Halaman

Khamis, 8 Januari 2015

Derma dan sedekah berbeza dengan membuang sampah

Bersedekah atau menderma kepada golongan yang memerlukan itu adalah amalan yang mulia. Sumbangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk duit, barangan, masa, tenaga, darah, organ dan sebagainya. Salah satu barangan keperluan yang sering orang sedekah adalah pakaian. Adalah lebih baik jika dapat menyumbangkan pakaian yang baru, namun pakaian yang terpakai juga sudah cukup baik. Tapi definisi pakaian terpakai adalah pakaian yang masih boleh dipakai, walau warna dah luntur sikit pun tidak apa, asal bukan pakaian buruk, lusuh, koyak rabak, baju dalam tahap sampah sarap yang kau sendiri pun tak sanggup nak pakai!

Buruknya sikap sesetengah rakyat Malaysia kerana ada antara ahli masyarakat menjadikan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir sebagai tempat untuk 'membuang' pakaian-pakaian lama mereka.

Antaranya pusat pengumpulan bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia menerima antara lain sumbangan seluar dalam dan baju dalam sudah dipakai dan lusuh untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang kini melanda dengan teruk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Setiausaha 1 Muslim Care, Abdul Razak Mohamed yang ditemui di pusat pengumpulan sementara bantuan mangsa banjir berkata, sejak pusat itu dibuka 25 Disember lalu sejumlah 5 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada mereka.

"Kami terpaksa menggunakan tenaga sukarelawan yang terhad dan menghabiskan masa mengasingkan pakaian terpakai ini.

"Kira-kira 20 peratus daripada sumbangan pakaian terpakai terpaksa dibuang. Siapa mahu memakai pakaian dalam terpakai atau baju dan seluar yang telah koyak? tanya Abdul Razak ketika ditemui di sini hari ini.

Selain seluar dalam dan baju dalam terpakai ada segelintir masyarakat yang turut menyumbang kasut bertumit penuh perhiasaan dan kasut lusuh yang tapaknya telah tertanggal.

Pusat berkenaan kini tidak lagi menerima sebarang sumbangan berbentuk pakaian terpakai.

Sumber Utusan Malaysia.










Aku pun tak tau apa masalah sesetengah orang Malaysia ni. Ingat orang fakir miskin, mangsa banjir, mangsa musibah tu tong sampah korang ke? Dah la tu, bagi pulak spender, coli, baju tidur spaghetti. Kalau kat pasaraya, baju dalam yang baru pun diorang tak bagi kau cuba fitting, ini korang boleh pulak bagi baju dalam korang yang dah berdaki, berkurap dan bau hamis tu kat orang lain. Apa punya mentaliti ayam korang pakai ni?

Jangan pulak ada orang suruh bersangka baik, orang derma baju buruk untuk buat kain lap. Orang minta derma pakaian, yakni benda yang boleh dipakai, bukan minta derma kain lap. Kalau diorang minta derma kain untuk buat lap, baru bagi baju buruk.

Ingat, menderma pakaian...


...bukan tempat untuk kau buang sampah!





tags: derma sedekah sumbangan baju seluar pakaian terpakai baru beza tidak sama buang longgok sampah sarap tong tempat pengumpulan ikhlas orang miskin fakir mangsa banjir kebakaran kain buruk lap lusuh koyak baju dalam coli bra spender seluar dalam g-string thong pad wanita lingerie baju tidur nightgown tali spaghetti strap seksi clothes donation

21 ulasan:

  1. 1 malassssssssSiasia first ayam dan anon semua bwh ni loser!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila balas komen sirosli ni.. dia nk kan perhatian tu..

      Padam
    2. Sepender size XXXXXXXXXL pun org derma bro..

      Padam
    3. assalamu alaikum wr wb..
      bismillahirrahamaninrahim,, saya sangat gembira kerana dapat menulis
      dan kongsi dengan rakan melalui tempat ini,
      Sebelum ini, saya seorang ahli perniagaan dalam sektor hartanah isi rumah
      dan mencapai kejayaan yang luar biasa, saya sudah mempunyai kereta, rumah dan kemudahan lain,
      tapi namanya ujian, saya sangat percaya pada semua orang,
      sehingga satu hari saya ditipu oleh kawan saya sendiri dan membawa semua yang saya ada,
      akhirnya saya berhutang kepada pelanggan saya sejumlah RM140,000 dan di bank sejumlah RM178,000
      Saya sudah stress dan hampir membunuh diri. 3 anak saya masih bersekolah menengah rendah/menengah dan juga pelajar, tetapi suami saya pergi ke mana-mana dan meninggalkan saya dan anak-anaknya di tengah-tengah bil hutang yang bertimbun,
      demi untuk makan setiap hari saya terpaksa menjual nasi bungkus dan kuih muih,
      Di tengah-tengah crush ekonomi seperti ini saya bertemu seorang kawan
      dan memberitahunya, alhamdulillah dia memberi nasihat kepada saya.
      dia pernah cakap dia pun macam aku lepas masuk Program Pengeluaran Wang Ajaib Halal hidupnya kembali berjaya,
      Pada mulanya saya ragu dan tidak percaya tetapi selama satu hari saya berfikir
      dan lihat hasilnya serta-merta, `
      Saya akhirnya turut serta dengan melayari laman web di http://wangajaibhalal.xtgem.com segala arahan Kyai Rahmat Sanjaya saya ikut dan hanya 1 hari astagfirullahallazim,
      alhamdulillah demi allh,
      akhirnya RM600,000 yang saya minta benar-benar di tangan saya,
      semua hutang saya lunasi dan selebihnya adalah untuk modal perniagaan,
      kini saya kembali berjaya terima kasih Kyai Rahmat Sanjaya Saya tidak akan melupakan jasa tuan.
      kalau kawan-kawan berminat, serius dan percaya, insyaAllah.
      Saya telah membuktikannya kerana Allah, sila hubungi WhatsApp nombor +6282240168483 layari laman website di http://wangajaibhalal.xtgem.com































      Padam
  2. buat malu jer..bakor jer klu xnak..huhu

    BalasPadam
  3. ala..berape kerat sngt buat cmtu. kang tak pasal2 org sebut rakyat malaysia ni sedekah tau bagi baju buruk je. Kalau de yang buruk tu, buang atau bakar je. settle. yang elok amik. Aku ni pun aritu bagi baju yang aku dok pakai sekarang. bukan baju lame. Cerita la yang elok bila org dah menolong. cerita tak elok tu tutup la sikit. Isu kecik je tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn isu kecik...mmg dr dulu lagi wujud spesies org mcm ni.Bkn nk tolong...tapi suruh org tolong buangkan kain baju yg dh reput tu.Kesian lah sket dgn org yg dh ditimpa musibah...dibagi pulak pakaian yg tak boleh dipakai...bknnya terpakai.Isu ni harus ditimbulkan supaya timbul kesedaran sikit utk golongan mcm ni.Kalo tak...berterusan lah mentaliti mcm ni.

      Padam
    2. anon 12:53 baru masuk blog ni ke? blog ni mmg selalu highlight sikap tahi & kebiolan org malaysia utk bg kesedaran... nama blog pun buasir otak... nk baca cerita baik2 baca buku cerita kanak2 laa

      Padam
    3. kalau dah berjuta juta baju buruk nak buang mane pulakk. kalau yang berkulapuk tu tak ke berjangkit kulat kulat.. kalau nak bagi basuh la dulu, bagi baju buruk camtu macam campak sampah je weh. kalau aku nak terime pun aku mesti pilih yang bersih cantik.

      Padam
  4. Comelnye sandal pepel bertumit tu, sukenye i klu dpt adiah kasut cggitu..hiks

    BalasPadam
  5. Saya juga salah seorang sukarelawan banjir. Sudah hampir 2 minggu cuti tahunan saya utk 2014 diluluskan pihak atasan. Minggu depan, jika tiada aral, saya akan pulang ke kampung untuk uruskan keluarga pula.

    Ada beberapa perkara yang tak patut dihighlightkan oleh Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan. Di tempat saya, memang perkara sebegini berlaku. Ada yang bantu dgn kain-kain pakaian lama yang telah dibungkus sejak sekian lama (termasuk pakaian yang mahu dibuang) untuk sebarang permintaan bantuan, atau mungkin untuk dibuang. Ada kain2 baju ini, dibawa oleh kanak2 (yang disuruh ibubapa) utk didermakan di pusat pengumpulan.

    Dari pemerhatian saya, kebanyakan dalam plastik/bungkusan sumbangan, 80-90% pakaian adalah pakaian yang masih baik dan boleh dipakai untuk pergi bekerja esp uniform. Banyak uniform syarikat tidak digunakan lagi didermakan dengan pakaian lusuh yang tak seberapa.

    Tak dapat dinafikan, pakaian lusuh juga kami terima yang mungkin boleh dimanfaatkan sebagai kain buruk oleh bakal penerima. Memang ada yang jijik dan ada yang tak mampu diungkapkan kata2. Kemunculan pakaian2 dalam yang tidak dikehendaki setakat ini hanyalah lebih kurang 40-50 kg saja yang mana kita boleh pisahkan berbanding 600 kg pakaian yang masih thorbaek.

    Saya harap polemik sumbangan ini dihentikan setakat ini saja. Jika hendak terima segalanya sempurna, Allah Taala pun ciptakan manusia tak sempurna. Kiranya dalam kecemasan begini, polemik hal kecil2 ini, sungguh murahan. Jika ada pusat pengumpulan menerima lebih 300kg pakaian lusuh sebegini, pada saya memang patut dipertikaikan. Jika kurang, bawa ke tong sampah bandaran, habis cerita.

    Sukar untuk kita didik masyarakat kita kerana kita bukannya bermentaliti seperti negara maju untuk serba sempurna buat itu ini.

    Cukuplah dengan ambil cuti dan bantu bersihkan kampung-kampung yang dilanda banjir dari membebel pakaian buruk yang diterima tak seberapa ini. Ada rakan2 saya yang rosak kereta mereka dikorbankan demi menghantar bantuan kepada mangsa. Siapa nak reper kenderaan2 mereka ini? Nak buat kerja2 bantuan, memang banyak ujiannya. Bukan kata kita nak bantu, semuanya dipermudahkan Allah. Tak semuanya begitu. Tuan2 mampukan biarkan MyVi, GrandLivina, Wish kesayangan tuan digunakan untuk misi bantuan yang ianya dipandu oleh pemandu lain?

    Ingatlah, di Malaysia ni, ramainya manusia baik dari manusia jahat atau radikal entahapa2... Sbb tu kita tak protes menggila mcm rakyat Thai untuk apa2kan sesuatu jika tak sukakan sesuatu baik dipihak persendirian mahupun kerajaan.

    Sekian..wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajinnya tulis karangan.. aku baca noob punya entry ni dia bkn ckp pasal derma pakaian masa time banjir je, tp secara general derma pakaian kpd golongan yg memerlukan termasuk org miskin..

      utk pengetahuan ko aku tiap2 minggu akan kutip sumbangan baju ni dr tong2 charity yg kita sediakan kt kawasan2 taman perumahan utk diberi kpd rumah2 kebajikan & anak yatim... tp ko tau apa yg aku selalu jumpa dlm tong tu? sampah!!! org buang sampah dlm plastik hitam ke dlm tong charity!!! sick gila perangai..

      entry ni bg aku utk beri kesedaran kpd org yg xsedar.. walaupun bilangannya mungkin sikit bak kata ko, tp yg sikit ni la yg memberi nama buruk kpd masyarakat.. kalau org yg ada kesedaran baguslah xperlu la nk terasa dgn artikel2 mcm ni

      Padam
    2. weh weh jangan petik negara orang XD

      Padam
  6. Bila ditanya "Kau ada menderma tak?" boleh laa dijawab "Mestilah ada. Aku derma pakaian hari tu. Ikhlas."
    Padahal derma spender sape nak?

    BalasPadam
  7. hmm..dulu masa tsunami kena kat malaysia pun ada yang buat benda2 mcm ni jgk..malaysian kamon..jgn sempitkan sgt minda tu..

    BalasPadam
  8. Jgn gunakan nama ayam..sensitif. ..

    Typikal melayu..niat dah bagus..tp identiti malas tetap tebal. Malas nak asingkan baju yg leh pakai atau x, derma semua sekali sbb diaorg ingat bukan tahu pun penderma yg hantar barang yg serupa xleh pakai.

    Skrg ni pakaian dah cukup sbnrnya..cuma barang2 asas mcm makanan dan keperluan harian....jgn bg makanan dah due date sudahlah..dr tmbh pahala jd tmbh dosa org lain sakit perut.

    BalasPadam
  9. Salam wbt, saya baru je selesai mengasingkan pakaian kanak2 dan dewasa lelaki wanita (terpakai dan baru) yg masih elok tanpa koyak dan boleh dipakai untuk disedekahkan kepada yang berkenaan. Saya ikhlas ingin membantu. Tetapi kalau begini ceritanya, maka mungkin sukarlah nak berbuat sedikit bakti. Mungkin dah mula ada orang yang akan bersikap skeptikal dengan derma dan bantuan berupa pakaian... Bukan apa, kemusnahan yg berlaku kepada sahabat2 di negeri sana amatlah besar, saya yakin mereka juga hilang pakaian... dan saya juga tak setuju dengan sikap sesetengah manusia buasir otak yg menggunakan platform bantuan kemanusiaan sebagai tong sampah...

    BalasPadam
  10. Di malaysia... anything berbentuk oblong dan mempunyai lubng diibaratkan sebagai tempat membjat sampah... sekian...

    BalasPadam
  11. Salam.. Semalam saya br mengasingkan baju yg masih elok dlm beg untuk diderma dan mengasingkan baju lusuh dan koyak untuk dibuang. Saya amat tidak bersetuju dgn segelintir rakyat Malaysia yg tiada kesedaran sivik spt membuang sampah merata2.. (jalan raya bukan tong sampah). Derma kain juga bukan tong sampah anda. Di mana keperihatinan korang? Baju yg lusuh kotor tu buanglah sendiri, tak susah pun. Cadangan saya sebelum penyumbang beri tu pengagih2 check dulu pakaian2 dlm beg tu depan penyumbang tu. Had kan letak board tulis pakaian dalam, lusuh kotor tidak dbenarkan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.