Iklan Leaderboard

Ahad, 30 November 2014

17 Agamawan ekspress pelawak, Bollywood dan rockers

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru2 ini, antara isu yang hangat adalah ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Baling, perwakilan Kedah di PAU 2014 yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

“Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan,” kata Mashitah.



Jumaat, 28 November 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 3

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-3, dengan jumlah yang bertanding kekal sebanyak 13 peserta kerana tiada penyingkiran pada minggu lepas. Dengan tema Retro pada minggu ini, saksikan peserta manakah yang paling berjaya membuatkan kita semua terhibur.



Khamis, 27 November 2014

28 Mak, kau dengar tak apa aku cakap?!

Hari ni hari aku balik ke rumah mak aku. Aku tak suka sangat duduk dengan mak aku. Sebab selama ni pun ayah aku yang jaga aku. Dia yang selalu ada dengan aku dengan abang aku. Berbeza sangatlah mak dan ayah aku. Betul lah orang cakap pasangan kita mesti berlainan perangai.

Macam mak dengan ayah aku. Ayah aku tegas tapi tenang, sentiasa tenang, kemas, perfectionist. Tapi mak aku... Lain sangat. Agak baran, selalu kelam kabut, dan agak messy.

Mungkin sebab perbezaan itulah juga yang membuatkan mak dan ayah aku terpaksa berpisah.



22 Kemunculan semula artis paling tak boleh blah

Ramai artis lama di Malaysia kini membuat kemunculan semula atau comeback dalam industri seni bagi merancakkan lagi dunia hiburan tanahair, namun tak semua comeback itu bersifat bagus dan positif, lebih2 lagi kalau sampai kena buat 3 kali solat Istikharah untuk meminta petunjuk dari Tuhan sebelum kembali bernyanyi dangdut dan gadis2 girl band zaman 90'an yang kini sudah berpangkat ibu dan makcik yang rata2 sudah di usia pertengahan umur bergabung membentuk kumpulan makcik girl band yang baru untuk membuat comeback.



Rabu, 26 November 2014

32 Rumah mampu milik, mampu tengok dan pasti milik

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kebenaran rungutan akar umbi bahawa rumah yang dibina berharga RM400,000 bukan rumah mampu milik.

Sebaliknya, katanya yang juga timbalan perdana menteri bahawa rumah tersebut dianggap "rumah mampu tengok sahaja".

"Mengenai isu perumahan, ada ahli Umno di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya."


13 Semua petani bawa motor kapchai, betul tak?

Sistem subsidi minyak kita selama ini adalah tidak adil, sebab apa? Tuan2 semua bawak apa? Ada yang bawa motor kapchai, ada yang bawa Kancil, mungkin ada juga yang bawa Proton Saga. Tapi orang yang berpendapatan tinggi mereka biasanya pakai Mercedez, BMW, kereta besar. Sekali diisi minyak, 75 liter, dan mereka dapat subsidi yang banyak, berbanding tuan2 isi minyak dengan kuantiti yang lebih rendah, tuan2 menikmati subsidi yang lebih rendah daripada mereka. Sebab itu saya katakan tidak adil! Sepatutnya tuan2lah yang berhak mendapat subsidi yang lebih banyak, bukan? Apa kata kita mansuhkan subsidi minyak, dan berikan semua peruntukan subsidi minyak itu terus kepada tuan2 dalam bentuk wang tunai melalui bantuan BR1M malah kita boleh naikkan lagi nilainya, apa kata tuan2?


Selasa, 25 November 2014

22 Definisi Berjaya Anak-Anak Oleh Ibu Bapa

Pada hari Jumaat minggu lalu Murni pulang ke kampung menjenguk ibunya, Mak Minah. Sebelum itu sudah beberapa kali Mak Minah menelefon dan membebel kerana Murni sudah lama tidak memunculkan diri kerana kesibukan berkerja. Bagi mengubat rajuk ibunya, Murni pun memohon cuti dan pulang ke kampung. Sampai di rumah semuanya biasa-biasa sahaja, Mak Minah memasak makanan untuk dimakan bersama dan mereka saling bertanya khabar antara satu sama lain. Semuanya berjalan dengan lancar pada hari itu.



Isnin, 24 November 2014

16 Facebook melahirkan generasi muda yang biadab

Media sosial seperti Facebook kini digunakan secara meluas oleh pelbagai lapisan umur, tak kira yang dewasa, warga tua, mahupun yang masih bersekolah menengah dan sekolah rendah, malah lagi hebat, bayi yang belum pandai merangkak pun ramai yang sudah mempunyai akaun Facebook yang dicreate oleh ibu dan bapa mereka, lebih2 lagi kalau bayi itu anak kepada selebriti, jumlah rakan dan follower yang dia ada beratus2 kali ganda dari majoriti pengguna Facebook dewasa. Namun tahukah anda, Facebook ini sebenarnya hanya melahirkan generasi muda yang biadap dan kurang ajar.



Ahad, 23 November 2014

28 Bayi luar nikah, di manakah imej kita?

Masalah anak luar nikah di Malaysia seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang remaja wanita mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu disebabkan kelahiran bayi itu. Ditambah lagi dengan berita terbaru di Shah Alam seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di hadapan surau taman Platinum, menunjukkan bahawa kancah kelahiran anak luar nikah di negara kita kian meruncing.



Sabtu, 22 November 2014

28 Akhirnya tiada lagi subsidi minyak untuk semua

Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya pada Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.


Jumaat, 21 November 2014

14 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 2

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Dengan penyingkiran kumpulan Kepoh dan Sayot pada minggu yang pertama, Maharaja Lawak Mega 2014 untuk minggu ke-2 menyaksikan pertarungan di antara 13 peserta yang tinggal. Untuk MLM2014 minggu ke-2 ini, aku harap semua peserta favorite seperti Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus dan Nabil dapat buat dengan lebih baik dan kelakar, kerana aku yakin peserta lain juga pasti akan memberikan cabaran dan persaingan yang sengit kepada mereka.



7 Orang Tembakul: Spesies manusia dua alam

Ikan Belacak atau juga dikenali dengan nama Ikan Tembakul atau Ikan Belodok merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (Suku: Periophtalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan amfibia.

Aaah, korang baca la sendiri kat wikipedia. Aku copy dari Wikipedia aje ni.

Buat apa nak cakap pasal Ikan Tembakul ni kalau aku sebenarnya nak cakap pasal orang.



12 Spesies makhluk perosak hubungan sesama manusia

Aiman seorang yang ringan tulang dan dia ni agak lurus (lurus cerdik, bukan lurus bendul). Satu hari kawannya Borhan meminta tolong Aiman untuk mengambil anaknya di sekolah. Di sekolah tersebut, Aiman terjumpa dengan Nazri dan Nazri bertanya kepada Aiman, "Apa kau buat kat sini?" Aiman menjawab, "Borhan minta tolong ambil anaknya" sambil tersenyum, dan perbualan mereka tamat setakat itu sahaja... Full stop.



Khamis, 20 November 2014

12 Hotel yang unik, eksotik dan mewah di Malaysia

Sempena cuti sekolah pasti ramai yang ingin membawa keluarga bercuti di tempat2 yang menarik di dalam dan luar negara. Selain daripada tempat2 yang biasa mejadi tumpuan tempat bercuti seperti Legoland, Sunway Lagoon, Hello Kitty Town, Langkawi, Kota Kinabalu, Cameroon Highland, Genting Highland, Bukit Tinggi, Pulau Pangkor, Pulau Redang, A'Famosa Resort Melaka dan lain2 lagi, sebenarnya ada banyak lagi tempat2 yang tidak diketahui ramai yang menarik dari yang unik, eksotik dan mewah. Untuk itu, Aila ingin kongsikan kepada pembaca 28 buah hotel yang sesuai untuk dijadikan destinasi pada musim percutian.



20 Ciri2 budak sekolah totok dan ragam di laman sosial

Ciri-Ciri Budak Sekolah Totok

Aku berani bet ramai yang kata zaman sekolah zaman paling best. Tak kira a sebab apa. Tapi aku sendiri pun mengaku yang zaman sekolah aku best giler. Aku rasa yang cuma sorang je yang kata zaman sekolah bukan paling best sorang je, cikgu BM aku masa form 1, Cikgu Zalinawati. Die kata zaman Universiti paling best. hm... Aku tak tau sebab aku belum masuk U lagi, anyway sekolah walau apa pun, tetap best. TAPI. Cam biasa. Budak2 sekolah ialah zaman di mana setiap orang menjadi menggelabah.

Aku tak terkecuali, cuma aku sentiasa berusaha untuk tak menjadi seperti budak sekolah lain. Then, budak2 sekolah totok sangat menggelabah, lagi2 dalam internet. Ni sume ialah list2 kesakaian budak sekolah, sila terasa.



Rabu, 19 November 2014

21 Calon temuduga yang sangat annoying

Ida Ayu sedang mencari pegawai eksekutif pemasaran kanan baru untuk bekerja di syarikat miliknya yang sudah bertapak selama 20 tahun. Dia mengiklankan jawatan kosong itu di akhbar2 dan Internet. Setelah beberapa minggu2, dia memanggil 10 orang calon temuduga yang memohon jawatan tersebut, dan salah seorangnya adalah Edry Safian yang berusia 23 tahun.



Selasa, 18 November 2014

33 Pengakuan suami yang curang berzina dengan janda

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...



11 Penampakan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu

Kisah penampakan makhluk lain sering beredar tidak kira dari mulut kemulut malah dengan teknologi yang ada sekarang juga menjadikan  ia di kongsi di media sosial.

Untuk artikel kali ini penulis ingin kongsikan kisah benar penampakan makhluk berkepala manusia berbadan lembu, dan kisah ini di ceritakan oleh puan Yah (nama sebenar di rahsiakan).


Isnin, 17 November 2014

19 Bekerja dengan orang lain pelaburan paling bodoh

Bekerja dengan orang lain adalah satu pelaburan yang paling bodoh. Itulah petikan daripada Li Ka-Shing, antara orang yang terkaya di Asia Timur. Benar, tiada cara lain untuk menjadi kaya melainkan dengan perniagaan. Tiada cara lain untuk menjadi lebih lapang melainkan dengan menjadi bos kepada syarikat sendiri.



Ahad, 16 November 2014

13 Cinta Si Merak dan Si Gagak

Ada orang kata cinta tu buta, ada juga yang kata cinta tak bermata.Yang pasti cinta lahir dari perasaan yang suci. Datangnya tak diundang, perginya tiada yang merelakan. Kadang-kadang kita tak sedar bila kita mula jatuh cinta. Tau-tau je, kita dah mula rindukan dia. Cinta tu anugerah dari Allah S.W.T.



Sabtu, 15 November 2014

13 Kaedah atasi masalah trafik sesak di waktu puncak

Pada setiap kali anda memandu mahu pergi ke tempat kerja di pagi hari, atau mahu pulang ke rumah di waktu petang, adakah anda pernah mengalami fenomena ganjil ini di mana laluan di jalan anda mengalami kesesakan trafik yang sangat teruk manakala jalan di laluan bertentangan sebelah terlalu sedikit kenderaan yang lalu, membuatkan anda terfikir betapa membazirnya lorong jalan tersebut tidak diguna dan dimanfaatkan di waktu puncak?



Jumaat, 14 November 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 1

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan pertarungan antara 15 peserta iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, SYJ, Jalor, Sayot, Kepoh, Ekzos, Samurai, Shake, Wala dan Zero. MLM tahun menyaksikan penyertaan kumpulan2 yang sama seperti tahun lepas, kumpulan yang baru, kumpulan yang bertukar ahli, tiada peserta dari Indonesia dan Nabil masih satu2nya peserta solo. Kumpulan favorite Jozan tidak menyertai MLM kali ini namun Zizan menyertai kumpulan Jambu untuk membentuk kumpulan Virus.



21 I Love You Suamiku Sotong Yang Arrogant ... Sebuah Sinopsis

Farra dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya. Ayahnya, Tan Sri Raduan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Setiap hari pasti projek bernilai jutaan ringgit akan dibincangkan di dalam mesyuarat syarikatnya. Sebagai anak tunggal keluarga, Farra pasti akan mengambil alih kedudukan ayahnya dan akan menjadi kaya raya juga.


Khamis, 13 November 2014

26 Kisah seorang Lanun yang masih mencari One Piece

Bagi peminat manga/anime One Piece, pernahkah anda terfikir, siapakah sebenarnya villain atau orang jahat dalam kisah tersebut? Adakah Marine? Adakah World Government? Adakah Yonkou? Adakah Tenryuubito? Adakah Gorosei? Adakah Shichibukai? Adakah Revolutionary Army? Adakah Lanun? Adakah Lanun Mugiwara dan Monkey D. Luffy itu sendiri orang jahat?



13 Bagaimana generasi analog mengambil gambar

Aku rindu zaman analog. At least 10 tahun lepas a. Bagi aku itulah zaman kemuncak terhadap teknologi. Maksud aku itulah zaman dimana teknologi2 analog disempurnakan. Cakap je. Kamera, henpon, kereta. Semuanya sempurna dalam dunia analog. Everything just feels right. Dan dalam post kali ni, aku nak citer pasal kamera.



Rabu, 12 November 2014

28 Isteriku bahan fantasi seksual lelaki lain

Fuad sedang leka membalas2 mesej dalam group Whatsapp rakan2 lelaki sekolah menengahnya yang baru dia sertai seminggu yang lalu. Pelbagai topik hangat yang Kamal bincangkan bersama rakan2nya, maklumlah ada yang sudah dekat 10 tahun tidak berjumpa sejak meninggalkan sekolahnya. Ada yang sudah menjadi jurutera, pegawai kerajaan, polis, doktor, cikgu, operator kilang, bekerja sendiri dan bermacam lagi. Namun di kalangan rakan2nya terdapat juga jenis yang nakal yang suka berkongsi gambar2 lucah dan video2 terlarang, salah seorang daripadanya adalah Fakhrul.



Selasa, 11 November 2014

12 Kecelaruan Jantina dan Krisis Identiti

Makcik Murni membelek album gambar anaknya. Memang besar perubahan anaknya, Hazwan, dahulu dan sekarang. Kalau orang lain, penilaian mereka mungkin berdasarkan betapa cepatnya anak mereka membesar dan betapa besarnya perbezaan sikap anak mereka. Tapi tidak untuk Makcik Murni. Memang anaknya membesar dan memang sikap anaknya berubah. Namun tidak seperti kebanyakan anak orang lain, kecenderungan anaknya juga berubah. Sayu Makcik Murni memikirkan yang kini anaknya berubah menjadi wanita cantik berbanding lelaki kacak satu masa dahulu.


10 MASA itu HAK yang perlu dihormati semua orang


Assalamualaikum w.b.t.

24 jam sehari masa yang diberikan kepada semua manusia di bumi adalah sama. Tiada yang lebih walau sesaat, dan tiada yang terkurang walau sesaat. Ianya tertakluk kepada semua tidak kira siapa termasuklah Perdana Menteri yang sibuk, warga bekerja yang setiap lima minit merenung jam dinding, pelajar yang sedang sibuk menelaah untuk peperiksaan, penganggur yang kerjanya melepak sahaja, mahupun bayi Che Ta yang baru lahir. Semuanya mendapat 24 jam sehari.

Dengan kata lain, dalam konteks MASA, semua dari kita adalah sama. Tiada yang istimewa.


Isnin, 10 November 2014

28 Sayang anak jangan bagi motosikal ke sekolah

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku Bariah di Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Punca kejadian dikatakan suspek menunggang motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya dilaporkan turut cedera.


25 Ilmu Itu Untuk Semua

Aku dah banyak kali tulis pasal benda ni. Tapi kali ni in another perspective. Untuk kesekian kalinya, aku akan cerita pasal cara orang kita mendidik sejarah.

Semua orang tau sejarah tu bosan. Camne nak buatkan sejarah tak bosan? Be radical! Ok lets start now. Korang perasan tak, buku sejarah KBSM form 4 ni bias giler? Kalau korang ingat lagi 70% citer pasal sejarah Islam je. Dan akan diulang dalam subjek Pendidikan Islam lagi.



Ahad, 9 November 2014

22 Harga rumah teres di Putrajaya kini RM1.2 juta?

Ada seorang kenalan saya yang kerja dengan kerajaan di Putrajaya ini mahu membeli rumah melalui skim CSRU, setelah dipotong 25% dikatakan rumah teres yang "available" kini harganya adalah RM1.2 juta. Sahabat saya itu gred 48. saya pun terfikir, makhluk Allah mana yang mampu beli rumah "semurah" itu di Putrajaya? Sudah tentu bukan pegawai kerajaan, jika ya pun, mungkin pasangan suami isteri yang berpangkat JUSA saja kot mampu beli rumah itu.

Setelah ditanya, mereka kata PEMAJU yang tetapkan harga. Wah, nampaknya kerajaan tidak berkuasa langsung lah? Itu baru rumah teres. Yang pasti pemaju perumahan CINA dan para kroni parasit Melayu nya yang untung. Lambat laun yang mampu beli rumah mahal di Putrajaya ini ialah tauke-tauke CINA dari luar yang boleh menjadi pengundi di kawasan itu, maka muncullah DAP di Putrajaya.



Sabtu, 8 November 2014

8 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Kerusi Panas

Gelanggang Maharaja Lawak Mega kembali untuk musim terbaru untuk tahun 2014. Untuk pentas MLM2014 kali ini, 16 kumpulan perlu berentap untuk merebut 5 kerusi panas atau 'Hot Seat' iaitu kumpulan Ekzos, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, JBOND dan Wala yang akan diadili oleh 3 orang juri sementara iaitu Datuk Hasbullah Awang, Anzalna dan Noh Hujan. 10 peserta yang sudah layak secara automatik atau peserta 'Fast Lane' pula adalah Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, SYJ, Jalor, Sayot dan Kepoh.

Tonton persembahan ke-16 peserta MLM2014 Hot Seat yang telah pun selesai berentap selama 2 minggu di bawah.


11 Tips berhadapan dengan binatang liar di hutan

Berhadapan dengan binatang liar di dalam Hutan? (Tips and Tricks)

Anda suka akan cabaran di hutan?
Anda gemar mendaki gunung?

Apabila melakukan aktiviti rekreasi di dalam hutan seperti mendaki gunung, aspek keselamatan memainkan peranan utama ketika beriadah. Namun, keselamatan yang terdedah kepada bahaya hutan tetap tidak dapat dielakkan. Di sini, saya ingin berkongsi tips-tips semasa kecemasan apabila berhadapan dengan binatang-binatang liar seperti kera liar, gajah, babi hutan, ular (apa-apa pun jenis tak kisah), harimau, beruang, kala jengking atau lipan.yang sudah berada di depan mata. Apa yang terbaik untuk dilakukan?



Jumaat, 7 November 2014

42 Golongan pondan dibenarkan berpakaian perempuan

Berita baik buat golongan pondan, mak nyah, bapok dan shemale. Kini korang semua boleh teruskan jadi pondan dan pakai pakaian perempuan, kerana mahkamah kita sudah mengiktiraf hak transgender dan membenarkan anda semua berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. Ini satu kemenangan buat kesemua bapok dan pondan2 di luar sana terutama yang beragama Islam kerana telah berjaya memartabatkan hukum manusia lebih tinggi dari hukum Tuhan. Tahinah, tahinah diucapkan kepada anda semua!



56 Tamat sudah kisah seorang Ninja bernama Naruto

Akhirnya salah satu manga terbesar dan panjang iaitu Naruto telah pun menamatkan perjalanannya dengan setelah 15 tahun menjadikan keseluruhan manganya sebanyak 700 chapter. Secara ringkasnya, Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang mangaka atau kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43.



Khamis, 6 November 2014

32 PTPTN: Beban sebuah hutang

Assalamualaikum.

Hahahaa harini topic serious sikit. Pasal PTPTN. Sebelum tu, aku nak perkenal kan kat korang, apa itu PTPTN.
"Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.



Rabu, 5 November 2014

21 Lelaki lembut itu tidak semestinya pondan

Tidak semua lelaki lembut itu pondan, dan tidak semua perempuan keras itu pengkid. Dulu aku ada je ramai kawan lelaki yang perwatakannya agak lembut, cakap sopan, suka memasak, tapi sekarang sudah pun berkahwin dan beranak pinak, malah menjadi bapa yang lebih baik dari kebanyakan lelaki keras. Begitu juga dengan perempuan. Ramai je di kalangan kawan perempuan aku jenis keras dan kasar2, minat benda2 lasak macam lelaki tapi sekarang dah kahwin pun dengan lelaki dan ada anak dah pun.


27 Kitaran kes buli bagi remaja lelaki dan perempuan

Sekarang sedang viral 3 buah video yang melibatkan kes buli, dua melibatkan kes buli sekumpulan remaja lelaki di asrama sekolah, satu lagi kes buli yang melibatkan sekumpulan gadis muda remaja Kelantan.



Selasa, 4 November 2014

31 Cadangan terdesak kerajaan mengutip duit rakyat

Harga minyak RON95 dengan subsidi yang dijual di stesen minyak terkini adalah RM2.30 Tapi berapakah pula harga minyak RON95 yang sebenar tanpa subsidi yang terkini? Jika dibaca dari artikel "Kisah minyak bersubsidi di Malaysia" yang ditulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bertarikh 3 Oktober 2014, harga minyak tanpa subsidi bagi RON95 adalah RM2.58 & diesel pula RM2.52. Ini bermakna, subsidi yang kerajaan BN (perlukah dinyatakan?) bagi pada hari ini untuk RON95 adalah RM0.28 seliter dan diesel RM0.32 seliter.


18 Jenis kawan yang paling sengal dan ale uto

Jika anda ada kawan sengal dan ale uto seperti ini, tahinah aku ucapkan!


Isnin, 3 November 2014

20 Medium Utama dalam Pembentukan Identiti Nasional

Perpaduan dan Integrasi Kaum adalah Medium Utama Pembentukan Identiti Nasional.

Perpaduan kaum adalah medium utama dalam menentukan kestabilan politik, sosial, dan juga ekonomi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik di dalamnya. Persoalan dan perbincangan berkaitan dengan usaha ke arah perpaduan ini telah lama dibahaskan malah belum ada tanda-tanda isu perpaduan ini melihatkan keberhasilannya. Selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Identiti nasional merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah perkauman serta mencapai perpaduan dan integrasi sesama kaum.



Ahad, 2 November 2014

26 Ramai Melayu sangap sampai beromen dalam kereta

Malam semalam masa aku tengah teropong planet Zuhal guna teleskop untuk meninjau kehidupan asing di sana, tiba2 ada sebuah kereta Proton Saga BLM warna biru gelap yang sangat asing masuk ke jalan rumah aku. Jalan rumah aku ni ke dalam sikit dan jauh dari jalan utama, tambah pulak gelap sikit sebab lampu jalan tak berapa nak ada, pulak tu ada beberapa rumah je yang ada kat sini, so kalau ada kereta asing masuk jalan rumah aku tu memang boleh cam. Sekali kereta tu bergerak pergi ke kawasan yang agak gelap dan matikan lampu. Lepas tu tak nampak pula siapa2 keluar dari kereta tu tapi enjin kereta masih hidup.


Sabtu, 1 November 2014

17 Kisah cinta ibu anak yang berakhir dengan tragis

Kita boleh melihat di media sosial kegilaan orang zaman kini dalam bercinta, sanggup membuat video, lagu dan sebagainya, i.e "Love till Jannah". Malah tak kurang juga mereka yang terlalu gila bercinta sehingga membelakangkan agama dan keluarga, tak kurang juga yang sanggup berkahwin lari di negara luar semata2 kerana cinta.

Namun walau macam mana hebat cinta remaja, cinta kepada pasangan, cinta kepada parti, cinta kepada pucuk pimpinan atau cinta kepada negara, ianya tak dapat mengatasi cinta seorang ibu terhadap anaknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...