Halaman

Khamis, 14 Ogos 2014

Guru pulau dan boikot anak murid yang suka Israel

Anda seorang cikgu sekolah? Ada add akaun FB anak murid anda jadi friend Facebook anda? Keluar kat newsfeed anda anak murid anda Like page "I Love Israel"? Apakah tindakan yang betul dan wajar yang perlu anda buat sebagai seorang cikgu kepadanya? Ya, mari kita boikot, pulau, ancam dan malukan dia beramai2. Jangan tegur dan bercakap dengan budak ini. Malu je kan ada anak murid macam ini?


Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi di kalangan warga sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat berkata setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang termasuk guru pelajar berusia 17 tahun itu.
"Semalam kami ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini kami ambil keterangan tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia 40-an bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi, di Nibong Tebal hari ini.

Beliau berkata tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar pelajar itu dibakar.

Shafien berkata keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.

Beliau berkata pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya.

Shafien berkata pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja.

"Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang diterimanya," katanya.

Sumber Malaysiakini dan juga Malaymail Online.


Mulia betul la cikgu2 budak tu kan sebagai para pejuang Palestin yang memboikot dan memulaukan anak muridnya sendiri yang TERTEKAN butang Like secara tak sengaja tu. Mungkin para pejuang ini juga boleh mula memboikot anak murid, kawan2 dan kenalan2 FBnya yang lain yang dengan sengajanya Like page2 seperti Koleksi Awek Melayu, Skandal Melayu, Gossip Artis Hot, Zouk, Pornstar, McDonalds dan juga fanpage Anwar Ibrahim.

Seriously, tak boleh tanya dulu ke anak murid tu dari terus menghukum dan memalukannya? Tak boleh tanya dia ke kenapa dia Like page tu? Boleh jadi dia Like page tu sebab dia nak tulis komen kat page tu? Dan kalau dia memang sengaja Like sebab memang sokong Israel pun, perlu ke terus menghukum dia macam tu? Tak boleh ke berbincang, berhujah, bagi nasihat dan penerangan sewajarnya? Lepas tu kalau dia still nak sokong Israel juga, pandangan dia adalah hak dia, tak perlu kita terus memulau dan mengajak orang lain turut sama memulaukan dan mengancam dia.

Sewajarnya cikgu adalah pendidik, bukan penghukum, lebih2 lagi menghukum tanpa selidik. Jangan tanya kenapa ada murid yang tidak hormat kepada guru, kerana sikap segelintir guru itu sendiri yang membuatkan mereka tidak layak dihormati oleh anak murid.




tags: pelajar tingkatan 5 like page i love israel kena pulau guru cikgu boikot ancam kutuk bakar malu pendidik penghukum tanpa soal selidik

64 ulasan:

  1. cikgu oh cikgu..🔥

    BalasPadam
    Balasan
    1. senangnye la bagi alasan tertekan like. bodoh punya noob caya bulat2.

      Padam
    2. untung la dia ckp tertekan, klw aku sebut aje sengaja. cikgu2 m'sia ni xtahu ke org yg tekan like tu xsemestinya sbb "suka" ?? nk komen nk follow mmg kena klik “like” la wahai para pendidik sekalian yg pandai.. nmpk x??

      Padam
    3. woi, noob bingai, ko dh soal selidik ke apa yg belaku?

      Padam
    4. aku syak samsul adli diatas adlh seorg detektif. kbhai.

      Padam
    5. woi, noob bingai, ko dh soal selidik ke apa yg belaku?

      Padam
    6. tertekan? hmmm. andaikata student tu mmg seorang saiko, sukakan kekejaman dan pembunuhan, apa ko nak jawab? at least tindakan guru tu membolehkan masyarakat prihatin sekaligus mampu menegah perkara buruk

      Padam
    7. Ini semua salah UMNO-BN!

      Padam
    8. aku pasti yang tulis komen2 bodoh dan merapu kat atas ni cuma troll, tapi aku nak jawab gak.

      aku dah tulis kat atas tu bukan masalah dia sengaja atau tidak dia tekan Like tu, tapi seorang guru terus menghukum anak muridnya hanya sebab dia Like page I Love Israel dengan print screen activity tu dan hebohkan pada orang ramai sehingga murid itu diboikot, dipulau dan dimalukan tanpa tanya dulu kepada muridnya tu. begitu ke cara seorang guru nak mendidik anak muridnya?

      Padam
    9. if you can't defeat them, shame them..

      Padam
    10. "if you can't defeat them, shame them.."?.Pekejadah falsafah yang ko guna ni?them?budak tu kategori them? can't defeat? cikgu tu berperang dengan budak tu ke sampai nak kne defeat? shit..berterabur dan salah penggunaan maksud dan situasi dalam sesuatu falsafah.

      Padam
    11. macam tu la anon 1129.. kadang2 bodoh ni tak boleh di ajar.. lagi diajar, lagi mengarut.. bullshitkan sekali anon atas2 tu termasuk cikgu2nya sekali... apakejadah cikgu nak berperang dgn murid? ingat tu medan perang ke? tu sekolah la bahlol...

      Padam
    12. tu la pasal anon 1144.siap kena defeat bagai. Cikgu tu boleh je panggil murid tu,bincang dan dapatkan penjelasan. settle. pehal pulak sampi kena defeat la, shame la.hahahaha

      Padam
    13. jap. 612 tu troll gak eh? sahabatku noob, sila tarik nafas dlu sblm b'tindak.

      Padam
    14. aku syak anon yg ckp noob bingai tu cikgu, bukan detektif..cikgu meles zmn skng mmg ramai yg bodoh n emo xbetmpt..k bhai

      Padam
    15. ╮(╯_╰)╭

      Padam
    16. Semua yg kutuk cikgu disini adalh penganggur, trmsuk noob. Tanpa cikgu spt kami, anda smua xknal abc.

      Padam
    17. Setakat abc je la yg ko nk ungkit pun, kesalahan tatabahasa ko sndri tu x nmpk pulak "di situ", ye cikgu? lulz, gi msuk rancangan rajalawak je la cikgu..

      Padam
  2. Oh Rozana

    Bukan niatku menuntut kembali seketul bisjut & royi

    apatah lagi segalanya telah aku membeli bisjut & royi

    simpanlah ia milikmu,

    kau telah bayar mahalnya bisjut & royi

    buangkanlah bisjut & royi jika perlu,

    tetapi usah kembalikannya padaku,

    kerana bisjut & royi itu sudah tiada lagi nilai adanya,

    dan kerana itu aku sedang membeli bisjut & royi baru

    untuk aku berikan kepada jejaka bangla

    bisjut & royi yang tak sama seperti dibeli olehmu

    nak bisjut?

    BalasPadam
  3. dunia siber..hang silap sikit ja dalam bertindak...semudah satu 'klik' yang hnya perlu menggunakan satu jari..bammmm..berubah trus situasi hidup hang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol, so sure meyh?? aku tgk xsemua yg xblh hadap bnda2 mcm ni, misalnya ahli2 politik tu dok rilex je buat gaya cool even kne trol ke viral or so on. tp ade jgk org kbnykn yg blh dijadikn contoh.

      Padam
    2. kalau hang punya perbuatan tu tak ada efect..maknanya tak ada apa2 yang special la. Lagi satu, jgn la kait dengan ahli politik..depa tu mmg la tak akan ada kesan. pusing kot mana pun duit tetap bnyak jugak. post benda bodoh pun bukan org macam kita ni brani pi serang. Yang berani serang tu pun level2 ahli politik tu la jugak. Tak kan tak nmpak lagi kot..contoh hang post kat FB najib kata nak bunuh dia..confirm esok hang masuk paper.

      Padam
  4. Ni lah salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  5. pada aku, benda ni kena amik serius dan dikaji semula.. berapa ramai orang yg LIKE page Zionis untuk faham dan kaji Israel tu.. cikgu2 ni mengarutlah..

    Kalau nak faham Facebook pun tak lepas, macam mana nak faham Pelan Pembangunan Pendidikan?

    BalasPadam
  6. cikgu ni pandai.. kalau bodoh xdelah dia jadi cikgu..
    tapi bila cikgu pandai, tak semestinya dia pandai semua perkara.. bodohnya banyak jugak.. lagi2 guru zaman sekarang yg dpt kerja cikgu tu sbb nak kerja ada pencen.. bukan sebb sayang anak murid pun..

    facebook tu banyak gunanya.. tapi macam tu la.. bila benda bagus digunakan oleh orang bodoh.. jadi bodoh jugak hasilnya.. Semua benda nak ikut emosi..kesian budak tu.

    BalasPadam
  7. lepas ni mmg confirm la kena daftar SKMM.. lagi senang kerajaan nak pantau.. sila pantau cikgunya sekali.. almaklumlah cikgu sekarang banyak yg horny.. tak like page israel, like page awek melayu..

    BalasPadam
  8. ni antara kes2 bangang yang ada kat malaysia ni.. negara lain takde.. benda boleh settle mudah je pun.. duduk satu sekolah.. jumpa je la.. bodoh shit la cikgu tu.. kesian budak tu sampai kena tutup akaun semata2 nak lari dari tekanan jiwa.. nak sekolah pun tak senang hati lepas ni..

    BalasPadam
  9. apa ke bangang sampai jadi kes nak kena siasat bagai.. kan ke buang masa.. baik tumpu nak amik SPM.. dah nak dekat dah tu.. cikgu bangang.. semua bangang la senang citer..

    BalasPadam
  10. ada beberapa situasi tapi kesan yang sama.

    situasi 1
    murid : kalau aku nak tau perkembangan dan citer israel laknat ni, kena like dulu kat fb..baru boleh dapat update sentiasa...ok la, 'like'.
    cikgu : SIAL!! AGEN YAHUDI!!!BOIKOT!!!BOIKOT!!MARI PULAUKAN BUDAK ISRAEL LAKNAT NI!!.

    situasi 2
    Murid : Owh, ni la page israel laknat tu..(klik sana-klik sini, tertekan like)
    cikgu : SIAL!! AGEN YAHUDI!!!BOIKOT!!!BOIKOT!!MARI PULAUKAN BUDAK ISRAEL LAKNAT NI!!MURTAD!!REJAM!!REJAM!!

    situasi 3
    murid : ah, tekan like sikit..nak bagi viral pastu leh la jadi glamer..hahaha
    cikgu : SIAL!! AGEN YAHUDI!!!BOIKOT!!!BOIKOT!!MARI PULAUKAN BUDAK ISRAEL LAKNAT NI!!MURTAD!!REJAM!!REJAM!!.

    3 situasi, tapi kesan yang sama. tak kira situasi bagaimana, hasilnya tetap butang like tu telah ditekan dan cikgu tu trus rampage. So, what's the point? kita belum pasti niat murid tu dan kisah sebenarnya. But at least kita tau tindakan cikgu tu tetap sama..So dari segi bab murid,belum pasti.Tapi dari segi cikgu..memang scumbag.

    BalasPadam
  11. Nama saya bukan Nasir14 Ogos 2014 pada 11:42 PG

    Tk salah pun nak follow. Dari follow page2 mcm ni la kita tau apa benda yg di spin dlm media diaorg. Mmg contradict gila. Mcm mana cara diaorg yakinkan rakyat2 dia utk terus bunuh sesuka hati atas alasan self defence. Aku follow page official IDF utk tau story dari side diaorg. News feed biar dari both side baca, baru kita tau mcm mana utk digest benda tu. Tp dlm hal israel ni, mmg menipu dgn cara yg bersungguh2. Lawa2 infografik diaorg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. ramai org malaysia kita ni yang follow page IDF. bagi aku takda masalah pun. kita nak tau perkembangan dan cerita musuh laknat tu.

      Padam
    2. spe ckp xde mslh? come on la guys. mestilah ade mslh, page kapir laknat tuh, terang2 bermasalah punya lahh melainkn cikgu2 yg “pandai” tu tdk add mereka2 tu di fb. how irony..

      Padam
    3. aku nak tanya anon 356 di atas.. apa masalah kalau dia like page tu? dana israel bertambah ke? setiap satu like= satu peluru utk anak palestin ke? WTF?

      Like facebook bukan sama dengan like=suka. Like tanda nak ikuti, nak faham dan dari situ kita keluarkan penipuan2 yg dipesongkan oleh mereka.. WTF la ko ni..

      Padam
    4. anon 356, ko tau tak pe maksud like kat FB tu? bukannya maksud suka. butang like tu khas utk ko follow page tu. sama je kalau dia tukar like tu jadi 'bullshit' ke, 'naharom' ke..tetap fungsinye sama utk ko follow page tu. tu baru isu like page. kalau isu yang bila org post "mak saya baru meninggal"..org tekan jugak like. mknenye org suke mak dia meninggal?.

      Padam
    5. perhatian kpd anon 407 dan 421. sila baca komen anon 356 sehingga habis. disitu ade tertulis melainkn cikgu(ygsengal) tdk add di fb.. nmpk x?

      Padam
  12. tugas cikgu2 sekarang selain main facebook, diorang kena stalk student lepas tu printscreen. tu KPI yg kementerian pelajaran dah tetapkan. Yucks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kes kawan aku, adik pmpn dia minat one direction. adik dia pun like la page one direction. Cikgu dia tgk kat fb .cikgu tu laki..esoknya cikgu dia kutuk habis2 dia dalam kelas. cerita pulak tersebar satu skolah..bukan cerita cikgu tu kutuk adik dia..tapi cerita adik dia minat one direction. Benda remaja2 camtu pun cikgu tu boleh jadi bodoh amik kisah. Bila dah sampai kat pengetahuan kwn aku ni..dia tgu cikgu depan skolah siap dengan bwak geng. Nak dijadikan cerita..kenapa cikgu tu boleh bertindak sampai macam tu? memalukan anak murid sendiri. Budak pmpn skola..standard la minat artis2 cmtu. mungkin cikgu tu jeles sebab adik member aku tak minat dia kot. So akhirnya, mendapatla habuan kena pukul. Tapi cikgu tu tak cerita kat orang lain..dia cakap dia jatuh motor. kalau cerita lagi..mmg masak la.
      Moralnya, kepada cikgu2 sekarang..didik la anak bangsa kita dengan betul. Cikgu membantu membentuk masa depan pelajar, bukan pemusnah masa depan pelajar. Cikgu sepatutnya seorang yang supportive, pendengar masalah yang baik dan juga menunjukkan contoh2 yang mulia. Ini kalau cikgu pun perangai haramjadah..ko nak harap pelajar jadi bagus camner?.

      Padam
  13. Saya bersetuju dengan pendapat yang admin utarakan. Sebagai pembimbing, guru sepatutnya memperlakukan murid dengan baik dan betul. Bukan dengan cara memalukan dia seperti itu. Printscreen dan dihebohkan di facebook.

    Pada saya, guru ini sebenarnya cukup bernasib baik kerana memperlakukan sesuatu yang tidak normal kepada budak baik. Ada kes, guru hanya menjeling sahaja kepada budak sekolah yang hisap rokok, beberapa hari selepas itu, cikgu tersebut dicalarkan keretanya. Budak2 zaman sekarang mana takut lagi dah dengan undang2.

    Itulah sebabnya guru perlu bertindak seperti seorang guru. Bukan seperti ahli politik.

    BalasPadam
  14. sesetengah orang berfikir rasional seperti noob. sesetengah orang membangkang sebab otak sempit dan memang hilang daya pemikiran rasional. sesetengah pula membangkang sebab hobi dia nak hangatkan suasana dengan troll.

    kita back to basic la. budak tu tekan like page israel.cikgu dia panggil utk bincang. isu dalaman sekolah je pun.benda kecik. budak tu pun tak malu dan boleh skolah macam biasa selepas mohon maaf atau bagi penerangan.

    tapi jalan citer dah jadi kucar kacir..budak tu tekan like page israel..pastu cikgu tu meroyan menghentam budak tu..siap disoal siasat..kawan2 skolah dah maki hamun. budak tu pun takut dah nak bersekolah situ.dan sampai besar org akan ungkit dan ingt. lepas viral kat web..isu jadi makin besar. Percaya la cakap aku, takde untungnye cikgu tu.buat masa sekarang dia akan rasa dia glamer dan tegas..tapi pada masa akan dtg, dia akan menyesal dan ingat ye apabila kita memfitnah atau buka aib seseorang..Allah akan buka aib kita berkali ganda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya budak2 sekolah ni bila ada satu2 isu yg libatkan member.. mesti member tu akan dapat satu label.. dan label tu akan lekat kat dia sampai bila2.. kalau nama dia Hadi.. woi, Hadi Israel... kesian dia dan mak bapak dia.. bagi nama anak elok2.. org lain sedap2 tambah2.. tu salah satu kesan yg cikgu tu tak nak amik tau pun

      Padam
    2. betul tu anon 4.38. aku sokong. cikgu tu patut pikir kesan kepada murid tu. kesian budak tu.Tapi aku yakin, cikgu tu pun akan terima kesan jugak sebab ada pihak yang pikir cikgu tu bertindak meroyan macam tu. Pusing2 mana pun, orang akan buka cerita yang cikgu tu kuar stalk fb student dan post benda2 yang boleh memalukan student tu. Benda ni akan sampai ke perbualan ibu bapa student skolah tu dulu..diorang akan cop cikgu tu dengan title yang tak elok. Cikgu tu mungkin telah 'bakar' student tu secara mengejut..tapi dia tak sedar yang dia turut perlahan-lahan 'terbakar' jugak..cuma dia belum rasa panas.

      Padam
  15. guru sepatutnya menjadi seorang yg murid boleh percaya... kalau dgn guru pun murid dh hilang kepercayaan, dgn sapa lagi murid nak percaya?? cikgu2 kena baca manga Great Teacher Onizuka (GTO)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pffft.. manga untuk budk2 mana ad org, so call dewasa nak baca manga.. puihhh

      p/s: ini pun satu mentaliti malays suka merendah2kan benda puihh

      Padam
    2. weh, apa ni main ludah2..kena kaki orang lain.pengotor sungguh la.

      Padam
  16. kesian nye kt bdak tuu.. Ap yg noob ckp tu ak stuju sgt.. Xkan ckgu tu xley pkir kot.. Tau2 je trus marah2 bdak tuu.. Pkir logik jelaa.. Bg motivasi ke kt bdak tuu,tanye dia knpa wt cmtu, cam noob ckap.. Ini tak,. Main tuduh jee..

    BalasPadam
  17. Maybe cikgu tu salah.. atau mungkin mmg murid tu salah... x sengaja dh spt jd pekataan yg selamat bg mereka yg rasa dh buat salah... rasanya perlu juga d siasat... kena tgk kes disiplin murid itu juga... jgn tuduh2 yer... saleha ooo saleha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku xfhm la pemikiran org mcm ni... sejak bila like page kat fb jd satu kesalahan yg melanggar undang2?? lg satu betul kata kau, budak tu perlu juga disiasat, tp ada ke cikgu tu siasat budak tu?? yg aku tau dia hya malukan budak tu kt fb...

      Padam
  18. budak tu tak sengaja kot.. atau pn otomatik like padahal x prasan. slalu gak jadi kt aku. tibe2 kt newsfeed kuar bende baru. pdahal bukan jenis yg suka like pn. ntah2 masa aku tekan artikel2 kt tenet, ada function boleh buat kter otomatik like kot kalo fb kter x logout...uish bahaya2.. mmg lepas ni nk kena slalu logout.

    BalasPadam
  19. So damn stupid and fanatic !!

    BalasPadam
  20. Guru sepatutnya...murid sepatutnya...komen jer lebat. Cerita sebenarnya sorg pun x tau. Simpan skit bodoh dlm poket.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cecite cecite yg sebenornye..npe cikgu wat cmtu? Cikgu tak kesian ke kat anak murid cikgu sendiri? Hai...cikgu..cikgu.

      Padam
    2. Xperlu citer pape dh, bce je komen cecikgu "pandai" tu di printscreen noob tempel kt ats tu, dh bleh agk level pemikiran cecekgi kaki main fb skng mcm mne..jenis tu kuat komplen kje cikgu bnyk gile, pdhal bnyk buang mse kje main fb siang mlm, maunye kje nk siap??..cam harommm

      Padam
  21. Guru malaysia... kesian anda... rasanya kecik jer hal ni... cikgu... anda dh ajar byk pekara... keyboard warrior dh pandai guna otak... akhirnya guru2 d perlekehkan semula... bijak2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus cikgu.. dapat je jawatan guru korang terus jadi maksum.. korang jatuhkan murid xper, xsalah.. sape yg tegur tu mmg bodoh sbb xkenang jasa guru walaupun cikgu tu kurang ajar..

      Yg peliknya... keyboard warior bangang ni jugak yg hormat cikgu2 baik.. cikgu yg betul2 guru.. bukan cikgu yg kaki fitnah.. siasat tidak.. emosi budak tu sampai ke besar dia akan bawak. Dah la tahun ni spm

      Padam
    2. Ambil saja tindakan kalu cikgu tu d dapati besalah... budak tu nk like page apapun lantak dia la... mak pak dia ada... cikgu buat keja hakiki saja... menyibuk hal org buat apa.. susahkan diri ... puihhh

      Padam
    3. Aku nk register ank2 aku msuk international school ah nnt, biar kuar duit lebih skit xper, yg pnting ank2 aku dpt yg terbaik, xder terkuncup otak baka aku nnt..lulz

      Padam
  22. nak like or taknak like budak tu punya hak. kalau yg lain makan taik , budak tu pun kena makan taik ke?

    BalasPadam
  23. Kita dah hampir menjadi BANGSA TAHI dah.. semua di sekeliling jadi mcm haramjadah belaka.. sentuh apasaja, sumer jadi taik..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.