Halaman

Jumaat, 5 September 2014

Lagu parodi boy band Melayu untuk Hijabis

Macam mana nak bagi sebuah kumpulan muzik boy band Malaysia daripada nampak lame ass yang asyik kena bahan dan kutuk menjadi sebuah boy band yang nampak lebih hebat dan dipuji ramai? Ya, buat lagu yang berunsurkan Islamik seperti lagu parodi boy band One Direction - What Makes You Beautiful menjadi lagu Hijab Makes You Beautiful.




Secara peribadinya, aku memang anti kumpulan boy band tak kiralah ko nyanyi lagu nasyid ke, lagu pasal tudung ke, lagu cinta ke atau apa2 sahaja lagu sekalipun, walaupun satu ketika dulu aku layan juga lagu Backstreet Boy. Sebuah kumpulan yang dipenuhi lelaki2 yang menari mengikut choreography sambil menyanyi memang bukan selera aku.

Namun untuk parodi ni, aku puji juga kesungguhan anak2 muda ini iaitu kumpulan Voice of Men serta penulis lirik iaitu MrTheAllshared, Aisyah Shakirah dan Azfar Ibn Hamzah untuk berdakwah melalui lagu boy band, malah kualiti dan cinematografi klip video lagu ini pun bagi aku jauh lebih bagus dan cantik dari kebanyakan video klip lagu artis2 mainstream Malaysia. Bukan senang nak bikin lagu, video klip serta koreografi tarian walaupun untuk lagu parodi.

Cuma pasal tudung, hijab, jilbab atau apa2 sahaja yang korang nak panggil, bagi aku bukan tudung yang menjadikan seseorang wanita tu cantik luaran dan dalaman. Bagi aku wanita yang tak bertudung juga boleh nampak cantik. Wanita seksi juga cantik. Wanita tua yang pakai mekap tebal 10 inci dan bulu mata panjang juga boleh jadi cantik dan nampak bergetak macam anak dara. Malah wanita bertudung ramai juga yang ada klip video 3gp mereka. Tudung cuma pakaian atau medium untuk menutup aurat. Dan kita menutup aurat bukan kerana nak nampak cantik, tapi kerana dah itu yang kita sebagai seorang muslim kena buat sebagai seorang hambaNya.

Lelaki juga boleh pakai seluar pendek untuk nampak smart. Orang bersukan juga biasanya pakai seluar pendek. Tapi seorang muslim lelaki yang patuh akan pakai seluar panjang bukan sebab dia rasa lebih selesa pakai seluar panjang, terutama untuk bersukan dan main bola. Kalau ikutkan, pakai seluar pendek lebih selesa dan memudahkan pergerakan untuk main bola, tapi dia pakai juga seluar panjang kerana menuruti kewajipannya sebagai seorang muslim.

Kenapa seorang muslim solat? Ada alasan lain selain kerana Tuhan?
Kenapa seorang muslim berpuasa? Kerana nak diet untuk kurus?
Kenapa seorang muslim bayar zakat? Kerana nak potong cukai pendapatan?
Kenapa seorang muslim menunaikan haji? Kerana nak dapat gelaran haji di depan nama?

Perlu diingat yang segala ibadah dan kewajipan yang kita lakukan, adalah hanya semata2 kerana Allah, tiada alasan lain. Tudung tidak menjadikan seorang wanita cantik. Seluar panjang tidak menjadikan seorang lelaki kacak. Seorang wanita bertudung menjadi cantik apabila dia pandai menggubah dan menggayakan tudungnya. Seorang lelaki berseluar panjang menjadi kacak apabila dia masukkan baju dalam seluar dan tarik seluar sehingga atas pusat. Kecantikan luaran adalah bagaimana seseorang itu berhias dan bergaya untuk nampak cantik di mata orang lain.

Manakala kecantikan dalaman hanya dapat dinilai dengan keikhlasan dan keimanan kita.




tags: lagu boy band parodi kumpulan group voice of men mrtheallshared hijab makes you beautiful one direction 1d 1directioners kecantikan luaran dalaman

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Jika PKR memerintah, setiap hari kita akan mendengar alunan ayat suci al-quran, bukannya mendengar lagu yang lagha macam ni..

      Padam
    2. Hi, Anwar Ibrahim! Can u please shut up...

      Padam
  2. apakejadahnya ni semua?

    BalasPadam
  3. Wah noob.. gembira juga tgk hang ada bakat jadi ustat.. baguih2.. Osetat Noob cantik ke apa..

    Insaf giler aku yg dah banyak melencong dr landasan agama.. walaupun aku 10 tahun bersekolah agama aliran arab.. kalo hang serius.. hang bley jadi UAI..bravo..

    BalasPadam
  4. serius aku nak tengok video tu baru tgk separuhterus tutup -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la aku pun..x mampu nk teruskn smpai abis..naper ek?

      Padam
    2. sbb ni gay band yg cuba menarik perhatian hijabis dgn mencedok lagu dr gay band popular & convert jd lagu yizlumik

      Padam
    3. Tnya plak.sbb ko jeles la.ko xmampu buat apa y diorng dh buat..huh..
      Ko snyap2 menari dlm bilik x..kihkih
      anon110 pun ngok,nama pun parody.ko phm x mksd parody ni

      Padam
    4. Apa salah depa cedok?mmg buat nk bg org tgk.dpa ni sapa kenai pun dak..tht y depa parodikan lgu band y femes

      Padam
    5. geli gile tgk lelaki2 melayu dok terkinja2 cam 1 direction, pas tu nyanyi lagu psl tudung pulak... xkena lgsg

      Padam
    6. motif bagus.. ak rasa hanya lelaki2 metro dan bapak budk or perempuan je lalu tengok... lelaki bujang normal yg tak lalu nak tengok orang tak normal buat video tu ...

      Padam
  5. Orang cuba berdakwah, dikutuk. Disalah erti.
    Kita xtahu niat seseorang, jgn pandai nk menilai.
    Allah pandang usaha, bukan hasil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ya, dakwah dengan menari2 mcm artis barat... usaha menari tu dah ada... ok ok kami faham...

      Padam
  6. rilek..parody je la. ramai betul peminat one direction marah lagu band feveret diciplak.hahah. Zaman la ni buat apa pun semua tak kena. Kita ketepikan la yang bab tak kena atau tak best tu. kita tgk part yang elok sikit..mungkin pasal galakkan pmpn pakai tudung. Support la depa..bagi cadangan..buat parody dan lagu yang lebih baik dan islamik. Nak kutuk org cari salah org tu memang lebih senang dari lihat kebaikan orang. Belajar-belajar la tgk kebaikan. Paham2 je la zaman sekarang ni semua benda mengarut...nak kira baik buruk, lebih bnyak buruk dari baik. Jadi yang baik tu la kita tgk walau sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl aku stuju sgt.yg aku heran yg suka judge apa y org buat ni nampak buruk je,dia tu dh suluh ke diri tu kt cermin dalam2.apa y dia tau,baca entry pastu laju je tgn tu menaip komen kondem org..korng2 apa usaha pun xada..ok seriously xada.

      Padam
    2. Gile hebat anon 601, kenal sumer org kt blog ni..pstu yakin plak tu sumer org yg komen sni xde pape usaha utk mengajak org lain ke arah kebaikan.....gile hebat dowh~~~

      lol

      Padam
    3. Untuk manusia2 yang kondem -ve kt org shj tp dri sndri nothing,loser,useless,jobless n whateverrr...mohon jgn terasa if u are not.not at all..

      Padam
    4. fulla..gile hebat dowh gua rojak bhsa bm bi gua..triple loud of laugh:-D

      Padam
  7. Kita sibuk dgr hiburan sana sini, baca al-quran n taksiran pun susah nak buat.....pas2 byk buat pendapat agama sendiri. Kalau anda dekat dgn al-quran shampir setiap hari, InsyaAllah anda xkan lalai di dunia.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.