Sumber doodle. |
Dalam kemeriahan yang agak suram, di sini dapat dikumpulkan hanya 50 ucapan. Ucapan ini dipetik dipelbagai tempat termasuk media sosial, blog dan laman web. Masing-masing dari kita rakyat Malaysia ini ada pandangan tersendiri berkenaan Merdeka. Apa pandangan mereka, akan diserlahkan melalui ucapan. Jadi, mari kita ikuti sebahagian kecil pandangan rakyat Malaysia.
1. Setiap kita ada cara menyambut kemerdekaan masing-masing. Tidak perlu membanding beza. Just Chill.
2. Mereka yang pertahan Akta Hasutan, seperti yang tolak cadangan Akta Harmoni, tidak berhujah dengan substantif/kontekstual. Kita berhujah, mereka menerjah.
3. Sambutan ini mengembalikan semangat patriotisme rakyat, terhadap negara selepas berduka dengan tragedi MH370 dan MH17.
4. Perbarisan kemerdekaan pun kena tangkap?
5. kedengaran sayup-sayup dari jauh; Merdeka... Merdeka... merdeka. Tapi ia tidak kedengaran jelas. Bila dekat sikit, terdengar; Metallica... Metallica... Metallica... Alamak tersalah negara.
6. Kami anak Malaysia. Melayu Bangla Filipina Myammar, Kemboja Nigeria Pakistan pun ada... Kaaaami anak Maaaalaysiaaa...
7. Kata negara ni tak pernah dijahah. Yang mana satu nak percaya ni? Merdeka sebenar termasuk juga bebas daripada diperbodoh.
8. Mauduitka! mauduitka! mauduitka!
9. Merdeka! Merdeka! Nasib baik bukan Menderhaka!! Menderhaka!!
10. Merdeka daripada Facebook adalah sukar.
11. Merdeka itu bukan Hari Bendera.
12. Selamat bersedia untuk 'Merdeka', hidup kita semakin hari semakin kurang merdeka. Ada sahaja candu yang membuatkan kita bergantung pada itu dan ini.
13. Merdeka sering ditafsirkan dengan 'sudah senang', walhal merdeka adalah bebas daripada pergantungan, walaupun terpaksa hidup susah.
14. 1957 Hati Malaya. Tanah Melayu. Tanah air ku. Hizb wathan!
15. Bior muka berjerawat, jangan leher ada lovebite. Bior perangai nakal-nakal, jangan sifat macam sundal.
16. DS Najib jerit "SATU..." Kita sambut "MALAYSIA..." Tak dapat apa-apa. Harga barang naik jugak.
17. Kita hanya benar-benar merdeka apabila kaki kita melangkah masuk ke dalam syurga. Di situ, baharulah lahir sebuah chenta. Senyum.
18. Keluarga Merdeka. Bapak Polis. Mak Jururawat. Anak Mat Rempit. Anak Pergi Merempit. Bapak Buat Roadblock. Anak Lari. Excident. Mak Rawat.
19. Know the difference: MALAYA's birthday is 31 August 1957. MALAYSIA's birthday is 16 September 1963.
20. Saya
lebih berminat menggunakan perkataaan "Selamat Hari Kebangsaaan dan 57
tahun Merdeka" kerana salepas Mei 13, Hari Merdeka di ubah secara rasmi
nama Hari Kebangsaan, tetapi hari ini di gunakan juga Hari Kemerdekaan.
21. Bebas itu belum tentu merdeka tapi merdeka itu sudah pasti bebas.
22. Mengenang budi mereka yang berada di barisan hadapan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada kerajaan penjajah Inggeris. Dan..., dan beribu lagi yang berada di belakang mereka. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal untuk segala usaha murni mereka. Amin ya Allah
23. Untuk kemerdekaan 100%, kita tidak hanya harus menghalau kaum imperialis dari bumi kita, tetapi harus menghapuskan sama sekali sistem kapitalis yang menjadi tunjang kepada imperialisme.
24. Kerana kita merdeka... Tanah milik melayu tinggal seponkeh. Hutan simpan jadi hutan gondol. Hutan taman negara jadi hutan kera. Hasil mahsul kaya. Rakyat bawahan papa. Hanya kerana kita sudah merdeka.
25. Kerana kita merdeka. Rakyat duduk jadi hamba abdi. Untuk pemimpin berjoli. Duit zakat jadi duit syarikat. Jadi duit pakat pakat. Untuk asnaf tak perlu. Cari untung dahulu.
26. Salam Merdeka kepada semua rakan... Kemerdekaan ini adalah hasil dari perjuangan para pejuang dari generasi ke generasi berbagai aliran dan berbagai kaum. Tidak sedikit darah ditumpahkan untuk membayar kemerdekaan ini sejak kaum penjajah barat menguasai tanah air kita.
27. Tukang buat Tugu Negara ni mat salleh, Felix De Weldon. Tukang baikpulih pun mat salleh, Christoper Carney. Orang kita cuma jadi penyembah berhala.
28. Merdeka la sangat... Lagu kebangsaan pun guna lagu Hawaii.
29. Negara Ini negara merdeka. Bendera = bendera syarikat hindia Timur inggeris. Lagu negara = lagu Pacific Islanders. Tugu negara = penghargaan buat penjajah. Antara hero negara = askar-askar penjajah diterbangkan dari UK untuk berarak sama dalam perbarisan.
30. 57 tahun rakyat dibangangkan!
31. Warga Umno merintih meratap di atas pembunuhan Sir Henry Gurney di tangan pengganas.
32. Malangnya, dalam versi British dan kerajaan Persekutuan Malaysia, Sir Henry Gurney adalah seorang pahlawan.
33. Penulisan sejarah memang berpotensi untuk dijadikan alat propaganda. Bukan hanya dari segi tafsiran tapi juga sumber-sumber penulisannya. Manipulasi ini tidak cuma dilakukan oleh kekuasaan politik semata-mata.
34. Pada saya, British paling jahat kerana mereka lucutkan hak raja Melayu dan mereka bawa pulang kekayaan negara, mereka pecahkan perpaduan kaum dan mereka racuni pendidikan agar kita terus menjadi bangsa terjajah ataupun bangsa pengguna dan bukannya bangsa pencipta yang mampu mashur sedunia.
35. Mahalnya sebuah kemerdekaan, nyawa banyak dipertaruhkan. Hargailah kemerdekaan yang ada sekarang.
36. Pelbagai bangsa. Pelbagai agama. Bersatu kita kerana bernaung di bawah satu negara. Terima kasih para pejuang.
37. Boleh jadi murung juga baca status-status di FB yang beri macam-macam definisi berkenaan merdeka. Merdeka sebenar adalah bla bla... merdeka ialah bla bla... Akhirya tiada orang pun kat Malaysia yang merdeka. Padahal 31 Ogos ni, nak kata merdeka fasal negara sahaja pun.
38. Merdeka sebenarnya ialah sebuah pantai. Pantai Merdeka.
39. Merdekakan ketakutan, kita melangkah ke hadapan. Merdekakan angan-angan, kita mulakan tindakan.
40. Siapakah yg dipertanggungjawabkan oleh penjajah British untuk menggubal perlembagaan negara kita?
41. Merdeka daripada penjajah, tetapi minda dan jiwa terus dijajah. Bagaimana kita dapat memerdekakan diri daripada segala jenis penjajahan?
42. Apa gunanya Merdeka jika hukum hakam Allah dipersendakan?
43. Baru jadi baharu. Merdeka tak diubah jadi merdeheka?
44. Apabila bercerita tentang kemerdekaan, aku tertanya-tanya apakah produk yang boleh kita banggakan?
45. Tanah tempat kaki kita berpijak sekarang, adalah tanah yang harmoni, yang neutral, dalam masa yang sama, kita mengalami kecelaruan budaya.
46. Bilakah England, Perancis, German, Russia, Jepun, China, dan lain-lain negara paling maju berjumlah 20 itu merayakan merdeka?
47. Negara yang menyambut kemerdekaan, adalah negara-negara terjajah. Baguslah negara-negara terjajah ini berpesta-pestaan menyambut 'hari raya kemerdekaan', supaya mereka tidak lupa, bahawa suatu masa dahulu mereka pernah dijajah.
48. Ramai dikalangan kita masih mempunyai 'penyakit' yang telah ditanam oleh penjajah dan pemerintah sejak lebih 500 tahun dahulu, telah berakar umbi turun temurun dan sebati dengan jiwa kita sampai sekarang. Penyakit HAMBA yang memberi kesan terhadap jiwa sehingga menjadi INFERIORITY COMPLEXES!
49. Tanda orang yang merdeka ialah, mereka yang tiada keuzuran, dapat solat Maghrib awal waktu secara berjemaah di tempat azan berkemundang.
50. Paling dekat perasaan merdeka yang saya rasai adalah merdeka lepas SPM. Itulah merdeka paling best dalam hidup.
Setakat ini sahajalah ucapan merdeka yang dapat dipetik. Sekiranya ada ucapan lain, sila tambah.
tunggu 16 September pulak...
BalasPadam16 september ada kaitan dgn penjajah ke?
Padam16 September Anwar Jadi PM Malaysia ke-7!
Padam"merdeka itu apabila kita terlepas dari belenggu dunia dan terikat dengan tali Allah semata-mata"
BalasPadampetikan daripada blog temetemerity.blogspot
"Aku nak mereka merdeka.. Aku nak minda mereka bebas.. Aku akan berjuang untuk itu.." petikan dari blog temetemerity.blogspot... ni geng Ambiaga ni.. jangan tipu la kata bukan..
PadamSaya nk Kate merdeka! merdeka!nasib baik bukan menderhaka!!menderhaka!!.😆
Padamhehe..mauduitka! Mauduitka!
BalasPadamotak penjajah ko ni.. anggap duit tu tuhan boleh pergunakan org lain sesuka hati
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamMerdeka..merdeka..tulis benda menyengat sikit, polis cari masuk berita. Merdeka ape kebenda cmtu. Negara lain rilek je. Rakyat berhak bersuara. Jgn la buat negara ini mcm bapak kau punya. Nak bersuara pun kena tangkap. Bila jerit satu malaysia pun bukan dpt duit.
BalasPadamkalau nak menyengat, duduk sebaris dengan ambiaga.. jadi balaci anwar.. konpem apa kata2 yg keluar dr mulut ko akan jadi sangat menyengat. contohnya adam adli dan azmin ali
Padamitu la org silap. asal ko sebut kesalahan dan kelemahan pemimpin, ko tu org PKR..org anwar. padahal tak ada kaitan pun. mentaliti dah dibentuk. kalau dulu dipujuk..sekarang tunduk takut. kita ni lantik pemimpin ke lantik dewa atau tuhan?
Padamlantik pemimpin la.. takde isu nak lantik tuhan ke apa.. padahal citer merdeka je pun.. bukan dewa yang bagi korang merdeka.. tapi korg yg duk sembah penjajah tu nak mintak merdeka..
PadamBlack mane sambungan crita kwn ko tu..buat diam plak..aku tggu ni
BalasPadamciter kalo tak boleh nak stim aku tak baca.. baik tengok porno
PadamEntahlah budak2 ooi.. merdeka yg dijajah.. dijajah portugis..dijajah belanda.. dijajah inggeris.. dijajah BN @ UMNO (baca = barua inggeris).. dijajah facebook.. dijajah blogger.. dijajah internet.. kahkahkah..
BalasPadambyk betul org yg jajah ko ni nampaknya.. kalau mental problem, mmg senang kena jajah
Padamame rey ka! ame rey ka! jilat la ame rey ka! wanabee!!!
BalasPadamwoi sirosli.. ko nak jilat amerika ko pergi jilat sama2 dgn amir amerika raja lawak.. sini semua utk org2 yg sayang malaysia saje
Padamanon 10.02 ni bajet artis. datang nak reply komen sume mcm dia champion. kitorang gangbang ko kang.
Padamartis lain.. mana ada org gangbang artis.. ko penah tengok kes gangbang ke? mana ada artis yg join..
Padam