Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

Antara payung Petronas dan sticker Street Fighter

Aku memang pelanggan Petronas dari dulu dan selalu gunakan minyak Petronas untuk isi minyak kereta. Sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk pelanggan kumpul cop mengikut jumlah minyak yang diisi, lepas cop dah penuh boleh dapat payung edisi khas. So bila cop aku dah penuh, time aku nak tebus orang kaunter tu cakap stok habis. Aku cari stesen Petronas lain dan sama saja jawapannya. Bila aku search kat Internet, rupa2nya isu ni dari minggu lepas lagi dah panas.


Brader ni siap buat video parodi Gila-Gila Remaja untuk memburu payung Petronas tapi hampa.


Lepas tu bila ramai dah komplen kat Facebook Petronas ni dan didakwa ditipu dengan promosi Petronas ni, dan2 la diorang keluar kenyataan yang promosi ni atas konsep siapa cepat dia dapat (first come first served) dan selagi stok masih ada. Masa awal2 takde pula cakap guna konsep siapa cepat dia dapat.

Sumber

Yang lagi karutnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pulak siap backing dan menolak tanggapan pelanggan pam minyak Petronas yang mendakwa ditipu kerana gagal mendapatkan payung melalui penyertaan mereka dalam program promosi tu.
“Tiada isu Petronas ingin menipu atau sebagainya. Bila seorang pelanggan ingin menebus sampai 15 payung maka Petronas terpaksa bahagi sama rata untuk orang lain (yang ingin menebus) juga.

"Penyelesaian bagi kes ini bagi saya, pelanggan perlu bersabar dan menunggu sehingga Petronas mendapat stok secukupnya untuk diagihkan kepada pelanggan yang layak," katanya.

Tambahnya, PPIM menerima sekurang-kurangnya enam aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan kempen berkenaan.

Bagaimanapun, Petronas sendiri telah menjelaskan bahawa syarikat tersebut kekurangan stok payung ekoran sambutan para pelanggan yang sangat menggalakkan, katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Petronas di laman Facebook pada 18 Ogos lalu, yang menjelaskan bahawa kelayakan pelanggan untuk memperolehi payung melalui program itu tertakluk kepada “prinsip siapa cepat dia dapat”.

Sumber Malaysiakini.

Apsal pulak seorang pelanggan tak boleh tebus sampai 15 payung kalau dia memang dapat kumpul cop yang cukup untuk melayakkan dia dapat 15 payung? Ingat ini beli gula ke kena ada kuota2 pelanggan? Kalau ada kuota cakap la awal2 sorang boleh tebus satu sahaja payung.


Dah nak buat promosi takkan la boleh tak jangka yang sambutannya sangat menggalakkan sampai boleh tak cukup stok? Orang marketing yang bagi cadangan buat promosi ni tak boleh fikir jauh ke? Dan apasal PPIM sibuk2 nak backing Petronas lak? Patut backing la pengguna, nama pun Persatuan Pengguna, bukan Persatuan Peniaga, dah tu yang komplen tu pun ramai juga orang Islam, ini backing Petronas pula. Cuba kalau Shell ke Petron ke yang buat perangai macam ni, korang backing tak?

Aku waktu kecik dulu rajin kumpul sticker Street Fighter 2. Bagi 80s oldfags mungkin tau. Masa tu early 90s masa aku sekolah rendah lagi, kena beli jajan Street Fighter, dalam tu ada random sticker lepas tu tampal kat dalam buku sticker Street Fighter. Bila semua sticker dah penuh, boleh claim hadiah. Masa tu antara sticker yang paling banyak dapat, Chun Li. Paling rare, Vega (atau Balrog dalam versi Japan) paling susah nak dapat termasuk bebola api abugit Ken, Ryu dan Sagat.

Buku sticker Street Fighter 2 yang lebih kurang macam ni, tapi lebih lame.

Time tu sanggup tak belanja makan kat kantin, sanggup berlapar dan kumpul duit untuk beli jajan Street Fighter nak penuhkan buku sticker tu. Kadang2 sanggup tipu mak bapak mintak duit lebih cakap nak beli alat tulis la buku la padahal nak beli sticker. Aku dah tak berapa nak ingat berapa lama aku habiskan sisa2 zaman kanak2 aku untuk penuhkan buku tu, tapi akhirnya aku dapat juga kumpul semua sticker termasuk yang rare iaitu Vega.

So aku pun pergi la ke kedai yang aku selalu beli sticker tu nak tebus hadiah. Tauke kedai tu macam terkejut aku dapat kumpul semua sticker, dan dia cakap lah yang dia takde stok hadiah tu sebab tak sangka pun ada orang boleh kumpul semua. So, dia bagi cadangan dan tawarkan aku hadiah mainan lain dan buku sticker tu dia ambil. Sebab masa tu aku budak2 yang tak matang dan mudah diperkotak-katikkan oleh orang dewasa, maka aku tanpa berfikir panjang terus terima sahaja tawaran uncle tu dan ambillah mainan yang aku rasa amat murah tu dan tak berbaloi dengan hadiah sebenar. Sekarang ni aku fikir balik mesti uncle tu guna buku sticker aku untuk tebus hadiah sebenar untuk bagi kat anak dia.

Kesimpulannya kat sini, kita sanggup keluar duit dan keluar effort berusaha untuk dapatkan hadiah, malah dah ikut apa syarat2 yang ditetapkan, tapi last2 tak dapat sebab alasan yang tak boleh diterima akal, siapa yang tak sakit hati? Cuma at least pakcik kedai tu bagi la jugak aku hadiah lain walau tak setimpal, inikan pula sebuah syarikat gergasi oil and gas kebanggaan rakyat Malaysia. Sekurang2nya kalau tak dapat bagi hadiah payung tu sebab dah habis stok ke apa, gantilah dengan hadiah lain yang setimpal. Harga payung tu berapa? RM10? Bagi la barangan lain yang berharga RM10 juga, atau baucer kedai Mesra ke? Macam ni ke cara sebuah syarikat gergasi kebanggaan negara melayan pelanggan sendiri?

Jangan sampai ramai orang pindah isi minyak kat Shell pula, sebab dengarnya Shell ni Lebih Kilometer.




tags: payung petronas promosi habis kurang stok no stock terhad siapa cepat dia dapat first come first served sticker stiker pelekat buku album street fighter 2 sf2 zaman kanak2 budak2 sekolah muda oldfag ppim gila gila payung parody parodi

24 ulasan:

  1. Betul tu. Aku sokong. Masih ade lagi kupon yg dah siap cop dlm kete aku tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca lah promosi dia tu.. sehingga 15 september atau selagi stok masih ada.. aku dapat je payung petronas ni..

      Padam
  2. fuck pekerja petronas terutama amran fans..puiii..dh la sombong hitam gemuk..

    BalasPadam
  3. meleis x pandai meniaga. melayu tipu melayu perkara biasa

    BalasPadam
  4. stiker street fighter... aku pn kaki gak dulu... throwback betui laa hang ni noob

    BalasPadam
  5. Buku sticker street fighter tu aku xdpt satu sticker je lg. Yg gambar vega kot kalu xsilap, kat page tgh.. rasa mcm sengaja xkasik org dpt penuhkan buku tu

    Selamat hari merdeka

    BalasPadam
  6. Aku dh xingat berapa tahun aku x isi petronas.
    Sejak syarikat mahadeath lancau ni menafikan hak royalti utk negeri pengeluar minyak gua terus banned petronas. Sedangkan royalti pun diorang xbagi, So bg aku xpelik la payung diorang xbagi. Byk lg syarikat minyak lain. Caltex dgn techron smooth engine, shell utk fuelsave. Aku skrg masih setia dgn buraqoil. Kelajuan maksimum seperti buraq wehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 komen mcn bagus, tp last skali celaka lanchauu promote buraqoil cam cibai.. melayu ni mmg celaka xhbs guna agama utk jual produk.. minyak buroq, kismis nabi, lps ni apa pulak, minyak wangi haruman isteri nabi?

      Padam
    2. Aku rasa ko pun cibai juga

      Padam
    3. Suka ati gua la nak pakai buraqoil, jibby oil, ayam oil ke lu sentap pehal palancoww?

      Padam
  7. Bro i had same issues psl payung ni..dah penuh cop..tpi bila minta ..tkde stok..emmm

    BalasPadam
  8. Depa nk bg..amik jer.. payung dh abis..minyak kena isi juga.. hidup kena d teruskan ..hahaha payung oh payung

    BalasPadam
  9. Sedikit pembetulan..Vega versi jepun- M.Bison versi US.
    Gouki versi japan..Akuma versi US.
    Aku pun peminat street fighter gak..kecik2 dulu selalu lepak kedai game..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku maksudkan kat atas tu Vega (yang ada cakar tu) versi US, nama dia Balrog versi Jepun - http://streetfighter.wikia.com/wiki/Vega

      Padam
  10. haha2 aku dulu kena kumpul 4 sticker digimon kalau dpt 4-4 sticker digimon akan dpt tukar degn 1 game digimon tomagochi... time tu rmi berebut2 beli agk lama time tu dr rmi2 ad dekt 100 org kot beli jajan ad sticker digimon tu... last yg dpt sorang je... dpt game digimon tu itu pun budk tu tunggu seminggu makcik tu pergi tukar hadiah... dan budk tu dpt hadiah seperti dijanjikan so walaupun ad sesetengh org melayu niaga kdg cibai tp x semua tu cibai.... leps tu ad jual jajan2 yg collect mcm tu pun makcik tu akn bagi hadiah yg seperti dijanjikan kat jajan tu hmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bhai, lu cerita psl zaman ko kecik2 ke psl zmn ko skrg ni? psl ape aku tnye.. psl ko tulis cerita ko mcm budak darjah 3-4 gitu huhu konpius

      Padam
  11. Sy isi minyak shell...sbb minyak petronas cepat berwap terutama isi waktu siang..so bila anda isi rm50, minyak petronas kurg sikit berbanding minyak shell sbb dah ada sedikit minyak bertukar kpd wap, tp kembali ke cecair bila sejuk. Sbb 2 lebih kilometer....hehe

    BalasPadam
  12. Yg gila kt payung tu sgt apsal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo..sbb tu. Mesti klu x dpt payung ni hidup org malaysia x bermakna.

      Padam
  13. demm..

    gua teringat zaman kumpul sticker dulu..

    kalau semua lengkap dalam buku tu..dapat rm100..

    kalau ada muka surat penuh..leh dapat rm5..

    siap tak makan kat sekolah lagi. Memang gila gak la dibuatnya dulu..haha..

    BalasPadam
  14. PETRONAS tak salah. Yang pengguna nak marah2 kenapa.
    Memang aku pun tidak puas hati tepati kena hormat, selagi stok masih ada adalah T&C dia.

    Kesian pekerja PETRONAS kena macam2 sebab ini, yang mana pengguna kena faham selagi stok masih ada adalah hak petronas.

    Yang salah adalah kalau ada stok tapi menyorok.

    BalasPadam
  15. Takkan Petronas tak boleh estimate berapa banyak payung mesti disediakan sebelum promosi dilancarkan. Kalau rasa tertekan lain kali jangan berjanji dan cuba lari. Sedikit masa lagi, Petronas akan bagi alasan promosi tamat tempoh dan payung tak boleh claim lagi.Sekiranya ini betul-betul berlaku saya berharap rakyat Malaysia akan boikot beli minyak Petronas. Ini sebagai pengajaran kepada Petronas yang tidak peka dengan pelangan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm mana tak salah estimate... Sebelum ni tak isi petronas. Bila tau dpt paying free, semua serbu.yang ksiannya pengguna setia minyak tu sbb menyokong barangan malaysia. Heran juga duk berebut nak payung tu.Macam dah confirm nak pakai payung tu nak payung jenazah sendiri..Dunia2

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.