Halaman

Khamis, 28 Ogos 2014

10 cara untuk mengenali rakyat Malaysia

Istimewanya menjadi rakyat Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".


1. Tangan anda berkuasa. 

Hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pastI berhenti dan memberi laluan kepada anda untuk melintas jalan. Selaju mana pun kereta, lori, van atau bas di jalan raya – semuanya mematuhi isyarat "tangan" ini. Lambaian "tangan" juga memudahkan akses kekawasan perumahan yang berpengawal. Malah, di mana-mana jua, "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa.



2. Anda memanggil semua orang sebagai "bos".

Tetapi bukanlah bermaksud anda bekerja untuk mereka. Sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "bos". Peguam, tukang gunting, pelayan restoran - contohnya, "Bos, kuah lebih sikit!" adalah laungan yang biasa didengari di kedai mamak. Satu panggilan yang mesra dan menunjukkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.



3. Anda teruja dengan "jualan murah" dan "percuma".

Sememangnya menjadi sifat orang Malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah, lebih baik. Kalau percuma, lebih menarik! Sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk jualan murah, sedangkan ke pejabat jam 9 pagi pun berat kak melangkah. Soalan biasa didengar, "Bos, ada diskaun?"



4. Anda menantikan pengumuman cuti umum setiap kali menang acara sukan.


Setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, setiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Sama ada Piala Thomas, Piala AFF Suzuki, mahupun sukan Olimpik- pengumuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. Apabila Dato' Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas, sorakan anda menggegarkan ruang tamu, dengan harapan esoknya diumumkan cuti sebagai meraikannya!



5. Anda mengakiri ayat anda dengan "lah".


Bolehlah. Taklah. Jomlah. "Lah" adalah istilah serba guna. Cuaca? "Panas sangatlah." Harga? "Mahal sangatlah." Tidak percaya? "Takkanlah?" Di mana jua, pada bila-bila masa … kalau anda rakyat Malaysia, katakan saja-lah.



6. Anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan jika ke luar negara, makanan tempatanlah yang paling dirindui.


Anda sanggup memandu ke mana jua biar pun jauh ke Utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh, Bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan, dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga jika merantau - biarpun hujan emas di negara orang, cita rasa Malaysia tetap di hati.



7. Anda gemarkan makanan yang pedas rasanya.


Bagi rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan, cili potong atau cili padi, barulah dikatakan 'pedas'. Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. Piza atau ayam goreng? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi cita rasa, mencabar selera dan menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.



8. Anda gemarkan makanan yang kuat baunya.


Mm-hm! Anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! Keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.



9. Ambil gambar dulu, baru makan.


Pantas sahaja tangan mencapai telefon, merakam gambar hidangan dan berkongsi di Facebook, Twitter atau Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan di mana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan Barat, sajian Timur, berseorangan ataupun beramai- ramai – mesti ambil gambar dulu. Jom kongsikan di media sosial betapa seronoknya menikmati makanan kegemaran yang enak menyelerakan.



10. Anda sentiasa lewat sekurang-kurangnya 30 minit untuk sebarang janji temu.


Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat. Sekurang-kurangnya 30 minit. 'Janji Malaysia', alasan yang biasa diberi. Bukankah anda juga selalu mengatakan, "saya dalam perjalanan", sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?


Berapakah markah anda? Mesti lebih daripada satu, bukan? Menjelang sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-57 ini, marilah kita mengingati kembali betapa akrabnya jalinan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak yang kita kongsi bersama. Berkongsi darah yang sama merahnya. Darah yang merupakan nadi kehidupan dan tidak mengira usia, bangsa, bahasa, adat resam mahupun kedudukan dan pangkat.

Sumber Astro.



Di atas adalah 10 cara untuk mengenali rakyat Malaysia, ada yang rasa kelakar bila kita baca, akan tetapi secara seriusnya, adakah kita bangga dengan beberapa sikap rakyat tipikal rakyat Malaysia yang ditunjukkan di atas? Bangga ke bila kita dikenali sebagai orang yang nak melintas jalan sesuka hati tak ikut peraturan jalanraya, suka dengan benda percuma, ambil gambar baru makan serta susah nak pegang pada janji dan tak menepati masa? Rasa bangga ke rakyat negara kita dikenali oleh warga asing dengan sifat2 negatif seperti itu?

Ini baru 10 sifat2 rakyat Malaysia yang antaranya ada yang positif, neutral dan negatif., tapi aku rasa korang sendiri pun boleh senaraikan lebih banyak daripada tu terutama sifat tipikal rakyat Malaysia yang bersisi negatif.

So, sila senaraikan apa lagi cara untuk mengenali rakyat Malaysia selain 10 di atas di ruangan komen di bawah tak kira yang positif dan negatif agar kita boleh jadikan panduan dan pengajaran.




tags: 10 cara mengenali rakyat malaysia sikap sifat mentaliti realiti hakikat orang bangsa kaum melayu cina india warganegara positif negatif

44 ulasan:

  1. ANON SEMUA YG GILA NEGATIF SERIOUSLY BUDUS!!!

    tapi yg penting kena UBAH haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam beberapa komen, ko yang lebih negatif dari anon2 yang ada.. jadi sila cermin diri en. SiRosli

      Padam
  2. Org malaysia suka bukak FB time kerje...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang afrika suka bukak buasirotak time kerja..

      Padam
    2. Sy komen jam 6.10pm..dah lepas time kerje

      Padam
  3. kebanyakan point-point (1,2,3,4,5,9,10) yg diberikan aku dah penah baca kat majalah/internet. artikel copy paste nih! celaka punya noob/astro

    BalasPadam
  4. Org malaysia kt youtube suke tulis "proud to be malaysian"

    BalasPadam
  5. org mesia gila seks...suka melancap, lyn porno,hentai, gi pusat urut, letak cincin kt kote, masukkn bola golf dlm kemaluan isteri dll

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko lupa masukkan suka liwat pembantu peribadi dgn main dgn china doll skali

      Padam
    2. suka rakam video 3gp, ada awek pkai tudung tp blowjob dlm kereta, suka buang anak luar nikah merata2..

      Padam
    3. suka berbogel dan separuh bogel...kaum mana lah tu

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. I lurve hentai 200%

    -Naib Presedin Hentai Club Malaysia(HenCum)-

    BalasPadam
  8. satu perangai org malaysia yg plg palat sekali terutama org melayu adalah suka judge org mcm diorg la manusia plg suci & mulia atas muka bumi ni

    BalasPadam
  9. Rakyat malaysia suka tiru apa yg org lain buat. Kalau sorang tengok blakang, semua kalut tgk blkg. Kalau sorg jual jagung, sepanjang jalan jual jagung. Sorang start komen backing, semua backing, kalau start hentam, semua hentam. Sorang start buang sampah kat tiang, semua longgok tiang yg sama. Sorg pegi korea, semua pegi korea. Sorg producer buat cerita rempit, semua ikut buat cerita rempit. Kalau pegi makan kat tempat baru, nak tengok dulu kedai makan tu ada orang tak. Kalau ada customer lain baru masuk, kalau xde, "kedai ni tak sedap kot!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a aku pun persn mcm tu melayu ni antara paling kuat kaki ikut kot... dulu masa tengok bola sorang start gaduh2 semua lain ikut amcam bangang mana taknya melayu ni kaki bngst suka buat benda tanpa fikir dulu xkira la benda baik @ tak.....dia lebihkan mengikut tanpa berfikir baik dan buruk sebelum bertindak....aka orang lebih seronok buat trend daripada selidik dahulu sebelum buat...

      Padam
    2. Ko dh knp dok hentam Melayu je.kalo y xsnonoh je Melayu,.y lain pun sma je..ko ingt y lain tu xmengikut jgk ke apa org lain buat..cuma kita ni sopan cket la.

      Padam
  10. rakyat malaysia dh hidup terlalu senang, smpai keje2 buruh, amah, pekerja am semua indon dan bangla saja yg buat... kita xperlu buat kerja2 berat mcm tu sbb rakyat malaysia semua pandai2 belaka, xlayak buat kerja kuli, duit melimpah dan banyak harta.. tp yg pelik itu pun masih ramai yg komplen hidup susah dan ambil br1m..

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  11. Tambahan. Melayu juga dikenali dgn
    1. Merempit
    2. Minah rempit
    3. Awek 3gp melayu boleh lhaa..
    4. Buang anak merata rata ..
    5. Layan porn hentai beronani di cybercafe
    6.Jillboobs
    7.Jillbontot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apesal ko spesifikkan pd Melayu plak ni..we all cite pasal Malaysian..
      ~Rakyat Malaysia brbilang kaum.kalo nk cite pasal kaum Melayu shj,sila tnggu topik y mgkn akn dtg or xkn dtg2..k,muah muah

      Padam
  12. Teruknye melayu yer anon 1126

    BalasPadam
  13. org mesia ni terlalu taksub dgn sesuatu sampai jd macai... taksub dgn umno, taksub dgn mahadey, taksub dgn anwar, taksub dgn uai, taksub dgn kpop, taksub dgn artis, taksub dgn anime, taksub dgn porn, taksub dgn mlm, taksub dgn jdt, semua benda nk jadi terlalu taksub

    BalasPadam
    Balasan
    1. eihh xbleh laah, melayu kan bangsa taksub, klu x taksub tu bukn melayu namanya keh keh lol

      Padam
  14. Teruknye org mesia yer anon 1212

    BalasPadam
  15. Orang Malaysia 24 jam sibuk berpolitik. Lepas PRU ada PRK. Lepas PRK ada PRN. Lepas Langkah Kajang ada Langkah Kejang. Lepas Langkah Kejang ada Langkah Kubur pulak.

    BalasPadam
  16. Bosan.aku nk cite bab mkn esp sarapan..kbnyakan org Malaysia sarapan dia nasi lemak kopi o, xpun roti canai teh tarik..la ni punya nsi lemak dh jd nsi lemak cmpur tp aku tetap ska y ori,bngkus ngn daun pisang bilis goreng telo rebos smbl lbh..fullamak..ada jgk y sarapan style barat ada sandwich,butter scone,scrambled egg,sosej..bla bla..tu sume xmenamppakan ciri2 org Malaysia brsarapan..mcm kwn aku stdy ovrsea bru kalut nk blaja wat nsik lemak sndri siap dh bleh jual pun.masa duk kt cni belambak xgaduh nk mkn pun..sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. psl makanan tu hak masing2 la... lantak la org tu nk makan sandwich ke, scrambled egg ke, sosej ke, chicken chop ke... diorg x kacau hidup kau pun... haa ni satu lg perangai org malaysia aku nk tambah... selalu dengki & jeles dgn org lain xtentu psl walau org tu xganggu & menyusahkan hidup dia pun

      Padam
    2. Org crita pasal makanan la wahai anon 920 y bangang thp abadi.xda sapa y jeles n dngki ko nk mkn apepun.even ko nk melantak gajah golek time sarapan pun aku pdulik apa..y aku ckp td mkanan2 td xbrcirikan sarapan org Malaysia,lbh kpd mkanan barat.
      ~Time skolah dlu memonteng.dh besar bodoh nyusahkn org nk kena explain satu2..

      Padam
    3. pasal makan memang hak masing2 tapi bangsa melayu wanabee ni dia smpi satu peringkat agung2kan makanan barat smpi memperlekeh2 kan makanan melayu orang mcm tu memang penendang la memang bngst orang mcm ni yg jatuhkan orang melayu aka duta...nak hapus kan melayu bukn dengn orang luar tapi gunakan orang melayu sendiri puihh benci tul aku pengagung2 melayu yg bajit barat sgt

      Padam
    4. Tmpt lepak mau hebat..starbuck old town tak kisah ko poket nipis..awek lalu buat muka mcm bru dpt tender brjuta2..puii

      Padam
  17. positif : orang malaysia pemaaf - lah

    negatif : orang malaysia pemalas nak bagi signal dengan suka guna lorong kecemasan sesuka hati - lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nazha org singapura ya..

      Padam
    2. positif : Nazha pandai melukis kartun yang comel2. Lukisannya kemas dan bersih.

      negatif : apa jadah lukis kartun tp tak kutuk org singapore sekali

      Padam
  18. 11. malaysia suka tiru 'trend' bodo negara lain. cth giyomi, gangnam style, dan terbaru ice bucket challange(kl utk tujuan menderma xpe jugak)

    BalasPadam
  19. org malaysia suka sokong team bola negara lain (cth manshitter united) dan gaduh- gaduh dgn penyokong team lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 walaupun orang MU tu pelik kenapa org malaysia beria2 sanggup bergaduh pertahankan MU walaupun xde kaitan malaysia buknye kelab malaysia pun haha2, memang bangsa british wanabee puihh

      Padam
  20. Tiada yg sempurna.

    BalasPadam
  21. positif: orang malaysia balik kg beraya dengan kete honda baru terus orang kampung nak jodohkan dengan anak diorang.

    negatif: orang malaysia anak keje kilang tapi mak bapak minta hantaran sampai 15K sebab calon menantu keje kat kl.

    positif: orang malaysia cepat mesra dan berkawan walaupun first time jumpa.

    negatif: baru kenal tapi dah suka sebar2 cerita tak elok pasal org yang baru dia kenal.

    BalasPadam
  22. udah udah la tu...

    BalasPadam
  23. Org Malaysia mmg ASSHOLE. Kat mana2 aku jumpa..org Malaysialah paling asshole.. duduk oversea, jangan kawan dgn org Malaysia. Mmg asshole. Kalo dpt naik flight gi London, sumer buat mulut muncung mcm dialah tuhan maha kaya. Kendian stewardess tunjukkan safety demo kat LCD, sumer bolayan mmg betul2 asshole. Cakap english dgn lagak posh manglish asshole..kahkahkah.. cuba nak buat geordie, jumpa pearly king cakap, melopong langsung x paham rhyming slang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol hahaha ya aku kenal beberapa org key'ell yg pe'el asshole mcm ni..seriously gampang, memalukan betul lol

      Padam
  24. London mai malaysia pun tenganga juga x phm bahasa...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.