Halaman

Isnin, 29 Disember 2014

Kronologi dan infografik tragedi Air Asia QZ8501

Semalam berlaku satu lagi kejadian kehilangan kapal terbang, kali ini melibatkan pesawat Airbus A320-216 milik Air Asia Indonesia yang bernombor QZ8501/AWQ8501 ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pada waktu pagi dengan 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya. Air Asia Indonesia adalah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah yang berasal dari Malaysia, Air Asia. Berikut adalah kronologi serta infografik mengenai tragedi ini.

Sumber The Malay Mail Online
Berikut adalah kronologi akan peristiwa ini berdasarkan maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia iaitu Antara:
  • Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).
  • Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.
  • Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.
  • Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).
  • Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.
  • Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".
  • ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.
  • ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.
  • Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum.

    Sumber Malaysiakini.

Berikut adalah infografik tragedi kehilangan pesawat Air Asia QZ8501:


Sumber Harian Metro

Ada orang suruh aku tulis pasal isu ini. Sejujurnya aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku juga tak tahu pasal sebarang teori konspirasi. Tidak habis lagi masalah banjir besar, timbul pula masalah ini. Kapal terbang MH370 pun sampai sekarang masih hilang penuh misteri, manakala MH17 juga masih diketahui dalang sebenar.

Tahun 2014 memang tahun yang penuh dengan kesedihan menyebabkan aku tiada mood untuk menulis dalam beberapa hari ini. Lagipun aku juga tak mahu tulis apa2 berita yang tidak sahih dan hanya desas desus khabar angin yang disebarkan melalui media sosial, FB dan Whatsapp, biarlah berita rasmi sahaja yang melaporkannya.

Cuma ramai yang mengatakan tragedi pesawat Air Asia QZ8501 ni sekali lagi tragedi dan bala buat Malaysia, namun yang sebenarnya tragedi kali ini lebih kepada Indonesia. Orang ramai menganggap ia bala kepada negara Malaysia kerana founder atau pengasas syarikat Air Asia adalah warga Malaysia yakni Tan Sri Tony Fernandes, namun kapal terbang serta syarikat Air Asia Indonesia itu sendiri adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab negara Indonesia.

Malah juruterbang dan kru kapal semuanya adalah warga Indonesia. Kerana itu negara Indonesia yang bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat untuk tragedi ini, dan kerana itu Malaysia menawarkan bantuan kepada Indonesia dalam operasi ini. So harap tiada siapa yang kaitkan tragedi ini dengan Najib, atau Rosmah, atau Anwar, atau Nik Aziz, atau hukum hudud, atau apa2 sahaja. Lagipun kita bukannya Tuhan yang tahu atau Nabi yang diberitahu akan sebab musabab suatu bala. Secara umum anggaplah ia sebagai suatu peringatan dan pengajaran kepada umat manusia akhir zaman yang semakin alpa.

Di kala proses mencari dan menyelamat masih terus berjalan, marilah kita terus berdoa untuk kesejahteraan mangsa dan ahli keluarga tragedi Air Asia QZ8501 ini serta mangsa2 banjir di seluruh Malaysia serta teruskan sokongan dan bantuan kepada mereka.


[UPDATED] Kapal terbang Air Asia QZ8501 telah disahkan terhempas di laut. Takziah buat semua keluarga penumpang dan anak kapal.




tags: misteri tragedi peristiwa kronologi timeline infografik infographic kehilangan malapetaka bala pesawat kapal terbang air asia indonesia qz8501 awq8501 dijumpai jatuh terhempas timur pulau belitung surabaya singapura singapore tony fernandes kecewa malaysia bantu misi sar search and rescue cari dan selamat radar maklumat mangsa senarai warga juruterbang kru kabin anak kapal penumpang

16 ulasan:

  1. Peringatan dan pengajaran buat kita semua..
    Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pengajarannya makcik oi? Ko bagi ayat tergantung cam tu baik tak payah komen langsung.

      Padam
  2. Isu umat Islam Syria dibunuh berpuluh-puluh ribu mungkin bagus kalo Noob kupas.. dah bertahun dah jadi.. lebih teruk drpd kapal terbang hilang atau jatuh..

    Bukan sekadar itu.. mereka juga diseksa lebih teruk drpd Bosnia.. masih blom terbuka hati Noob nak tulis...

    Isu yg cukup sepi utk umat islam ambil peduli.. mungkin rating BO tak naik jika isu Syria dilaporkan di sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya isu ni rmi sgt campur tangan buatkan orang susah nak cr sumber mana yg sahih ko ni pun pikir2 la zmn sekang ni zmn fitnah nak kenal penipu sapa yg kenal haa? lebih baik kasi ustaz yg arif pernh pergi syria je tau baik diorang cerita dr pada noob tak pernh pergi sana apa tah lagi nak cr maklumat mcm2 ko ni tau mintak je buat sendiri la kasi e-mel antar info2 kat noob.... pemals nyer tanpa telor!!

      Padam
  3. wew menakutkan....syukur bukan sepenuhnya kat malaysia tapi memang sedih tu.. malaysia 2 kapal terbang kena dan x disangka2 negara jiran kita pun kena jugak... moga kuatkan hati wahai keluarga mangsa T.T tahun ni merupakan nahas paling buruk dlm sejarah penerbangan sedih.....

    BalasPadam
  4. Bhai Noob...

    Kawasan kejadian tue aderlah laluan kapal dagang yang memang cukup sibuk (saper terlibat bisnes forwarding dan logistik mesti tau kawasan tue) dan kawasan dimana banyak bot nelayan ... Di lautan ... jarak 10km radius adalah jarak penglihatan yang biasa... jadi kalu ader jatuh kelaut... mesti akan ada yang nampak... tambah lagi dikawasan tue ader dua negara punya radar coverage ...

    Sure patut boleh nampak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. maknanya pesawat tu kena culik lah .. mcm tu?

      Padam
    2. mungkin kat perairan singapura, sumatera dengan jakarta sudah membentuk kawasan segitiga bermuda yg baru?

      Padam
  5. Saya setuju dengan komen C++.... tak sepatutnya dia hilang macam kena telan jin... kalau berlaku kemalangan pasti dia akan ada sebarang hubungan sebelum lesap menyatakan kemalangan... betul Malaysia ditimpa bala yg banyak tapi kita takleh nak pandang dan letak di sisi saja... dalam begitu banyak teori yg dikemukakan oleh rakyat, pasti akan ada satu dua yg tepat dan masuk akal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda berlaku selepas Najib balik dari jumpa Obama.. Mungkin Najib tak sign apa yg Obama minta.. Kemudian Rosmah sangkut di Hawaii, jadi tebusan... kah kah kah!

      Padam
    2. alah mcm2 la ko punya teori.. mcm la ko keje dgn fbi keje dgn tentera yg ada akses kpd radar semua

      Padam
  6. Naik kapal terbang used to be the safest mode of transportation.


    'used to'

    BalasPadam
  7. 2014, itu nombor 4 tatak ong ma...

    BalasPadam
  8. Dpt dgr amaran tsunami kat penang. .ramai dah berkata sejak smlm sbb angin kuat...tp last2 sbnrnya amaran palsu..tp just ribut kencang yg rosakkn 1 rumah

    Skrg ni letak satu berita panas n catchy kat media sosial...terus ramai org percaya. Senang nak sebar fitnah lg2 sebar khabar angin yg menjatuhkan maruah. Pasal isu bencana, ramai pulak jd keyboard warrior report paling cepat.

    Pasal isu kapal terbang ni..apa yg leh katakan ialah zaman skrg mcm2 musibah berlaku. So...muhasabah diri byk2, fikir bekalan akhirat n x perlu nak tuding jari salah org lain sbb satu bencana. Lgpun, kiamat pun nak dekat..cuma x tau bila.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.