Saya kesepian dan betul-betul memerlukan seorang kawan. Banyak perkara hendak diluahkan. Tak mengapa kalau dia tidak boleh nak beri pendapat, yang penting boleh jadi pendengar setia dan menjadi teman tidur bantal peluk di katil saya. Maka hilanglah kesunyian. Terubatlah kerinduan. Ya. Saya betul-betul perlukan kawan. Ada cadangan kawan untuk saya?
Mungkin itu sebenarnya luahan hati orang yang membela anjing di dalam rumah. Dijadikan peneman setia untuk berbual mesra, bermain, menonton TV di sofa, dibawa senaman di taman dan jadi peneman tidur sekatil. Hilang segala tekanan perasaan.
Adakah mereka bersalah kerana membela anjing? Jika salah, apa sebab yang menjadi salah? Kerana haram? Atau kerana najis?
Sesungguh Allah menjadikan haiwan yang digelar anjing itu bukan untuk kita memandang hina pada mereka. Membela anjing juga bukanlah satu kesalahan. Malah kita sebagai manusia perlu menyayangi binatang dan menyantuni mereka dengan baik.
Soal anjing itu najis atau tidak, kita serahkan pada mereka yang lebih pakar untuk membentuk hukum. Tetapi secara umum, masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia menganggap haiwan ini najis. Pun begitu, terdapat pendapat yang mengatakan hanya air liur sahaja yang menjadi najis. Bahkan ada yang berpendapat bahawa anjing itu tidak najis cuma haram memakan dagingnya. Sama seperti haram memakan daging kucing.
Kita anggap sahajalah pada mereka yang membela anjing ini menganggap haiwan itu suci seperti haiwan lain. Jika pun najis, mereka sanggup untuk bersihkan setiap hari, setiap kali sebelum solat dan sebelum makan.
Jadi, bila anjing itu najis, adakah haram memegangnya? Semestinya tidak. Tahi itu najis. Adakah haram untuk memegang tahi? Tidak sama sekali. Apa yang penting, selepas pegang, basuhlah tempat yang terkena najis. Mudah sahaja.
Cuma apabila dilihat dari sudut masyarakat setempat, adakah kita ini benar-benar memerlukan haiwan sebagai peneman hidup? Sudah betul-betul tiada kawankah untuk dipadankan dengan kita sehingga memerlukan haiwan sebagai sahabat? Owh! Alangkah teruknya hubungan sosial di negara kita sehingga tiada lagi manusia untuk dijadikan kawan. Apa yang lebih merunsingkan, jangan sampai jadi seperti di negara barat di mana mereka mahu lari dari kekecewaan hubungan dengan manusia lalu menjadikan anjing sebagai teman. Ibu lebih selesa melayan anjing berbanding anak cucu. Isteri lebih menyayangi puppet dari suami. Apakah tidak rosak nilai kemanusiaan di situ? Hakikatnya fitrah manusia itu perlu bersosial sesama manusia.
Bagi seorang muslim yang percaya bahawa air liur anjing itu najis, tidakkah kita rasa terbeban kerana kita perlu sering membasuh tempat yang telah dijilat anjing? Bagaimana ketika kita tidur atau leka, kita tidak tahu di mana mereka telah menjilat tubuh kita. Bagaimana kita menangani perkara ini? Bukankah agama tidak suka kepada mereka yang memberat-beratkan sesuatu perkara?
Itu satu perkara. Perkara lain pula, setiap orang Islam pasti sudah maklum bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing. Jadi, jika diberi pilihan antara malaikat rahmat datang bertamu dengan anjing menjadi peneman di rumah, pasti kita lebih suka malaikat yang datang kerana membawa rahmat.
Kalau begitu, salah ke mahu bela anjing? Membela anjing tiada salahnya. Bahkan kita boleh membela anjing atas tujuan memburu, menjaga kebun dari dimasuki pencuri, dan dibela untuk menjaga ternakan dari dibaham dek binatang buas. Kita bela mereka, beri makan yang cukup dan beri tempat tinggal untuk mereka. Tidak perlulah sehingga membawa masuk ke dalam rumah dan tidur sekali. Adakah kita pernah melihat JAGA tidur bersama majikannya? Manusia pun ada had perhubungannya, inikan pula binatang.
Saya yakin, mereka yang membela anjing di dalam rumah ini pasti memiliki kawan-kawan berbentuk manusia di luar sana. Dan tidak semua kawan-kawan kita adalah penggemar anjing. Adakah kawan-kawan selesa untuk bertamu ke rumah kita? Bagaimana dengan ibu bapa dan sanak saudara, mereka selesa berada di rumah kita? Maklum sahajalah, rakyat Malaysia ni terlalu alah dengan anjing. Was-was cukup besar. "Aku nak duduk atas sofa ni, bekas anjing duduk ke?" "Aku nak tukar channel TV, tapi remote ni ada bekas jilat anjing ke?" Jadi, wajarkah hanya kerana seekor anjing, kita membuatkan ramai orang terdekat menjauhi kita?
Jangan pula ada yang mempersoal kata habis tu doktor haiwan macam mana? Boleh pula mereka pegang anjing hampir setiap hari? Saya kira ini bukanlah soalan cerdik. Cukuplah kita menyentuh haiwan itu atas dasar maslahah yang jelas dan tidak perlu berlebihan. Doktor ada sebab yang kuat untuk memegang anjing. Begitu juga kita, sekiranya ada anjing yang tersangkut kakinya di longkang, adakah mahu dibiarkan sahaja? Bantulah dia kerana di situ ada sebab yang kuat. Selepas beri bantuan, cukuplah. Tidak perlu hendak berlebih-lebihan.
Perlukah apabila seorang doktor haiwan selepas memberi rawatan kepada anjing, lalu bergambar dan berpeluk mesra dengan anjing tersebut? Perlukah selepas kita melepaskan anjing tersepit lalu kita berselfie mesra dengan anjing tersebut?
Pernahkah kita melihat selepas doktor merawat pesakit, lalu dia bergambar mesra dengan pesakitnya? Kalau boleh begitu, seronoklah hendak ke klinik di kawasan perumahan saya. Doktornya perempuan, muda dan sangat comel. Alangkah bahagianya saya jika boleh berpeluk mesra dan bergambar dengan beliau.
Jadi, persoalannya adakah salah untuk kita bermesra dengan anjing? Terpulang pada pendapat masing-masing. Peganglah kepada pendapat yang lebih kita yakini. Tetapi perlu dilihat kita berhadapan dengan masyarakat setempat yang bagaimana. Menghormati pendapat mereka dituntut juga. Mungkin pada kita bermesra dengan anjing itu tidak salah, tetapi berpada-padalah dengan aksi kita supaya tidak mencetuskan kontroversi. Kita mahu memahamkan masyarakat, ikutlah kaedah yang betul. Sedikit demi sedikit cuba memahamkan mereka tanpa perlu mengguriskan hati.
Sebagai contoh, jika saya berpendapat memegang tangan perempuan yang bukan mahram (boleh dikahwini) itu tidak salah, perlukah saya mengambil gambar sedang 'berpegang mesra' dengan doktor perempuan yang comel itu tadi? Kemudian saya pertontonkannya di internet? Jika terjadi kontroversi, saya akan jawab semuanya. Perlukah begitu?
Akhir kata, berdakwah, memahamkan sesuatu perkara kepada masyarakat perlu terlebih dahulu kita memahami masyarakat itu sendiri. Bukan dengan cara kita memaksa masyarakat memahami kita.
tags: melayu pegang peluk cium bela anjing artis hani el zahra
Aku tak anti anjing ni tapi aku anti orang yang melebih2 dalam bela anjing ni. Macam dia sorang je masuk syurga. Paling menyampah aktivis haiwan Hani El Zehra. Kerja nak maki hamun orang je. Pakai tudung tu. Akhlak Fail. Bab jaga anjing tu dah Okay.
BalasPadamKalo suka memaki org tu maksudnya kepala dia tak betul la... biasanya org memaki anjing dan bmesra dgn manusia.. ini terbalik... nafsu songsang.. hahaha
PadamSemua ni salah UMNO-BN.. sokong Azizah sebagai MB selangor..
PadamTolak Khalid
ANJING betul la Hani El Zehra
Padam.......?
BalasPadamKo ni tak reti membaca ke samdol? Noob kutuk kawan ko tu..
Padamkau la tak reti baca anon woi..bile masa pulak noob yg tulis
Padamjaga tidur dengan majikannya???? kahkahkahkahhahah...
PadamPakap la noob. Benda baik pun nk halang
BalasPadamsebelum komen baca dulu sape yang tulis entry ni.
Padambabi apa yg benda baiknya? bela anjing?
Padamanon 1:21 adalah manusia yg cetek pemikirannya
Padamooo patutla, nama penulis pn tak bace, mane la nk bace yg artikel
Dan spt biasa, akn ada anon2 retard yg akn dtg memaki noob di post yg ditulis olh tukang merepek yg lain.. hidup noob!!! Ha ha ha
BalasPadamko gay dgn noob ka?
Padamko jeles nak gay dengan noob tak dapat ke?
Padamkitorang lesbian la bangsat... noob tu perempuan.. gay tu cuma jaga dan majikannya sahaja tidur sekatil
PadamHAH???noob tu perempuan?serius ke weyhhh???
Padamhabis tu ko ingat dia tu lelaki ke? kan hari tu dah tkantoi dia punya profile..
PadamPerangai noob yg miang serta gatal menjadi follower tegar dkt page2 koleksi awex melayu tudung, page awek hot di fb membuatkan gua musykil dia ni pempuan..
Padamkalo lesbi nak follow page2 tu aku tak rasa pelik.. lagipun ko tau je la noob tu.. keje nk ngutuk jer.. page2 mcm tu boleh jadi bahan kutuk..
PadamAku pnah dgr kata2 alim ulama. Tuhan tu maha bijak diciptakan
BalasPadamAnjing utk org kafir
Kucing utk org islam.
Enuf said
betul2..bela kucing lagi best. Cmel..pastu suke buat pelik2. Rasulullah pun bela kucing.
Padambetul tu..bela kucig..
Padammula-mula sayang comel sgt..
lama-lama dah beranak pinak mula la terabai dan berak merata-rata..
kalo orang tangkap kan marah...
Melayu ni pelik. Yg rasulullah bela, sahabat2 bela dia xnk pakai. Nk juga tiru bapak kapir bela anjing..
PadamTapi gua percaya golongan mcm ni minoriti. Spesies terancam ..
ini mesti org ulama yang lebih tumpu pada sentimen daripada maslahat awam.
Padamdorang ni mmg species minoriti, cuma kiter kena hati-hati2 la jgn species ni merebak lame2 jadik ke majoriti. sumer nak dibolehkan dan nk 'open minded' sngt. Aduh..
Padamnauzubillah...
nak sngt kawan, sila carik alternatif2 lain selain anjing. naper mau anjing? sbb anjing bijak dn boleh dgr arahan? sbb tu la kenapa xleh bela anjing utk suka2 sbb allah nak uji kter tahan ke tak.
Rasulullah bela unta. Kat malaysia nak cari unta kat mana? Kambing padang pasir ada ke kat sini?
Padamaku syak org yg komen kt ats ni org gila.
Padamikut nabi tak semestinya kena bela unta.. bela kambing dan lembu pun okey.. asalkan halal boleh dimakan..
Padamkalau begitu, hukumnya jadi HARUS, nak bela sudah, tak bela sudah. Banyak lagi, bintang peliharaan lain boleh dibela. Ular, biawak malahan binatang berbisa pun dijadikan mainan.
BalasPadamni usetak mana yg tiba2 bg hukum harus ni... kalau bela anjing sampai mendtgkan ketidakselasaan & gangguan kpd masyarakat islam yg lain spt jiran2, keluarga, saudara mara, kawan2, ia dh jatuh haram. kalau bela anjing sbb nk jaga ladang, kebun, haiwan ternakan & berburu baru harus.
PadamYa. Tidak kira apa haiwan sekalipun. Sekiranya mampu untuk menjaganya, teruskanlah. Jika suka pada ular, biawak, harimau dan apa sahaja, tidak menjadi masalah. Apa yang cuba disentuh di sini adalah kewajaran terhadap tindakan kita itu terhadap masyarakat sekeliling.
PadamSebagai contoh, ular tedung. Adakah dengan kehadiran ular tedung di rumah kita mendatangkan keselesaan kepada orang lain? Sekiranya tidak, boleh sahaja kita tinggalkan ular tersebut dikandang khas. Tidak perlu dibiarkan berkeliaran di ruang tamu atau bilik anak-anak. Pada kita ianya tidak merbahaya, tetapi kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku.
tp takut gk kalo jiran bela biawak/ular kot2 terlepas dr kandang ke.. tak tutup bekas kace betul2 ke.. pstu merayap gi rumah orang. mmg sebagai jiran mmg rase x selesa la
PadamTakde maknanya nak kena paham jiran bagai.. jiran aku bela anjing.. buat menakutkan aku jer.. aku rasa nak je bela ular biar dia takut.. tp lecehnya aku pun takut ular skrg ni... kalo x, lama dah aku bela
Padamsedangkan perkara- perkara yang makhruh dan yang meragukan pun islam minta kita jauhkan.. ini plak yang haram...
BalasPadamanjing tu xharam... ia cuma najis... bila dh pegang cuma kena sucikan je. haram tu bermaksud berdosa kalau buat... kalau pegang atau terkena air liur anjing xberdosa pn.. pegang anak dara org tu haram, berdosa kalau buat
Padammaksud ko nak cakap admin tu buat benda haram la ye sebab nak pegang doktor comel?
Padambela rimau la baru power
BalasPadamJika mampu untuk membela harimau, baguslah. Menurut WWF, harimau antara spesis haiwan terancam. Jika tidak dikawal, mereka menjangkakan harimau akan pupus sama sekali pada tahun 2022. Tapi kena ingat, kos untuk membelanya bukan sedikit.
PadamSaya mencadangkan kepada sesiapa yang sudi membela harimau, tidak perlu membawanya pulang ke rumah. Selain mengelak daripada mengubah tabiat semulajadi harimau yang hidup di dalam hutan, kita juga dapat mengelakkan dari fitnah ketidakselesaan masyarakat. Adalah lebih baik wang itu disumbangkan terus kepada badan-badan yang menguruskan pemeliharaan harimau ini.
hati2 sikit tuan umah oi.. ini boleh mengundang marah..
BalasPadamnak undang marah siapa? golongan melayu pencinta anjing??
Padammarah la..haha..macam la ganas sngt ko marah.hahah
Padammarah la sangat... gua rilek je bela anjing dr dlu. adela minoriti tuh yg pumpang bising. tp bila da kebumikn dia aritu terus hilang dah suara2 yg bising tuh. ngee
Padamwalaupun sebelum ni admin banyak kali cuba menjatuhkan melayu dengan cara halus.. tapi kali ini saya
BalasPadamlihat admin menghasilkan karya yang bagus. menegur orang2 melayu yang sibuk mahu bela anjing.
asalnya orang melayu mana ada bela anjing. hanya orang cina sahaja. kenapa kita sebagai bangsa yang
duduk di atas tanah sendiri, mahu meniru2 bangsa lain? lihatlah sedikit demi sedikit kita sudah hilang
jati diri. Kalau dulu bila kita sentuh sikit sahaja pasal nasi goreng, semua orang melenting. seolah2
tak nampak apa yang cuba kita sampaikan.. sekarang lihatlah sendiri. dari perkara2 kecil tu, sekarang
dah jadi semakin besar.
itu semua kerana kita sudah ditanam dalam diri kita.. utk jadi bagus, mesti tiru cina.. apa cina buat,
kita kena buat.. dia bela anjing, kita bela anjing. soal hujah, nanti kita cari. yang penting kita tiru
dulu diorang. baru nampak hebat. begitulah ayat2 org melayu yg semakin hilang jati diri..
sepatutnya admin kena keluarkan lagi macam2 isu seperti yg pernah saya utarakan sblm ni.. rasanya
banyak.. admin boleh cari di komen2 yg lepas.. biar kita sama2 banteras elemen2 yg boleh hilangkan
jatidiri org melayu... banteras hasutan secara halus supaya kita sentiasa mengikut mereka.. mari
hancurkan penghinaan yg telah mereka lemparkan pada kita.. hancurkan pertubuhan yg mahu merampas hak
keistimewaan kita..
bangun dan tersedarlah wahai kaumku.. sedangkan admin pun sedikit sedikit sudah sedar.. korang bila
lagi? inilah masanya.. bangkit.. jangan biarkan negara ini dijajah buat kali kedua..
yg ni aku setuju dgn anon nasi goreng... anjing tu cina je yg bela sudahlah... kita nk ikut2 sgt buat apa... nak ikut sgt org cina org putih org yahudi bela anjing... baiklah ikut yg sunnah iaitu bela kucing
PadamSyabas anon 10.02, org macam nilah yg saya salute!
Padamha..bab ni aku sokong ko nasi goreng. bab anjing2 ni memang tak payah la melayu mengada-ngada nak jugak. bela kucing kan lagi best
Padameden nak bela perempuan.........best....
Padammungkin artikel ini ditulis oleh seseorang yang sekali-sekala sumbangkan artikel.
Padam- "sepatutnya admin kena keluarkan lagi macam2 isu seperti yg pernah saya utarakan sblm ni.. rasanya banyak.. admin boleh cari di komen2 yg lepas.."
buatlah ID yang unik, kalau daftar sebagai tanpa nama susah utk si penulis2 untuk kenalpasti komen2 yang datang dari kamu.
Oleh kerana sudah banyak artikel yang telah terbit disini, apa kata tanpa nama ini tulis semula isu2 yang ingin dibangkitkan.
Bela pempuan buat apa menghabiskan boreh jo. Ln la dpt kongkek berbaloi juga bela wakaka..
PadamEk'eleh 12:28, bkn ke ko yg bela bitch (anjing tino) pstu ko ske tala dia mlm2 sebb xde pompuan same spesis ngn ko yg sudi kt ko? Xnk ngaku pulak..kihkih
PadamWoi woi.. jgn kurang ajar.. kalo takde pompuan aku rela pakai tangan dari sumbat kat anjing.. cilake ah main tuduh2
Padamwoi woi melayu terkuncup mcm ni je yg pndng serong pd melayu yg bela anjing. diulangi, terkuncup.
Padammula2 kata tak salah..bila hujung2 kata salah pulak.. pening la.. sebenarnya kalau dah busuk hati tu.. benda baik pun cakap buruk.. pada aku benda2 mcm ni buatlah ikut hati.. tak payah nak ikut org.. yg penting ikhlas..
BalasPadamapa yg ikhlas? ikhlas bela anjing? komen ntah apa2 xde kaitan lgsg dgn topik
Padamikut hati salah ikut guide islam la lebih baik, anjing asal nya digunakan untuk menjaga membantu tuan dlm jaga ladang, memburu tp sekang dh jd untuk ape?
Padammcm pak mie dia terang nmpk motif jaga bela anjing2 yg dr sakit2 dan terbiar sebb memang terpaksa kena buat sapa lagi nak buat selain diorang?
apapun melayu memang suka melebih2 kan satu benda yg kearah pada fanatik smpi begitu bodoh dan tuli xnpa pedulikan perkara yg hak....cth politik dll semua suka melebih2 bukn berpada2... memang sekolah patut wajibkan pelajar semua bangsa belajar pendidikan moral.. apa itu berpada2 jgn melampau2 smpi menyakit kan hati orang lain( selagi x melanggar bts agama)....
mane leh sedap ikut hati. kalo hati ko cakap betul/baik tp sebenarnya di sisi agama tak baik, tak boleh gak ngooooook,
PadamBoleh jadi kalau hati betul2 belajar agama.. mesti hati kita juga jadi baik.. kata hati tu sama seperti kata agama sbb dah sebati..
Padamoke fine, seriously oi. mksd ko bela anjing utk berburu tanpa kasih syg yee... ckp je la jakun tgk org bela binatang, ko nk tunggu org hadiahkn sugar glider xdpt2 kn? hahaa
Padambela anjing nak memburu mmg ler kena kasih sayang.. kalo x mcm mn ko nk ajar dia mburu kalo kasar2.. cilakek la ko anon 3:11.. takde maknenya nak jakon setakat bela anjing.. lain la ko bela dinosour.. nk jugak aku jakon
Padamx dinafikan anjing tu merupakan binatang plg bijak & men best friend. ia binatang yg plg setia & boleh patuh kpd arahan tuannya, xmcm kucing yg hya tau makan tanggung berak cangkung lps tu tidur, tp dlm islam kita xboleh suka2 nk bela anjing tanpa tujuan...
BalasPadamAdmin.. hang ni dok mana? entah2 hang dok area umah aku ja. klinik kawasan rumah aku mmg doktor pompuan tu comei. oghang dtg klinik bukan nak mintak mc, nak tengok marka ja.. duit claim perubatan dari company pun dah nak sampai limit. asyik pergi klinik ja. hahaha..
BalasPadamApa kaitan dgn post ni wahai anon?
Padamdlm post2 noob yg sebelum ni point2 yg hampir sama iaitu, orang melayu suka melebih2 kan satu benda yg dia suka... smpi menimbulkan fanatik, bodoh sombong, melampau2 dlm minat satu benda smpi lupa apa yg Allah S.W.T. perintah dan sunnah rasul...haih....mana pergi fikiran mcm noob ni berfikir sebelum bertindak? dan perbuatan yg berpada2? serius -_-
BalasPadamaku setuju dengan ko Seriously. dalam islam kita diajar untuk bersederhana. jangan berlebih-lebihan. nanti rosak agama. diorng ni kadang2 bukan nak ikut agama sangat. suka nak berbeza jer. lepas tu sibuk cari dalil supaya sokong diorg punya tindakn. itu namanya mempergunakan agama.
Padamsecara seriusnya, ini bukannya hasil tulisan Noob
PadamSekiranya maksud artikel ini mendapat manfaat yang baik, Noob juga berhak mendapat pujian, kerana beliau sudi memberi laluan kepada orang untuk berkongsi sesuatu yang berguna.
PadamTetapi sekiranya perkara ini mendatangkan keburukan, sila perhatikan dengan betul, siapa penulis asal. Jangan dihamburkan kemarahan kepada orang yang salah.
Apa yang ditulis oleh pengarang, tidak semestinya dipersetuju oleh tuan Noob. Bak kata tagline di dalam blog ini, "Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya."
seriously, mohon simpan sikit bodoh tu dlm poket.
Padamsoory ma mistake kdg2 baca sapa tulis tp point dia masih sama, masalh org melayu masa kini bila dia jadi melampau2 bila buat sesuatu, cth 2 org kwn baik gurau kutuk sama sendiri tp bila smpi 1 masa salah sorg dr diorang, start kutuk mak kwn 1 lagi, mesti la marah oiii dan leps tu terus dh xkwn dh.. masalah melayu ni kena diajar batas2 dia kalau tak mcm lembu bodoh jd fanatik melampau cth2 penjilat k-pop , pengikut politik dia dh jd mencarut2 maki smpi dh merapu bnyk dh... haihh ....prootttt
Padamaku tengok org yg bela anjing, gedik2 amik gambar ni sebenarnya nak perhatian jer. konon2 berbeza dgn org lain la tu. Phuiii!!
BalasPadamKorang belum rasa betapa celakanya manusia. suka tikam blkg, khianat dengki.. anjing adalah haiwan terbaik dalam hubungan yg setia. jadi jangan nak menghina kalau tak tau apa2.
BalasPadambukan anjing je setia.. kucing pun sama... jangan bebal sangat..
Padamhttp://www.ohdunia.my/2014/08/kucing-datang-melawat-kubur-tuannya-sedang-disemadikan.html
kesetiaan kucing xmcm anjing... 1 lg anjing boleh patuh kpd arahan tuan dia spt suruh duduk, cangkung, baring, lompat, kejar objek, tangkap haiwan & lain2... kucing purpose dia hya 1 je, utk bermanja & dibelai... itu je.
Padamtp nk compare manusia dgn anjing dlm hubungan setia tu xleh la... sbb anjing tu haiwan. mmg la anjing tu setia tp dia cuma ikut je la membabi buta apa yg tuan dia suruh... kalau tuan dia jahat suruh dia gigit org dia ikut je... manusia ni ada akal fikiran.. kalau manusia xdpt bg kesetiaan kpd ko, samada dia bermasalah atau kau yg bermasalah
betul tu anon 1129. aku setuju 95% dgn pendapat ko.. lagi 5% aku tak setuju.. tp aku xnk ckp sbb apa..
Padampasal beza kucing dan anjing.. spt anon 1129 ckp. kucing utk dibelai. anjing utk disuruh2. jadi bagi yg maniac dgn binatang kena tahu ni. kucing ni mcm awek atau bini. boleh dibelai2. disuruh2 xnk dgr ckp. tp anjing ni mcm org gaji atau jaga. disuruh2 ikut jer.
jadi korg nk tidur satu katil dgn awek ke, atau dgn org gaji? korang nak belai isteri ke, atau dgn 'jaga'?
anon 11:58 punya masalah kat kawan makan kawan je atau pasrah dgn hubungan yg tak setia... bukannye masalah kt anjing pn. nak bela haiwan bela la yg dibenarkan...atau sebab kucing tak setia? nak setia cmner tu?? sbb kucing tak layan ke bile dh kenyang? tp weiii dorang boleh jaga umah ko gak tangkap2 tikus, tangkap ular. mcm kucing kt umah aku. setia gk la tu.
PadamKucing bukan setia dgn ko.. dia setia dgn makanan yg ko bagi.. lagipun rumah ko kotor ada tikus dgn ular, dah kompem la tu tmpt dia cari rezeki..
PadamBeza dgn anjing.. ko xde kat umah pun dia tto setia tunggu kepulangan ko.. kalau kucing mana ada dia tunggu ko balik.. dia buat bodo jer.. kalaun anjing, dari jauh dah kejar2 ko sambut kepulangan ko
kucing skrg bnyk lemak, manja lebih, tikus cicak bagai semua da dihirau mcm tu je. soalan, spe ade racun cicak? kucing da jd pmls nih
Padamorg bela kucing utk latih dia tangkap tikus dan cicak.. bukan manjakan sampai naik lemak.. sama mcm kes anjing.. jaga untuk dilatih jaga rumah.. bukan manjakan sampai naik lemak..
Padamkalo ko rasa bela racun tikus tu lagi berpekdah.. teruskanlah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsiot je..terang2 atas tulis Blackbeard Heart. Orang dok noob..noob...noob. tersedak2 noob tu
BalasPadampada aku tak kisah la noob ke, blackbird ke, asalkan boleh tibai.. kita tibai.. jom join TIBAI
Padamjom TIBAI... Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
Padamjom TIBAN... Tolak Individu Blackbird, Anon dan Noob
Padamaku nak kenal dengan dokter perempuan tu boleh x... bukan ke dokter klinik biasanya muka pecah rumah ke?
BalasPadamitu dokter kat rumah ko.. lain kali beli rumah jangan tengok pembangunan sekeliling.. tengok doktor kawasan tu dulu.. kalo cantik, baru beli rumah kat situ. ada paham?
Padamorg Islam tak perlu dijumudkan pasal anjing. Polis dan tentera pun guna khidmat anjing. Najis tu bab lain. Masih boleh disamak. Lain la kalo pegang Rosmah.
BalasPadamapa yg jumud psl anjing? kita pn tahu anjing tu xharam. contoh yg ko bg pun polis & tentera guna khidmat anjing, xde masalah pun sbb bela anjing dgn tujuan. kalau bela anjing tanpa tujuan sekadar nk peluk2 cium2 tidur sama2, itu yg xsesuai... lg 1 kenapa kau kait dgn rosmah? nk kata haram, nenek kau pun aku haram pegang. bodoh punya macai PuKiaaR, ada je benda xpuas hati dgn kerajaan
PadamPada pandangan saya, post admin ini cukup adil dan lebih menenangkan jiwa kedua-dua belah pihak. Yang suka anjing pun suka, yang tak suka anjing pun suka. Buat apa nak gaduh-gaduh perkara macam ni.
BalasPadamadakah kamu keturunan Aryan???
PadamKenapa orang islam benci sangat dengan anjing ni? apa dosa dia? mengarut betul la.. walhal anjing adalah binatang yang baik, taat dan setia.
BalasPadamorg islam xramai pun benci anjing, cuma mereka xsuka... xsuka dgn benci tu lain. ramai yg xsuka sbb dlm islam anjing ini najis berat sama mcm babi yg kalau kita tersentuh air liur atau najisnya maka kita kena menyucikan dgn kaedah sertu... sama jugak mcm binatang2 lain cam ular, katak, lipas, labah2, nyamuk & panda, ramai yg xsuka tp xde la benci sbb semuanya makhluk tuhan juga
PadamIslam sekali-kali tidak membenci anjing, cuma menjadikan anjing sebagai ujian ke atas umat Islam dengan tidak menggalakkan anjing dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Mereka masih dibenarkan memelihara anjing utk tujuan-tujuan yang penting seperti berburu, menjaga rumah dan menjaga tanaman.
PadamPemeliharaan anjing secara terhad merupakan simbol kepada Islam dan ujian ke atas pengikutnya. Ia bukan deklarasi Islam membenci anjing. Kisah anjing dalam al-Quran (kisah pemuda2 al-Kahfi dan anjing mereka) membuktikan Islam bukan memusuhi anjing.
betul tu tuan tanah kedaung... tmasuk jugak cerita pelacur beri anjing minum air dan masuk syurga. Islam hormat dan kasih pada binatang tak kira apa binatang pun..
Padamingat lagi zaman sekolah dulu budak2 melayu pergi baling batu kat anak anjing, mak bapak dorang boleh tengok je... masa tu aku setuju jer.. bila dah faham konsep islam ni, rasa nak lempang jer budak2 tu.
Padamdear blackbeard heart,walaupun islam x memusuhi anjing spt yg kamu ckp, kisah al kahfi berlaku sebelum nabi muhammad lahir. so ini x boleh dijadikan salah satu bukti
Padammaksud anon 1218 apa? islam ni mmg benci anjing ke? ko ni islam versi nabi muhammad ke, versi nenek moyang ko?
Padambela babi la terus. apa de hal..lepas anjing dah viral..mintak bela babi pulak.
BalasPadamha a malays xlama lg pasni bela bab1 lak pastu jaja lg kesah viral nak top dlm dunia internet puihh
Padamtakut aku nak berdebat dengan org2 sekarang ni. Masing2 pandai menjawab dan twist hukum ikut kesesuaian diri. Sbb tu la aku rujuk ustaz dalam tv je. Aku senang je, antara ustaz kazim dengan UAI je. Bila baca komen2 korang..putar2..masing2 dok ada perumpamaan dan hujah. Aku pun bukan tau pun kat luar korang ni gay ke, murtad ke, kapir laknat ke, syiah dan kejadah2 lain...kang tak pasal2 boleh timbulkan keraguan. Sebab kalau org pandai..tak akan mampu berhujah seperti org jahil. Org pandai akan bergantung kepada ilmu dan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith. Org jahil ni pulak segal benda dia boleh jadikan bahan hujah..fakta kat internet, buku2 luar negara dan dalam negara, pengalaman dia dan macam2 lagi. Sebab tu lahirnya pelbagai kepercayaan dan salah fahaman sejak dari dulu lagi. manusia ni pandai..ditambah pulak dengan bantuan syaitan untuk timbulkan keraguaan dan pemikiran songsang..habis hukum agama kena twist.
BalasPadamso apa ko punya hujah, yg ko cuma cedok dr ustaz kazim & uai tu? mgkn ko xtau yg ustaz kazim dgn uai tu ada benda jgk yg diorg salah malah diorg sendiri selalu serang satu sama lain dlm ceramah2 diorg... ilmu agama tu bkn terhad pd ustaz kazim & uai tu je... kalau semua benda nk kena suap sampai bila la akan lahirkn minda yg bodoh yg hanya tahu mengikut shj... tuntut la ilmu sendiri, buka sendiri tafsir al-quran, kitab2 hadis yg sahih, kitab2 agama & cari guru2 yg ramai utk dgr mcm2 pandangan & pendapat, lps tu gunakan akal sendiri utk fikir mana yg baik mana yg buruk
Padamselepas nabi Muhammad, rupanya ada 2 orang nabi lagi... nabi Kazim alias dgn nabi uia.. ha? bagus.. ulama sikit punya ramai.. itu jugak yg diikutnya..
Padambaik lg dr.maza, ilmiah skit cara dia terangkan sesuatu isu, bahasa pun sedap didengar, smua org faham, n xde unsur lucah..itu baru la islam yg bijak
PadamTak kisah la maza ke uai ke... yang penting mereka betul2 nak ikut nabi.. kalo ikut suka hati mak bapak dia, jangan di layan..
PadamCuma ust kazim tu aku xminat.. cakao semua nk politik buruk2kan org.. budus
perhatian.. boleh ke kita tulis “selepas nabi Muhammad, rupanya ada 2 org nabi lagi..” bergurau ke tunjuk kebangangan terpendam? mohon anda dirahmati.
PadamOrg tu tulis dia dgr pandangan ustaz tu.. Si anon syiah pulak siap nabi kazim segala bagai.ilmu takleh dicedok segala bagai. Brader..wa nak cakap kat lu la..ilmu agama ni..lu kne blaja dari guru lu. Nabi ajar sahabat. Apa2 isu..direct rujuk nabi. Bila nabi dah wafat
Padam.rujuk al quran dan hadith2 nabi. Wa nak tnye lu la..kalau lu pandai agama tu takpe la.boleh jugak pakai. Ni kalau lepak mamak, tgk blue, solat tinggal, raba awek..tak kan la lu nak kitorang dgr lu punya pandangan agama brader
kalo dah kata "Sbb tu la aku rujuk ustaz dalam tv je. Aku senang je, antara ustaz kazim dengan UAI je.", ini bukan rujukan utama dia ke? baca betul2.. jangan jadi bodoh sangat terus komen atas komen..
Padammcm rasul kahar melayu cakap.. pengikut dia cakap apa? benda yg sama juga.. rujuk rasul kahar sahaja.. itu yg jadi taksub.. kazim cakap mengarut, angguk jer.. kekadang bodoh jugak anon2 yg sembang tp xbaca komen betul2..
anon 15 ogos 235 adlh contoh kesan org yg meremehkn utk berfikir sblm menaip.
Padamaku igt lg nsht dr kwn aku yg da lme jd baik drpd aku, dia rjin keluar nuntut ilmu agme sne sni, snng cte agme 1st la dlm idup. “tuntut ilmu ni bkn stkt pergi ceramah ustad dan pergi lg, tp secara mujahadah. mnisnye kefhmn soal iman yg dpt tu xdpt digmbrkn.”
PadamSehina hina anjing, anjing xmasuk neraka..
BalasPadamYg akan masuknya manusia ..
siapa ckp anjing tu hina? ni sorg lg meleis yg komen lari dr tajuk
PadamMonyet selfie dah ada, anjing berselfie blm ada lg ke?
BalasPadambudak ni aku perati dah lama... nickname sikit punya gempak, sentiasa panas tapi bila komen macam bapok.. langsung tak panas..
Padamdah lama ko perati dia?? Eww, pengakuan anon yg sgt gay..
PadamPerhati tulisan tak sama dgn perati muka... berat 66 budak melayu sekor ni
PadamKita sebagai orang melayu sepatutnya membela saka.
BalasPadamHaha..btul tu. Baru la kena dgn jiwa melayu.
PadamApe sy nmpk...kita spt lebih nak perpaksikn cara barat..n pd masa sama cuba cari alasan positif utk memperjuangkan tindakan mereka.
BalasPadamKita fikir apa aplikiasi kpd masyarakat kelak? Pasni kucing dan anjing akan dipelihara dlm law masjid atau ruang solat masjid. Xpun pergi beraya bwak anjing sekali. Jika anda still nak brla anjing, keep it for urself n not make it so public sbb sensitivity muslim sgt kuat.
Tp mcm ada pengomen di atas, org melayu suka buat benda pelik2 n kdgkala xde faedah yg signifikan utk menjadikan anda umat islam yg baik n dijadikn contoh kpd kaum lain..lg teruk adala. Pasal isu anjing ni, sy kekal dgn konsep was was...kalau x yakin pasal status nakosr pada anjing yg menyebabkan ibadat solat x diterima n sebagainya, x perlu nak praktikkan melainkan anda anda niat menunjuk2 atau keduniaan lain. Melainkan kes yg pgg anjing ni mmg jenis susah nak sembahyag lengkap 5 waktu sehari semalam.
Byk sgt word error...x smpt check n terus terbitkn..sbb error yg selalu wujud sbb komen dlm smartphone yg kecil, melainkan ada nak sponser hp besar mcm galaxy note.
PadamGiler la ko ayam afrika selatan.. selalunya ayam sekadar cakar2 pasir.. sekarang ada ayam boleh main ipad siap mintak sponsor lagi.. kah kah kah..
PadamBetul tu apa yg ko cakap.. skrg ni bela2 anjing kat rumah.. esok2 sibuk nak bawa pergi beraya sekali.. bawa masuk masjid dan sebagainya.. kan dah menyusahkan org ramai..
PadamAku xrasa langsung diorang tu nak jaga ikhlas.. semua sebab nak menunjuk-nunjuk..
Bela ayam tak apa.. lagi2 baka dari afrika.. cerdik dan pandai main ipad..
PadamAnjing anjing ni kita tak mau.. tak melambangkan org malaya langsung
Mcm ada ulama ckp...bila logik/akal mendahului wahyu/agama. Ramai antara kita ilmu agama x sehebat spt ilmuwan lain, so bila ada isu perkaitan hukum agama, x perlu la kita bercakap spt mengalahkn mufti. Sebaiknya refer kpd mereka, x pun just tgk peribadi mereka dah cukup utk pastikn kita mengikut cara hidup ke jln lurus.
PadamBesederhana dlm hidup...itu lebih baik.
skrg ni kitorng rujuk ustaz la.. ustaz kata boleh bela anjing.. so, ko nak kata apa? ustaz tu kata guna al-quran hadis jugak.. ko jangan nk tunjuk pandai sgt la ayam afrika..
Padamkebanyakan org bangla, muslim mazhab maliki diorang bela anjing tp kebanyakn diorang bela bukn untuk pet tp sebgi penjaga rumah...
PadamSemuanya bertitik tolak kepada ilmu...
BalasPadamRamai orang perasan banyak ilmu, tp sebenarnya jahil...
Manusia melayu dan zaman Islam skrg.. bila kita dapati kengkawan sumer pun dah mcm ASSHOLE.. apa lagi pilihan yg kita ada.. ada baiknya kawan ngan anjing dan babi yg chomel... susah sikit pun xper, asalkan hati senang. Drpd menjaga hati orang dan kita sendiri asyik makan hati, juga satu alasan thorbaek dgn membela binatang sebegini.
BalasPadamAku harap suatu hari nanti, ada melayu buka perniagaan babi dan anjing pulak. Kelas gitu. Memandang dalam setiap produk makanan pun dah banyak dr hasil babi, ini mmg perniagaan lumayan sih..
Lihat saja komen2 dlm BO ni.. rasanya 90% hasilnya tak tumpah dari hasil memakan produk2 ni juga, thormasuklah aku. Majulah perniagaan babi untuk negara.
ko sorang yg makan benda2 mcm tu.. nak babit2kan kitorang pulak.. citpodah.. kalo ko sorang nk bandingkan dgn org2 dlm BO ni.. ko tu cuma 0.00001% jer.. takde sampai 90%.. karut apa ko ni?
PadamArghh.macam2 dok cipta ilmu agama sendiri. Bela je la kepada siapa yg nak bela..tak payah nak kuar hukum bagi keliru org. Kang dah mati..memandai la jawab soalan yg berkaitan. Payah tul meleis ni.bukan stakat isu politik..agama pun nak blagak pandai
BalasPadamanon 10:11... siapa cipta agama sendiri? org lain semua ikut agama islam. ko ni ada terkehel urat otak rasanya.. mamai ke?
PadamTanpa Nama16 Ogos 2014 10:11 PG yg sakit otak dan pemls nak berfikir sikit tentang ilmu agama ka? bg2 la masa dengar guru agama psl ni benda ni pun ilmu gk untuk ko dan anak2 ko akn dtg gk...
Padam