Halaman

Khamis, 9 Oktober 2014

Ahli Parlimen terpaksa mengikat perut demi rakyat

Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara. Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500. Antara sebab beliau mencadangkan kenaikan perubahan gaji ini:


Terpaksa ikat perut.

Kesiankan Ahli Parlimen kita. Mulia sungguh hati mereka, sampai terpaksa ikat perut mereka demi rakyat. Harap kerajaan dapat naikkanlah gaji mereka sebab diorang ni kesian sangat dengan gaji yang terlalu rendah sebanyak RM6,500.

Serius, ada ke Ahli Parlimen kat Malaysia yang ikat perut sebab gaji RM6,500? Ikat perut daripada apa? Daripada selalu makan kat hotel? Daripada main golf? Pemimpin fikir ikat perut Ahli Parlimen yang bergaji RM6,500, tapi ikat perut rakyat yang bergaji bawah RM1,000? Suruh mereka jangan merungut, suruh berjimat, bagitau mereka gaji tu cukup jika pandai urus, jangan komplen kepada kerajaan dan bersyukur? Bagi orang miskin kalau dah ikat perut tu maknanya sehari mungkin makan sekali sahaja.

Dan orang yang terpaksa ikat perut ni biasanya kurus dan perut diorang kempis2, tapi kenapa aku tengok Ahli Parlimen kebanyakannya badan sihat2 dan boroi?


Gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.
Gaji Ahli Parlimen Singapura lebih tinggi dari gaji Ahli Parlimen Malaysia.
Gaji Ahli Parlimen Uganda 2 kali ganda dari gaji Ahli Parlimen Malaysia.

Time2 ni la nak bandingkan gaji korang dengan Uganda. Kalau nak banding, bukan kata gaji Ahli Parlimen, tapi gaji doktor, cikgu, askar, jurutera, operator kilang, banyak je yang lagi rendah dari negara2 lain. Tolong bandingkan sekali kadar pertukaran matawang, kadar inflasi, harga minyak, harga rumah, pendapatan perkapita dan lain2. Dan jangan marah kalau rakyat nak bandingkan juga apa2 dengan negara lain.

Kalau tak suka dengan gaji Ahli Parlimen Malaysia, sila pindah ke Uganda dan jadi Ahli Parlimen di sana.


Setiap hari rakyat datang ke pejabat untuk meminta bantuan dan pertolongan.

Kalau setiap hari rakyat datang ke pejabat minta bantuan dan pertolongan, Ahli Parlimen kena keluarkan poket sendiri ke untuk bantu diorang? Kerajaan takde bagi peruntukan khas kepada orang yang minta bantuan ke? Dan aku tak rasa Ahli Parlimen hanya bergaji RM6,500 sahaja. Itu belum lagi kira macam2 elaun, malah diorang nak pergi mana2 atas tugas rasmi termasuk pergi persidangan Parlimen atau luar negara diorang boleh claim, aku tak rasa diorang tanggung sendiri perbelanjaan tu.


Gaji habis sebab raya korban. Sekarang lembu harga mahal.

Oh gaji habis untuk raya korban. Orang yang bergaji RM6,500 pun tau istilah gaji habis, apatah lagi orang yang bergaji bawah RM1,000. Tahu juga ya harga lembu dah mahal. Dan harga lembu ni naik bukan dia saja2 naik tau, antara faktornya sebab korang dah kurangkan macam2 subsidi, kenaikan kadar inflasi dan penurunan mata wang. Tapi yalah, orang bergaji RM6,500 dah dikira sebagai golongan berpendapatan tinggi sebab dah atas dari purata pendapatan isi rumah Malaysia sebanyak RM5,919, so korang tak perlulah merungut bila harga lembu mahal pula ya.


Pihak pembangkang perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka.

Dan yalah, memang Ahli Parlimen pihak pembangkang ni tak tau buat kerja sampai terpaksa upah penyelidik dan bayar gaji mereka pakai duit sendiri.



Serius, aku rasa ramai yang tak kisah sangat pun kalau Ahli Parlimen minta naik gaji, tapi bagilah alasan yang logik sikit. Cakap sahajalah nak naik gaji kerana kos sara hidup dan kadar inflasi meningkat, nak membaiki mutu dan kualiti perkhidmatan Ahli Parlimen dan lain2 alasan yang lebih boleh diterima akal. Janganlah bagi alasan2 yang sangat bodoh dan tak masuk akal macamlah rakyat ini tak sekolah.

Dan menyuruh media menggunakan perkataan "perubahan" kerana perkataan "kenaikan" akan memberi persepsi negatif dan menyebabkan rakyat marah, ya... memang kami ni rakyat yang bodoh. Kami memang takkan marah bila korang guna perkataan perubahan berbanding kenaikan. Lagipun kan jauh beza makna perubahan dan kenaikan tu, kan?

DS Shahidan Kassim ni dah level menteri kan? Patut lebih cerdiklah sikit bila bagi kenyataan tu.

Sumber berita dari FMT dan Malaysiakini.




tags: shahidan kassim anwar pembangkang setuju mp naik gaji jabatan perdana menteri jpm ahli parlimen ikat perut sebab perlu elaun lebih rendah dari uganda

22 ulasan:

  1. ahli parlimen Malaysia hebat kerana ikat perut ketika di Parlimen... boleh dijadikan teladan oleh ahli-ahli parlimen negara lain ...... Malaysia Bolih!!!

    BalasPadam
  2. Orang tua ni mmg slalu kena bahan dari dlu lg..bnyk kenyataan dn kelakuan dia ni mmg hampeh..jgn hang xtau, dia ni ada phd dowh..ha ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yg dikatakan pandai atas kertas shj... sama mcm ahmad maslan yg dpt cgpa 3.85

      Padam
  3. aku senyum sorang-sorang (aku ada lesen sebab aku gila) bila baca artikel kau nih...

    pada pandangan aku yang tak berapa nak pandai nih...

    kita kena "empati" bro...kesian mereka! gaji RM6500 tak cukup bro...apa kata kita guna teori statistik bro? kita kena fikir depa nak bayar bil itu ini, depa nak kena tanggung makan minum anak bini apa...

    kita semua nih gaji RM2500 cukup dah! mana ada tanggungan, bil api, letrik tiga bulan Ahmad Maslan tanggung, so...belajar bersyukur laa beb! (sambil menangis tadah tangan ke langit)...

    kita ni rakyat yang tak pandai bersyukur!


    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahhhh......pancut kat muka bini eddeved (aku ada lesen gak)

      Padam
    2. eddeved, ko lupa nak letak nama edrie hashim... ko kena ada empati pada edrie hashim gak bro... gaji dia lebih byk dari gaji ko... gaji ko 3 bulan pn edrie hashim yg tanggung... skrg edrie hashim nk blok ko dr tweeter dia sbb ko ni gila mabuk ketum

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. serious aku tak tau pulak Edrie Hashim makan gaji? dia bukan jutawan macam Metallica ke? Kau jangan troll dia bro! dia hebat bro...satu Malaysia tau mulut dia wangi...aku agak dia kalau tak main gitar mungkin se spesis dengan adik Azmin Ali, kerja nak blast orang aje...meh aku kasitau pet peeves dia, dia dengki dengan Def Leppard sebab Def Leppard lagi kaya dari dia...

      ni aku nak bagi penjelasan...aku yang blok dia dulu sebab aku malas nak pecah rahsia dia pada satu malam jumaat, dia ada buat satu benda yang sangat...

      aahhhh! kau nak tau kau selalulah singgah bog aku, kawan dia mantot bro...dia sanggup buat apa aje untuk kawan dia bernama mantot tuh termasuklah berperangai macam clown.

      ps: sebelum nak pancut muka bini aku beradab laa sikit, mintak izin laaa kawan...kau ni tak ingat dosa pahala ke?ni mak abah tak ajar adab sopan nih, anak terbiar macam Edrie Hashim gak nih!

      Padam
    5. Kalau stakat nak blog ko hit dgn masuk blog org lain pas tu buat komen2 yg provokatif, x payah la sengal. Blog buasir otak ni naik sebab content, buka publisit murahan mcm lu.

      Padam
  4. Bleh thn buncit perut pakcik tu.

    BalasPadam
  5. I donno sangatlah pasal politik ni, memang tak minat pon sebab bagi aku dua-dua sama je, tapi memang nak gelak baca hehe. Anyway, good reasoning.

    BalasPadam
  6. Bagi la alasan ape skali pun, noob akan pangkah gak! emosi dh menguasai akal...

    BalasPadam
  7. Kah kah kah sape yg percaye ngan barua ni memang jenis bodoh tak boleh diajar. Gaji staff gomen gred 48 yg basic aje pon dh rm 5800. Gred 52 basic dalam rm 7000. Jusa C basic dalam rm 10k dah. Ini ahli parlimen. Org yg tentukan hala tuju negara gaji basic rm 6500 je? Org kampung ble la kau tipu Shahidan oi. Itu belum aku sebut elaun2 dan income bawah meja lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan stakat bwh meja..atas meja..tepi meja sume ada

      Padam
  8. mcm kimaK lak menteri ni cakap bengang tul hari2 makin bodoh kenyataan diorang ni.. hari2 minum arak ka? ish fak geram tul laaaaaaaaaaaa fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

    BalasPadam
  9. Inilah akibatnya pangkah bodo jadi menteri.

    Pernahkah sang pemerintah fikir. Jika mereka beri degree kepada semua orang siapa akan lakukan kerja am seperti buruh dan amah?

    Ke-ego-an sehingga merasa tidak layak melakukan kerja am setaraf intelek masing-masing telah membawa kepada penghambaan. Negara barat memperhambakan orang kulit hitam. Sesetengah budaya mewujudkan kasta pariah untuk tujuan pekerjaan am. Sesetengah pula memperhambakan wanita.

    Sedangkan pada hakikatnya, kita telah dilahirkan dengan keupayaan intelek tertentu, ada yang pandai ada yang tidak untuk berfungsi dalam masyarakat.

    Masalah timbul bila manusia tak sedar diri berfungsi bukan berdasarkan taraf inteleknya kerana mahu hidup senang, dapat pakai kereta dan beli rumah.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    BalasPadam
  10. Btl ke noob yg ulas artikel ni.slalu nk sgt bekap puak2 nie.kalo daripada diorng semua btl je..
    quite impressive..
    Thumb up..

    BalasPadam
  11. Baguslah ikat perut.... ikut sunah Rasulullah semasa perang badar ikat perut semasa catuan makanan.... kepimpinan melalui teladan semasa perang ekonomi subsidi minyak kurang 20 sen....

    BalasPadam
  12. Syahidan buat troll.. noob dah jadi bahan ujikaji dia

    BalasPadam
  13. bergenang airmataku tatkala mengenangkan pegorbangang ahli-ahli parlimen kita yang bersusah payah untuk makan tanggung berak cangkung...

    BalasPadam
  14. kasi je la naik..jadi RM 6,500.20. Naik 0.20 sen..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.