Halaman

Isnin, 8 Disember 2014

Nilai ringgit jatuh boleh jejas ekonomi negara?

Apabila nilai matawang Ringgit Malaysia diberitakan turun merudum atau jatuh teruk berbanding matawang negara lain, adakah tahap ekonomi negara akan terjejas teruk atau hanya sekadar membimbangkan sahaja? Perbandingan di bawah menunjukkan bagaimana sesebuah berita yang mempunyai cerita yang sama boleh digambarkan situasinya dalam keadaan yang biasa2 sahaja atau sudah di tahap kritikal hanya melalui headline atau tajuk beritanya.

Sumber gambar

Berita di Singapura - RINGGIT JATUH TERUK. Yang terburuk sejak krisis kewangan Asia 1997


Berita di Brunai -  Ringgit jatuh ke paras RM2.63 ($1). Kemerosotan ekoran penurunan harga minyak mentah yang boleh jejas ekonomi Malaysia.


Berita di Malaysia - Mata wang Asia termasuk ringgit jatuh didorong penurunan harga minyak.

Sumber Berita Harian
Mata wang beberapa negara Asia termasuk ringgit Malaysia serta won Korea Selatan jatuh berikutan peningkatan permintaan dolar Amerika Syarikat (AS), didorong kebimbangan mengenai kesan ekonomi terhadap negara berkenaan apabila harga minyak terus turun.

Ringgit paling teruk terjejas berbanding negara serantau lain, turun ke paras terendah dalam lima tahun kerana pelabur bimbang penurunan harga minyak mentah AS ke paras terendah dalam lima tahun akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pengeksport bersih minyak dan pengeluar utama minyak sawit.

Berita yang ditulis pun kelihatan baik2 dan normal sahaja untuk menunjukkan yang tahap ekonomi kita masih berada di tahap yang terkawal apabila mereka menggunakan perkataan "jatuh, turun atau terjejas" berbanding "jatuh teruk", dan perkataan "boleh memberi kesan" atau "memberi kebimbangan" berbanding "boleh menjejaskan ekonomi negara" yang boleh memberi gambaran dan persepsi yang lebih buruk dan kronik.

Mungkin media2 Malaysia ini tidak mahu mewujudkan kebimbangan teruk dan situasi buruk di kalangan rakyat Malaysia, atau mungkin ekonomi Malaysia masih tidaklah seteruk mana walaupun nilai matawang ringgit jatuh teruk, atau memang tidak apa yang nak dibimbangkan pun sebenarnya, media luar je yang lebih2.

Nak tau keadaan sebenar membimbangkan atau tidak, kritikal atau tidak, positif atau negatif, pergi tanya pakar ekonomi ataupun kerajaan Malaysia. Cuma bagi aku penanda aras tahap ekonomi negara aku adalah DS Najib. Selagi Najib tak gelabah, tiada sebab untuk aku gelabah.




tags: nilai matawang ringgit malaysia jatuh teruk terburuk sejak krisis kewangan asia 1997 kemerosotan penurunan harga minyak mentah jejaskan ekonomi negara mata wang asia berita harian singapura singapore brunai brunei

14 ulasan:

  1. Singgah tayang muka jap... sambil tunggu komen2 pakar ekonomi ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mmg sengaja serah diri nk kena bahan ke apa??

      Padam
    2. Igt muke ko lawa sangat ke nak tayang2?

      -lisa surirumah tangga-

      Padam
  2. aq pn selagi rosmah x gelabah boleh hidup mewah2 shopping barg mahal2 xde sbb utk aku gelabah gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini namanya rosmah economic benchmarking

      Padam
    2. Aq pun slagi pm trinidad & tobaggo x gelabah xda sebab aku nk gelabah gak

      Padam
  3. hmmm... kata orang setiap 10 tahun sekali ekonomi dunia akan merudum... dulu krisis prima di US, sekarang krisis minyak... tengok lah... tunggu dan lihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu najib dah respon.. tunggu ape lgi noob...

      Padam
  4. Adoh.. sedeynya noob.. najib nak menggelabah mendernyer.. duit dia dlm bank dah berjuta2.. duit hasil royalti Genting saja pun, dah makan sampai cicit pun blom habis.. mana dia ada masa nak menggelabah pun..

    Apapun aku harap ko boleh jugak jadi PM nanti.. lebih cool dari najib.. duit2 projek tiris kene kebas pun, masih rilek dgn transformasi.. akhirnya kita tak dapat sesen pun.. yuhuu.. hidup najibbb..

    Lepas ni boleh lantik yahudi mana pulak jadi TPM dan menteri..

    BalasPadam
  5. Tajuk berita kena mcm stail harian metro, title kasi panas, isi ayat biasa je. Janji laku. Papepun sy x pergi oversea, so x terkesan dgn masalah wang ringgit. Yg sy tau dduk bandar rm50 sekejap je habis...kbykm sbb isi minyak je

    BalasPadam
  6. harga minyak jatuh > untung kurang > kurang pelaburan dalam sektor minyak dan gas > kurang kerja atau mungkin diberhentikan..
    matawang jatuh > pelabur lari > kos import lebih tinggi > harga barang mungkin naik..

    secara langsung pendapatan kerajaan berkurang pada masa sama kena bayar hutang yang menggunung..rakyat pun terasa tempiasnya harga barang makin mahal, orang kurang berbelanja kemungkinan kena berenti keje..

    BalasPadam
  7. apa susah.. kita lantik je perdana menteri malaysia dari kalangan orang US.. orang malaysia kan semua bodo.. test dulu kepandaian mereka .. baru kita bagi komen.. boo..:D

    BalasPadam
  8. Najib nk gelabah apa. Idup xpnah susah, duit berjuta2. Bleh guna utk kambus kubur masa dia mampos nanti ... Ekonomi jatuh pun dia masih boleh idup mewah ..

    Kita ni rakyat susah ke senang apa diorang nk peduli janji anak beranak diorang mkn cukup duit byk ..

    BalasPadam
  9. sykt aku bekerja ada impot brg dari luar.... dulu brgn USD10K byr dlm RM31K... sekarang RM35k++... gaji pekerja pun perlu naik juga awal tahun depan......

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.