Halaman

Sabtu, 13 September 2014

Kisah group WhatsApp orang Melayu

Berikut adalah sebuah kisah tipikal 'Group WhatsApp' orang2 Melayu:


  1. Buat 'group' dengan niat merapatkan hubungan silaturahim satu sama lain atau memudahkan perhubungan satu sama lain.
  2. Tanya khabar satu sama lain, kalau kawan sekolah atau kawan lama, mengimbau kenangan dulu-dulu.
  3. Mengusik-usik, berseloroh dan berjenaka.
  4. Perangai sebenar masing-masing mula terserlah apabila mengeluarkan kata-kata, gambar atau video mengikut citarasa sendiri.
  5. Sudah mula berdebat dan bertengkar akibat tidak sefahaman dalam hobi, pendapat, ideologi dan sebagainya.
  6. Ada yang merajuk dan terasa apabila ditegur kemudian 'leave group'.
  7. Penyudahnya 'group' sunyi, tiada siapa pun peduli ataupun ditutup terus.
Kesimpulannya,
Susahnya orang Melayu hendak bersatu.

Orang Melayu,
Mubin Salleh

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Merajuk dan leave group bukan kesimpulan Melayu susah nak bersatu. Tun Mahathir juga pernah merajuk hingga keluar UMNO. Merajuk dan keluar group itu cuma kesan, tapi penyebab dan puncanya macam2.

Kisah group WhatsApp di atas tu aku percaya ramai yang pernah mengalaminya, termasuk aku. Aku ada beberapa group WhatsApp serta kisah2nya:

1. Group kawan2 sekolah menengah.

Group ni paling ramai, dari kawan2 seklik aku masa sekolah sehinggalah budak batch aku yang aku tak pernah tegur langsung. Group ni hanya diconquer oleh satu klik yang kat sekolah dulu kira budak2 nakal, manakala yang lainnya jadi ahli senyap, termasuk aku. Kat dalam tu ramai yang dah jadi pro-kerajaan, so mengutuk PR tu sudah biasa. Aku tahu ada juga beberapa orang yang pro-pembangkang, tapi mereka tak melawan balik sebab nak jaga hati kawan lama.

Aku pernah leave group tu sebab perangai tak matang masa sekolah menengah diorang masih wujud seperti mengejek2 nama bapak, ejek dengan gelaran2 kita di sekolah dulu dan suka membahan orang dengan peristiwa2 zaman sekolah yang memalukan yang ingin kita lupakan, padahal sesetengah dari tu tak rapat langsung masa sekolah, malah pernah gaduh lagi, tiba2 sekarang nak bahan2 orang pulak.

2. Group kawan2 universiti.

Group ini tak ramai sangat sebab dalam kelas batch aku dulu hanya ada dalam 20 lebih pelajar lelaki. Group ni best sikit sebab kebanyakannya memang klik2 kita masa belajar kat universiti dulu, so masing2 memang paham dengan perangai masing2. Cuma yang tak bestnya bila ada seorang dua yang dah belajar jauh sikit, dah ada master, dah ada PhD, dah dapat title Dr, dah jadi pensyarah di sebuah universiti, tiba2 rasa diri macam hebat sangat dan terus melantik diri sendiri sebagai penasihat dan pengawas group.

Bila berdebat dan bincang apa2 isu, dia tak boleh terima pandangan orang lain dan merasakan hanya dia sahaja yang paling betul, sambil memperlekeh dan merendah2kan pandangan orang lain. Selalu bagi ayat2 motivasi yang dicedok dari Internet tanpa menulis kredit asal, nak menunjukkan kepada kawan2 lain yang kononnya dialah yang mereka ayat tu. Yang lagi poyonya, ada kawan2 yang lain memuji, membodek dan mengagung2kan mamat tu. Sebabkan terlalu menyampah, aku leave group.

3. Group kawan2 sepejabat.

Group ni takde la ramai sangat, adalah lebih kurang 10 orang je yang terdiri daripada pelbagai jawatan, so ada bos ada orang bawahan. Group ni bila ada gossip2 pejabat mesti akan dibincangkan dan jadi perbualan hangat. Kutuk mengutuk bos besar dan kakitangan lain tu perkara biasa. Cuma group ni aku leave bila ada beberapa geng Clash of Clan asyik borak 24 jam pasal game tu je sedangkan aku tak main pun. Sebab bosan sangat dengan berlambak2 notification yang takde kaitan menyebabkan bateri phone aku cepat habis, maka aku pun leave.

4. Group geng2 main futsal.

Group ni orang invite aku semata2 sebab aku pernah turun main futsal dengan diorang, sedangkan majoriti orang dalam tu langsung aku tak kenal. Bila perbualan asyik merapu, bincang topik2 yang tak matang, tambah diorang asyik kongsi gambar dan video lucah je, last2 aku leave je, lagipun aku dah tak join diorang main futsal.

5. Group jiran tetangga.

Group jiran tetangga ni selalunya aktif dengan berita2 berkaitan keselamatan kawasan taman perumahan, macam ada rumah kena rompak, ada rumah kena masuk pencuri, ada jiran kena ikat dalam rumah, ada rumah kena kopak time raya, ada orang negro gaduh kat padang, ada kenderaan dan individu yang mencurigakan sedang berlegar2 dan meronda2 di kawasan taman perumahan dan lain2. Group ni membuatkan aku semakin rasa tak selamat duduk kat situ.

6. Group ahli keluarga dan saudara mara.

Group ni boleh kata paling bosan dan senyap. Dalam tu ada adik beradik, mak bapak, pakcik makcik dan sepupu sepapat. Selalu aktif bila time nak puasa dan raya je. Time2 lain lebih banyak berkongsi tazkirah dan berita copy paste. Masing2 tak mau tunjuk perangai sebenar dengan ahli keluarga.


Begitulah kisah2 biasa dalam group WhatsApp. Orang join WhatsApp ni pun untuk suka2 berborak dengan kawan je, bukan sebab nak bersatukan Melayu ke apa. Nak bersatukan Melayu, pi masuk UMNO atau PERKASA.




tags: kisah group whatsapp orang melayu lawak benar lucu pengajaran kumpulan telegram wechat line kakao talk app download

30 ulasan:

  1. Shrek is love,Shrek is life13 September 2014 pada 12:17 PTG

    ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrssssssssssssssssssssssssssssssssssttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow hebatnyer dpt 1st jelesnyer aku siot....

      Padam
  2. Shrek is love,Shrek is life13 September 2014 pada 12:22 PTG

    kesian ko noob member-member ramai perangai cam sial. joinlah group aku

    BalasPadam
  3. Pr00000000oootttT!! dimuka shrek arghh!! leganya

    BalasPadam
  4. proooo0000oootTTttTT !! di muka sirosli. argh leganya !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pekdahnye tiap2 post ko komen mcm ni?

      Padam
    2. nk wat camner budk baru nk up ni selalu emo jumpe komen aku haha2 >.<

      Padam
  5. Haha.. samo la kito noob. Den ingat boleh berbaik dgn group fb.. kendian whatsapp.. baru masuk sehari jer, gua dah blah. Pendek kata, melayu ni bahasanya kasar. Penuh sarcasm. Penuh ketahian. Menceroboh privasi orang lain. Susah atau hampir tiada kata2 positif naikkan semangat kengkawan atau sesiapa. Sumer nak jadi holier than thou, nabiyullah, ustat. Sedangkan perangai sebenar orang dah tau dan kepala vutoh pun jauh lebih baik dari dia.

    Sama juga komen2 BO. Mujur saling tak kenal. Asal bagi komen membina, ada yg macam taik jer reply. Bangsa tahi akan mezahirkan segala ketahian.

    Mungkin ada keperluan untuk design semula kesusilaan melayu dan belajar menjaga perasaan orang lain. Susah nak jumpa mcm Pak Samad Said. Jika ada 100 orang begini, aku rasa dunia melayu boleh berubah. Namun yg ada, satu dalam 500 juta melayu.

    Serius, kita perlu keluar dari ketahian yg semakin membarah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rilex je xde pon main leave2 ni, relex arr nme pon social group, tp sbb ade option utk leave so hak kita la kn. kdg2 tu normal la ada pasang surut, tp xde la smpai thp bosan laa haii. bosan tu ape tah, dah lebih 20 tahun aku cuba phm kn mksd bosan yg diwar2kn masyarakat, tp yg aku phm bila aku sebut bosan ni cuma menafikan nikmat2 yg Tuhan beri pinjam, bosan ni dtg bila kita xtahu nk buat ape atau xnmpk bnda2 yg menarik hati. nahh tu lah keywordnya, do something n chase out that fucking feeling.. lol lol ketahian kelas pertama yg perlu dibuang adlh bosan yg tiada pekdahnya.

      Padam
    2. 〜( ̄▽ ̄〜)

      Padam
  6. aku pon ada gak classmate add group class dulu2. memula kemain bertalu2 meriah, pastu lama2 sunyi sepi. krik krik krikk

    BalasPadam
  7. butolah, asyik2 melayu, whatsapp cina dgn india ko tk kaji noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. butolah... nk whatsapp cina dgn india ko pergi la masuk blog cina dgn india... pi masuk blog melayu buat pa

      Padam
  8. sebenarnya noob... sebenarnya..dragon ball ada 7 biji semuanya

    BalasPadam
  9. Itula noob kau asyik dgn hal dunia je. Apa kata kau selalu gi masjid. Join dengan group wazup geng masjid. Mesti banyak benda benda yg positif kau dapat. Bantu mambantu, usrah, post post yg baik baik.
    Harap ini jadi iktibar bg kau Noob.

    BalasPadam
  10. Kalu rasa bosan leave saja dr group.. kadang bila ada group senang nk bg informasi pd semua n lebih praktikal. Nk bg soalan bocor pun mudah.cepat.n sgt amanah..... biasa la x semua org akan mesra alam.. ada juga yg malu-malu nk beborak dlm group. So bila rasa x befaedah..leave saja!!

    BalasPadam
  11. saya tak berapa gemar sangat sekarang nak join group2 borak kosong ni.. sebab kalau ckp kosong akhirnya tinggal kosong jugak. Bila terlalu banyak cakap, tak mustahil satu hari boleh jadi perbalahan.. selesa macam ni jer.. sembang kat komen2 FB sudah.
    Bab yg dok kutuk melayu tu.. dia dah compare ke dengan group2 bangsa lain nak kata org melayu je camtu? Ingat seburuk2 melayu tetap bangsa kita.. walau banyak kelemahan kenapa kita harus memperlekeh & memperkecilkan bangsa sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. eishh nape berlekit ni, cepatnyaa gersang awk ni, baru cuit sikit2

      Padam
  12. Mungkin sesaper yg tak suka melayu, boleh cipta satu bangsa atau grup tersendiri. Mcm English bangsa dan English bahasa juga. Dibahagikan mengikut kelas masing2. Terpaksa. Betul..mmg terpaksa. Bagi yg low class, boleh saja join hackney atau cockney. Bagi yg kelas pertengahan, boleh join estuary dan bagi aristokrat / high class, join posh. Mmg ketara cara komunikasi antara kelas2 ni. Tabiat / kelakuan serta cara pergaulan cukup tertib dan mungkin kita boleh mencipta kelas2 kehidupan untuk menjaga privasi masing2. Sbb tu hindu juga mengehadkan kelas2 bergaul suatu masa dulu.

    Ini kita melayu, semua rojak. Akhirnya tak tahu mana arah kita nak tuju. Tuju pi grup A, kene tembak. Masuk grup B, kene lenyek. Join grup C, kene bantai. Buat masa sekarang, baru 2 kelas sudah wujud sekian lama. Brahmin Bumiputera dan Pariah Bumiputera.

    Golongan Brahmin Bumiputera ni, mmg sukar disentuh mahupun ditegur apatah lagi dikritik. Mahupun disapa. Whatsapp atau FB, langsung x layan. Sudah tentu golongan ini terdiri dr elit, bangsawan, ahli2 politik peringkat tertinggi, sultan2 dan kerabat diraja termasuk pegawai2 tertinggi di jabatan2 kerajaan.

    Pariah Bumiputera, ini yg dihuni oleh kita. Hidup sederhana, ada yg miskin, ada yg berlagak kaya, berlagak pandai jika exam dapat banyak string A... Bagi Brahmin Bumiputera, golongan Pariah Bumiputera ni tak boleh dicampuri dan hanya boleh dicucuk hidungnya. Apa yg seronok, apa2 set akta perlembagaan yg menindas golongan pariah bumiputera ni, masih ramai paria2 mcm kita ni, soronok..malah terasa nyaman dgn konsep dibodohkan dgn bersyukur. Konsep pukimak ini membuatkan Brahmin Bumiputera tak perlu pun bazirkan masa untuk pertahankan diri. Golongan Pariah Bumiputera pertengahan spt polis, tentera dan pegawai2 kerajaan ditugaskan untuk mengawal pariah2 bumiputera yg biol dan sarcasm begini.

    2 golongan brahmin dan pariah ni sudah lama wujud dan ianya berjalan tanpa kita sedari. Jika masih selesa join PARIAH BUMIPUTERA, silakan saja. Sbb tu noob terpinga2 dan ramai jadi biol termasuk aku bila join Bumiputera Pariah ni. Sentimen agama digunakan untuk membodoh2kan Bumiputera Pariah ni supaya tidak meletup butthurt, sekonyong2 terus bersyukur, golongan2 ulamak pula sebagai pengimbang untuk meredakan kemarahan golongan Pariah yg boleh dicucuk hidung dan disepak mcm bola ini dgn ditakut2kan dgn api neraka dan balasan Allah. Sedangkan Brahmin Bumiputera langsung tak peduli, hidup mewah hadil cukai dari pembodohan dan pembonsaian keatas Pariah Bumiputera. Sekali sekala Brahmin Bumiputera ni mencemar duli dgn barsama2 Pariah Bumiputera pada hari kematian kerabat2 mereka. Maka seronoklah golongan paria2 ni dibelai golongan Brahmin ini. Sambil bodoh dan mengalir airmata syukur entahapahapa.. pariah ni berasa dihargai.. walhal nak berkhemah dgn istana pun, tak layak. Apatah lagi nak masuk berak dan tidur.

    Yg paling aku tak tahan ialah, konsep bersyukur. Bodohnya Pariah Bumipitera ini sudah mencapai tahap gaban dan tak boleh diubah apa2 lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life13 September 2014 pada 10:21 PTG

      nak tulis pjg-pjg buat kat blog sendirilah

      Padam
    2. aku xtau yg ko label sebagai brahmin dgn pariah bumiputera ni utk semua golongan ke atau utk stok2 orang gomen je. kalau dalam konteks general, yg aku nampak golongan yang brahmin sangat ni yg stok2 bumiputera yg urban, stok2 lepak kat starbuck, terer speaking, byk kawan dgn non-muslim, jenis yg layan radio fly.fm-hits.fm, yg keje swasta bawak kete high-end utk stuck dalam jem... jenis yg gelak dia tulis lol.. baca paper mat saleh n layan blog malaysiakini versi bi, layan forum lowyat.. jenis org yg diinterview utk masuk video pasal racism macam kat entry noob sebelum ni.

      yg golongan pariah ni pulak macam yang dilabel sebagai meleis oleh si obe blogserius. stok2 keje kat company melayu, kawan semua org melayu, layan radio suria.fm-sinar.fm, layan rock kapak, bawak kete proton-produa, cakap melayu 100% lengkap dengan perbendaharaan kata seperti ale utoo, kimak, suka komen pasal tulang rusuk, layan forum mesra n cari, pakai baju bundle atau beli kat kedai ekonomi atau kat giant...

      tapi antara dua golongan ni aku rasa ada lagi kasta yg cool, yg boleh masuk dgn kedua2 kasta di atas. inilah kita, golongan pertengahan.

      Padam
    3. tapi selalu mamak2 ni walaupun bukn pure melayu.. disebbkan menyamar mcm diorang melayu or diorang parent mix ngan malay.... tapi diorang rajin dn jenis org buat keja bukn malas punya org... kebnyknnya ak jumpa memang rajin keja...

      Padam
    4. Any 1102.. golongan pertengahan spt kita ni, masih lagi ditahap Paria. Jika nak betul2 pertengahan, sekurang2nya pendapatan purata bulanan mungkin perlu capai 30k-100k sebulan.

      Kot mana pun, jika ditilik2, sikap paria dalam dunia melayu ni hidup dalam berbagai jenis dimensi. Ada jenis suka "first" saja. Dlm kepala dia, hanya first, dan xlebih dari itu. Biarpun pelbagai dimensi, paria tetap paria.

      Segala komen2 paria mestilah mempunyai sifat2 negatif, macam bagus, pukimxx dan macam haramxadah. Inilah ciri2 utama yg menyebabkan Brahmin lari xnak join. Dah la miskin, bodoh pulak xleh diajar, nyaman dgn segala kesempitan hidup, perasan rezeki bhorkhat dan layak mengajar org lain sbb dia dah jadi ostat/waliyullah atau ketua kampung.

      Padam
  13. as salam tuan tanah
    tahniah anda ada blog yg menarik

    jemput bpogworking
    www.yatiadam.com

    BalasPadam
  14. rimasnya hidup kalau dapat group2 mcm ni.. aku nk hidup kat hutan lah cam ni. kwn ngn binatang lagi bagus..

    BalasPadam
  15. disebbkn hp aku hitam putih so xfhm apa itu watsup trend2 semata2 so aku nk komen je la nak buat top komentar keh keh2 tp psl clash of clans tu memang popular giler kot... smpi jd kes kwn sama kwn bergaduh terus x tegur hanya semata2 x aktif or tak power sgt dlm team....

    BalasPadam
  16. haha grup last tu mngkin sbb kebanyakan family noob terdiri dr keturunan pasif dan tak banyak bercakap jd x tau ape yg nk diborakkan
    tp kalo ade member sedara mara, ada gk la yg jenis kecoh2 haha.

    BalasPadam
  17. Kalau group watapp anda membuat anda lebih informatif pasal isu2 semasa n anda terhibur time2 masa lapang dgn meme yg kelakar, better teruskn. Tp kalau dah tahap merepek n memenuhkan notification je smpi beratus2, better leave je...sbb selalu masuk notification tp ingatkn sms atau personal watsapp..tp group watsapp je yg lebih je

    BalasPadam
  18. Dah jadi 100 org group? Lagi pening

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.