Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

Peminat yang tidak hargai industri seni kreatif

Orang Malaysia ni ramai yang peminat sejati/true fan/die hard fan yang poser je lebih. Ada yang mengaku diri sendiri true fan anime dan anime otaku, tapi cuma layan anime secara percuma kat Internet. Kata movie lover tapi download movie pakai torrent. Kata die hard fan pemuzik tapi lagu MP3 dia semua convert dari Youtube. Kata K-Poop lover tapi lagu stok rembat dari Internet je. Kata hardcore fan Man United tapi beli jersi palsu. Kata fanatik model aksi figura Gundam tapi beli gunpla semua beli brand Bandi dari China.

Gambar hiasan anime fan with imaginary girlfriend... LOL

Di luar negara, bagi seorang true fan atau die hard fan sesuatu karya, dia mesti akan beli benda yang original untuk menyokong dan support pencipta kepada yang karya yang diminati tu. Kalau muzik, mereka akan beli album yang original, kalau anime mereka akan beli DVD anime yang original atau tonton di channel yang berbayar. Kalau toys/permainan, mereka akan beli yang asli yang dikeluarkan oleh syarikat yang memegang hakcipta. Macam tu barulah boleh dikira sebagai true fan kerana menyokong artis dan karya kegemaran mereka, malah mereka lebih menghargai karya2 yang dibeli itu kerana mempunyai nilai koleksi yang tinggi.


Di Malaysia, kebanyakan peminat2 karya industri seni kreatif terutama muzik, lukisan, penulisan, rekaan grafik, filem, fotografi, software, game, penerbitan dan lain2 tiada sense of appreciation atau rasa penghargaan kepada suatu2 karya yang dihasilkan, namun masih lagi mengaku diri mereka adalah seorang peminat sejati atau true fan. Itulah budaya dan mentaliti orang kita. Semua benda mahu murah, semua benda mahu percuma.

Kalau orang luar, mereka menghargai suatu karya yang mereka minat dengan sanggup mengeluarkan duit mereka untuk membeli hasil karya yang diorang minat untuk menyokong penciptanya, tapi orang kita susah nak menghargai suatu karya, sebab diorang rasa benda tu tak bernilai dan tak berbaloi untuk dibayar.



So kalau semua karya2 yang kita minat kita hanya beli yang cetak rompak atau dapatkan percuma secara illegal sahaja, tak payahlah mengaku diri sebagai peminat sejati, cukuplah digelar peminat biasa sahaja. Malah nak mengaku sebagai peminat biasa pun sebenarnya tak layak pun, sebab poser2 ini lah yang merugi dan menghancurkan industri seni kreatif.

Bayangkan kau kerja kat syarikat buat anime, kau penat2 buat anime last2 orang tengok free je kat Internet, atau kau seorang pemuzik, cipta lagu buat album penat2 sampai ambil masa 1 dan 2 tahun, tapi last2 orang senang2 je download kat Internet, pastu mengaku diri dia adalah die hard fan kau, apa perasaan kau? Kalau minat suatu benda tu, beli la untuk menyokong dan bantu kerjaya pencipta dan karyawan tu, hargailah penat lelah mereka sikit.


Sebab tu industri seni kreatif di Malaysia susah nak hidup dan berkembang, sebab mentaliti orang Malaysia sendiri yang tidak memberi sokongan kepada para pengkarya ini, malah diorang anggap industri seni kreatif ni macam takde nilai je malah dipandang rendah. Semua benda nak free, habis tu korang ingat para pengkarya tu tak perlu makan minum, takde anak bini nak kena tanggung? Lihat sahaja berapa ramai para penggiat kita dalam industri seni kreatif tempatan akhirnya terpinggir dan buat kerja yang takde kaitan dengan industri seni kreatif.

Paling common adalah graphic designer, belajar 3 4 tahun di kolej/universiti, bayar pula yuran belajar, last2 bila dah kerja, pelanggan mahu free design atas alasan, design je pun, aku pun boleh buat. Gila apa? Sebab tu tak ramai warga tempatan nak ceburi bidang industri seni kreatif ni, sebab tiada masa depan, sebab orang Malaysia ramai yang tak reti membeli dan menghargai seni dan kekreatifan seseorang, apa yang mereka mahu adalah FREE. So jangan beranganlah nak tengok industri seni kreatif kita berkembang setanding Jepun, Korea dan US.





tags: peminat tidak hargai industri seni kreatif kelam masa depan die hard fanatic fanatik fan otaku anime kpop lover minat imaginary girlfriend photoshop collection pirate dvd movie film gundam gunpla bandai original fake ori

24 ulasan:

  1. tak boleh lawan koleksi wayang aku ha ha ha!

    BalasPadam
  2. true fan? ak anime takat tonton free dulu klu citer tu bagus baru ak beli dvd ori kat kedai cth dlm collection psyho-pass, gundam00, dsb title2 yang top2 tapi ak x declare aku true fan pun sebb ak memilih anime yg ak tonton cth yg ak layan bnyk thriller,action,mecha, citer dak2 sekolah pernh layan sekali hanya anime k-on tu pun klu 1 season diorang keluar mesti ada 2-3 series ak layan paling latest Shingeki No Kyoujin..... attack of titan memang layak dlm koleksi huhu terbaik top notch!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa apa pun ak setuju maksud noob kat malaysia poser lebih ramai dari die hard fans...

      Padam
    2. Aku sama mcm hg minat attack on titan. Siap beli figura figma eren yaeger harga dkt rm200. Ha ha poser x aku?

      Padam
  3. Dkt mesia serba serbi naik noob. Org pun dh naik darah skrg ... So ada barang free apa lg sebat je la ..

    BalasPadam
  4. Gaji org malaysia rendah dari dulu.. sbb tu jadi mcm tu.. sejak zaman british mcm tu.. Sbb gaji org Malaysia rendah ialah sebab dari zaman british sampai zaman UMNO-BN ni, kerajaan suka ambik pekerja luar yg boleh dibayar gaji murah.. Zaman British ambik pekerja China & India.. Zaman UMNO-BN ambik pekerja Indon, Bangla, Nepal.
    Nak jadikan IPT bertaraf Internasional, ambik pelajar Nigeria bergerombolan..

    BalasPadam
  5. Typical malaysian suka benda yg murah..kalau leh free. Bila bersuara gebang lebih....tp effort xde.

    BalasPadam
  6. Rm1 pun dah rasa mahal ~_~ nie kan pulak nak beli original CD semua~ typical Malaysian

    BalasPadam
  7. aku seorg pengumpul tegar model gundam.. aku beli semua yg ori brand bandai.. tp aku jenis xsuka kecoh atau show off kt org lain.. ada sorg mamat kt ofis aku, konon nk jd peminat model koleksi gundam jgk tp poser je lebih. beli semua brand china yg ntah apa2, pastu show off cerita kt satu office dialah yg kononnya peminat model gundam tegar... padahal beli semua yg pirate, poyo gila, aku yg beli yg ori pn relaks je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life18 Disember 2014 pada 12:47 PTG

      Ko kata ko relax tp bila ko tulis pjg2 perli member menunjukkan yg tindakan member ko mengganggu fikiran

      Padam
  8. ni lah sumber aq
    movie yts_torrent,
    lagu youtube org(convert),
    tengok k-drama(gooddrama)...hahaha

    BalasPadam
  9. Ini semua salah umno/bn! rakyat miskin nak beli CD ori pun xmampu . terpaksalah dihina menjadi poser

    BalasPadam
  10. Semuanya berbalik kpd mutu.
    Bayangkan, habiskan duit byk utk beli yg original, bila dapat mutu produknya kurang dan indah khabar dr rupa.
    Beli dvd original tapi bila layan, cerita hapeh kelapa nak kasi kaya David Teh-O.
    Siapa mangsa?

    Kalau mutu power, tak rasa terkilan pon habiskan duit, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sebb ak lebih tengok online citer tu best keidak leps 4-5 episode ak boleh layan baru ak ambik keputusan cr ori senang dan nak support ori x semestinya kena beli dvd diorang je diorang ad gk jual versi figma... accessory... dsb

      Padam
  11. pepepon salah kerajaan dngn nilai ringgit malaysia jatuh lagi adey

    BalasPadam
  12. Ko duk kondem org yg suka pirate thing aku nk tanya berapa koleksi anime manga lagu mp3 ori ko noob?

    Nk tgk anime? Buka kissanime bleh tgk free ... Nk baca manga? Buka mangafox bleh pilih nk baca yg mna 1.

    Xpyh nk kondem org la kalu ko sendiri pun ada amik barang free

    BalasPadam
    Balasan
    1. and guess what, aku tak pernah mengaku aku seorang otaku, atau true fan anime, atau die hard fan, atau anime lover, dan lain2.

      tapi pada benda yang aku betul2 minat, memang aku memang akan dapatkan yang ori, sebab benda yang aku minat bagi aku ada collection value. aku minat gundam, so aku beli gunpla ori brand bandai. aku minat one piece, so aku kumpul komik budak getah yang dah license kat malaysia dan beli toys dia yang ori brand bandai, banpresto, etc. aku minat lagu weezer, album dia semua aku beli direct dari internet store kat US kalau tak masuk Malaysia lagi.

      sebab apa aku sanggup beli yang ori? sebab aku hargai dan appreciate karyawan2 ni. hatta faizal tahir punya album pun aku beli yang ori sebab aku support dan suka dengan karya2 dia. kalau semua orang nak download nak yang free, faizal tahir pun taknak buat lagu lagi kau tahu?

      Padam
    2. Aku baru beli Saheh Bukhori 18 jilid. Sblm tu aku beli Bahrul Mazi 22 jilid.

      Dulu bilik aku penuh dgn DSP punya buku, dari Laplace hingga Fourier Transform.. tapi meningkat tua ni.. aku terpaksa patah balik ke asal memandangkan member2 aku jugak dok ceramah masjid sana sini hingga ramainya dah top kat youtube.

      Aku beli semua buku2 ni kerana industri seni kreativiti mengenal diriku sendiri dan mengenal manusia. Takde dalam buku tu cerita pasal nak buat roket atau tayar lori melainkan pasal nak kenal diri sendiri dan kenal jiran dan manusia yg selama ini aku sudah betul2 jadi loser dan snob tanpa disedari.

      Hati muda, layan sajalah selagi mampu. Ada duit, beli saja apa yang disukai dan original mahupun genuine. Takdak duit, berlambak2 lagi barang murah boleh dibeli. Bak kata menteri, jadi pengguna mestilah bijak. Beli saja ikut keperluan, kemampuan atau dijadikan hiasan saja akhirnya.

      Padam
    3. Xpyh nk kaji bible. Quran yg berdebu dkt umah ko tu pun byk benda ko bleh kaji. Dpt pahala lagi baca

      Padam
  13. Sebabkan aku kaki gamer dan sekarang dalam jejak langkah utk game development... Science Comp Multi....

    Habis duit aku beratus ratus beli game dekat Steam atas dasar yang ori is always 100x better than fake shit...

    Tapi kadang2 fake shit pun lebih better dari ori... Especially yang ade system DRM yang useless ataupun game yang guna GFWL yang servisnye dah tutup sekarang....

    As a hardcore fan, know when to be a bootlegger...
    It is your consumer's right...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kadang2 bandai pun ada politik tersendiri dlm penghasilan gunpla, and guess what, bootleg punya lagi kualiti at certain scenario.

      Padam
  14. owh, baru aku faham apa sebenarnya maksud 'TrueFan' .. noob nya aku.. attack on titan semua aku tengok online.. T_T

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.