Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Baca ayat Al-Quran kepada orang yang masih hidup

Apabila kita mendengar khabar ada orang Islam meninggal dunia, kebiasaannya sudah menjadi amalan kita dengan menyebut "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" dan kemudiannya sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada si mati. Namun tahukah kita, yang sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada si mati tidak termasuk dalam amalan Nabi kita dan para sahabat? Dan kenapa biasanya kita membaca ayat Al-Quran hanya kepada si mati dan bukan kepada si hidup?


Dipetik dari artikel di blog Sabri Yaacob:
Sesungguhnya tidak terdapat dalam sejarah Nabi dan para sahabat serta para salafusoleh yang terkemudian untuk menyedekahkan bacaan dari surah Al Fatihah kepada seseorang yang telah meninggal.

Adapun bacaan yang bersandar pada perbuatan Rasulullah saw boleh didapati dari hadis riwayat Muslim ini:

لسلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

‘Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat Muslim]

Atau membacakan doa yang masyhur ketika menunaikan solat jenazah:

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

"Allah berikan keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunkanlah dia"

Berdasarkan artikel di blog Ustaz Emran, perbuatan membaca Al-Fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh Nabi Salallahualaihiwassalam dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf.

Tidak diriwayatkan walau satu hadith, cerita atau apa jua kisah bahawa baginda S.A.W. dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah Al-Fatihah kepada orang mati dikalangan mereka.

Merujuk artikel di Soal Jawab Zikir dan Doa ini pula, mengirim bacaan al-Fatihah kepada si mati adalah amalan keMelayuan sahaja dan tiada sandaran dari Al-Quran mahu pun as-Sunnah. Malah mengikut mazhab Syafie, pahala bacaan Al-Quran tidak akan sampai kepada si mati.

Begitu juga artikel di blog Darul Haris dan Jom Faham. Korang boleh baca semua artikel yang aku link kan tu. Boleh baca juga tulisan Ustaz Zaharuddin mengenai sedekah pahala amalan kepada si mati.

Dengarkan video ceramah Ustaz Badrul Hisyam:


Dengarkan juga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai amalan ini:


Serta video ceramah Dr. Asri:


Video ceramah Ustaz Tarmizi Shamsul Arif:


Video ceramah Ustaz Sunan Tirmizi:


Video ceramah Ustaz Idris Sulaiman, ahli Ulama Muda UMNO (ILMU):


Dan video ini:



Walaupun ada beberapa pandangan yang berbeza, tapi satu benda yang kita tahu dan ada persamaan adalah amalan membaca dan sedekah Al-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia bukan amalan dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Oleh itu siapa yang mulakan amalan tersebut sehingga terus menjadi budaya umat Islam pada hari ini setiap kali mendengar berita kematian masih menjadi misteri dan tanda tanya sehingga hari ini.

Aku bukanlah seorang ustaz atau ilmuwan agama, dan aku juga tidak berhak nak tetapkan hukum sama ada ia boleh, tidak boleh, halal, haram, harus, sunat, pahala sampai ke si mati atau tidak, kerana aku bukan Tuhan dan aku juga bukan Nabi yang menerima wahyu terus daripada Tuhan.

Cuma aku nak tulis sedikit pandangan aku mengenai perkara ini. Seperti yang kita semua maklum apabila meninggalnya seorang anak adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara seperti sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): Sedekah Jariyah, Ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh” (Hadith Riwayat Muslim no. 1631)

Berdasarkan hadith itu, hanya 2 daripada perkara tersebut yang kita sendiri boleh lakukan semasa kita hidup iaitu sedekah jariyah dan ilmu yang dimanfaatkan, manakala kebergantungan kepada manusia lain hanyalah doa dari anak2, itupun anak yang soleh. Selain daripada itu, ia bergantung kepada Allah untuk menerima atau tidak doa orang lain selain anak yang soleh dan sedekah bacaan Al-Fatihah atau ayat Al-Quran kepada si mati, malah dosa pahala itu adalah hak Allah semata2.

Ayat Al-Quran itu apa? Kalam Allah. Firman Allah. Kata2 daripada Tuhan kepada umat manusia melalui Rasul pilihannya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kata2 yang mengandungi panduan, petunjuk, ajaran, arahan, perintah, peringatan, pedoman, cara berdoa serta pengajaran daripada kisah2 terdahulu.

Dan ya, hanya ayat2 Al-Quran sajalah satu2nya kata2 daripada Tuhan untuk hambanya di dunia yang masih hidup. Ayat2 Al-Quran adalah satu2nya petunjuk daripada Tuhan kepada manusia yang masih bernyawa dan bernafas di bumi-Nya, sebab itu ia perlu disampaikan kepada mereka yang masih hidup. Ayat2 Al-Quran yang mengandungi segala jenis arahan, petunjuk dan peringatan itu sudah tidak bermakna lagi kepada orang yang sudah mati kerana semuanya sudah pun terlambat.

Oleh itu, bukankah sepatutnya kita perlu membacakan ayat2 Al-Quran ini beserta maknanya sekali untuk disampaikan kepada orang2 yang masih hidup dan bukan kepada orang yang sudah mati agar mereka sentiasa beringat dan mengambil pengajaran?

Sebab tu bila kita dengar berita orang meninggal, kita baca "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" yang membawa maksud, "Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali". Sebenarnya ayat itu ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156, dan kalau kita faham maksudnya, ia sebenarnya adalah untuk mengingatkan kita yang masih hidup ini, bukan untuk mengingatkan orang yang dah meninggal dunia.

Begitu juga kalau baca surah Al-Fatihah, bukan sekadar baca tapi fahamkan maksud dia:

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Bermula ayat ke-5 sehingga ke-7, itu adalah doa bagi kita yang masih hidup agar Tuhan tunjukkan kepada kita jalan yang lurus serta peringatan kepada kita. Sebab tu kalau nak baca surah Al-Fatihah atau apa2 surah pun ketika mendengar berita kematian, jangan setakat tulis Al-Fatihah sahaja, sebaliknya tulis ayat yang penuh serta maksudnya sekali dalam bahasa Melayu agar orang yang masih hidup ini mendapat peringatan dan pengajaran daripada ayat tersebut, sebab majoriti orang Malaysia tak faham bahasa Arab pun.

Jangan sampai satu masa bila ada orang bacakan ayat Al-Quran kepada kita, kita cakap, "Hoi ko nak aku mati ke?", atau "Wei aku belum mati lagi lah".

Jangan sampai satu masa, orang belajar baca Al-Quran hanya untuk disedekahkan kepada orang yang sudah mati, sedangkan sewaktu sedang hidup kita langsung tidak mahu belajar untuk memahami Al-Quran dan membaca peringatan serta perintah daripada-Nya.

Sekian.




tags: hukum baca al-fatihah ayat al-quran surah yasin tahlil arwah kepada si mati orang yang sudah meninggal dunia panduan pedoman pengajaran peringatan

49 ulasan:

  1. Balasan
    1. ish melayu dah jadi macam cina
      sampai nak amalan khurafat pon diikutkan
      bukan ada faedah pon
      cina bakar duit tanda nak bagi sedekahlah kat orang mampus
      melayu pon sama baca alquran untuk orang mampus
      eloklah pengaruh cina,dah mula meresak kedalam budaya melayu
      lama2 melayu pon jadi macam cina
      lain nabi suruh lain yang diikut orang melayu
      goodjob cina segala ideologi kau dah berjaya

      Padam
    2. Aku ade soalan..membaca apa2 ayat dari Al,quran tu akan memberikan kita pahala..betul..boleh atau tidak pahala itu disedekah kan..dgn berdoa kapada Allah jika ada pahala dari bacaan aku ini kau sedekahkn lah pada si fulan bin fulan..

      Padam
    3. baca Al-Quran, insya Allah kita dpt pahala. tp kena tgk jgk, betul ke bacaan kita, hukum tajwid & sbgnya... kalau kita main baca shj tnpa ilmu pun, kita mungkin boleh dpt dosa kerana membaca Al-Quran dgn salah... senang cerita, pahala dosa tu milik Allah, terpulang kpd Allah nk bagi atau tidak. so kita yg xtahu pun dpt pahala atau tidak atas amalan kita, boleh pula kita nk sedekah pahala tu kpd org lain... kita pula yg jd Tuhan boleh bagi2 pahala kpd org lain yg dah mati. konsep sedekah pahala ni Nabi x ajar & imam as-syafie pun ckp sedekah2 pahala/bacaan kpd si mati ni x sampai. yg sebenarnya bkn sedekah bacaan atau pahala, tapi berdoa kpd Tuhan semoga memberi keselamatan & keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunkanlah dia, ringankanlah azab dia & doa2 yg baik buat si mati.

      Padam
    4. Ok la mungkin pndapat saudara benar..dan brsandarkan hadis..terima kaseh atas penerangan..

      Padam
    5. Tapi doa yg sy sebut tdi(jika ada)kalau takada..Allah lebih mengetahui..kat situ sy membenerkan saudara..bab kita pulak jadi tuhan tu sy kurg setuju..sebb berdoa ni kita memohon pada Allah..bukn kita pandai2 pergi bg kat org mati(nah ambik la pahala aku ni..aku sedekah kat kau)xada rasany sy sebut mcm tu..

      Padam
    6. kau tulis mcm ni - dgn berdoa kapada Allah jika ada pahala dari bacaan aku ini kau sedekahkn lah pada si fulan bin fulan

      kena faham konsep sedekah. apa maksud sedekah? mengambil sesuatu drpd hak kita spt wang ringgit, tenaga, harta, rumah & lain2 utk diberi kpd org lain. kalau kata sedekah pahala, pahala dosa itu bkn hak kita. kalau boleh sedekah pahala, xpernah lak aku dgr org nak sedekah dosa. kalau sedekah ayat2 Al-Quran, ayat2 Al-Quran itu sendiri milik mutlak Allah Taala, bkn hak kita. oleh itu yg sebetulnya bkn sedekah, tp mendoakan... so kalau baca ayat Al-Quran utk si mati, xblh ckp sedekah ayat Al-Quran kpd mereka, tp mendoakan mereka dgn ayat2 Al-Quran.

      Padam
    7. Mengucapkan salam kepada orang lain adalah sodaqoh..!

      Padam
    8. Sesudah meninggal maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara. Antaranya doa anak yg soleh dan ilmu bermanfaat yg diamalkan. Jangan menghukum terlalu cepat seseorang itu berbuat khurafat. Memang tiada hadis nabi mengatakan boleh sedekah fateha atau pahala kepada simati. Tapi sebab musabab perbuatan itu simati masih boleh mendapat pahala. Contoh... (ketepikan perbuatan sedekah fateha) anak yang kedua orang tuanya masih hidup atau telah mati lalu membaca alquran, zikir, tasbih dan seumpamanya, apakah orang tuanya mendapat pahala dari perbuatan anak itu? Maaf... saya bukan ustaz atau ahli hukum agama. Tapi apa yang saya fahami disini, hak pahala dan dosa itu dari Allah. Anak membesar dan dididik oleh ibu bapa tentang agama, solat, membaca alquran dan sebagainya. Disini, ibu bapa mendidik, menyampaikan ilmu kepada si anak lalu menjadi bekal dan amalan hidup. Dan bila anak telah menguasai, memahami lalu dia mengamalkan sepanjang hayat. Dari awal si anak beramal hingga akhir hayat, bukankah ilmu itu diperoleh dari kedua orang tuanya? Atau anak juga belajar di sekolah seumpamanya. Selagi diamalkan mungkinkah yang mengajar berterusan mendapat pahala (ilmu bermanfaat yang diamalkan). Tidak kiralah ayat apa yang dibaca dari al-quran, setiap 1 huruf ada pahalanya. Niatkanlah setiap amalan kerana Allah, selebihnya itu urusan Allah.
      Bagi yang arif dalam soal agama, mohon tunjuk ajar kiranya saya salah dalam soal ini. Terima kasih...

      Padam
    9. Sesudah meninggal maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara. Antaranya doa anak yg soleh dan ilmu bermanfaat yg diamalkan. Jangan menghukum terlalu cepat seseorang itu berbuat khurafat. Memang tiada hadis nabi mengatakan boleh sedekah fateha atau pahala kepada simati. Tapi sebab musabab perbuatan itu simati masih boleh mendapat pahala. Contoh... (ketepikan perbuatan sedekah fateha) anak yang kedua orang tuanya masih hidup atau telah mati lalu membaca alquran, zikir, tasbih dan seumpamanya, apakah orang tuanya mendapat pahala dari perbuatan anak itu? Maaf... saya bukan ustaz atau ahli hukum agama. Tapi apa yang saya fahami disini, hak pahala dan dosa itu dari Allah. Anak membesar dan dididik oleh ibu bapa tentang agama, solat, membaca alquran dan sebagainya. Disini, ibu bapa mendidik, menyampaikan ilmu kepada si anak lalu menjadi bekal dan amalan hidup. Dan bila anak telah menguasai, memahami lalu dia mengamalkan sepanjang hayat. Dari awal si anak beramal hingga akhir hayat, bukankah ilmu itu diperoleh dari kedua orang tuanya? Atau anak juga belajar di sekolah seumpamanya. Selagi diamalkan mungkinkah yang mengajar berterusan mendapat pahala (ilmu bermanfaat yang diamalkan). Tidak kiralah ayat apa yang dibaca dari al-quran, setiap 1 huruf ada pahalanya. Niatkanlah setiap amalan kerana Allah, selebihnya itu urusan Allah.
      Bagi yang arif dalam soal agama, mohon tunjuk ajar kiranya saya salah dalam soal ini. Terima kasih...

      Padam
  2. drpd susah2 nak sedekah orang mati la, org hidup la.. adalah lebih baik kita memikirkan orang2 melayu yang semakin hari semakin ditindas oleh kaum2 yang racist ini.. lebih baik kita kumpul dana dan bantu peniaga2 melayu supaya mereka lebih kukuh.. ajarkan mereka cara berniaga dengan betul... percayalah.. apabila kita sudah kuat, geng2 racist ini akan mula hormat kita..

    mereka pun pada asalnya tidaklah jahat..boleh duduk satu negara dengan aman.. ini sudah dibuktikan semenjak sebelum merdeka lagi..tetapi bila mereka sudah kuat, kita lemah..mereka mula hendak tunjuk taring.. lihatlah apa yg dah berlaku di Penang, di Singapore..tak lama lagi di Johor..silap hari bulan di Semenanjung secara keseluruhan..

    dari kita risau boleh sedekah ke x pd si mati..lebih baik sedekahkan pd yang hidup ni..yg sering ditindas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dlm byk2 komen kau, inilah komen melayu ko yg plg bodoh... org ckp, bodoh xbertempat... kat post yg xde kaitan dgn perkauman pun masih nk ckp psl melayu cina.. kau ni mesti loser dlm real life, org ckp la psl apa2 pun mesti ko akn ckp psl melayu cina jgk... kesian aku tgk kau

      Padam
    2. awk nie xhbis2 dgan isu perkauman.. Sy tahu awk berusaha utk buat org p'cyekan dan memahami ap yg awk sampaikan..

      Padam
    3. betul anon 540
      melayu kini sibuk fikir pasal orang lain
      diri sendiri kena pijak,tak difikirkan
      orang mati nak ingat
      sampaikan nak habiskan duit buat kenduri
      untuk apa semua ni
      kan bagus kalau melayu bergotong royong dan ambik iktibar dalam setiap kematian
      dah gunakan duit yg ada untuk memajukan ekonomi
      bukannya nak habiskan untuk orang yg dah mati
      tengok cina,demi nak berjaya
      jangankan orang mampus dia nak ingat
      mak ayah pon diletak dirumah kebajikan
      hahaha
      bodoh cina
      tak payah jadi macam cina
      cuma bersederhanalah dalam kehidupan
      ni tidak asyik nak membazir
      ingatlah nasib anak cucu bangsa kita suatu hari nanti
      yang dah pergi biarkan saja
      fokus kita sekarang adalah memperjuang kan nasib melayu yang semakin hari semakin ditindas
      sampai bila
      melayu hendak dipijak
      sampai bila......

      Padam
  3. Tq ostat as syeikh habib al noob ibnu noobi

    BalasPadam
  4. apa msalhnya klo baca alfatiha untuk org yg dh mati? islm tu mudh xyhlah nk rumit2kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. islam itu mudah tp bkn utk diambil mudah.. skrg ni ramai yg dah celik bkn hanya mengikut membabi buta. apa yg noob nk sampaikan tu, knp kita suka buat benda yg nabi xbuat tp benda yg nabi buat xde pulak kita nk ikut. kalau ikutkan bkn setakat baca al-fatihah utk org mati shj, tp byk sebenarnya amalan2 umat islam pd hari ni bkn ajaran dr nabi pun, tp yg ditokok tambah & direka2, seolah2 ajaran Islam yg nabi bawa masih xlengkap & perlu ditambah2. harap ko faham apa yg aku tulis, sbb kalau ko xfhm, maksudnya byk benda lg yg ko kena belajar..

      Padam
    2. aku xkisah kalau ada org xsetuju dgn artikel noob ni, tp sekurang2nya bg la dalil dan bukti utk kuatkan hujah ko sptmana yg noob buat... kalau psl agama setakat sembang2 kosong tp xde ilmu pergi belajar lebih lg

      Padam
    3. ko ni sembang lebat, tpi ko buat ke yg nabi srh?

      Padam
    4. aku xlah ckp aku baik sgt tp aku cuba berusaha utk buat apa yg nabi suruh... tp kau terfikir x, sdgkan amalan2 yg nabi suruh pun byk lagi yg kita xbuat, kita buat amalan2 yg nabi xsuruh pun... berbanding sedekah al-fatihah bila dengar berita kematian, lebih baik kita baca doa yg mmg diajar oleh nabi, bukan begitu?

      Padam
    5. sorry nak nyelit sikit.. bila aku terbaca point amalan yang nabi suruh buat, tapi kita tak buat pun, amalan lain2 pulak kita dok kepoh.. hehe.. teringat pulak aku dengan member aku ni. sorry lari tajuk sikit.

      selfie update cakap solat terawih segala bagai, tapi solat wajip 5 waktu tak buat pun..
      hehehe

      Padam
  5. terima kasih noob atas perkongsian ni
    dan selamat Hari Raya^^

    BalasPadam
  6. Tapi cube fikir blk. Katakan kalau masjid xd pasang bacaan alquran time org mninggal kita takkan tau ada org mninggal. Mngikut tok nenek aku tujuan kita Baca afatihah tu bukn pd si mati bila ada org mninggal. Tp kpd kita sndiri spaya lbih ingat mati. Takla kita dok mnangis kt kubur. Instead kita Baca Qur'an spy tmbh pahala kt diri kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. nabi dpt wahyu utk disampaikan kpd manusia, bkn dpt wahyu utk bagitau ada org meninggal. hbs tu xkan setiap kali dgr org psg bacaan al-quran kat masjid je maksudnya ada org meninggal? kalau ada org meninggal bgtau buat pengumuman je la... dan ia xde kaitan pun dgn menangis kt kubur. actually ko dh baca belum link2 yg noob bg & ceramah ustaz2 tu??

      Padam
    2. link yg noob bagi tu kebykan org pas, biasalh pas ni ckp je buat tk

      Padam
    3. pas kepala hotak kau
      habis yang betul sapa,cina lah?
      pas umno bergaduh
      cina tepuk tangan

      Padam
    4. asal xde hujah je, tuduh org2 yg ckp tu org pas. camni ke pemikiran totok melayu umno?? ustaz zaharuddin tu org pas ke? ustaz asri tu org pas ke? ustaz sulaiman tu pas ke? dan yg plg xmasuk akal sekali, ustaz arab kat bwh sekali tu pun org pas gak ke???

      gila punya org

      Padam
    5. Pandai sangat tapi tak faham. Tu pasallah boleh cakap gitu.

      Padam
  7. bgos2,, hri nie gak sy dpt info yg b'guna yg kbyakannya org xtahu dan t'masuk diri sy sendri.. Bca al fatihah utk org mati, yg xde m'gena2 dgn rasulullah buat.. Ianya satu budaya shja..

    BalasPadam
  8. info yg bgs pon..aku tak pena tau psl ni..tq

    BalasPadam
  9. benda2 mcm ni byk didebatkn.... xdk sapa slh or btul.... cuma yg salahnya dok btelagah smpai mnyesatkan golongan yg lain... setuju dgn tulisan ust zaharuddin.. prkara ni bknlh ssuatu yg perlu terlalu didebatkan...

    BalasPadam
  10. Buat tahlil tu bagaimana pula??? Mohon pencerahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahlil juga sama, bkn amalan nabi. jd kalau awk nk buat itu terpulang... tp awk xkan dpt ganjaran as-sunnah sbb nabi pun x buat. awak hanya mengikut amalan yg dicipta oleh nenek moyang turun temurun shj... nak lebih detail search kat google atau ceramah2 kt youtube

      Padam
    2. sama la macam tabligh..bukan dari ajaran nabi tak silap aku..tapi kalau benda tu tak salah ape salahnye buat..

      Padam
  11. Aku ada dengar dlm ceramah UAI. Dlm ceramahnya dia bercerita tentang kisah dua orang mayat yg tengah diazab didalam kubur. Maka rasullullah mengambil dua pelepah tamar dan dipacakkan pd kubur mayat tersebut.

    Makhluk allah tumbuhan setiap masa berzikir kpd Allah. Dgn Berkat Zikir Pelepah Tamar ini mayat akan tumpang rahmat & azab kubur diringan kan. Kias dlm peristiwa ini, sekiranya dgn zikir pelepah tamar mayat tu boleh tumpang rahmat. Maka bacaan alquran kalamullah dibaca oleh hamba allah yg beriman, lebih lg mayat dpt rahmat & Lebih lg apa yg mampu dibuat oleh pelepah kurma tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tgk pendapat ulama lain juga, sbb amalan sedekah ayat Al-Quran kpd si mati ni nabi x ajar, dan imam as-syafie sendiri ckp ia x sampai. so aku lbh cenderung kpd x sampai. lgpun aku berpandangan sama mcm noob yg Al-Quran itu diturunkan utk org hidup, bkn utk org yg dh meninggal dunia

      Padam
  12. Apa nak jadi dengan kita sekarang ni..bila orang cuba smpaikan ilmu agama, ada yg kaitkan dengan cina, kaitkan dengan pas, persoalkan apa yg nabi ajar. Inilah bangsa aku sekarang..dah smpai tahap macam ni..tak sangka aku.

    BalasPadam
  13. Terima kasih noob.kongsi ilmu berguna. Moga kita semua mendapat iktibar dari pengajaran yg diberikan. SELAMAT HARI RAYA. Semoga yg balik kg nanti semua selamat dlm perjalanan untuk mnyambut raya bersama keluarga tersayang. Kepada yg bukan beragama islam, sama-sama lah kita berkongsi kemeriahan sambutan raya.

    BalasPadam
  14. tq mr noob atas perkongsian ilmu..insyallah fool syndicate untuk berkongsi ilmu dalam blog ni akan jadi sebahagian saham akhirat :)

    teruskan menulis :)

    BalasPadam
  15. aq setuju dgn ulasan incik noob, perlu difikirkan disini byk amalan yg lebih utama yg lebih afdal berbanding perkara2 yg sunat.. perlu di asingkn perkara yg menjadi ikutan seperti adat dan perkara yg dilakukan pada zaman rasulullah para sahabat dan tabiin..

    BalasPadam
  16. Selamat Hari Raya noob. terima kasih atas perkongsian sebab kadang2 (selalu) kita lupa apa yg originally Allah suruh kita buat.

    BalasPadam
  17. thanks noob.. aku pun baru tahu yang bacaan alfatihah tu untuk peringatan kepada diri sendiri. ye la kan, setiap kali ada kematian. mesti akan tulis atau cakap "marila kita sama2 sedekahkan alfatihah kepada arwah, moga2 arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, alfatihah"

    so bila dengar "sedekahkan alfatihah" tu, mati-mati aku ingatkan sedekahkan kepada si mati.. rupanya untuk peringatan diri sendiri, terconfuse disitu.

    dengan lagi satu, perkataan "arwah" ada yang cakap tak de pun istilah "arwah" sebenarnya, sapa2 tolong bagi pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. arwah tu hanya istilah sahaja... tp panggilan yg lebih baik adalah al-marhum bg lelaki dan al-marhumah bg wanita... tengok kat sini - http://penyuluh.blogspot.com/2012/06/kenapa-orang-mati-dipanggil-arwah.html. nk lg info lain leh google je

      Padam
  18. Selamat Hari Raya kepada warga2 BO sekalian. Berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Yeayyyyy..bestnye nak rayaaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xbest la raya...xsuka aku org datang rumah....

      Padam
  19. nama briged al qassam diambil dari nama seorang pemuda algeria yg bernama izzudin al qassam yang berjuang di palestin...sumber tv alhijrah...

    BalasPadam
  20. ohh ad ustaz ngajar tmpt ak pun ad citer hal sama gk ak pun baru tahu 4 tahun leps huhuhu

    BalasPadam
  21. Orang kampung yang duduk dekat dengan tanah kubur pun berpusu ke kubur hari raya, sedangkan hari lain tak pergi pun.
    Yang balik kampung hari lain, tidak pula mahu ke kubur, bila hari raya baru mahu ke kubur.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.