Iklan Leaderboard

Isnin, 31 Mac 2014

21 Apabila pendatang asing menjadi warga Malaysia

Topik ini dibuat sempena tamatnya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedia ada seperti PRK DUN Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Ramai yang bising dan kecoh bila terdapat “Bangla”, “Indon”, “Nepal”, “Pakistan” dan lain-lain warganegara membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU). Secara tak langsung terus ramai COP nih pengundi hantu dibawa KHAS oleh KERAJAAN MALAYSIA khususnya BN. Inilah mentaliti kebanyakkan orang yang taksub dengan politik. Jangan pulak COP aku RASIS pulak yer. Benda ini dah lama aku sedar dari zaman tamat sekolah lagi. Awal tahun 90an bermula masalah ini. Ramai masih tak sedar masalah yang akan timbul setelah 18 dan 21 tahun kelak. Baru kini langkah-langkah untuk mengawal dilakukan oleh pihak berkuasa.



Sabtu, 29 Mac 2014

8 Kereta tempatan dalam permainan video antarabangsa

Jarang sekali kita lihat dalam game2 perlumbaan kereta seperti Need For Speed, Gran Turismo dan lain2 racing game ada kereta2 jenama Malaysia seperti kereta Proton atau Perodua, kalau ada pun biasanya adalah mod dan hack yang dibuat oleh penggemar2 game perlumbaan kereta tempatan. Namun, kini kita punya satu lagi alasan untuk berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana Gameloft, pembangun siri game lumba kereta yang popular di peranti mudah alih iaitu Asphalt telah mengumumkan yang sebuah kereta Malaysia akan ditampilkan dalam siri game terbaru mereka iaitu Asphalt 8: Airborne.



Jumaat, 28 Mac 2014

20 Cara mendidik anak2 kecil agar cintakan agama

Beberapa hari yang lalu, aku berkunjung ke rumah seorang rakan lama yang bernama Asri (bukan nama sebenar). Aku mengenali beliau ketika bersama2 sedang menuntut di universiti dahulu kira2 15 tahun yang lalu. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah ketika hari perkahwinannya pada tahun 2007. Kini beliau mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki berumur 6 tahun dan 2 orang perempuan masing2 berumur 4 dan 2 tahun.



Selasa, 25 Mac 2014

38 MH370: Antara teori konspirasi dan logik akal

Sebelum ini berkenaan kehilangan pesawat MH370, aku tidak mengulas dan membuat sebarang teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut kerana aku bukanlah seseorang yang terlibat dalam misi Search & Rescue (SAR) dan mempunyai akses kepada maklumat dan data yang berkaitan. Penulisan aku sebelum ini lebih berbentuk berita, sensitiviti masyarakat terhadap isu ini, isu keselamatan, isu bomoh, persoalan dan lain2. Aku cuba elakkan untuk menulis teori konspirasi kerana teori akan kekal teori dan bukan fakta selagi tidak disertakan dengan bukti.



Isnin, 24 Mac 2014

24 Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.



20 Semua kawasan perlu PRK baru selesai masalah

Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR kerana telah memenangi PRK DUN Kajang dan mengekalkan kerusi PKR di Kajang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon daripada MCA (BN) iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Kajang.



Jumaat, 21 Mac 2014

41 P. Ramlee: Kisah hidup genius yang tragik

Esok, tanggal 22 Mac merupakan hari kelahiran seniman agung tanah air kita iaitu Allahyarham P. Ramlee. 1Malaysia tahu P. Ramlee adalah seorang genius dalam bidang perfileman dan seni lagu malah sehingga kini karya2 beliau masih lagi ditonton dan didengar oleh rakyat Malaysia dari yang tua sampai yang muda. Namun tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis2 pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah menjadi miskin, dipulau rakan2nya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan? Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.



Khamis, 20 Mac 2014

24 Wanita Melayu berjoget untuk tatapan siapa?

Kenapa joget dengan wanita Melayu berpisah tiada? Memang tidak semua, tapi ramai. Daripada kecik start masuk tadika KEMAS, sekolah rendah, sekolah menengah, pergi PLKN, masuk universiti dan kolej, sampai la yang dah tua pangkat makcik2 masuk kerja kerajaan, malah di majlis sambutan hari raya pun kita sudah dididik dengan membuat persembahan joget, menari, senamtari dan senamrobik di khalayak ramai untuk tontonan dan santapan umum terutama lelaki2 hidung belang. Tapi mungkin sebab itu jugalah, BN masih lagi pilihan orang muda dan kebanyakan orang perempuan kerana kita telah lama sangat ditanam dan disogokkan dengan hiburan2 seperti ini sejak dulu lagi.



Rabu, 19 Mac 2014

17 Zaman kanak2, dewasa dan tua yang saling cemburu

Kitaran kehidupan manusia akan melalui tiga fasa iaitu fasa kanak2, dewasa dan tua. Dalam kehidupan ini, kita sering mengagumi dan ingin menjadi seperti orang lain. Kita sering tidak puas dalam kehidupan kita. Kita sering cemburu dengan orang yang tidak sezaman dengan kita. Kita sering menyesali atas perkara lampau. Oleh itu, gunakanlah masa yang kita ada dengan sebaik dan semanfaat mungkin agar tidak merasa rugi di masa kelak.



Selasa, 18 Mac 2014

50 Maut di konsert maksiat kerana kegagalan manusia

Enam maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Festival Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Keenam-enam mangsa itu ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.


Isnin, 17 Mac 2014

30 1/3 penduduk Malaysia adalah pengikut Raja Bomoh

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin kini semakin popular, lebih popular daripada isu kehilangan pesawat MAS MH370 itu sendiri. Beliau bukan sahaja popular di dalam negara, malah di luar negara dengan ritual mencari pesawat yang hilang dengan teropong buluh, bubu mata mata pancing, buah kelapa, tongkat, bakul dan tikar terbang. Kemudian beliau meneropong pula di Teluk Intan dan nak tampar KJ macam buaya.



40 MH370: Spekulasi, teori konspirasi dan persoalan

Setelah kehilangan pesawat MH370 masuk hari ke-8, PM DS Najib Razak membuat sidang media khas dan mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu. Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.



Khamis, 13 Mac 2014

33 Mengingati Tuhan bukan hanya ketika waktu sedih

Sejak tragedi kehilangan MH370 ini, ramai orang bersedih. Semua orang Islam disaran buat solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Ramai orang hadir ke masjid dan surau untuk program solat hajat. Dalam radio juga banyak diputar lagu2 berbentuk ketuhanan dan juga lagu2 nasyid, malah berpuisi dan bersajak mengagungkan kebesaran Tuhan yang menunjukkan kekuasaanNya melalui malapetaka dan bencana alam. Tak dinafikan memang ianya bagus, namun aku harap ia tidak berhenti setelah isu MH370 semakin reda dan kita akan terus diperingat agar mengingati Tuhan, mendekati agama serta patuh kepada perintahNya, bukan hanya ketika sedang bersedih dan berduka sahaja.



Rabu, 12 Mac 2014

21 Apa pemimpin buat semasa negara mengalami krisis?

Asal kalau ada krisis besar2 yang melanda negara je, mesti akan ada orang komplen apa pemimpin2 ni buat, kenapa pemimpin tak turun2 padang, masa krisis pun sempat buat benda lain, lepak minum kopi, pergi sana sini, melancong luar negara dan sebagainya. Di kala rakyat sedang menghadapi dan mengharungi kesusahan, pemimpin2 masih bersenang-lenang. Namun bila diorang lawat keluarga mangsa, menangis, bagi bantuan dan sebagainya, korang komplen jugak cakap palsu la nak tarik sokongan la apa lah.



53 Cari pesawat MH370 dengan bubu dan teropong buluh

Aku tak tahu nak gelak atau sedih. Orang kat sebelah2 tu ada yang dok pakat gelak bila Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin tu dok teropong bubu mata pancing atas kepala pelancong asing tu. Katanya pesawat MH370 itu masih tergantung di ruang udara, di tengah2 antara ketiga2 lokasi terbabit iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan, katanya lah yang dikatakan dijemput oleh seorang pegawai tinggi negara bagi mencari kapal terbang MH370 yang hilang.



Selasa, 11 Mac 2014

45 Budaya mengemis perhatian sudah bertahap kronik

Budaya mengemis perhatian dan Like di media sosial di kalangan budak dan remaja baru nak up sudah menjadi biasa pada masa kini. Dahulu siapa yang berpakaian paling stylo dan lepak kat pavi tanpa hala tujuan akan menjadi hot stuff dan mendapat ramai pengikut dan Like di Facebook. Kemudian, mereka mula menagih Like dengan gambar2 kesusahan orang lain serta status2 berbentuk keagamaan. Sekarang budaya mengemis perhatian sudah sampai ke tahap paling kronik bila ada yang ambil kesempatan atas kesedihan orang ramai terhadap tragedi MH370.



Isnin, 10 Mac 2014

50 Salah siapa warga asing mudah masuk ke Malaysia?

Aku bukan nak salahkan siapa2 dalam isu kehilangan pesawat MAS MH370, tapi sekarang ini telah didapati terdapat 2 penumpang kapal terbang tersebut yang menggunakan passport palsu yang dicuri. Walaupun kehadiran penumpang misteri ini belum disahkan mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan MH370, namun kemungkinan mereka sebagai punca kejadian ini berlaku masih ada dan macam2 spekulasi boleh timbul seperti mengaitkan dengan serangan puak pemisah Uighurs seperti yang dilapor di blog misteri ini, malah pihak FBI juga tidak menolak kemungkinan wujud aspek keganasan dalam pesawat.



Ahad, 9 Mac 2014

30 Antara #Pray4MH370 dan mentaliti bangang manusia

Dulu aku selalu tengok rancangan Air Crash Investigation kat channel National Geographic dan selepas itu memang aku agak fobia dan takut naik kapal terbang. Dan bila aku baca berita berkaitan kapal terbang MAS MH370 yang terputus hubungan komunikasi dengan menara kawalan dan hilang dari radar yang kawan aku post kat Facebook dan Whatsapp, aku memang amat terkejut. Pelbagai andaian dan kemungkinan bermain2 dalam fikiran aku. Walaupun aku tiada kenalan atau ahli keluarga dalam penerbangan tersebut, tapi aku dapat merasai dan merasa kesedihan ahli keluarga penumpang yang terlibat. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan marilah kita semua berdoa untuk kesejahteraan mereka.



Sabtu, 8 Mac 2014

43 Kes liwat Anwar dan kesannya kepada politik negara

Seperti yang ramai sudah tahu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lalu.



Jumaat, 7 Mac 2014

40 Apabila melakukan perkara baik menjadi janggal

Negara kita adalah sebuah negara di mana melakukan perkara yang baik dan sesuatu yang betul itu adalah suatu yang janggal kerana tidak ramai yang melakukannya, manakala sikap dan kelakuan buruk itu adalah suatu kebiasaan dan dianggap normal hanya kerana ramai yang melakukannya sehingga ia tidak lagi kelihatan seperti suatu yang buruk atau kurang baik.



Khamis, 6 Mac 2014

39 Sikap buruk anak2 bermula dengan ibu bapanya

Dulu aku pernah paparkan kanak2 yang berbakat luar biasa ini adalah kerana bakat mereka telah digilap dan diasah oleh ibu bapa mereka sejak dari kecil. Namun begitu, bukan hanya bakat luar biasa sahaja yang dilentur dari rebung, tapi sikap, akhlak dan perangai buruk mereka juga kebanyakannya diwarisi daripada ibu bapa mereka sebab bagi anak2 kecil, ibu bapa mereka adalah idola dan guru pertama mereka, dan segala yang ibu bapa mereka buat bagi mereka adalah suatu yang memang patut ditiru, diikut dan dicontohi.



Rabu, 5 Mac 2014

27 Persembahan K-Pop oleh pelajar untuk pensyarah

Dulu pernah heboh pasal video pelajar2 UUM buat persembahan tarian Gangnam Style yang sangat meletop waktu minggu orientasi, kali ni giliran pelajar2 Kolej MASA pula membuat persembahan tarian lagu K-Pop dan Gentleman yang sangat tebabom sempena Hari Pensyarah atau Lecturer Day untuk dipersembahkan kepada pensyarah2 mereka, memang happeninglah!



Selasa, 4 Mac 2014

61 Tunjukkan protes selain bakar suar dan bom asap

Aksi persahabatan pasukan bola sepak Malaysia VS Filipina yang berakhir dengan terikat 0-0 tanpa jaringan baru2 ini dicemari dengan insiden sekumpulan penyokong pasukan Malaysia iaitu Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap pada minit ke-30 sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan selama 10 minit. Mereka juga turut melaungkan chant "FAM Bangsat" dan menunjukkan simbol jari tengah sebagai tanda protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM.



Isnin, 3 Mac 2014

62 Kenapa Malaysia kekal sebagai negara membangun?

Negara kita ni kalau nak kata teruk sangat tu tidaklah. Malah, kalau dibandingkan dengan negara2 dunia ketiga dan negara yang membangun yang lain seperti Zimbabwe, Nigeria, Kenya, Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Bangladesh dan lain2, sebenarnya masih agak boleh dibanggakan. Namun negara kita sudah lama kekal sebagai negara membangun, dan mungkin akan kekal begitu dalam tempoh yang agak lama lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...