Halaman

Isnin, 22 Disember 2014

Tok Bomoh nombor ekor juga berniaga guna Facebook

Sekarang ni macam2 benda orang jual kat Internet, dari tudung, alat permainan, baju, game, barangan bayi, makanan tambahan, sim kad, ubat kuat, komputer, perkhidmatan membuat kabinet dapur,  termasuk juga benda2 yang tak sepatutnya seperti perempuan dan adult toys. Tapi kini, jangan kata benda2 moden, perkhidmatan tok bomoh tilik nombor ekor pun dah ada kat Facebook, dan ini bukan page troll, tapi betul2 punya khurafat.

Gambar hiasan




Gila merapu. Gila merepek. Gila khurafat. Gila syirik. Yang lagi sadisnya ada pula pelanggan dari kalangan orang Melayu Islam.


Namun yang lagi celakanya bila Tok Moh Nombor ni menyelindung aktiviti khurafatnya dengan mempergunakan Islam dengan menyatakan seolah2 menang nombor ekor ni adalah rezeki yang halal dari Tuhan sampai suruh berdoa bagai.


Kalau tok bomoh ni boleh meramal menilik nombor ekor bagai, kenapa dia tak beli je nombor untuk diri sendiri dan tikam sendiri sampai jadi kaya raya? Ini sampai terpaksa berniaga promote bagai kat Facebook, dah takde duit nak bayar sewa rumah ke?

Harap pihak berwajib dapat memantau dan mengambil tindakan terhadap orang2 seperti ini yang melacurkan agama demi kepentingan sendiri.




tags: tok bomoh tok moh nombor ekor sports toto magnum 4d bisnes berniaga promote facebook fb khurafat syirik main judi

16 ulasan:

  1. Tok Moh pun dah pandai berFB skrg... ahaha

    BalasPadam
  2. hahhaa TokMoh pandai ber-FB sangat tak boleh blah... Tok Moh advance....

    BalasPadam
  3. Amboi advance tok moh jaman moden ni, guna fb dah dia pun. Anyway thanks sharinh, baca blog ni baru saya tahu adanya tokmoh di fb ni. Jemput kunjung ke blog saya jua http://mummyfiras.blogspot.com/2014/12/4-faktor-yang-perlu-kita-perhalusi.html

    BalasPadam
  4. Kalu tok moh kaya duit berjuta xda masa nya dia nk berniaga nombor ekor dlm facebook..

    Tapi yg paling bangang melayu yg banyak terkena nak kaya cepat..

    Tapi bkn melayu je, aku selalu dpt kertas tok bomoh siam bomoh tok cha cina pakar tilik nombor. Tapi xpernah plak aku jumpa iklan tok moh melayu..

    BalasPadam
  5. Sy cuma x fhm 1 benda...10% dipulang selepas dpt kena atau sebelum no kena? Kalau selepas no kena..mcm xde penipuan gak, tp kelakar kenapa bomoh x beli sendiri je...tp kalau 10% ditransfer pas2 baru bg no...possible nak tipu pun ada sbb x sure lg menang. Tp gambar kat atas byk sy fhm 10% ditransfer ke bomoh lepas kena..kalau x kena pun kena byr 10%?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe aikkk gayanya macam berminat jah...

      Padam
    2. Mmg gaya sy tulis dr jauh...mcm berminat. Tp hanya iman yg menjadi penghalang. Tp tgh fhm konsep penipuannya..celah mane? xpun yg mampu sy fikir ialah..semua komen FB 2 direka2 supaya senang org percaya bulat2..tp sebenarnya mintak deposit 10% awal2 sebelum bg no yg x pasti kena atau x...

      Padam
  6. Maka terjunlah luncai dengan labu2nya ke dalam neraka bersama iblis dan syaitan. Al kisah.

    BalasPadam
  7. Nk menghalalkn cara..agama d buat mainan...

    BalasPadam
  8. kontinjen tok moh FB! sila berbaris rapat2. kontinjen Rasul palsu, sila berbaris rapat2. Kontinjen bomoh VVIP, berbaris elok2. Ok semua, kawad dalam barisan..sampai kat pintu neraka nanti, pejam mata, terus terjun dalam ye. Nak buka mata pun boleh. Ikut suka kamu semua. Nanti dah kat dalam, jgn jerit2 mintak ampun pulak. Buat bising je. Sendiri buat, sendiri mau tanggung la ye. Ada paham???

    BalasPadam
  9. Dia sebenarnye yg aku pernah tahu... Tok bomoh2 atau tukang2 tilik ni dia ada pantang larangnye... Salah satunya tak boleh guna dan tilik utk diri sendiri.. kalau tak, ilmu makan tuan.. Sebab tu dia x beli sendiri.. Tapi berkenaan tok bomoh yg gune fb ni, wallahualam..

    BalasPadam
  10. Inilah yang aku kata cukup lama dulu. tapi korang persendakan. tengoklah sekarang apa dah jadi?

    Anak melayu kita mati disebabkan semua benda2 cina ni la..

    http://suarainsan.net/kanak-kanak-berusia-10-tahun-maut-selapas-sejam-makan-nasi-goreng/

    BalasPadam
  11. pernah jugak jumpa page bomoh2 khurafat.. jual minyak pengasih bagai... sekarang ni bomoh khurafat ni pun dah up 2 date.. promosi secara online

    BalasPadam
  12. Teruk bomoh siam mkn duit aku dh terkena

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.