Halaman

Khamis, 11 Disember 2014

Anime dan game hobi yang bahaya bagi lelaki

Anime dan game (permainan video) dianggap sebagai hobi "yang paling berbahaya" bagi lelaki kerana mereka mengutamakannya lebih daripada perkahwinan. Di Jepun, para Otaku sering menganggap watak perempuan dalam anime 2D atau permainan video sebagai isteri atau "waifu" yang jauh lebih penting daripada wanita sebenar, menyebabkan sebahagian besar orang Jepun memandang rendah terhadap hobi ini. Satu tinjauan yang dibuat oleh laman web media Jepun, Goo, memaparkan 5 Hobi Paling Berbahaya bagi lelaki seperti berikut.


1. Anime

Tempat pertama adalah anime, di mana ramai peminatnya dari kalangan lelaki, bukan sahaja di Jepun, yang betul2 obses dan jadikan watak gadis dalam anime sebagai teman wanita. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menonton episod anime kegemaran mereka berulang2 kali hanya untuk melihat watak perempuan kegemaran mereka berbanding mencari wanita sebenar di dunia nyata. Tidak hairanlah ramai wanita Jepun tidak suka pada lelaki yang mengumpul patung watak anime perempuan atau "bishoujo" kerana mereka lebih cenderung memilih gadis 2D dari yang sebenar.


2. Game 

Hobi kedua adalah game, kerana ramai pemain game Jepun sering mengabaikan teman wanita mereka sendiri. Pemain game yang serius adalah sangat kompetitif dan akan cenderung untuk mengutamakan kemenangan dalam game berbanding menghabiskan masa dengan pasangan mereka, menyebabkan ia mengundang banyak masalah dalam kehidupan peribadi mereka.


3. PC dan Internet

Tempat ketiga jatuh kepada aktiviti berkaitan PC dan Internet seperti aktif forum2 web seperti 2Chan dan media sosial seperti Twitter dan Facebook. Kebanyakan lelaki cenderung untuk menghabiskan seluruh hari hanya dengan melayari internet.


4. Manga

Hobi membaca manga atau komik Jepun jatuh di tempat ke-4.


5. Artis idola

Nombor lima adalah peminat2 artis yang terlalu mengabadikan diri dengan memuja artis idola Jepun lebih dari menghabiskan masa mencari teman wanita.


Menurut berita Livedoor, wanita Jepun cenderung untuk menjadi tertekan dan kecewa dengan teman lelaki mereka disebabkan hobi mereka, dan ia dah boleh diagak. Yalah, siapa yang tidak marah apabila pasangan anda membatalkan temujanji atau aktiviti bersama hanya kerana dia tidak mahu terlepas untuk menonton episod terbaru anime kegemarannya atau hanya kerana dia sedang berlawan dengan bos terakhir dalam permainan videonya?

Namun pada akhirnya, ia bergantung kepada toleransi dan tolak ansur juga, bukan? Ada anime yang bertajuk "I Can’t Understand What My Husband Is Saying" yang mengisahkan tentang sebuah pasangan suami isteri Jepun, di mana suami seorang Otaku dan isterinya seorang yang normal. Ia memaparkan kisah bagaimana seorang wanita berhadapan dengan suami yang mempunyai hobi seperti itu, kisah tolak ansur seorang suami pula cuba mengawal hobinya dengan bersederhana setelah berumahtangga dan isteri pula cuba untuk menerima hobi suaminya itu.

Sumber SGCafe.



Kat Malaysia juga lebih kurang sama, dan kebanyakan lelaki memang suka main game dan main Internet berbanding yang tengok anime, baca manga mengidolakan artis. Dan tak dinafikan, ramai perempuan tak faham hobi orang lelaki seperti ini. Ada juga orang perempuan yang ada hobi seperti lelaki ini namun tak ramai.

Dan oleh kerana kaum wanita tidak fahamlah maka ia boleh jadi punca kepada suatu masalah dalam hubungan. Ramai orang perempuan tidak faham yang game online tidak boleh dihentikan atau pause tengah jalan, tidak faham yang kena jumpa save point baru boleh save game, tidak faham kenapa anime tu ganas sangat, menganggap anime Jepun itu kartun untuk kanak2 seperti Upin Ipin dan Spongebob Squarepants. Tapi kalau dapat pasangan wanita yang memahami hobi dan minat kita tu baguslah, kalau dapat yang sama minat tu satu bonus, siap kawin pun boleh main Clash of Clan lagi.


Oleh itu benarlah anime dan game itu hobi yang bahaya bagi lelaki kerana jika mereka terlalu obses dan tidak pandai mengawal, maka mereka cenderung untuk mengabaikan tanggungjawab dan perhatian mereka kepada isteri kerana hobi ini memang dan terlalu melekakan. Bagi yang sudah atau nak berumahtangga, kena sama ada tinggalkan terus hobi ni kalau isteri memang tidak memahami dan tidak berjaya memahamkan isteri, atau kena pandai kawal dan bahagikan masa kalau isteri tidak berapa nak kisah.


Tapi hobi ini berbahaya bukan bagi lelaki sahaja, tapi juga bagi perempuan yang sudah berumahtangga.




tags: ranking rating hobi minat berbahaya bahaya bagi lelaki anime game permainan video pc internet manga idol japan av idola artis kartun break clash putus cinta kerana game clash of clans coc obses fanatik taksub luahan isteri suami otaku weabo weabos waifu douchebag

22 ulasan:

  1. 1st!!!! hahahaa mesti ayah aku bangga dapat anak macam aku!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannya makhluk yg jadi ayah nko. Hantar belajar berbelas tahun, ini jer yg mampu nko hadiahkan... mujurlah ko tak suruh dia minum air kencing nko. Rasanya abah nko lagi bangga dapat minum air kencing anak sendiri.

      Padam
  2. lelaki dgn games mmg xdpt dipisahkan. tgk je budak2 skrg siapa xsuka main games. anak buah gua tiap kali cuti sekolah aktiviti xda lain duk main je ps dkt kg. mak bapak siap kasi tablet smartfon dkt anak2 suh main game. supaya xkacau org tua, xkasi anak nangis. mcm gua dulu game lebih realistik mcm cari kayu buat senapang sendiri main perang2 slm kebun getah ...

    aku gamers, & masih tgk certain anime dan masih baca manga tapi belum ditahap otaku. masa game aku pun time malam tu pun kalau esok nya aku kerja syif ptg atau syif.
    mlm..

    bg aku ni suma pengurusan masa, yg dah belajar kalo asyik ngan games je jahannam la exam kau. begitu juga dgn yg dah berkahwin. family first ... aku pernah xsentuh gamesebulan. bg sapa2 yg nak berkahwin dgn gamers, xda masalah kalo ko bleh accept hobi laki ko tu.

    ko bleh accept hobi laki ko, laki ko plak accept hobi ko. setel masalah ... hobi xsama ada yg suka mancing, bela anjing, main ayam buat stok jimak dan lain2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn Anon 1:26 di atas...
      Semuanya ttg pengurusan masa n kena tahu beza hobi, minat dan obses.
      Hobi tak sama takpe, janji kena saling menghormati hobi masing2...

      Padam
    2. hormat hobi satu hal, satu hal lg kena pandai balance & mengurus masa... kalau dh kawin tp 24 jam asyik mengadap bg perhatian pd hobi je sampai abai tanggungjawab & perasaan isteri, hormat x hormat boleh mendatangkan makian jgk

      Padam
  3. Shrek is love,Shrek is life12 Disember 2014 pada 9:41 PG

    Tengok hentai/porn kimochi jatuh no berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa Shrek pn pndi tgk hentai ek. Aku ingatkan Shrek suke tgk bontot keldai je haha..

      Padam
  4. kena pilih game jenis2nya kalau main game online memang masak laa... kalau gamer console biasa selalunya rare yg obses tu pun beberapa hari kejap pastu abis dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol ape yg ko ckp ni.. pemain game console x selalu lama cam aku. Skejap je main pastu blah, tpi kalau main game online kt pc 10 jam pn x abis lagi

      Padam
    2. tu sebb kena pndi pilih game.. klu game online yang online ni je selalu yg dtgkan bnyk masalah... cth kes coc dan game online2 lain.. jadi sapa pilih game offline yg ada multiply lagi bagus boleh main ngan kwn2 ke main game console ngan bini ke? sekali sekala tu boleh la game mengikat kuat lagi ikatan perkahwinan tu... yg penting mcm noob ckp pndi pilih la... game apa yg kita minat...

      Padam
  5. good game without pinoy.... hahahaha

    BalasPadam
  6. hakhak .. betul jugak .. semua ni bergantung kepada pengurusan masa gamers ngan otaku tuh .. kalau dia pandai kawal ok lah .. tak pandai kawal innalillah wainnalillah hirojiun
    kepada gamers ngan otaku tuh , takleh tahan sangat hobi engkau .. baek cari pasangan korang yang satu kepala ngan korang punya minat ..
    aku pun peminat anime gak tapi kalau addict sangat pon tak boleh gak .. aku faham menda ni sebab sweetheart aku pun gamer tegar ngan peminat anime sama macam aku xPPPP

    BalasPadam
  7. Sebab tu sekarang gajet memisahkan hubungan manusia..
    Mana2 pun kita tengok semua wajib pegang gajet

    Game apatah lg..
    Mcm2 game ada, PS la, Xbox la..
    Adoiii

    BalasPadam
  8. terbuktilah bahawa pompuan x se attractive game, terima laa...

    BalasPadam
  9. poyo la yg pompuan gigih nak selfie update/surfing FB insta berjam2 tu xpe la plak ...
    ok la main game dari main pompuan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ni aq setuju !! better main game dari main pompuan

      Padam
  10. Bile la bleh tgk anime last naruto the movie...peacee...("\(;....;)/") RoaR!!

    BalasPadam
  11. Untuk menjadikan pahala berganda2, aku suggestkan sumer game ini dijadikan satu ibadah. Elok Majlis Fatwa putuskan satu pendapat yg main game2 sakai ni membuahkan pahala bersamaan dengan pahala Nabi SAW mengerjakan haji dan haji itu adalah mabrur. InsyaAllah semua ostat2 akan ceramahkan pula kebaikan2 anime sakai2 ni demi kemaslahatan umat. Jadikan bermain game ini berpahala dan sangat2 dituntut dalam agama.

    Islam itu mudah.. jangan disusahkan. Noob pun boleh kowtim dptkan hadis soheh lagi hasan sebagai hujah untuk bekalan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau fikir komen mcm ni dpt pahala sbyk brapa lori??

      Padam
    2. nko meroyan ape debed??udah udah le tu meroyannye, xperlu amik serius komen2 anon xde telo sume kat b.o nie,jlnkn idup nko tu spt biase suda, gi main robot ngn ank nko tu lg bagoslah..

      Padam
  12. xde la lori~~~ =-=~~ratus2 je kot~~tpi ckap dia ada btulnya gak~~truth is reveal pasal ada org kahwin watak anime~~plik aq~~ =-=

    BalasPadam
  13. Tunang saya peminat anime,gamer dan hacker..saya cuba faham dia tapi setiap kali keluar date mesti main game..kata nak berbual tapi main game..kepada mereka yg mcm ni hormat la waktu bersama sebab bg kami itu lah short time bg kami nakspendtime waktu dgn org kami sayang..cuba jugak luahkan pada dia..lama2 jadi balik..kadang2 rasa macam nak break je..:'(

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.