Halaman

Selasa, 16 September 2014

Masih adakah cinta terhadap negara Malaysia?

Hari ini, Malaysia menyambut ulangtahunnya yang ke-51. Hari di mana tertubuhnya persekutuan Malaysia dengan gabungan dan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 51 yang lepas. Bermula tahun 2010, ia telah digazetkan sebagai cuti am bagi seluruh Malaysia kecuali Singapura, kerana Singapura dah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Sumber twitter @fanazz

Oh ya, gambar di atas adalah gambar hiasan seorang awek yang sangat comel dengan tudung Jalur Gemilang yang dipakai dan dimuatnaik di Twitternya sempena Hari Merdeka baru2 ini yang bagi aku lebih cool dan cantik dari tudung ada awning. Ini adalah salah satu cara yang awesome untuk menunjukkan semangat patriotik kita terhadap Malaysia.

Sempena Hari Kemerdekaan juga, di pagawam seluruh Malaysia telah menyiar dan memasang lagu Negaraku sebelum bermula tayangan, namun terdapat juga beberapa manusia yang tidak bangun menghormati lagu Kebangsaan Malaysia. Tidak pasti sama ada mereka ini warganegara Malaysia atau tidak, namun orang macam ini biasanya dalam diri mereka sama ada langsung tiada jiwa patriotik, atau mereka tidak peduli pasal semangat kenegaraan, atau mereka memang bencikan Malaysia.



Apa2 pun layan jelah iklan Hari Malaysia 2014 FINAS ni.


Lastly, aku pun takde apa nak tulis sangat, so... Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia dan Selamat Bercuti kepada mereka yang tidak kena kerja.




tags: hari malaysia 2014 ke-51 sambutan permasyhuran negara malaysia awek gadis tudung fanazz @fanazz twitter the girl next door comel 

19 ulasan:

  1. cintakan diri sendiri aja mau bilang apa2 an sih first!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 11111111111

    BalasPadam
    Balasan
    1. proooOOOooOoottTTt !! dimuka sirosli. Aargh leganya !!

      Padam
    2. Ini semua salah UMNO-BN!
      Sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor & PM Malaysia ke-7!

      Padam
    3. sirosli ni dh mcm si ahmad lak aku nengok

      Padam
  2. Orang melayu masih sayangkan malaysia. Tapi orang sabah sarawak aku tak pasti. Dan aku tak pasti adakah rakyat malaysia lebih sayangkan negara dari parti politik, atau sebaliknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko dah tahu xpasti better xpyh tulis la ngok, bkn takat ayat berbau perkauman, tp siap pernegerian. nahh pelempang satu juta!

      Padam
    2. inilah bila c bodoh, miskin pula tu memberi komen(miskin for sure tak pernah datang borneo). nak bagi tahu kau, sebelum najib jadikan hari malaysia sebagai cuti umum rakyat borneo dah lama sambut hari malaysia sebagai memperingati borneo masuk persekutuan malaysia. melayu dan berlagak suci berpisah tiada. kononnya hanya melayu sayang malaysia. patut sangat rakyat borneo nak keluar persekutuan malaysia. oh ya, dalam berlagak suci tak sedar melayu pemalas dan suka jadi mat rempit. ini tun yang cakap yer.

      Padam
    3. tahniah anylenymous, anda berjaya membawa ketololan anda melalui ruangan komen.

      Padam
  3. oh sesungguhnya aku telah jatuh cinta dgn gambar awek kat atas tu... bergetar2 tulang rusukku.. apekah ini tanda2 dia juga mencintaiku? hahahahhaa just kidding :D

    Kamithemedia recent post.. Misteri Seorang Gadis Belum Pernah Disentuh Tapi Hamil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa lawak.. lawakkk sangatt
      best beb.. buat la lawakk lg...-_-

      Padam
  4. Berdiri menghormati lagu ni boleh ke? Apa hukumnya? Ada sapa2 boleh bagi penjelasan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu tanda smgt patriotik la ustad belasan..

      Padam
  5. Tak semua cinta perlu kita zahirkan. Rasanya tidak elok kita membuat kesimpulan bawa bendera atau ada pakaian ciri2 Malaysia lekat di badan menunjukkan kita cinta Malaysia atau sebaliknya. Ada yg menggedik utk cari perhatian. Ada yg cool saja. Tak perlu heboh2 cinta kpd orang lain. Mcm cintakan awek dan bini juga. Ada suker gediks dpn org dan ada yg rasa x perlu dialaskan pelbagai sebab.

    Pada aku, Malaysia adalah negara yg gagal. Dari permulaan zaman kanak2 hinggalah ke mati. Sistem kita mmg ada tapi gagal berfungsi malah doktrinnya lumpuh dan hampeh secara total dan kita hanya ingin melihat hasilnya sahaja dari competition yg kita usahakan. Semua sibuk nak yg terbaik, straight As dan No 1, sedangkan yg berjaya duduk di puncak cuma tak sampai 10%, jadi yg 90% membawa diri mungkin merajuk atau apa2 bagai.

    Berjaya Gagal juga adalah subjektif. Ada yg melihat gagal sebagai kejayaan. Sbb dia mengimpikan gagal sebagai matlamat. Umpamanya org yg terlalu kaya. Org ramai terlalu mengharapkan sesuatu drpdnya. Selalunya wang. Apabila dia gagal memberikan sesuatu kpd org sekeliling, ini adalah kejayaan baginya. Begitu juga athlit Malaysia wild card masuk Wimbledon. Mara ke pusingan kedua juga kejayaan. Kejayaan kerana setiap kemenangan pd pusingan awal, dia berjaya kaut USD50k. Dan gagal jadi juara yg memungut USD2juta.

    Untuk aku, Malaysia hanya berjaya pd golongan bangsawan saja. Mereka tak perlu susah payah kerja atau langsung tak mengeluarkan sebutir peluhpun utk hidup senang lenang hingga ke cucu piut miut, teringinkan sesuatu apa spt kilang arak dan judi, ianya disediakan oleh paria2 yg sedia setia menjadi hamba. Serta berpendapatan beratus juta sebulan hasil dari cukai pabrik saja. Kita sebagai paria2 semua, perlu bersaing, berkelahi, pow mengepow, tindas menindas, kutuk mengutuk untuk hidup di ruang yg sempit serta kian mahal dgn bergaji rendah. Sekonyong2 juga kita perlu bersyukur entahapa2 entah demi keamanan dan kesenangan golongan bangsawan.

    Tak guna aku tulis panjang2, sbb ini bukan blog aku. Lagipun tulisan orang paria begini takkan membuatkan paria lain berubah pun.

    BalasPadam
  6. comel lahh pompn kt atas tuu.. Hehe.. Ha'ah, time tgok wayang haritu kene b'diri kejap tok nyanyi lagu negaraku.. Apa pun selamat hari MALAYSIA noob..

    BalasPadam
  7. Kegagalan menghayati konsep adil juga membawa akibat buruk. Adil dalam Islam: meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya zalim.

    Zaman fitnah ini banyak kezaliman berlaku.

    pemimpin adil masuk penjara, pencuri penzina pembunuh diangkat jadi pm akibatnya habis harta rakyat. 

    Perompak diangkat jadi guard akibatnya pecah kepala pegawai bank duit dicuri.

    Org gagal sekolah diberi degree akibatnya berebut jawatan degree dan pengangguran bdk2 pandai meningkat.

    PATI masuk keluar setiap hari buat jenayah dan pengangguran peringkat rendah. Negara lain bina kilang untuk rakyat sendiri malaysia bina kilang untuk PATI.

    yang zalim tidak akan selamanya berada di atas. Sejarah telah membuktikan.

    NURKEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Selamat hari Malaysia.

    BalasPadam
  8. tq PR kerana usaha pihak anda kita boleh bercuti pd hari ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.