebutan berlaku antara peserta yang menghadiri sesi uji bakat terbabit, apabila pihak produksi cuba menyelesaikan masalah mereka yang datang dari jauh seperti Singapura dan Pantai Timur yang sudah sampai ke lokasi uji bakat seawal jam 4 pagi.

Sumber Harian Metro.

1. Ramai betul orang Melayu yang tak sedar diri. Kalau dah tahu suara memang tak sedap, tak payahlah perasan nak cuba nasib pergi uji bakat pertandingan nyanyian. Kalau sekadar pergi audtion untuk buat kelakar dan tahu diri akan direject, jangan buang masa diri sendiri dan orang lain. Do something else yang korang memang ada bakat.

2. Ramai betul orang Melayu yang menjadi hamba hiburan sampai sanggup datang dari jauh, menunggu seawal jam 4 pagi, beratur panjang2, berebut2 borang bagai semata2 nak masuk pertandingan nyanyian. Cuba kalau rancangan2 realiti berbentuk ilmiah, korang datang ujibakat last minit pun mesti diorang masih terima sebab orang yang datang audition ciput sangat.

3. Aku rasa pertandingan Akademi Fantasia dah tak relevan. AF sekarang hanya dilihat sebagai mesin duit bagi Astro sahaja. Berapa kerat saja artis AF yang benar2 berjaya dan bertahan sehingga sekarang. Malah juara daripada musim yang lepas2 pun ramai yang hilang entah ke mana tanpa sebarang berita, pulang ke kampung dan kembali kepada kehidupan asal. Ada yang merasakan AF bakal merubah masa depan anda? Think again.

4. Kalau nak buat program realiti nyanyian lagi, mungkin boleh buat rancangan The Voice versi Malaysia, dengan coachnya mungkin M. Nasir, Siti Nurhaliza, Edry KRU dan Awie. Aku nak tengok apakah diorang akan berebut2 peserta macam siri2 The Voice negara lain sebab artis2 Malaysia ni kadang2 ada ego diorang sendiri dan tak sporting macam artis luar negara.

5. Ramai artis baru tak perlu berebut2 masuk AF pun tapi masih lagi berjaya dan mempunyai ramai peminat. Apa yang mereka perlukan adalah suara yang sedap, bakat bermain gitar, kamera web dan talian Internet. Upload sahaja nyanyian anda di Internet dan kalau nasib baik, anda boleh dapat masuk studio jadi recording artis dan bertanding di Anugerah Juara Lagu. Paling bangang pun, upload je benda2 bodoh macam Bobo Bubu dan Syasya Solero, silap haribulan dapat kontrak jadi artis dengan syarikat penerbitan filem lagi. 




tags:ramai orang melayu sanggup menjadi hamba hiburan akademi fantasia peserta audtion ujibakat rebut borang gaduh tarik rambut af juara the voice nak jadi artis penyanyi

87 ulasan:

  1. setuju yg no.3 tu... x releven dah AF ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak releven, mesti orang tak masuk.. apa la ngko ni..

      Padam
  2. Audition cmni punya ramai pergi..taksub sngt nak jadi artis. Bagus luang masa blaja agama. Cukup ilmu boleh bagi ceramah kat masjid dan surau. Zaman cmni..kita tak perlukan lebih ramai artis. Kita perlukan org yg boleh bimbing org lain. Aku rasa lagi bagua buat audition yg mcm britain atau american got talent. Tonjolkan bakat dan skill yg kita ada. Ni asyik menyanyi je..suara tak sedap mana pun..gosip je lebih

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar agama takat nak bagi ceramah kat surau masjid pun buang masa.. bukan masuk AF je buang masa.. ustaz2 pun dah ramai sekarang ni... buat menghabis duit surau jer.. lawak je lebih.. ilmu tarak.. baik buat benda lain yang jauh lagi berfaedah..

      Padam
    2. belajar x cool, ntuk nerd,tak smpi masa lagi, belajar agama time tua je la sekang muda2 enjoy la apa cer = fikiran kebanyakan muda-mudi masa kini... ak pun ad rasa mcm ni....kdg2 tp ak tau benda tu salah....

      Padam
    3. aku suka cara ko berfikir la Seriously.. macam tu la.. muda2 kita enjoy..

      Padam
    4. Ceteknya pemikiran.blaja agama tu sia2 mcm AF?.blaja agama tgk niat la jugak..pertama skali blaja utk diri sendiri. Kalau ko nak ckp bg ceramah sekadar buat lawak..berapa kerat sngt? Ko nak samakan semua dgn uai tu? Lawak2 dia pun ada ilmu masuk. Ko boleh pikir logik sikit tak? Aku kalau nak lawan debat dgn org jahil yg kureng sikit kalau orang lain bile sebut bab agama ni..mmg kalah la aku. Org yg mcm ko ni lau debat pun ko boleh luah semua benda..takda had dlm batas percakapan. Sorry la..tepuk dada..tnya iman ko sendiri. Ustaz tak pernah cukup kat dunia ni. Sebab tak cukup ustaz la wujud org yg boleh cakap blaja agama tu sia2

      Padam
    5. ustaz dah berlambak.. manusia yang rosak bukan sebab ustaz kekurangan, tapi sendiri yang jiwa kosong... ibu bapa mengejar dunia tanpa fikir perkembangan anak2... anak2 dipengaruhi media dan dijauhi dari didikan yang sepatutnya... tak perlu ustaz pun tak apa.. ustaz yang ada pun, dok mengampu pemerintah.. pekejadah.. bangang jugak ko ni..

      Padam
    6. setuju dengan tanpa nama 9:35 PG. Sebenarnya ustaz-ustaz dah banyak. setakat belajar dan nak tambah lebih banyak ustaz pun, dah tak berguna. Lebih baik tambahkan lagi ahli sains, ahli matematik dan segala ahli yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan negara. Yang boleh menjadikan negara lebih kuat. Lepas dah ada tu, pergi je la dengar ceramah, dan amalkan apa yang ustaz ajar.

      kita mahu jadi umat yang baik dan membangun. Tiap kali azan pun ada sebut mari mendirikan solat dan mari menuju kejayaan. Nak mencapai kejayaan, perlukan ahli yang pakar dalam bentuk keduniaan.. untuk mencapai kejayaan akhirat, pegang kukuhlah sunnah nabi. Rukun Iman tu jangan diselewengkan. InsyaAllah kita ke syurga.

      Kalau tengok trend sekarang pun, ustaz-ustaz dah macam tak sebulu. Geng itu, geng ini. Memalukan. Biar sedikit ustaznya, tetapi berkualiti. Bukan berlambak ustaznya, tapi semuanya menyuburkan perpecahan. Blok sana perang dengan blok sini. Ambil pengajaran kisah Nabi dan zaman para sahabat.. Orang yang menjadi tempat merujuk, tidak ramai.. tetapi semua rakyat mengamalkan apa yang diajar dengan sungguh2. takde nak gaduh2.

      Padam
    7. media - media kita, ni, tak ada faedah, dan tiada pemikiran apa pun. fikiran mereka cumalah duit, dan tidak mempunyai fungsi sosial. petunjuk mereka, adalah hiburan, hiburan, hiburan. jangan tipu aku dengan program jejak rasul dan astro oasis. semua ni mata duitan. dan cliche dan kita boleh tengok program2 jauh lebih baik dan banyak dalam you tube.

      Padam
  3. Setuju sangat2 dengan post ni...generasi sekarang dari kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua ada rancangan hiburan masing-masing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada aku, hiburan tak salah.. biar la dari kecik sampai besar sampai nak mampos.. kalau nak berhibur tu.. boleh jer.. yang penting ikut agama... jangan sibuk nak berhibur sampai langgar batas agama.. tu yg problem

      Padam
  4. gua rasa kan noob ... diorang bukan nak kejar femes tapi nak kejar wang besar hadiah finalist. mcm kilauan emas jugak la ... majoriti menyampah dgn si tua yg xsedar diri .. tapi diorang bkn nak femes pun, yg penting hadiah 500k final tu aku dpt. siap nak buat belanja g haji lagi. keh3

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 skrg mana ada pikir duit sgt.. konfirm nak glamer je tu.. kalau setakat nak duit.. baik guna muka tu pegi goda anak chedet yang kaya nak mampos tu.. goda ananda krishnan ke.. sape2 la... dari buang masa gaduh2 sesama sendiri.. kalau gaduh2 dgn mak datin, baru class.. baru ada potensi nak cari duit..

      ni semua nak glamer jer. kompem..

      Padam
  5. Selalunya apa jua program yang berbentuk hiburan bodoh mcm AF, Idola Kecil dan Kilauan Emas sewaktu dengannya akan dapat sambutan walaupun kalau dikira betul-betul macam tak setimpal dengan apa yang diusahakan. Duduk dalam tu, tak leh jumpa ahli keluarga sampai 10-14 minggu untuk bawa pulang hadiah yang tak setimpal dengan titik peluh. Terpekik dan menjerit untuk mendapat tune cun semata-mata mengelak diri dari tersingkir keluar. Merayu simpati orang luar untuk mengekalkan mereka.

    Dan penaja lebih suka rancangan macam ni sebab mereka tau jumlah penonton teramat ramai dan sekurang-kurangnya dapat boost up sales dieorg.

    Tapi program yang ilmiah macam Who wants to be a millionaire dan Money Drop tak ramai yang nak masuk. Sebab tak nak dianggap sebagai orang bodoh dan hanya untung pada masa kemenangan saja. Tapi ada juga yang berasa terlajak bijak joint program macam tu dan bila gagal terus menyalahkan pasangan atau bantuan. Tu belum masuk lagi partner dan bantuan yang begong.

    Mengenai penaja pula untuk program seperti ini teramat kurang kerana tak ramai yang menonton dan penaja sendiri terasa amat rugi untuk menaja kerana duit dan product cepat sangat habis berbanding program hiburan yang mana mereka hanya serahkan hadiah setelah selesai pertandingan.

    Program menjahanamkan budak-budak pun semakin banyak. Dah la tiada komen pedas dan kritikan, hanya pujian melambung-lambung sampai budak tu merasakan dia dah cukup hebat. Mula la budak umur 10 tahun pasang impian menjadi artis kecil.

    Anak buah bini aku penah makan penampar dari pak long dia nih. Kononnya Pak Long sporting dia nih akan sokong dia apabila parents dia membantah dan tidak membenarkan dia joint Idola Kecil. Baru pandai nyanyi lagu mat salleh 4 5 lagu dah rasa hebat. Gi belajar dulu. Code muzik pun tak tau ada hati nak jadi penyanyi hebat.

    Tak salah nak jadi penyanyi or pelakon or pelawak or pebadut or penyamun. Tapi yang penting biar ada ilmu.

    Bak kata cikgu BM aku masa darjah 6 "Cikgu tak kisah korang nak jadi apa. Nak jadi penyamun pun lantak korang lah tapi biar penyamun yang ada ilmu. Jangan rompak hari nih, esok dah kena cekup"

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju idola kecil, ceria pop star dan ceria super star tu merosakkan IQ budak2 hari ni. Takde jalan singkat untuk berjaya, budak2 program realiti ni fikir nak glemer je tanak lalui kesusahan

      Padam
    2. itulah aku cakap.. ibu bapa diorang memang celake.. nak hancurkan hidup anak2, suruh diorang masuk itu ini.. lepas tu IQ rendah bukan main...

      Padam
    3. blackberry, pehal pak long dia nak lempang budak tu? celaka la... budak nak glamer.. biarlah.. bila dia kaya, paklong mesti nak mengepit jugak...

      Padam
    4. Money drop tak ramai orang pegi?? Ko biar betol. Last few year aku pegi bertapak dr pg smpai petang sudahnye borang abes sbb ramai giler beratur nk masuk program tu. Ade yang siap jerit tunggu dari pukul 7 pg dan dtg dari jauh tak dapat masuk sbb borang abes. Aku yang datang kul 9 kompem la tak lepas. Memule igt tak ramai nk masuk rancangan camni sudahnye smpai bertingkat-tingkat beratur.

      Pasal idola kecil dan sebagainye itu memang sampah. Terlalu banyak program nak lahirkan retis suam suam kuku dari ilmuan utk memberi sumbangan yang berguna kelak.

      Padam
  6. how about im gonna tell you tuhan baru melayu "hiburan" mesti ramai marah .. kira syirik sembunyi2 buat lebih2 tapi sembunyi2 sebb sendiri2 je tau..tp bila rmi buat.... makin tetttt tettt... tp sapa mau ngaku.. ak pun tak terkecuali terkena bahana ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa ko lagi jauh dah pergi ni seriously... mungkin dah tetttt secara berjemaah.. sebab tu ko lebih memahami

      Padam
  7. Nmpknya...lama lagi nak nampak org melayu berebut2 nak gi pencetus ummah, nasyid atau x pun berebut2 nak dpt shaf depan di masjid. Sbb kita diacukan oleh barat yg dgn hiburan segala kemahuan duniakita akan senang diperolehi. Ingat2 la akhirat wahai sahabatku..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. agama akan jadi bahan mencari keuntungan bila makin banyak program pencetus ummah...

      Padam
    2. Susah nak dpt masuk PU n IM... kena test segala bagai... bosan la... baik beratur panjang2 nak ambik borang AF then nyanyi sampai final stage... senang je...

      Nih nak mengaji lg la... nak tajwid la... kena tau semua benda la... baik jadi penyanyi... ramai je artis bodo2 tapi leh jadi kaya raya...

      Padam
    3. Nak jadi penyanyi pun bukannya senang... bukan setakat amik borang jer lepas tu boleh menyanyi.. kalau macam tu, tak payah buat ujibakat.. kutip je laa sampah masyarakat tu, suruh dia menyanyi sambil ko tolong isikan borang dia...

      ada la jugak kreteria yang perlu di lihat.. dari segi vokal, moral yang ditunjukkan, interaksi dia dengan juri dan penonton, gaya persembahan dan macam2 lagi.. demi keuntungan, muka komersial amatlah digalakkan... untuk bab vokal saje, dah macam2 pecahannya...

      nak tambah penonton bodoh yang suka tengok aib orang, maka stesen TV ni akan tayang muka2 tak tahu malu, menyanyi ntah hape2... dia ingat dia boleh glamer la.. padahal tak pandai menyanyi, muka buruk pun, boleh beri keuntungan pada stesen TV.. dengan cara, menayangkan di skren TV sambil ditonton oleh penonton2 bodoh yang tersengih2 menontonnya...

      Padam
    4. Anon 3.19 Macai AF telah dikesan...

      Padam
    5. apa yang dapat ko kesan? kiranya ko ni macai untuk PU dan IM la yer? batak jugak ko ni.. semua program tu nak kayakan ananda krishnan... ko ni tak habis2 nak jatuhkan orang.. ko dengan UMNO sama jer.. UMNO sibuk pertahankan melayu, padahal bagi projek kat kroni cina india.. bezanya UMNO jaga melayu, ko jaga macai2 astro

      Padam
    6. Anon 4.16 Macai PR dikesan...

      Padam
    7. Anon 5.37 ketua macam PR sedang memerhati anak buah

      Padam
  8. Survey yang dilakukan oleh Adecco Malaysia. Apa cita-cita kanak-kanak Malaysia dari umur 7 - 14 tahun

    1) Pelakon
    2) Cikgu
    3) Doktor
    4) Model
    5) Pemilik Restoran / Chef

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik takde yang pilih jadi bohsia.. sebab jawatan tu paling banyak yang telah disandang

      Padam
    2. Tuk bohsia x perlu dimasukkan sebagai cita2.. sebab tu dari umur 10 tahun dah leh jadi tanpa susah payah... bini ko kan bohsia gak dulu... kan ko dpt die lepas menang race ngan polis trafik 6 thn lps... lupa le tu...

      Padam
    3. Sama la dgn anon kt atas ni, mak dia pon bohsia jugak sbb tu dia tau.

      Padam
    4. Anon 1052 lg hebat.. dah siap ajar anak2 gurl die mcm ne nak layan mat rempit yg berjaya menjadi juara.. base on pengalaman bini dan mak die

      Padam
    5. Anon 11:31 pon bohsia jugak.

      Padam
    6. apa mengarut babitkan mak, anak orang ni... perangai korang ni serupa UMNO jer.. bezanya, UMNO jaga melayu.. korang jaga bohsia..

      Padam
    7. Anon 3.35 Macai PR dikesan lagi...

      Padam
    8. Anon 5.39 ketua umum macai semalaya sedang memerhati anak buah buat kerja

      Padam
  9. Yang masuk rancangan realiti kt malaysia ni majoritinya adalah penganggur dan loser2 yang ingin mengubah nasib. So diorang hanya ada 2 pilihan samada menjadi blogger atau artis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi ko nak cakap Noob tu loser la ye? cilake la ko..

      Padam
    2. Ala... die ada buat blog then x dpt sambutan... so frust menonggeng... try AF pe semua x lps... tu lps geram kat PON...

      Padam
    3. Aku kate majoriti bukan semua.. Bangang btol la korang ni sama bangang dgn mak korang jugak.

      Padam
    4. masalahnya PON tu dikalangan majoriti blogger... ko jangan nak cuba elaklah.. helah ko orang boleh tahu... ko serupa UMNO, dah tersalah cakap, bukan reti nak minta maaf.. pastu ayat pusing2... bezanya UMNO jaga melayu, ko tak jaga adab dengan tuan rumah

      Padam
    5. dulu aku seorang penganggur... dan juga loser... ingin mengubah nasib... masuk rancangan realiti nak jadi artis tapi kena halau dengan juri... last2 pilihan yang aku ada hanya menjadi blogger... sob sob sob

      Padam
    6. canteeekkklah.. noob dah mengaku dia loser.. berbeza betul Noob dengan UMNO.. UMNO dari segi kelakuan nampak loser tapi tak mengaku.. Noob nampak winner tapi rendah diri kata loser..

      Padam
  10. lol, hai? nak berkenalan dgn ai ke? ;p

    BalasPadam
  11. plaaaiiin siottt mana hang dpt profile neh??? kakak plain maseh single & available ke? nak berkenalan leh???

    BalasPadam
  12. Biarkan..biarkan..bila dicakap biarkan..org kata kita ni pentingkan diri..snggup biarkan bangsa sendiri hanyut. Bila kita cakap kne belajar ilmu agama..org cakap kita ni blagak alim..ilmu agama dah tak penting. So apa yg org nak sebenarnya?senang je..angkat kaki..blah dan wat hal ko sendiri.lantak la diorang nak beragamakan hiburan ke..kejar glamer ke..jauh dari agama ke. Selagi kau boleh jaga diri sendiri..kau biarkan la.masing2 dah besar..dosa pahal smbung sendiri. Tegur cara itu salah, tegur cara ini salah..bila kne penumbuk sebijik..jadi berbalah. Manusia boleh jadi syaitan..boleh jadi malaikat..takda siapa tntukan..diri sendiri yg pilih

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar agama ke, belajar sains ke.. semuanya berfaedah... yang mendatangkan pahala bila benda tu diamalkan dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk sama2 masuk syurga.. bukan gunakan agama untuk cari duit.. himpit pemerintah.. masuk program realiti nak glamer...

      Padam
  13. Damn..muke plain...hahahhaha..

    BalasPadam
  14. Ha3.. Sape yang terer gi stalk profile patrick star pulak.

    BalasPadam
  15. Ha'ah plain mmg i nak kenalan dgn u.. Plz kontek me at 01*-******1.

    BalasPadam
  16. sekarang malaysia perlukan saintis dan engineer yg top notch...manalah tau kita boleh buat exosuit cam citer elysium dan edge of tomorrow...serius kita dah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, balik2 nyanyi, balik2 nyanyi...WTF!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saintis pon nak dengar lagu jugak.

      Padam
    2. Ha'ah, saintis pon nak melalak jugak, nak main muzik jugak, kasi ilang itu tensen.

      Padam
    3. Aih..malaysia pun ramai gak saintis.kan slalu dok kuar kat tv..wat lab sendiri kat rumah.der..lu blaja sains ada guna? Diorang guna der..bakat tu mmg ada.

      Padam
    4. ye ke saintis ramai kat malaysia? berapa orang? kat mana diorang duduk? pusat sains negara ke, atau pusat kimia negara? ke dekat kementerian sains? aku nak berkenalan la dengan saintis malaysia ni.. aku ada idea baik punyer ni..

      Padam
  17. cute jugaklah, skill gitar pn not bad, byk contribute tab..
    plain kalu aku email nk bkenalan agk2 u layan x? i main keybod an drum :)

    BalasPadam
  18. Apasal muka plain cam mak janda beranak lima?

    BalasPadam
  19. wow... bg aku plain mmpunyai ciri2 wanita idaman aku... suka baca komik jepun,pandai lukis,pandai men gitar,pandai nyanyi,suara sedap,pandai tulis blog,muka pun cute2 gitu...walau org atas ni ckp mcm mak janda,tp skg ni pun ramai milf yg hot whaaaattt.... so plain...will u marry me?

    BalasPadam
  20. Serius doh.aku mmg bygkan plain slme ni muka kiut2 gitu..kawaii.suke kucing..pandai ckp jepun..minat manga and anime..reti main gitar..pandai masak..uih..perfect.but..honest la..mmg tak sangka langsung cmtu mukenye..ranggi doh.happeninggggg

    BalasPadam
  21. Serius..ko la keturunan nabi adam yg paling failed.damn..genetics..where were you when this guy really need you.

    BalasPadam
  22. Twist nak mampus imaginasi aku.hahahahahahha..

    BalasPadam
  23. Cuba ko bayang muka noob plak. Agak2 ada x mcm muka plasik korea hotstuff atau budak2 nerd pavi qudut matsirat atau negro area kepong?

    BalasPadam
  24. Buat pertandingan realiti, kalo mutu industri makin meningkat takpe jgak...
    Ni byk yg hampeh je...
    Juara lepas apa khabar? Jual apam balik kat pasar malam kot...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa kata masuk pertandingan realiti tv untuk meningkatkan mutu industri? aku nampak sebab nak cari keuntungan dari kebodohan penonton sahaja... apa daa...

      Padam
  25. Balasan
    1. takde la nak malu sangat.. sebab bila cina buat rancangan diorang sendiri pun, cina jer penuh dalam dewan tu...

      Padam
    2. Dah nama program melayu n melayu paling ramai kat Malaysia nih... cuba buat kat Jepun program tuk orang melayu... tgk baper ramai yg dtg?

      Entah cik kak jeles kut x terpilih masuk idola kecil nih...

      Padam
    3. maksud dia, dia malu ada ramai melayu... walhal melayu dah makin sikit.. dulu sebelum merdeka, kita ada lebih 70% orang melayu... sekarang tinggal 55% jer... 55% melayu tu pun, deno dah rasa malu.. agaknya dia nak hapuskan kaum melayu dekat negara kot.. sama je dia ni dengan UMNO... cakap parti untuk melayu, padahal, malu nak mengaku melayu bila depan mat saleh... bezanya UMNO jaga melayu, dia ni malu sebab ada ramai melayu

      Padam
  26. Kepada pembaca semua, dengarkan sajak yang menusuk kalbu ini

    Oh Diana, senja ini, sepi turun dari puncak bukit kenangan membawa sekeping bisjut tentang masa lalu yang lama berdiam di pucuk pohon-pohon bisjut & royi.

    aku mencari sisa bisjut semalam. mungkin bisjut yang lain telah dimakan oleh bangla disini.

    Diana, marilah kita kayuh perahu kayu yang telah rapuh, menelusuri tepi senja untuk mencari bisjut & royi.

    Masih tersisa sepotong bisjut menempel di bibirmu, bertuliskan sebait puisi iaitu 'Nak bisjut'?

    Aku menuliskanmu dalam puisi bisjut & royi, tentang bisjut & royi yang sedang dijual oleh bangla masa kini.

    Diana, kamu bisjut, aku royi. Bersama kita menjelajah setiap celah hutan untuk menemukan bisjut & royi.

    Nak bisjut? Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rozana mana?

      Padam
    2. rozana dah masuk UMNO.. ko ni sibuk dengan rozana kenapa? masa dia ada, ko tak cari.. bila dah takde baru nak cari.. sama jer dengan UMNO.. bila Tunku Rahman ada, sibuk nak jatuhkan.. bila dia takde, sibuk nak kenang2, kata pemimpin yang bagus la.. apa la...pirrah... UMNO dengan ko ni sama jer... bezanya, UMNO jaga melayu.. ko rindu rozana

      Padam
  27. plain muka ganas. ko ada jadi kak long mana-mana geng ka?

    BalasPadam
  28. alahai noob, kalau dulu, bila ada masalah, bolehlah kita bangkitkan kat surat pembaca ruangan akhbar. memandangkan akhbar sekarang macam tak releven sbb 'org' tak berapa nak baca, mmg bloglah sumber yg sesuai.
    tapi, masalahnya sekarang, siapa je yang baca blog selain dari blog hiburan? benda yang kau bangkitkan di enty ni, aku setuju, tetapi, siapapun nak buka mata..? kita-kita yang baca ni, setakat komen sajalah. yang mengubahnya..?
    ada yg pergi ujibakat tu, baca..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada.. ko le... x nak ngaku lak... AF ko try 6 kali.. kilauan emas 2 kali... ko gak yg bergaduh ngan juri after dieorg kata balik jaga anak lah x yah nak jadi penyanyi...

      Padam
    2. sepatutnya orang yang komen ni, ko patut print banyak2.. bawak pergi ujibakat.. sambil budak2 yang nak join tu berkumpul, ko hulur sorang sekeping nota dari noob ni.. jauh lebih bagus dari ko nak tanya noob dah pergi ke belum

      Padam
  29. plain83 ni muka plain jer.. tapi okey la... sebab jiwa dia tak plain

    BalasPadam
  30. mana ko tahu dia yang paling failed? aku rasa ko jauh lebih failed dari dia... takkan cakap poyo dan meludah sahaja boleh jadi keturunan nabi adam yang paling failed? tak paham aku

    BalasPadam
  31. Horeyyyyy hari raya dah dekat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xnk meludah ke?

      Padam
    2. ini keturunan nabi adam yang mana ni? yang kuat meludah tu? cis... meluat betul aku dengan dia ni.. sama macam UMNO.. suka meludah orang... tapi bila time raya, dia paling gembira sakan... macam hari raya tu hari perayaan UMNO pulak... bezanya UMNO time raya pikir nak kebas duit rakyat, dia pikir nak meludah duit raya

      Padam
  32. mei hua~ mei hua~ menangis kau kerana cinta~...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.