Halaman

Isnin, 15 Disember 2014

Hukum membela anjing dalam telefon bimbit

Seorang suri rumah terkejut melihat foto anjing yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Azlina Samsu, 34, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.

“Saya terkejut melihat anak menekan kod *#0*# kemudian menekan sensor dan imej test lalu keluar gambar anjing.


“Saya yang pada mulanya tak percaya mula menekan kod sama dalam telefon bimbit kawan jenis sama dan memang sah tersimpan gambar anjing serupa,” katanya.

Azlina berkata, gambar haiwan berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing dibawa masuk ke dalam masjid.

Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan.

Sumber Sinar Harian.
Sumber Sozcyili.

Nak tahu apa lagi yang tersimpan secara sulit dalam telefon bimbit korang? Gambar perempuan tak tutup aurat serta gambar ikon anjing, muka anjing, babi, muka babi, hidung babi dan sekawan iblis dan syaiton.


Harap ada orang dapat buat laporan polis dengan penemuan yang mengejutkan ini kerana ia merupakan satu dakyah yahudi dan illuminati untuk menjatuhkan Islam secara halus kerana gambar haiwan berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing, babi dan syaiton dibawa masuk ke dalam masjid. Mohon buat petition juga kepada semua pengeluar telefon agar mengeluarkan ikon2 tersebut dan digantikan dengan ikon yang lebih Islamik.

Satu lagi penemuan terbaru yang agak mengejutkan di dalam TV setiap rumah, yang bukan sahaja secara sulit tapi secara terbuka, iaitu artis2 wanita melayu Islam dan bukan Islam yang berpakaian seksi sehingga menunjukkan lurah buah dada. Ketahian apakah ini? Sehingga kini aku masih lagi trauma dengan penemuan ini.

Aku juga amat terkejut melihat kartun2 di kaca TV rumahnya kerana memaparkan watak haiwan yang haram iaitu anjing dan babi seperti dalam kartun Mickey Mouse yang menonjolkan watak Goofy, seekor anjing yang boleh bercakap dan berdiri menggunakan 2 kaki, serta Pluto, anjing belaan Mickey Mouse yang tak boleh bercakap pula malah berjalan menggunakan 4 kaki. Logik apakah ini?


Malah anak saudara aku juga telah tertonton kartun Winnie The Pooh yang mempunyai watak anak babi, Dragon Ball yang mempunyai watak babi pervert yang boleh bertukar menjadi seluar dalam wanita, filem kartun Toy Story yang ada watak tabung babi bergerak serta Lion King yang mempunyai watak babi hutan yang suka menyanyi. Itupun nasib baik dia tak tertengok kartun Peppa Pig, lagipun orang Islam kat British juga mahu ia diharamkan.


Aku amat resah apabila di dalam buku alphabet anak saudara yang kecil terdapat perkataan D for Dog dan P for Pig. Di manakah sensitivi penerbit bukut tersebut? Kenapakah sengaja memilih perkataan Dog dan Pig? Boleh sahaja perkataan D digantikan dengan Duck dan Donkey, manakala P digantikan dengan Penguin dan Piranha. Ini merupakan jarum2 halus untuk melemah serta merosakkan akidah umat Islam di Malaysia bermula dari budak kecil lagi.


* * * * * * * * * *

Seriously, orang macam ni pun wujud ke? Anjing dengan babi tu haram dimakan je lah woi. Kalau pegang kena sertu. Kalau kau tengok hatta pegang gambar anjing dan babi, apa masalahnya? Bukan haram pun, malah tak kena sertu pun. Lainlah kalau kau pergi puja atau sembah gambar anjing tu, memang la kufur. Gambar anjing dalam smartphone Samsung tu cara nak check sama ada telefon kau tu original atau klon. Yang wartawan tu pun agak2 la nak tulis berita takde value macam ni.

Yang kau layan drama cinta khayalan melayu kat TV pukul 7 malam tu ikutkan lagi berdosa dari bela anjing yang tersimpan secara sulit dalam telefon bimbit. Meleis yang macam ni mentaliti ni lebih kurang dengan orang yang cakap:
"Ko tak baik menipu, mencarut hari Jumaat wei, dosa tau, tak baik".
Habis tu menipu, mencarut hari lain tu baik, dapat pahala?

"Dalam phone aku banyak filem lucah, berdosa tak bawak masuk masjid?"
Tak payah bawak masjid pun memang dah tentu berdosa simpan filem lucah dalam phone.




tags: hukum terkejut bela anjing dalam telefon bimbint smartphone samsung suri rumah kod check ori original atau tidak test code samsung phone smartphone telefon pintar genuine fake clone klon anjing babi syaitan haram android emoji emoticon pig dog devil imp goblin character character kartun cartoon

26 ulasan:

  1. Hahaha...mmg ketahian yg sgt tahi berita ini

    Tp artikel ni...nora kasi 5 bintang!!



    BalasPadam
  2. pelik dengan orang sekarang. umpama kuman diseberang nampak, gajah depan mata taknampak. hahaha XD

    BalasPadam
  3. haha..
    aduhainya pun..

    BalasPadam
  4. haha lawak giler. nak mintak izin nak share kat blog boleh tak?

    http://belogcikoreo.blogspot.com/2014/12/assignment-yg-mengorbankan-waktu-tidur.html

    BalasPadam
  5. Adoiyai. Macam ni punya hal pun nak masuk dalam akhbar mainstream jugak ke? Sinar Harian, please stop making stupid people famous.

    BalasPadam
  6. holy shitttt!! face palm siot!. kita dah cecah tahap lebih tingga lagi untuk graf pencapaian kebodohan rakyat malaysia. tahniah. yg surat khabar pun satu. takde cerita lain ke nak siarkan.

    BalasPadam
  7. boleh jadi berdosa kalu tengok gambar hanjing tu sampai terlepas waktu solat... kerna melalaikan.......................... apa2pun hebat sinar harian nih!!

    BalasPadam
  8. macamana bergambar dengan tak pakai tudung tu... err...ke yg baju merah tu lelaki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertudung merah tu = lelaki. Berbaju merah tu = khunsa.

      Padam
  9. Shrek is love,Shrek is life15 Disember 2014 pada 6:28 PTG

    Dia nak bagitau dia mampu beli phone ori

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah. Nk eksyen la tu ek.

      Padam
  10. Gamba anjing dlm henpon pn nk kecoh??bodo punya surat kaba melayu, cakap bodo marah,rip malay journalism.

    BalasPadam
  11. Makcik dan anak sama-sama bangang..!! Campur dengan wartawan dah jadi bangang berganda tau!! Huhhhh

    BalasPadam
  12. abes kalo handphone ade simpan Quran punya apps, taleh bawak masuk toilet ke? musykil

    hime s

    BalasPadam
  13. kalau sentuh gambar perempuan dalam hp, batal wudhu sebab bukan muhrim.

    BalasPadam
  14. Oh Rozana

    Bisjut & royi itu
    tersentak dan membijihkan warna
    mengingati kenangan silam
    bersama jejaka bangla

    Oh Rozana

    Bisjut & royi itu kenangan
    lupailah masa lalumu
    Jejaka bangla menaklukimu
    terjeruk dalam ruang lena
    buangkan bisjut & royi yang sudah basi
    makanlah bisjut & royi sampai habis
    dapatkan bisjut & royi sebelum habis

    Nak bisjut?

    Reply

    BalasPadam
  15. Masturbasi haram tak? Boleh elakkan zina kan? Dan kurangkan anak tak sah taraf. Hehe
    -Din ciku

    BalasPadam
  16. Kalau dah tahu ada benda haram tue..kasi buang saja lah buat apa simpan...suka sangat buat kecoh..bersyukur lah negara kita lebih aman daripada negara lain yg berperang

    BalasPadam
  17. Guwa ade bela babi kat samsung smart phone..hari2 setiap waktu wa duk usap babi..comel2 babi nye..adakah wa perlu sertu setiap inci hidup wa.. lulz

    BalasPadam

  18. وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

    “Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135

    إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

    “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

    BalasPadam

  19. وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

    “Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135

    إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

    “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

    BalasPadam
  20. Senang x paya pakai telfon bimbt.. pakai jh telfon rumah atau telfon awam.. senang.. tiada yg haram..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.