Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom kita tengok bunga api. Mari bersesak-sesak di dataran merdeka, hanya untuk tengok bunga api. Kalau bernasib baik, kerajaan ada bajet lebih, boleh layan artis menyanyi. Habis konsert, apalagi, jom 'balik'.
Masing-masing ada cara tersendiri untuk beri maksud kepada 'balik'. Ada yang betul-betul balik rumah, tidur. Ada yang balik ke bilik-bilik hotel menambah buku catatan dosa sedia ada. Ada juga balik kira duit untung hasil perniagaan. Balik sambung kerja ofis pun ada, tugas masih belum selesai, esok dah nak cuti.
Sentuh soal merdeka ini, terlalu banyak perkara yang boleh dibicarakan. Bahkan telah ramai dan akan bertambah-tambah ramai orang yang akan membicarakan soal merdeka. Kerana di dalam perkataan 'merdeka' itu sendiri, yang difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, lebih tertumpu kepada tanggal 31 Ogos 1957. Apabila disentuh tentang kemerdekaan negara, banyaklah simpang-siur topik yang boleh dibangkitkan.
Akan timbul pelbagai isu sebelum merdeka mahupun sesudah merdeka. Contohnya, sebelum merdeka, UMNO sibuk melaungkan 'hidup melayu, hidup melayu', PKMM pula melaungkan 'Merdeka! Merdeka!' Alih-alih bila tiba hari kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka! Merdeka!'. Apa sudah jadi? Maka berbincang panjanglah kita di alam maya mengapa jadi begitu begini. Kemudian masuk pula cerita PKMM keluar dari UMNO hanya kerana bendera ada lambang keris. Maka mengutuklah mereka-mereka mengata, 'Itulah melayu. Soal kecil, hanya keris di bendera pun hendak berpecah.' Muncul pula pembela berhujah, 'Itu bukan soal keris semata-mata. Setiap lambang ada maksud dan falsafah. Ini soal ideologi.' Maka bangkitlah warior-warior saling mempertahankan hujah masing-masing. Sembangnya tidak akan habis.
Itu baru satu cerita. Ada beribu-ribu cerita lagi. Sejarah kiri-kanan, penjajahan vs naungan, Portugis-Belanda-British, Perhambaan Inggeris, Keganasan Jepun, Kekejaman Komunis, Pembelaan komunis, Parameswara, Monarki vs Demokrasi vs Berpelembagaan, Pedagang Cina Arab India, parti-parti politik, agama vs bangsa, merdeka Semenanjung vs merdeka Sabah Sarawak, gerakan-gerakan mahasiswa, tukar logo merdeka setiap tahun, asal usul bendera Malaysia dan 1001 topik. Apabila satu demi satu isu didebatkan, maka tahulah kita bahawa terlalu banyak 'The Untold History' dan 'The Forgotten Warriors' yang memang telah dilupakan. Dan antara perkara menarik adalah walaupun ramai yang membongkarkan semula kisah-kisah lama ini, ia tetap akan jadi 'the untold history' semula. Sebulan selepas hari kemerdekaan, kita akan lupakan semua itu. Tunggu tahun depan, kalau-kalau ada orang mahu buka lagi cerita yang sama. Kita sembang kencang lagi benda yang sama juga. Ianya berulang setiap tahun.
Bagi peminat (hangat-hangat tahi ayam) sejarah, itulah keseronokan mereka. Membaca sejarah yang berbeza dari buku teks. Lebih-lebih lagi sejarah yang boleh menyangkal fakta-fakta sejarah yang ada di dalam silibus sekolah. Tidak pasti sama ada keseronokan itu datang hanya kerana rasa berbeza dengan orang lain, atau memang kerana cintakan kebenaran. Kita pun tidaklah bodoh sangat untuk menolak sebarang maklumat-maklumat baru tentang sejarah. Jika benar, kita setuju, jika sengaja memalsukan sejarah, tidak kira di dalam versi silibus sekolah atau versi 'the untold story', dua-dua tetap kita tolak. Tetapi bagaimana untuk menentukan kesahihan kisah-kisah itu?
Ada juga pihak yang tidak berminat bercerita tentang sejarah. Bagi mereka, perkara yang sudah berlalu, biarkan berlalu. Apa yang penting, bagaimana hendak membentuk masa hadapan. Dengan tidak menolak fungsi sejarah dalam pembentukan masyarakat, mereka-mereka ini akan lebih menumpukan berbincang soal kini dan masa hadapan. Soal seharusnya rakyat merdeka ini bagaimana bentuknya?
Perbincangan yang paling mendapat sambutan adalah soal malam kemerdekaan. Perlukah sambut malam merdeka jika buruknya lebih banyak dari baik? Sekadar untuk 'final count down', kemudian laungkan 'merdeka!' dan lihat bunga api. Itu sahaja? Di mana merdeka sebenarnya? Tidak dibincangkan lagi bab pergaulan bebas, pakaian mengiurkan, kesesakan manusia dan parking, himpit menghimpit, dan sebagainya. Kesan dari malam itu pula, maka lahirlah bayi-bayi terbuang 9 bulan kemudian. Makin ramai penagih ditangkap pada malam hari yang sama, bahkan motor-motor mat rempit banyak ditahan oleh pihak berkuasa. Motor yang tidak bersalah juga terbabit sama.
Maka keluarlah kata-kata 'Kalau begitu buruk sekali situasinya, mengapa tidak adakan sambutan kemerdekaan hanya pada siang hari sahaja? Bukankah Tunku Abdul Rahman, orang pertama melaungkan merdeka melakukannya pada siang hari? Maka tidak perlulah sambutan ambang Merdeka pada jam 12 malam seperti ambang Tahun Baru'.
Berbincang soal malam kemerdekaan sahaja sudah menuntut lebih banyak masa untuk dibuang. Belum sempat hendak berbincang tindakan dan perancangan seterusnya untuk negara dan masyarakat. Rakyat kita rupanya memang suka berbual-bual. Mengeluarkan idea dan berpendapat. Dan yang paling menarik adalah berlawan, berhujah, menang di alam maya, membuat provokasi demi glamer, dan membuat troll. Itulah perkara yang berlaku saban tahun apabila tiba musim sambutan kemerdekaan.
Sejarah hari kemerdekaan negara yang disambut setiap tahun itu, hanya ada satu tarikh sahaja, iaitu pada 31 Ogos 1957. Tetapi sejarah yang kita cipta sendiri atas nama 'hari kemerdekaan' itu berlaku setiap tahun. Sejarah membuat anak tanpa permit, sejarah perjuangkan hak kebebasan bersuara, sejarah berperang di internet memenangkan fahaman masing-masing, sejarah diri sendiri membongkar cerita-cerita lama, sejarah motor di tahan polis pada malam merdeka, sejarah cermin kereta kena pecah parking di Dataran, sejarah tengok bunga api dan banyak lagi. Sejarah-sejarah itu akan kita cipta setiap tahun dengan bersandarkan pada sejarah asal iaitu pada tahun 1957. Dan ia akan terus berulang. Bezanya tahun berlaku, tema dan pelakonnya sahaja yang berubah. Tetapi inti sejarahnya tetap sama.
Jika hendak di sentuh isu merdeka ini, terlalu banyak. Cukuplah kali ini kita katakan bahawa fahamilah maksud 'merdeka' itu dari sudut orang yang memperjuangkan merdeka itu sendiri. Bukan mengambil makna bulat-bulat dari kamus, bahawa merdeka itu adalah bebas dan tidak terikat. Jika diambil secara terus begitu, maka tidak menjadi salah mat rempit menganggu jalan raya dengan membawa motor secara merbahaya. Mereka sudah ikat 'lesen besar' iaitu bendera Malaysia di belakang motor. Tidak salah untuk orang muda bergaul bebas kerana tiada siapa perlu mengikat fikiran merdeka mereka. Persetubuhan haram juga dibolehkan atas nama kemerdekaan dan kebebasan suara. Maka tidak hairanlah lahirnya perjuangan Seksualiti Merdeka.
Hakikatnya apabila kita melihat kembali perjuangan asal menuntut kemerdekaan oleh pejuang-pejuang di negara kita, bukan perkara di atas yang mereka perjuangkan. Lihatlah bagaimana Hang Tuah, Hang Jebat lima bersaudara menentang penjajahan Portugis. Kemudian datang pula penjajahan baru oleh Belanda dan British. Muncul pula hero-hero baru seperti Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong dan lain-lain. Kemudian semangat itu diwarisi oleh pejuang-pejuang tanah air yang seterusnya seperti Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir, Haji Abbas Mohd Taha, Pendeta Zaa'ba, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi, sehinggalah tercapainya merdeka. Apakah perjuangan merdeka yang mereka cari?
Jika mereka-mereka hidup lagi ketika ini, adakah mereka setuju dengan pemahaman kemerdekaan seperti kita fahami sekarang? Pasti tidak. Selain memperjuangkan agar tanah air ditadbir sendiri oleh anak watan, mereka juga berjuang untuk memerdekan rakyatnya dari dijajah minda oleh barat, dari dijajah jiwa dan agama dari kekufuran, dari dijajah hati oleh nafsu, dan dari dijajah akal oleh iblis. Seharusnya selepas merdeka, kita masih lagi terikat dengan ajaran-ajaran agama. Bukan bebas sesuka hati untuk merosakkan diri dan masyarakat. Islam itu sendiri merupakan satu ajaran yang membebaskan manusia dari kezaliman kepada kerahmatan dan kebajikan.
Jika selepas merdeka kita boleh terikat dengan undang-undang negara, tiada sebab untuk kita mengelak dari terikat dengan agama. Itulah kemerdekaan sebenar yang dicari oleh pejuang terdahulu.
....?
BalasPadamproo0000000000ooooooottttTTTTT......ah, leganya!
PadamUMNO-BN memang meipu sejarah dulu kini & selamanya..
PadamTolak Khalid.. sokong isteri sendiri jadi MB..
cth minda dijajah kat ats semua dipolitikkan haha2
PadamKita masih belum merdeka, sebab kat Sabah masih berlaku perintah berkurung, apa ertinya MERDEKA KAlau terperap kat dalam rumah!
Padamyang aku tahu merdeka = cuti = waktu tidur.... wahaha
Padamanon 1254 antara keturunan macai inggeris suatu masa dahulu.. apa jadi pada negara lantaklah.. yg aku tahu aku nak tidur..
Padamnegara je merdeka, rakyat xmerdeka. masih dijajah
BalasPadamdijajah peliwat nuwar berahim anak beranak dan lim kit sial anak beranak
Padamcth minda dijajah kat ats semua dipolitikkan haha2
Padamhmm kalau ad orang bantai kasi 1 malaysia simulasi kena perang dn hilang nyawa mesti akn bru kenal betapa manisnya "kemerdekaan" ak mlm merdeka biasanya msk maggi kol 11.50mlm pastu mkn maggi smbil tgk tv org sambut merdeka....or movie lol
BalasPadamtp hakikat yg sepatutnya mungkin kita kena buat tahlil untuk pejuang2 kemerdekaan yg islam? pd ak yg tu nmpk releven hmm
Kerajaan mmg dah ada peruntukan tiap2 tahun... bajet utk upah keyboard warior bperang sesama sendiri setiap kali merdeka..
BalasPadamkeyboard warior juga salah satu bentuk pekerjaan juga. jgn nak kutuk2. tanpa keyboard warior, senario politik negara tidak akan meriah. itu pentingnya keyboard warior. dlm bahasa mudahnya adalah macai.
PadamMasa merdeka la kita nak tahu sape penjajah sebenar.. org korek2 cerita.. kalo british kata tok janggut tu jahat, dlm buku teks sekolah pun kata tok janggut jahat... yg british menyedut hasil negara kita kata baik... bodo piang la wei..
BalasPadamPerasaan merdeka susah nak lahir. .hanya org lama yg merasai penjajahan yg dpt fhm erti pengorbanan utk mendpt kemerdekaan. Tp susah nk bg perasaan yg sama kpd anak2 muda erti kemerdekaan sebenar. .yg diaorg tau merdeka dr exam, spm, kongkongan ibubapa atau bebas utk buat apa je tnpa fikir pegangan agama. Maybe kena hntr diaorg ke gaza atau syria...baru insaf
BalasPadamApa ni ayam.. malaysia mana ada sejarah. Tamadun pun xder. Mana kajian demi kajian sarjana kita? Sejarah Malaysia x konsisten. Bermacam2 versi. 100 dikaji, 100 mcm rupa. Kesahihan kelaut. Ada pengkaji sejarah simpulkan penemuan mcm citer kartun jer. Jumpa dewa itu ini. Naik ke langit lagi. Whoalauwey.. abih apa implikasi yg anak muda kita dpt? Cintakan negara?
PadamDont jump to conclusion hantar syria bagai.. salah sejarah sendiri. Xde bende kajian ilmiah yg kita boleh bangga. Peninggalan sejarah yg jumpa pun, x kukuh. Ceritanya direka2 mcm org mabuk todi jer ceritanya. Kenapa anak muda dipersalahkan?
tak penah plak aku dengar sejarah kata jumpa dewa sana sini.
Padamke ko yang banyak baca komik lepas tu sibuk tuduh orang
mabuk todi betul
hang tuah dgn kawan2 dia naik gunung jumpa tok guru.. belum ckp apa2 lagi tok guru dia dah tahu mcm2.. kira dewa la tu... lepas tu sultan melaka nak kahwin dgn puteri gunung ledang kena sediakan 7 dulang hati nyamuk.. apa karut sampai mcm tu.. mahsuri kena tikam keluar darah putih.. jenis manusia keturunan apa darah warna putih? sakit la kot..
Padamitu antara cerita kartun dlm sejarah kita...
hang tuah nak sangat tengok anak dara maharaja cina, sampai kena trik mintak makan kangkung.. boleh dongak kepala tengok... kah kah kah.. apa sangap sangat nak tengok anak cina sepet tu... karut betul la..
Padamantara cerita karut.. pada suatu masa semua rumah dikawasan rusila blackout..akibat guruh petir.. tp surau tempat haji Hadi jer terang benderang... itu sbb pakai generator.. apa da budak2 PAS ni.. nak cerita pun jgn over sgt..
Padamada betulnya kata encik Ayam Afrika tu.. anak2 muda tak dapat nk jiwai erti merdeka sebenar.. cuma tahu yg negara kita dah merdeka dan kita sambut tiap2 tahun.. diorang sambut merdeka tu sbb nak cuti jer.. negara kita kan negara yg paling byk cuti..
Padamnak rasa apa itu merdeka.. kita hantar ke negara2 yg masih bperang.. baru tahu apa itu keamanan dan kemerdekaan..
korang belum pernah lagi dgr cerita parang terbang masa 13 mei.. lagi karut.. masa kena jajah dgn jepun dulu.. dgn british semua tu.. tak terbang pulak parang2 tu.. bila gaduh dgn cina, pandai pulak parang tu terbang... terbang tinggi pulak tu...
Padamkenapa kita tak cipta kapal terbang je terus.. takde la wright bersaudara dapat nama...
Tanpa Nama20 Ogos 2014 12:52 PG ni memang sah yahudi mabok..
PadamApa nak kisah. Biar la sejarah ada macam2 versi sekalipun. Ia mencorakkan keunikan sejarah negara kita. Tapi korang pun semua tau kan yang tu semua tak penting pun, apa yang lagi penting ialah apa yang kita jadi sekarang dan bagaimana negara kita sekarang. Tak kira sejarah kita cakap kita ni ramai pahlawan ke, penuh mistik ke, bnyak cerita2 yang diluar imaginasi ke..tu terpulang kepada diri kita sendiri untuk membentuk keperibadian bangsa dan rakyat malaysia ni. Kalau kita ni dari keturunan bangsa terbijak dan paling hebat sekalipun, tapi kalau mentaliti dan pemerintahan sekarang membentuk ke arah yang negatif..sama jugak,still akan menjadi malaun.
Padamkalo ikutkan idea anon 1029 ni, maknanya sejarah tu tak penting. cuma bahan bacaan utk hiburkan hati jer. yg penting apa yang jadi pada kita sekarang. sambutan merdeka tu pun mengarut. takde apa yg perlu dikenangkan. lebih baik kita fikir masa depan kita nak jadi apa. kan mudah cara fikir macam tu. baru boleh jadi macam thailand dan singapore.
Padamsejarah kita tak mengajar kita membentuk keperibadian bangsa pun. melayu mana ada sejarah ajar sifat2 macam ketekunan dan semangat jepun semua tu. melayu ini hanya diajar sejarah untuk sentiasa memberontak, sentiasa tikam menikam. rasa lebih berbanding orang lain. dah disuap pun masih tak boleh berdiri sendiri. sebab tu sampai sekarang bangsa kita jadi macam ni. dari dulu lagi memang tiada disemangat cmtu. sebab tu bila kita tunjuk hebat, org kita paling lebih, bila tunjuk gengster..org kita paling up. tak ada pengaruh budaya mana dah..memang dah tersemat dalam diri. Sebab tu orang cakap sejarah mengajar kita. Macam mana sejarah tu cerita,camtu la kau belajar untuk jadi. Lagi satu 'tak penting' bukan bermaksud 'merepek'. tu dua benda yang sangat lain maknanye. tak penting juga tak bermaksud tak perlu diendahkan.
PadamCuba cerita apa yang kau belajar dari sejarah kita? hnya untuk lulus exam. hanya untuk buat assingment. Camner dengan sambutan merdeka kau?tgk concert kat dataran merdeka? seronok tgk org berarak? kita bukan menyambut merdeka sebab kita hayati erti kemerdekaan. tapi kita sekrang sambut merdeka sebab pesta, kemeriahan, bunga api semua tu yang kita excited nak tgk.
ayam afrika, hari merdeka sudah tercemar dgn kepentingan politik..sbb tu org muda xminat nk sambut..just my opinion..
PadamAYAM AFRIKA ke Ayam Uganda... anak muda bukan tak menghargai....perasaan itu kena datang sendiri...appreciation untuk pejuang2 dahulu....tapi bukan pimpinan sekarang...we do love our country........banyak perkara yang menghilangkan semangat kemedekaan..dan yang menghilangkan itu pun orang yang patut membarakannya dikalangan rakyat...emosi terganggu....emosi dan ekspresi sesuatu yang tak boleh dipaksa....yang sepatutnya hadir penuh sukarela....semoga Malaysia terus aman.....selamat menyambut hari kemerdekaan semua...marilah kita betafakur sekejap mengenangkan pejuang2 terdahulu dan pemimpin2 yg amanah dalam pentadbiran...
PadamMungkin lesu sbb promosi sejarah kemerdekaan itu diselitkan propoganda dan dakyah murahan yg melampau....
Padamyang seronok nak sambut merdeka kat malaysia tahun ni ialah bangla2 seramai 1.4 juta... Negaraku berdaulat..? Bangla berdaulat..
Padamx ghairah sambut merdeka sbb masing2 duk kerja cari rezeki...barang mahal asyik naik tiap2 tahun...rakyat tidak kaya/ senang2..yg best tu org atas n kroni....
PadamSuruh pemimpin negara je la yg sambut sbb mereka ni kaya2 dah...rakyat dok pulun cari duit ni..idup dlm tekanan
Padammeh kawe kecek kelate sikit.. Bukan kawe tak saye pd negaro tapi kawe lebih benci dgn kes korupsi, jenayah tinggi, kenaikkan hargo barang, harga rumah toksoh cakap la, kos hidup tinggi tak sepadan dgn pendapatan dll.
PadamNegaro merdeka tapi ramai lagi rakyat hidup dgn hutang hutang hutang...negaro kayo rakyat miskin
Kami merdeka tp kami kudrat kami ditekan..
Padamnegara dah merdeka, tp rakyat belum, ramai yang tertindas dek harga barang, minyak walupun kerajaan 57thn merdeka dah buat pnyelarasan.. name sahaja penyelarasan,name shaja subsidi..tp tetap naik..merdekakan rakyat dahulu.
PadamSambutan kemerdekaan dah jadi acara politik...mengangkat martabat parti politik, bukannya mengangkat perjuangan rakyat...no wonder semangat menyambut kemerdekaan makin lama makin hilang...sebab tak semua orang terkesan dengan perjuangan parti politik...
Padamtl;dr
BalasPadamJom 'balik'
BalasPadamkalo muka macam pecah rumah, xde sape nk balik ikut ko..
Padamtu "kalo".tapi realitinya aku hensem.hahaha.
Padammuka hensem ni bagus.. poket kosong pun awek ikut jugak. kena pulak awek yg belanja.. modal zero la.. 'rezeki' pun dpt..
Padamterbaikkkk.
Padammuka hensem + poket kosong = awek keluar banje = awek ikut
Padammuka pecah rumah + poket tebal = lelaki keluar banje = awek ikut
so persamaannya, kalau nak awek ikut, silala ensem kalau tak berduit, kalau tak ensem, silalah tebalkan poket anda.. hehehe
itulah salah satu ciri2 minda terjajah.. ikut sangatlah budaya barat tu.. poket tebal la.. muka hensem la.. hensem2 ni org barat je jadikan modal nak merosakkan anak dara org..
Padamtengoklah hero2 dari barat.. tak pandai lawan takper.. tapi muka mesti hensem.. kalau pendek, boleh ditinggikan macam captain america..
kalau tengok cerita jepun dari timur tu, hero2 tak ensem pun.. boleh je selamatkan dunia.. yg pasti niat mesti betul.. muka2 asal ultraman semua tak hero.. bila time lawan nak cover muka buruk tu, diorg tukar jadi muka ultraman supaya budak2 tak hilang fokus
anon 1:18, terlalu serius pun salah satu contoh minda terjajah..
Padamaku rasa muka ensem sekarang ni awek susah nak lekat.. awek skrg byk pilihan. selain negro, mat bangla pun dah pandai bawak awek melayu keluar jalan2.. lagi2 budak sekolah menengah.. bangla = hindustan = shah rukh khan.. mmg jahanam la bila dia pikir mcam tu..
Padambangla = zizan - dapat emma maembong
PadamSlm. Merdeka ... Satu tool utk menunjukkan yg kita ni bangsat. Yg dulunya kita dijajah orang asing. Sekarang dijajah oleh bangsa sendiri yg pentingkan nafsu. Bila ditentang.... Ko tak bersyukur. Merdeka = kebebasan utk mereka yg berkuasa.
BalasPadamko ni betul2 TOTOL la... merdeka tu utk 31 ogos.. sambut kenangkan negara kita pernah di jajah... kalau nak ikut2kan sejarah.. negara kita mana pernah kena jajah... cuma duduk bawah naungan british jer.. siapa cakap negara kita dijajah, maknanya org tu totol dan tak belajar sejarah.. tak pun terima buta2 je apa yg sekolah ajar..
PadamYe ler. Sikap aku. Yang berjuang mati2 tu semua pengganas. Yg songkok tinggi tu... Tumbuk tangan langit tu adalah intermediate antara penaung dengan rakyat jelata. Semua dah kaya pulak tu disebabkan memakmurkan negara dengan menjadi memerintah rakyat2 marhaen. Diorang mesti disanjung dan diagung. Kerajaan dibawah diorang ni adalah maksum. Selama ni tak pernah ada Menteri ataupun high ranking government officer yang terlibat rasuah semasa bertugas. Memang hebat.
Padambetul tu totol. orang bodo dan rasa british tu bagus sangat je sanggup kata negara kita tak pernah kena jajah. sbb tu negara kita kaya. pemimpin2 kita kaya. yg nenek moyang korang kena maki kena ludah dgn british tu, bawah naungan british ke? kalau menaung, kena la jaga elok2.. ini dibuatnya macam hamba celaka
Padamkorg sebenarnya yg tak paham.. tak reti beza antara bernaung dgn dijajah. kalau dijajah, segala2nya ikut acuan inggeris. tapi kenapa kita masih menebal ciri2 kemelayuan di negara ini? takkan inggeris nak diam diri je? sebab diorg tak jajah, sbb tu diorg biarkan kita dgn cara kita.
Padamwalaupun nampak mcm inggeris yg memerintah, dlm masa sama diorg lantik org tanah melayu yg jadi penasihat. itu bukan jajah.. itu namanya naungan. malah kita masih dikuasai oleh sultan lagi waktu tu.
cuma negeri2 selat sahaja yg dijajah. lain kali belajar sejarah biar pandai sikit, baru komen.
kalau negara kita xdijajah & hanya dinaungi, apa point tunku abdul rahman perjuang kemerdekaan negara?? bodo punye anon, komen nmpk mcm pandai tp rupa2nya bodoh juga
Padamtunku abdul rahman tu cuma kawan baik atau keturunan penasihat kepada british ketika itu. lihatlah dari mana dia belajar memerintah. dari inggeris juga. tak mungkin inggeris hendak lepaskan negeri bawah naungan mereka kpd org yg tidak terima pemerintahan mereka.
Padamhanya tunku sahaja yang layak. dia faham selok belok mcm mana nak memerintah negara ni. walaupun org kata dia cuma boneka inggeris sahaja sebb pegangan inggeris thadap harta2 negara masih kekal dan dijaga rapi oleh pemerintahan tunku. hinggalah sekarang masih dijaga rapi.
kah kah kah.. anon 11:07, bila masa tunku perjuangkan kemerdekaan tanah melayu? cuba cerita sikit.. dia cuma menyambung warisan ayah dia menjadi penasihat kepada inggeris. dia juga keturunan raja yg goyang kaki tgk rakyat sendiri diperbudakkan.
Padamyg betul2 nk kan negara ni merdeka ni macam API, AWAS, KPPM dan beberapa lagi. semua parti2 tu dah pupus dan dipupuskan oleh geng2 penasihat inggeris ni la jugak. bila dah terlalu kuat desakan dari geng2 ni, baru inggeris nak lepaskan pd kita tp dgn syarat mesti beri pd kroni inggeris jugak yg jaga. kalo tak, habislah syarikat2 inggeris yg ada kat sini dihalau keluar.
orang lain yg berjuang mati-matian untuk merdekakan tanah air, orang lain yang dpat nama.. lembu punya susu, sapi dpt nama, itulah istilah yg tepat utk situasi mcm ni.. tapi bab kita dijajah atau dinaungi, aku tetap pegang kata kita dijajah.. bukan dinaungi.
Padamsiapa kata kita dinaungi ni sebenarnya nak bodek inggeris. inggeris dah takde kat bumi malaysia ni pun masih terhegeh2 nak bodek..
sedangkan pahlawan kita dulu2 semua tu dibenci inggeris.. yg bodek2 mmg inggeris sayang sbb pembodek ni yg mengkayakan inggeris. sebab tu bila merdeka, inggeris serahkan negara ni pada pembodek dan macai mereka. dan mereka diangkat menjadi hero..
sebab tu ada banyak kes untold history yg perlu dibongkarkan di kaji semula. sebab apa nak sorok? sbb nak beri rakyat rasa yg macai2 inggeris ni adalah hero dulu, kini dan selamanya.
Sejarah dicipta oleh mereka yang menang dan memerintah,sejarah boleh di tulis dan dipadam sesuka hati..tetapi rakyat semakin cerdik mengkaji dengan ada media cyber.contoh terdekat semasa anwar ibrahim dalam umno dan kerajaan rakyat cukup bersemangat menyambut hari kemerdekaan,jalur gemilang di jual di lebuhraya,ramai yang membuat keuntungan.selepas anwar dibuang dari kerajaan saya melihat semangat menjadi lesu dan sejarah anwar dalam kerajaan pun di padam kerana kuasa seseorang individu....lagi satu sabotaj secara diam kerana rakyat tertekan dengan kos sara hidup yg sentiasa meningkat dan membebankan....
Padamseandainya pejuang2 kemerdekaan sebenar seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakob, Shamsiah Fateh, Rosli Dhobi, Tok Janggut, Dato' Beraman, Mat Kilau, Mat Indera, Tuan Guru Abd Rahman Limbong, Ahmad Boestaman, Tokku Paloh etc etc tak diangkat dan dipopularkan sbgmana muka2 elitist UMNUU saban tahun yg dijulang bagai nak rak sbg wira sebenar kemerdekaan, maka Roh sebenar Kemerdekaan Bolehland takkan pernah sampai ke setiap denyut nadi rakyat
Padambetul tu anon 20 Ogos 2014 3:07 PTG. jika tak silap pada tahun 1997, hampir 99% peratus rakyat m'sia mengibarkan bendera, semua kereta mengibarkan di jalan raya.. dan pada ketika itu, sesiapa yg tak pasang bendera.. rasa pelik dan janggal, ayah saya memasang bendera di kereta, tercabut, pergi beli dan beli... kenapa ye.. hanya tahun 1997, tahun 1998, kembali sepi sehinggalah sekarang...
Padambagi segelintir rakyat, mereka beranggapan mengibarkan bendera Malaysia adalah seperti mengibarkan bendera BN atau UMNO. Sentimen politik yang tinggi dan kebencian yang tidak berasas menjadikan mereka hilang rasional. Majoriti mereka juga sukar menerima pandangan. Mereka menganggap pandangan mereka yg pro kerajaan tidak boleh diterima kerana risau pandangan tersebut akan menjadi modal politik.
PadamSemenjak 1 golongan memilikpartikan Hari Kemerdekaan. Maka jangan ditanya mengapa orang ramai semacam tak patriotik dan kurang berminat dengan Hari Merdeka.
PadamSejauh manakah rata-rata kita sebagai rakyat Malaysia menghayati roh kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar?
BalasPadamKita sudah mengecapi kemerdekaan dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Sudah tidak bergantung lagi dengan mana2 kuasa besar. Sepatutnya pemikiran dan tingkahlaku kita juga perlulah jauh lebih merdeka, kerana kita sendiri yang membentuknya. Bukan terkongkong dengan budaya2 barat.
Buktinya, kita masih lagi terkepung dengan pelbagai masalah sosial seperti perzinaan, pembuangan bayi, penagihan dadah, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Itu semua kerana kita masih dijajah oleh barat dalam keadaan yang lain.
sebenarnya xde apa yg nak dibanggakan dgn sejarah & ketamadunan melayu ni... xde hero kena la reka watak hero iaitu hang tuah... tp yg bodohnya dia ikut membabi buta pd sultan... tanah melayu pula dh berapa kali kena jajah... belanda, portugis, british, jepun... org melayu cuma angguk saja... sultan sbg benteng terakhir org melayu?? sultan la yg dok lantik gabenor2 british ni jd penasihat dia... org british ni pandai, dia pegang sultan, org melayu semua dia pegang... yg bangkit & menentang penjajah ni pun adalah rakyat jelata, bukan sultan... sultan cuma angguk2 geleng2 saja... kalau apa2 jadi kt negara kita, sultan la yg lari dulu tinggalkan rakyat2nya... xmcm maharaja jepun & raja barat zaman medieval dulu, diorg sama2 turut serta dalam peperangan & mengetuai bala tentera... sultan kita dok kat istana je la... british dtg bagi duit sikit, tunduk dah... org melayu bkn bangsa penakluk tp adalah sebuah bangsa pengikut...
BalasPadamsbb tu aku ckp tiada apa yg gah & nak dibanggakan sgt dgn sejarah melayu ni... tgk jelah org melayu skrg ni pun... tiada apa sgt yg boleh dibanggakan kalau dibanding dgn bangsa lain... mmg nampak mcm pahit tp inilah realitinya
aku setuju dgn ko anon 931. kalo betul la sultan tu pembela rakyat dan negara, kenapa semua harta benda negara british yang kaut? rakyat dijadikan hamba british. raja2 semua tahu goyang kaki je sengih2 tgk rakyat dan negara ditadbir oleh british.
Padamlepas merdeka tgklah apa jadi? semua tanah2 sawit atas nama british. tanah2 pokok getah atas nama hindi-timur british punya. rakyat yg jadi balaci british pun bangga2. lagi2 pemimpin2 umno yg dulu2. semua hasil didik british, baru british bagi serah kuasa. kalo ko budak pondok belajar bukan kat britain, ko boleh blah. jadi ketua kampung sudah. yg jadi menteri2, jadi perdana menteri semua ank2 org kaya yg belajar kat britain. kaya pun sbb jadi pengikut setia british, pergunakan anak2 bangsa sendiri jd hamba british. sbb tu kaya.
contoh pengaruh british yg tak boleh lepas dari rakyat malaysia ialah duit.
Padamdulu kita banyak follow budaya arab, cina dan india sbb mereka dtg berdagang di negara kita. dulu duit kita pang 'wang'. perkataan 'wang' ni pengaruh dari negara cina. masa tu kita aman damai.
bila dtg je british, semua duit2 yg ada dah tak sah. tukar guna sistem duit yg diorg tentukan pulak. so, korg ada duit byk mana pun, tetap tak bguna sbb masa tu sistem duit dah tukar. kira semua anak2 malaya ni jatuh miskin sama-rata. lepas tu british perkenal duit baru. siapa nak duit tu, kena kerja jadi hamba.
contoh dia suruh buat rumah utk dia. bila kita rehat sikit, diorg tengking2 suruh sambung kerja. disebabkan dgn duit, diorg boleh kawal kita sesuka hati.
dicampaknya syiling2 atas tanah lepas tu jerit2 suruh siapkan rumah. jerit2 cakap 'do it', 'do it'.. org kita pulak tak tau bahasa english.. diorang ingatkan org tu jerit2 panggil wang tu sbg duit. so, lekatlah pkataan duit tu dlm kepala nenek moyang kita..
kalau dulu pedagang arab, cina dan india sanggup belajar bahasa melayu sbb nak berdagang kat sini. tp british dgn celakanya takde pun nk belajar bahasa kita. kita pulak dipaksa ikut bahasa dia. mmg celaka. aku tak tau kenapa ada org masih suka dgn british ni.
anon 9:31 point ko mmg betul. sbb tu aku lebih suka baca kisah sejarah medieval barat & era samurai jepun sbb diorg mengajar aku menjadi penakluk, pencipta & pencetus... kalau aku baca sejarah melayu dia hanya akan mengajar aku kekal menjadi pengikut sahaja
Padamlepas ko baca sejarah yg ajar ko jadi penakluk, ko tetap kekal jadi pengikut.. yg akan jadi penakluk cuma angan2 dlm kepala ko saje.
Padamsbb aku baca sejarah penakluk la aku skg keje sendiri buat bisnes jd bos, bkn jadi kuli... kalau aku ikut sejarah melayu pengikut, dh lama aku jadi rider kt mekdi
Padamanon 11.21, aku sokong pendapat kau. bagus2. sejarah menunjukkan melayu ni pengikut yang membabi buta je ikut arahan pemerintah. sentiasa perlu disuap. raja goyang kaki.
Padammaksudnya jadi penakluk tak payah ikut arahan pemerintah? memberontak je sepanjang masa?
Padamaku rasa adam adli dengan ko org yg sama. ingat nak jadi penakluk, tapi jadi pengikut kpd pemberontak sahaja tak habis2..
korang sebenarnya faham tak apa maksud parti haluan kiri dan parti haluan kanan? korang jgn ingat asalkan haluan kiri tu mesti sokong komunis. tak semestinya. kena faham istilah tu digunakan sebelum merdeka. maksud istilah haluan kiri tu ialah 'menentang inggeris'. Haluan kanan pulak ialah 'mesra inggeris'. itu aje.
BalasPadammaksudnya, tak kisah la ko sokong komunis ke, ko sokong jepun ke, atau ko mmg ada cara ko tersendiri lagi2 yg aliran pondok belajar kat mekah tu, itu sudh masuk kategori berhaluan kiri.
kalo ko bodoh dan tak reti pikir sendiri untuk negara sendiri, semuanya serah pada pemikiran british, ko adalah berhaluan kanan. senang saje. itulah UMNO, parti mesra inggeris.
betul tu.. parti yang konon2 kiri dan dipandang hina inilah yg sebenarnya perjuangkan kemerdekaan tanah air. bukan macam parti kanan yg mesra inggeris.
Padamtapi bila merdeka, inggeris serahkan pada parti kanan yang sibuk sebelum ni nak jaga kepentingan inggeris. lepas tu sekarang mereka jadi pulak dijadikan hero.. sebab tu ada istilah the untold history dan pahlawan yg dilupakan. maksudnya ada kisah dan watak yg disorokkan dalam sejarah. supaya geng2 aliran macai inggeris akan sentiasa dianggap wira negara.
Ko merepek apa ni setannn! Baik ko bljr sejarah lagi, xyh merapu ntah apa2, bkn ada org prcaya pn teori ko tu! Bolo pnya olang!
Padamsamsul adli 325 di atas antara contoh org jumud yg percaya sejarah buku teks yg disusun umnuu sahaja... sejarah lain dia kata merapu.. org2 mcm ni yg british sayang..
PadamSALAM MERDEKA
PadamUMNO (United Malays National Organisation) ditubuhkan bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air, tetapi untuk membantu kaum penjajah membendung gerakan kemerdekaan yang sedang marak berkobar yang dipelopori parti2 dan bertubuhan kiri berbagai kaum. Jadi tidak hairanlah ditengah2 laungan MERDEKA yang berkumandang di seluruh pelusuk Malaya ketika itu, tiba2 pada tahun 1946 UMNO bangun dengan semboyan HIDUP MELAYU.
Masuk pasaraya tengok warga asing cuci lantai,
BalasPadamMakan kat pudu tgk warga asing sapu sampah,
Masuk klia tgk warga asing susun troli & cuci tandas,
Masuk car wash tgk warga asing cuci kereta,
Pasar malam kaw kilang @ pembinaan penuh warga asing beli barang,
Pergi nilai 3 beli kain dah mcm Pakistan kecil.
Tegok bersama mu baru nampak rakyat kita,
Kerja untuk rakyat diberi kepada warga asing. Apa sudah jadi?
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
aik?idup lagi hang ni?ke ada orang dok tiru ayat dia..
Padamanon kedepan muncul kembali
Padamkalau rasa2 tak nak dia hidup lagi, doakan sahaja kematian dia. lagipun dia kan anon. siapa pun tak kenal dan tak ambil peduli kalau dia takde nanti
Padampsikologi jiwa yg merdeka
BalasPadamDia berfikir, memilih dan bertindak bagi pihak dirinya sendiri sahaja.
Orang yang jiwanya merdeka tidak peduli apa orang lain fikir tentang idea-ideanya. Dia mempunyai idea berniaga, dia usahakan idea niaganya itu.
Orang yang jiwanya tidak merdeka tidak berani berfikir sendiri. Dia ikut pemikiran orang-orang di sekelilingnya.
Orang yang jiwanya merdeka mempunyai kriteria dan ukuran pilihannya sendiri. Dia tidak menggunakan kriteria dan ukuran yang digunakan oleh orang-orang lain.
Ini yang patut kita tanam dalam jiwa anak bangsa kita.
Hakikat & realitinya 31 Ogos tu kemerdekaan Tanah Melayu. Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Sabah, Sarawak, & Singapura bersama2 Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) membentuk Malaysia. bukan masuk Malaysia coz before 16 September tiada Malaysia. Salah sistem pendidikan di Malaysia agaknya. Siapa tokoh sejarah pun we based on what historians write, betul ka? so jikalau tu historian ada hidden agenda, & kita kurang membaca, tiada efforts utk dptkan pandangan lain, kita selama-lamanya hidup dlm zaman jahiliyyah.
BalasPadamkerangka dan hala tuju kemerdekaan yang ada hari ini.....rakyat marhain lesu sebab sentiasa dibebani dan di ugut dengan PTPTN,saman/AES serta akta2 yg membantutkan minda dan pemikiran rakyat seperti AUKU.dsb.....apa erti jasad merdeka tetapi jiwa dan minda dijajah.....
Padammerdeka skg penuh dgn program2 yg melalaikan, tiada pengisian yg btl2 untuk generasi skg, KL penuh dgn pendatang2 jer nk tgk konsert, rakyat kita sendiri plg jauh pon g tgk bunga api n blk umah....
BalasPadamanak muda Malaysia ada citarasa yg brrlainan. kemerdekaan yg ingin dikecapi dihalang dgn mengatakan cara yg dilakukan tidak sesuai dan mengundang masalah. akan tetapi jika terus dihalang, secara tidak sedar anak muda akan hilang rasa semangat utk bersatu dan lebih suka menyendiri.
BalasPadamZaman moden pasca-merdeka sekarang, pd pendapat aku, pengertian merdeka sudah berubah kepada lebih peribadi dan individualistik.
BalasPadamKita semua ada pendapat 'merdeka' yg masing2...
Even nak bebas dari genggaman rokok pun kira perjuangan merdeka jugak tu...
Negara manakah yang pada hari sambutan kemerdekaannya, bekas tentera dan Polis penjajah diajak untuk sama berarak dan dilayan sebagai pejuang yang 'heroik'?
BalasPadamSebaliknya anak tempatann yang benar2 melawan penjajahan sengaja dilupakan dan difitnah?
Adakah negara ini benar benar Merdeka?