Halaman

Jumaat, 8 Ogos 2014

Jangan mencemuh dan menghina pekerjaan orang lain

Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah...

Fatin: Abang, kawan2 adik semua cakap adik ni pekerja yahudi sebab adik kerja kat McD.
Amran: Memang betul pun kawan2 adik cakap tu. Macam ni, adik kerja je kat tempat kerja abang. Abang supervisor kat situ.
Fatin: Ye ke bang. Bolehlah kalau macam tu. Abang kerja kat mana?
Amran: Abang kerja kat Tesco.
Fatin: ...


Sasya: Abang, adik nak berhenti la kerja kat McD ni, sebab baru adik tahu yang McD ni syarikat Yahudi lepas tengok orang demo ramai2 depan McD tadi. Tapi adik tak tahu lagi nak kerja apa, adik ni cuma ada SPM je.
Munir: Betul tu adik, McD memang syarikat Yahudi. Apa kata, adik kerja jadi operator kat kilang abang, abang HR kat situ.
Sasya: Betul ke bang? Terharunya saya. Abang kerja kilang apa?
Munir: Abang kerja kat kilang multinasional, Intel. Haa hebat tak? Satu dunia kenal Intel sebagai jenama processor komputer yang hebat kan?
Sasya: Err... Intel tu bukan syarikat Yahudi jugak ke bang?
Munir: Eh adik ni pandai2 je. Yang syarikat Yahudi tu McD. Tak pernah pulak abang tengok orang demo depan kilang abang ni nak boikot Intel.
Sasya: ...


Mila:
Abang, kawan adik cakap gaji adik haram dan tak berkat sebab kerja kat syarikat Yahudi.
Asrul: Memang la dik, adik kerja dengan syarikat Yahudi memang la haram dik. Macam ni, adik kerja kat tempat abang ni jadi kerani.
Mila: Iye? Bestnya bang. Abang kerja kat mana?
Asrul: Abang kerja kat bank la dik, kat bank CIMB. Syarikat tempatan dik, konfirm halal dan berkat dik.
Mila: Tapi bukan ke bank abang kerja tu masih mengaut keuntungan melalui riba?
Asrul: Err... taklah. Owner bank ni melayu, orang Islam, mana ada haram dikk. Adik ni pandai2 je.
Mila: ...


Rania: Abang, ramai orang pandang serong kat abang dik sebab adik kerja kat syarikat Yahudi.
Hafiz: Nak buat macam mana dik, adik kerja dengan benda yang kotor, mana orang tak cemuh dik. Tengok abang, kerja dengan kerajaan, pegawai lak tu, semua orang respek kat abang dik. Lagipun pendapatan kami dah tentu bersih sebab kerja dengan kerajaan sebuah negara Islam.
Rania: Oh bersih... walaupun lesen dan cukai judi, arak, rokok, kelab malam, bank riba termasuk dalam hasil pendapatan kerajaan, termasuk juga cukai2 yang banyak dari syarikat Yahudi yang melabur di negara kita?
Hafiz: ...


Doyok: Aku sedih la Yus. Mak tunang aku dia suruh aku berhenti kerja dari kilang Nestle kalau nak kahwin dengan anak dia, sebab dia cakap kerja dengan Yahudi ni haram.
Yus: Tu la kau, aku ajak kau berniaga dulu tak nak, tengok aku, berniaga sendiri, takde pening2 kerja dengan Yahudi ke apa.
Doyok: Wah syok lah kau, kerja sendiri, bebas dari pendapatan haram dari Yahudi. Kau buat bisnes apa?
Yus: Aku bukak kedai komputer sekarang, macam2 jenis komputer dan laptop aku jual, HP, IBM, Dell, Apple, macam2 la ada. Kalau ko nak beli ko beli dari aku, aku bagi kau special price baik punya.
Doyok: ...


Kesimpulannya, janganlah kita mencemuh dan memperlekeh pekerjaan orang lain hanya kerana dia kerja di syarikat Yahudi, kerana hakikatnya zaman sekarang ni kerja kita juga taklah sesuci mana pun. Malah yang kerja dengan bank2 yang mengamalkan riba tu dah terang2 lagi teruk dan mudarat daripada orang yang kerja di syarikat Yahudi yang menjual makanan halal. Itu belum lagi kerja sebagai GRO, bartender, tukang hidang arak dan bonzer kelab yang sudah jelas punca pendapatannya haram.

Namun, ia masih tak melayakkan kita untuk mencemuh, menghina, menghukum, memperkecil dan memandang rendah orang yang terpaksa bekerja sedemikian. Apa yang kita boleh buat, elakkanlah daripada bekerja di tempat yang sudah jelas haramnya, rajinkanlah diri untuk keluarkan zakat dan sedekah serta berdoalah agar rezeki yang kita perolehi untuk diberi makan pada diri kita, anak isteri, ibu bapa dan rakan2 ini bersih, suci dan diberkati Tuhan.




tags: jangan perlekeh cemuh hina pekerjaan kerja orang lain syarikat kompeni yahudi tak suci bersih berkat barokah produk barangan boikot 

19 ulasan:

  1. Memang betul kita tidak boleh nak peleceh kerja orang lain. Begitu juga dengan perniagaan dan perjuang melayu. Kalau perjuangan cina, ada kaum mereka pelecehkan mereka? tiada bukan?

    Fatin: Abang, kawan2 adik semua cakap adik ni pekerja melayu sebab adik kerja kat MARA.
    Amran: Memang betul pun kawan2 adik cakap tu. Macam ni, adik kerja je kat tempat kerja abang. Abang supervisor kilang Cina.
    Fatin: Ye ke bang. Bolehlah kalau macam tu. Abang kerja kat kilang mana?
    Amran: Abang kerja kat Cina la.
    Fatin: Menarik sekali.

    Tengoklah perbualan mereka. Betapa agungnya cina sehingga lupa nilai2 melayu. Merasakan melayu tu layak jadi pekerja sahaja.

    Bila melayu berniaga, ada sahaja yang mahu dikomen dgn harapan melayu itu tadi berhenti berniaga dan mula berkuli dgn cina. Nampak sangat dah matlamat orang kita ni.. Dengki sesama sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pejuang bangsa abadi sudah kembali dengan comment 'cina' beliau. haha

      Padam
    2. ahli rasis negara dah masuk mengomen

      Padam
    3. korang ni lupa ke? tu kan anon nasi goreng hahaha

      Padam
    4. apa ko merepek ni ha setann??? cerita psl yahudi ada je nk cite psl cina... bodoh lembu punya machai umngok

      Padam
    5. ni mesti ada amoi mana-mana rejek beliau tu yg jadi obses anti-cina ni

      Padam
    6. dik, nasi goreng 1..racist tu kasi taruk lebih sikit aaaa...

      Padam
  2. Boikot dgn akal bkn dgn otak..:)

    BalasPadam
  3. Shrek is love,Shrek is life8 Ogos 2014 pada 11:29 PG

    kerja dgn syrt yahudi tak apa. jgn terlibat dgn syrt yahudi yg beri dana kepada israel/zionis. bukan semua yahudi jahat dan muslim itu baik

    BalasPadam
  4. Baik jual cucur pisang tepi jalan je..

    BalasPadam
  5. apa pun jenis kerja , yg ptg dilakukan dgn cara halal melalui sumber yg halal serta ikhlas kerana Allah .

    BalasPadam
  6. setujuu dgn noob..kta jgn hina or perlekehkan pkerjaan org len..zakat jgak memainkan peranan yg pnting utk bersihkan gaji kte..

    BalasPadam
  7. orang yang menhina org lain jauh lebih keji.

    BalasPadam
  8. Jangan online pasal internet tu yahudi.

    BalasPadam
  9. semua ni salah UMNO-BN yang menyokong Israel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa mesti salahkan UMNO-BN? Sedangkan DS Najib berulangkali berucap dihadapan awam, malah dirakam oleh media-media antarabangsa bahawa kerajaan kita menyokong sepenuhnya Palestin.

      Pihak lagi satu, apa tindakan mereka ketika rakyat sibuk dengan urusan boikot? Mencari-cari jalan supaya boleh dirampas jawatan Menteri Besar. Agak-agak dari ucapan beliau, ada tak beliau menyokong Palestin? Israel beliau sokong bukan? Jangan nak tipulah kata dia tak sokong Israel.

      Padam
  10. Mmm saleha dh keliru ni... nk keja apa mcm ni... spa online abah dh mengamuk.. mak pulak sibuk suruh keja gomen... alih2 abg kata byk company yahudi... nmpknye saleha mengangggur lg la.... dpt pakwe pun perangai mcm israell eerggghh...

    BalasPadam
  11. yesss tu sbb kena kuar zakat n sedekah.. utk usaha gk nk bersihkan harta2 kta tu...
    haa boleh la kuarkan duit buat korban utk tahun ni... jgn lupeeeeee

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.