Halaman

Khamis, 17 Julai 2014

Melayu kalau berniaga tolong jangan macam tahi

Hari ini terasa hendak berbuka puasa di restoran melayu. Seawal 6 petang selepas baru pulang dari pejabat aku dah pergi ke kedainya untuk reserved meja dan order makanan. Masa tu memang takde orang dan meja pun masih banyak yang available. Setelah selesai aku balik rumah sekejap untuk mandi dan bersiap2. Kemudian jam 7 petang aku keluar dari rumah dan tiba di restoran jam 7.15 petang.


Sampai di restoran aku tengok pelanggan sudah ramai dan meja sudah penuh. Aku cari meja aku yang bernombor 7. Di atas meja aku ada tanda "reserved" namun di atasnya kosong tanpa makanan dan minuman. Aku terus duduk dan menunggu. Kelihatan semua pelayan sedang sibuk tak cukup tangan menghantar makanan kepada pelanggan. Begitu juga tukang masak begitu sibuk memasak di dapur dan tukang buat air begitu kelam kabut membuat air minuman.

Jam 7:30 malam, azan maghrib berkumandang. Makanan dan minuman aku masih tidak sampai. Aku ambil air kosong dan menjamah sebiji kurma yang disediakan. Orang2 di sebelahku semua sudah mula menjamah makanan mereka.

5 minit kemudian, aku panggil seorang pelayan untuk bertanyakan order aku. Dia pandang aku dan menjawab, "Kejap ya bang, saya sibuk jap".

Jam 7:45, datang seorang pelayan perempuan ke meja aku dan bertanya, "Abang dah order ke belum?" Aku rasa macam nak kunyah je telinga perempuan tu. Aku cakap, "Saya dah order dari jam 6:00 petang tadi dik. Ni air pun tak sampai lagi". Pelayan perempuan tu jawab dengan muka tak bersalah, "Oh yeke, abang yang order apa tadi, nasi goreng kampung dengan air tembikai tu ya?"

"Ya!" Aku tertinggi suara. Orang depan aku dah tengok2 aku. Perempuan tu jawab sambil berlalu, "Ok ok bang, tunggu sekejap ya, hari ni ramai pulak, tu yang lambat tu". Kepala hotak kau ramai. Yang ramai tu sekarang, masa aku order tadi tak ramai pun, aku antara yang order paling awal.

Jam 7:50 malam, seorang pelayan menghantar minuman ke meja aku dan terus blah. Pelanggan lain ramai yang sudah selesai makan dan mula beredar. Aku memang rasa panas hati betul. Nak mengamuk nanti ada orang lain rakam video pakai handphone lepas tu upload kat FB dengan tajuk, "Melayu mengamuk ketika berbuka puasa", kang tak pasal2 jadi viral dan popular disebabkan benda2 bodoh macam ni. Last2 aku hanya mampu bersabar jelah.

Akhirnya jam 8.00 malam baru nasi goreng kampung aku sampai. Aku terpaksa makan cepat2 sebab nak kejar waktu maghrib. Cuma yang bangsatnya semua pelayan2 kat situ buat muka bodoh takde rasa bersalah dan takde saekor pun sekurang2nya minta maaf kat aku, malah sampai time aku nak bayar pun masih tak minta maaf. Bila aku tanya "Saya dah order awal tadi kenapa saya punya lambat sampai?", dia jawab balik benda yang sama "Biasalah bang time nak berbuka puasa memang ramai bang, kami pun tak sempat nak makan nasi lagi bang". Ada saja alasan yang diberikan. Susah sangat ke nak cakap "Kami minta maaf bang"?

Melayu oh melayu... nak berniaga bukan begini caranya. Hati pelanggan kena jaga, kalau buat silap, mulut jangan berat untuk tuturkan kata maaf. Kita ni pun bukannya syaitan yang tak boleh nak maafkan kesilapan orang lain. Kalau pelanggan bagi duit besar, jangan buat muka dengan pelanggan sambil bertanya, "Takde duit kecik ke? Saya takde duit pecah." Kalau begini caranya kau berniaga, maaf, kau kehilangan seorang pelanggan hari ini.




tags: melayu berniaga peniaga jangan macam tahi berbuka puasa juadah restoran kedai melayu siam tom yam masakan perangai sikap mentaliti

38 ulasan:

  1. pasal duit kecik tu aku tak terima...butoh hang bawak duit 100 sekeping lepastu beli 2-3ringgit apa ke bangang nye,lepas tu kita pulak susah2 nak tukar duit...fuck you
    ~~~pedagangmelayu~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah pegi dua tiga kedai runcit area umah aku nak tukar duit syiling dgn duit kertas..tapi org jaga kedai tu tak nak..last skali aku pegi tesco tukar syiling tu dengan voucher..

      Padam
  2. kalo dah mai order awai dari jam 6.30 pastu siap balik mandi-dtg balik-sampai 7.50 pon ayaq x sampai, mmg patut gak la TERcarut sikit.hurmm tp tu la, ssh sgt nak ckp mintak maaf. haduii

    part duit kecik tu aku setuju dgn Tanpa Nama ni. kalo mai beli hrga 2-3 rggit tp bagi duit 100 sekeping mmg rasa nak boh penampaq gak kalo aku sbg peniaga yg kecil2an la.

    salam ramadhan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pn x stuju gk kalo duit rm100 nk tukar pnyer pasal beli barang rm1-2 je.. kalo aku jadi tauke, aku cakap "maaf.. amek je la tu kami sedekah... kami xde duit kecik..kalo tujuan encik hanya nk tukar duit, cuba try tukar kt stesen minyak.. dorang mesti banyak duit kecik.... ktorang ni peniaga kecil kecilan je.. *senyum* " .. ... agak2 peniaga tu kena lempang tak. tp kalo peniaga tu ade duit tukar rm100 pn dorang akan susah nk bagi.. sbb nak save duit utk bayar baki pelanggan2 lain yg akan datang kot2 kena ada duit kecik.. Rm50 beli barang rm1-2 pn aku sakit hati.. baik cakap nak tukar duit je, takyah nak buat peniaga rasa bersalah dgn ayat "customers always right" tp dgn hanya beli rm1-2 je. *pengalaman*

      Padam
  3. Tanpa nama 11;52 @ pedagang melayu
    Dah tau beniaga sedia kan la duit kecik byk2. Sapa suruh bila dpt duit besaq baru hang kalut nak p tukaq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish awk ni 12:56, xkn x tau lg adat peniaga melayu, peniaga is always right lah..hiks :p

      Padam
    2. ntahnye.. ada sekali tu aku bungkus cendol, harga dia RM3. Aku hulur RM10. Punn xde duit kecik. Huh, xpela cendol, ko tinggal la kat situ..

      Padam
    3. aku beli nasi berlauk. harga rm4.20. aku hulur rm5. balance rm0.80 pun tak de pecah. dah tau awak tu beniaga guna duit syiling, lain kali standby la duit syiling siap2 sebaldi. stock seminggu punya ke. ni aku tengok, stock duit syiling dia satu bekas kecik yang dok main tarik2 tu pun tak penuh. bukan hari tu sahaja ye, hari2 aku tengok cenggitu. last2 idak ler aku membeli kat gerai tu lagi.

      Padam
  4. inalillahi wainaillahirojiun MH17

    BalasPadam
  5. Huhu..sian kt awk PoN, sy setuju dgn artikel ni :)

    Bab duit besar tu, kalau takde duit pecah, bagitau aje customer elok2x ckp sy takde duit kecik skrg, x perlu peniaga nk emosi ke customer. Marah2x pn bukannya duit tu boleh pecah depan mata :)

    BalasPadam
  6. Cuba berniaga dulu baru anda tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye sebelum rasa nak berniaga tu, sediakan dulu siap2 duit syiling penuh2 satu balang tabung botol susu yang gabak tu.. duit pecah 1, 5, 10 ringgit biar kepok 1 beg. tu baru namanya nak berniaga...

      Padam
    2. Sebelum berniaga tu kenalah siap sedia mental fizikal. Kena komen tu biasalah. Kalau tak boleh sabar tak payah berniaga

      Padam
  7. Kalau da tahi sangat lain kali pergi makan kat tempat bangsa lain.. 😒

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah..ni baru champion!

      Padam
    2. tahniah... anda layak utk menjadi menteri....

      Padam
    3. tak suka restoran melayu pergi restoran cina...

      Padam
    4. kenapa tidak "kalau da tahi sangat jangan pergi makan lagi kat kedai tu.."? kenapa perlu blame pelanggan yang keluar duit, bukan blame peniaga yang bagi servis macam tahi?

      Padam
    5. Haha..sabor je la noob.

      Padam
    6. nama pon tun, level atas sket dari menteri..ketuanan melayu mungkin..

      Padam
  8. Servis tula yang paling penting bila berniaga makanan ni..

    BalasPadam
  9. takpe..lambat pun takpe..yang penting tolong peniaga melayu #

    BalasPadam
  10. aku dah lama putus harapan/black list dgn sesetengah kedai makan melayu. service mcm haram jadah. aku kalau terkena mcm ko dlm artikel ni, dah blah dah xkiralah dia sedang/belum masak lgi aku punya order

    BalasPadam
  11. Pernah lalui pengalaman yg sama...kalau jumpa pengurusan yg profesional, mereka bg diskaun atau paling nasib baik makan free je (setakat menu 1 org x kisah sgt bg free). Tp mmg sy akui ramai pengusaha melayu kurang ambil perhatian kpd kualiti perkhidmatan mereka...kalau berlaku kesilapan atau masalah, tiba2 mereka pulak lebih emosi dr pelanggan itu sendiri...bg sy itu the first and the last sy dtg situ, habis cite.

    Pernah makan dengan big boss kat restoran 3-4 bintang, dia order nasi lemak rendang..dia komplen sambal agak masin, terus budak yg ambil order 2 kasi free tanpa kita yg minta/offer. Tp kalau kita yg xde jawatan/kepentingan/bmw 5 series..maybe diaorg x heran pun hilang 1 customer mcm kita. Kang nasib x baik boleh buat video/viral pasal restoran yg terlibat...tp sbgi umat Islam kena byk2 bersabar..semua ada hikmahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikmahnya sampai bebila la takkan jejak lagi ke kedai tu lagi.

      Padam
    2. Hikmah kpd kedai 2 mmg xkan pergi lagi...tp hikmah kpd kita ialah satu ujian utk test kesabaran kita...tp lewat dpn makanan 30min x sehebat kesabaran sedara kita di gaza yg diserang setiap malam. Ini just satu ujian kecil bg kita, tp still sbgi pengajaran kpd peniaga kedai.

      Kdg2 order roti canai/nasi lemak smpi awal...tp yg dtg lmbt dpt dulu sbb terlepas pandang kehadiran kita..selalu berlaku mcm 2. Tp manusia bila bab lapar nak makan mmg cepat emosi sikit, x dinafikan.

      Padam
  12. Pernah ada pengalaman pahit jugak bukak kat restoran tak popular milik melayu. Sampai awal dan dah order siap sejam lebih sebelum buka puasa, tapi lepas buka pun tak sampai2. last2 kami blah macam tu je tapi sebelum blah ktorang panggil owner and marah sebijik. kesimpulannya, restoran tak ramai orang pun servis lembab sebab tu orang tak datang.heh. buat malu melayu jek.

    p/s: makan buffet je senang takpun masak sendiri je.haha

    BalasPadam
  13. biasa sangat benda ni....dah jadi banyak kali....disebabkan itu aku dah x kisah sangat menunggu walau sampai 1 jam...dah terbiasa....

    BalasPadam
  14. Ini satu lagi post yang sengaja nak menjatuhkan melayu. dah pergi makan kedai cina ke? kedai india? diorang time waktu punck pun mengelabah jugk... tk cukup masa jugk.. pegi la tgk kedai cina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. kalau nak jatuhkan perniagaan melayu, aku dah tulis nama restoran tu tapi aku tak tulis. biarlah dia hilang 1 pelanggan daripada hilang ramai pelanggan.

      2. aku tulis pengalaman aku agar peniaga restoran melayu yang bersikap buruk boleh ubah sikap mereka dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

      3. belajarlah minta maaf kepada pelanggan jika ada buat silap. pelanggan pun manusia juga, mereka juga boleh memaafkan orang lain.

      4. adakah sikap buruk melayu adalah taboo yang tidak boleh disebut, dan jika disebut akan dianggap sebagai menjatuhkan melayu?

      5. Tun M sering menyebut sikap buruk melayu agar melayu boleh mengubah sikap mereka. adakah Tun M juga menjatuhkan melayu?

      6. jika anda seorang peniaga yang bagus dan tiada ciri2 seperti yang disebutkan dalam artikel di atas, tiada sebab untuk anda butthurt.

      Padam
    2. Meleissss dan BUTTHURT berpisah tiada, begitu jg dgn trolling, fitnah, carut, servis mcm tahi serta rempit. Hidup 1malasssia!

      Padam
    3. Konon semangat Melayu tolong melayu tu kuat la. Sampai tak kisah servis tahik yg diberi

      Padam
  15. itu pasal kalau nak sokong sesuatu bisnes jangan sekali2 sokong sebab kaum atau agama.

    ini antara banyak bukti kenapa kita x boleh sokong bisnes melayu/islam hanya kerana peniaga tu melayu/ islam. yg rugi, pelanggan mcm kita. yg menggalakkan peniaga2 ni terus memberi perkhidmatan/ produk buruk ialah pelanggan yg sokong atas dasar kaum/ agama.

    sokong bisnes sebab kualiti. baru 2-2 pihak untung

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong..cara nak maju ialah belajar terima kritikan utk memperbaiki diri..ni kritik sket, komen sket terus kena label nak jatuhkan sesama kaum..mentaliti jenis apakah itu

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.