Halaman

Selasa, 24 Februari 2015

Konsep beli sambil derma yang kurang munasabah

Membeli sambil menderma, sebuah konsep perniagaan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Konsep ini membolehkan peniaga menjual produk dan barangan mereka dengan harga yang ditetapkan yang telah dicampur sekali dengan sejumlah nilai derma atau sumbangan, seperti contoh peniaga menjual sehelai baju dengan harga RM30, dengan RM1 daripada pembelian baju tersebut akan digunakan untuk menderma. Walaupun konsep ini nampak baik dan mulia tapi sejujurnya aku tidak bersetuju dengan konsep perniagaan membeli sambil menderma yang bagi aku tak berapa munasabah.

Gambar contoh

Ini kerana dalam sebuah proses jual beli, urusan jual beli tersebut perlu jelas. Harga barangan, kuantiti dan sebagainya semua perlu jelas. Manakala memberi derma dan sedekah itu perlu ikhlas dan bukan sesuatu yang perlu dipaksa2. Memasukkan syarat wajib menderma apabila membeli suatu barang adalah suatu bentuk hidden cost dan paksaan untuk menderma, malah konsep ini seperti mempergunakan nasib malang orang lain semata2 untuk melariskan produk demi keuntungan kita.

Jika harga baju RM30 termasuk kos derma RM1;
Bolehkah jika kita tidak mahu menderma RM1 dan hanya mahu membayar nilai harga baju RM29 sahaja?

Bolehkah kita tidak mahu membeli baju tersebut tapi hanya mahu memberi derma RM1 atau lain2 nilai sahaja?

Bolehkah kita mahu membeli baju dengan harga RM29, dan kita bagi pula derma sebanyak RM10?

Jika semua di atas dibolehkan maka konsep ini tiada masalah, kerana ia membenarkan pelanggan membeli barang dengan hanya membayar harga barang sahaja tanpa perlu memaksanya menderma, dan menderma adalah optional atau pilihan yang tidak diwajibkan kepada pelanggan, malah pelanggan juga boleh menentukan sendiri berapakah nilai yang dia hendak derma.

Sebaiknya nilai derma tidak perlu dimasukkan sekali dalam harga barangan. Produk dijual dengan harga yang jelas, dan derma boleh dibuat dengan peniaga menyediakan tabung khas berasingan kepada pelanggan yang mahu menderma. Tiada paksaan untuk menderma bila kita mahu membeli barangan, dan tiada paksaan untuk membeli barangan bila kita mahu menderma.

Dalam Islam juga tiada konsep membeli sambil menderma. Urusniaga jual beli dan memberi sedekah itu adalah suatu entiti yang berasingan. Baca artikel berikut untuk pencerahan selanjutnya.


* * * * * * * * * *

Kritikan Terhadap Konsep Membeli Sambil Menderma:

1. Banyak pihak cuba memungut derma dengan memperkenalkan konsep membeli sambil menderma.

2. Justeru, mereka menjual sesuatu barang dengan harga yang lebih mahal, dengan harapan dapat mengumpul dana atau untuk disumbangkan kepada pihak-pihak tertentu.

3. Islam membenarkan jual beli, dan Islam sangat menggalakkan bersadaqah atau berderma.

4. Namun, membeli ialah mendapatkan sesuatu barangan dengan sesuatu bayaran, manakala sadaqah ialah memberikan sesuatu dengan tidak mendapatkan ganjaran balas yang dilakukan semata-mata kerana Allah.

5. Justeru, membeli dan bersadaqah tidak boleh bersekali dalam suatu `aqad, malah tidak mungkin ia bersatu.

6. Menderma kepada orang buta jalanan, in sya’a Llah akan membuahkan ganjaran sadaqah.

7. Namun, pahala sadaqah itu akan terbatal apabila si pemberi wang mengambil tisu atau ‘cenderamata’ daripada orang buta jalanan tersebut, kerana hal itu bukan lagi sadaqah, tetapi suatu urusniaga.

8. Dan jika si pemberi wang itu memberikan RM 2, contohnya, nyata dia sudah menjadi ‘bodoh’ kerana membeli tisu yang asalnya hanya 20 sen dengan harga 10 kali ganda.

9. Si pemberi wang itu tidak mendapat pahala, kerana dia bukan bersadaqah, sebaliknya dia membeli barangan, tetapi dengan harga yang mahal.

10. Jika benar anda mahukan ganjaran bersadaqah, maka berilah derma itu tanpa mengambil apa-apa daripada mereka.

11. Jika benar anda mahukan ganjaran bersadaqah, maka berilah derma itu tanpa menukarnya kepada jual beli.

12. Jika benar anda mahukan ganjaran bersadaqah, maka berilah derma itu dengan ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan apa-apa di dunia – sama ada tisu, atau ‘cenderamata’, kerana ganjarannya adalah di akhirat kelak.

13. Sebaliknya, jika anda mahu membeli, maka belilah dengan harga yang sewajarnya, bukan dengan harga yang telah dilambung-lambung nilainya.

14. Setelah penjual menjual barangannya, maka dia berhak terhadap semua keuntungannya – melainkan sedikit yang wajib sebagai zakat – dan dia tidak wajib mendermakan apa-apa, melainkan jika dia mahu.

15. Justeru, jika tisu 20 sen itu telah ‘dijual’ dengan harga 10 kali ganda, maka keuntungannya adalah kepunyaannya, dan dia tidak wajib mendermakan apa-apa, melainkan jika dia mahu.

16. Jika penjual itu mahu mendermakan harta atau wang yang dimilikinya, maka itu adalah suatu sadaqah daripadanya, dan dia yang akan mendapat ganjarannya.

17. Maka orang Islam yang berakal hendaklah membezakan antara jual beli dan sadaqah, semoga sadaqah anda mendapat ganjaran daripada Allah.

WaLlahu a`lam.

Dipetik daripada tulisan Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin.




tags: konsep membeli sambil menderma sedekah akad jual beli muamalat sebahagian separuh setengah keuntungan kos tersembunyi hidden cost ikhlas sumbangan zakat hukum harga produk barang jelas mempergunakan agama nasib malang kesedihan orang lain

37 ulasan:

  1. " Dan jika si pemberi wang itu memberikan RM 2, contohnya, nyata dia sudah menjadi ‘bodoh’ kerana membeli tisu yang asalnya hanya 20 sen dengan harga 10 kali ganda."

    " Si pemberi wang itu tidak mendapat pahala, kerana dia bukan bersadaqah, sebaliknya dia membeli barangan, tetapi dengan harga yang mahal."

    Betulkah tiada pahala...? Bukan kita tahu pun kalau Allah beri pahala pada amalan tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. amalan kalau nak pahala, kena ikut apa yg Allah suruh. kalau xikut peraturan, pastu ko kata, mana tahu pahala ke tak? itu hak Allah.. kalau macam tu, ko buat je la benda2 yg ko rasa baik, pastu harap2 dapat pahala.. tak payah ikut panduan pun takper.. ko langgan pelacur sbb ko tahu pelacur tu perlukan duit nak beli susu anak.. jadi, ko dah berpahala sbb dah buat 'baik' pada akal cetek ko.. tak ikut panduan yg Allah suruh pun xper.. pikir bagi betul sikit

      Padam
    2. @nur fauzi bassar

      Saya setuju yang hak memberi pahala hanya Allah s.w.t yang tahu. Kita manusia hanya diberi panduan dan cara2 untuk mendapatkan pahala sahaja, dan salah satunya adalah melalui niat yang baik. Cuma pada pandangan saya, apa yang penulis maksudkan adalah konsep membeli sambil menderma itu adalah suatu urusniaga jual beli dan bukan sedekah, so pelanggan hanya membeli bukan sedekah, so tiada ganjaran pahala bersedekah buatnya. Lagipun urusniaga beli sambil sedekah ini tidak ada dalam muamalat Islam.

      Apa2pun, kita mungkin cuma boleh berharap ganjaran pahala atas niat kita yang baik untuk bersedekah. Namun konsep ini saya masih tidak setuju kerana urusniaganya terdapat elemen memaksa kita untuk bersedekah sewaktu kita mahu membeli dan elemen memaksa kita untuk membeli sewaktu kita mahu bersedekah.

      Padam
    3. terima kasih anon penjelasan yang sedebik kan orang ignorance mcm sy, sememangnya nak buat benda berpahala memang ikut apa Allah S.W.T. suruh, bukannya kita main rasa2 kita betul..

      Padam
    4. ProooOOooOooOtTtT !! d muka si rosli. Arg legaaa..

      Padam
    5. Pergi kedai nak beli burger, burger kena derma. HAHAHHAAHA!!! Gelak laa kalau aku buat lawak Ni!!!

      Padam
    6. Tak lawak laa bangang!!

      Padam
    7. abng botak sudah mari maa.....jgn langsi sgt la anon2 sekalian....

      Padam
    8. betul tu. Pahala tu Allah saja yang tahu dapat tak dapat.

      Tu yang masuk langgan pelacur tu, tak tau la ape yg difikirkan dalam kepala tu. Perbuatan terang-terangan dosa nak kaitkan apa lagi.

      Jual beli - harus. Boleh jadi ada pahala, boleh jadi tak ada.

      Padam
    9. jual beli mmg harus. lakukan seks pun harus. dalam islam jual beli ada kaedah dia, bukan boleh langgar sesuka hati. sama mcm seks.. ada kaedah dia, bukan boleh suka2 langgan pelacur.

      jgn bmudah2 buat rumusan. kalau harus, boleh la ko nak spekulasikan guna cara yg tak betul, gitu?

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dalam ramai-ramai orang tak berakal ada juga orang berakal layan blog noob nih...

      Padam
    2. abg botak komen 2 kali lagi ye hehehe. kebod rosak ke bang?

      Padam
    3. kawan bace- bace saje.

      anon - ye sayang. tepon tak canggih.

      Padam
  3. kaedah ni benda xmasuk akal.. akan terdedah pd penipuan.. kenapa stesen minyak xleh buat benda macam ni? minyak rm1.90 tukar jadi rm2.00.. kata pada pelanggan 10sen akan beri pada tabung derma.. kalau xsudi, sila ke stesen minyak lain.. kenapa tak buat? sbb tak boleh.. harga dikawal..

    jadi, peniaga yg xde kaitan dgn harga kawalan, boleh spekulasi sesuka hati. betul2 terdedah kepada permainan harga sebenarnya.. bukan nak derma sgt pun

    BalasPadam
  4. blog sampah. artikel sampah. ada je nak menjatuhkan cara org melayu berniaga. yg buat konsep ni selalunya org melayu dan peminta sedekah. kenapa nak kondem?

    kalau cina kat pasaraya besar buat helah potongan harga melampau padahal harga dah up siap2 takde pulak nak tegur..

    org melayu buat benda baik.. niat nak sedekah.. org cina hanya tahu nak kayakan diri sendiri je.. itu pun nak kondem jugak ke.. tak paham aku..

    jadi melayu, pandai tulis melayu, duduk dikelilingi melayu, mmbesar dgn org melayu. lepas tu nak jatuhkan melayu.. bagus betul penulis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak oi sarcasm in another lvl!? proooooooooooooooot kat muka tanpa nama!

      Padam
    2. cina kat pasaraya besar buat potongan harga melampau yang menguntungkan pelanggan tu ko cakap helah?

      ok aku anggap komen kau cuma sarkastik.

      Padam
    3. aku rasa ni mamat nasi goreng cina tu kot. haha..

      Padam
    4. itu mmg helah la noob.. jgn buat xtau pulak..mcm xpenh pegi pasaraya pulak.. harga bantal rm10, pasaraya naikkan jadi rm50, pastu buat2 ada potongan sampai 70%, harga jadi rm15.. untung tambahan lagi rm5.. itu menipu la tu..

      ini bukan isu nasi goreng.. nasi goreng tu patutnya korg sendiri kena amik tindakan.. xpyah order nasi goreng yg menaikkan nama kaum lain.. settle

      Padam
  5. aku baru2 ni de terjumpa dengan kes baru yang agak baru bagi aku. Selalu org dtg jual barang time kita lepak kat kedai makan, kemudian aku cakap xnak..dia pun blah. Lepas tu ada pulak yang dtg trus mintak sedekah/derma..aku kadang2 bagi. kadang2 tak bagi. ok tu dah jelas.

    Tapi baru2 ni time aku dinner dengan bini aku, tetibe datang budak melayu kita berkopiah segala bagai. Cakap nak jual buku agama dengan tasbih. Aku cakap xpe la,kat rumah dah ada. Dia cakap kalau cmtu sedekah sikit. Aku ingtkan dia cakap beli la sikit. Aku pun cakap taknak bli. Dia tetibe agak mendesak dan kasar.."sedekah la sikit pun tak kan tak boleh?". Aku trus "uihhhh!the fuck?" aku bagi singgit..aku sruh dia blah. Itu ke trend terkini mintak sedekah?memaksa siot. siap ayat macam hina gile kita ni sebab tak bagi duit kat dia. Lain kali aku jumpa lagi mcm tu, aku taruk sebijik kat muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman ko tak cukup best. pengalaman aku budak paksa2 mintak sedekah, aku sedekahkan sebijik penumbuk ke muka dia. tapi dia elak. pastu dia nak tumbuk aku balik. cepat2 aku cakap, 'woi.. ada pulak tenaga nak tumbuk org. baik tenaga tu ko guna buat kerja halal'.. tapi ni cerita tipu la.. jgn bodoh sgt sampai nak percaya pulak

      Padam
  6. kalu ada penipuan dlm biznes aka beli n derma, Tepulang pd yg menjual. Niat baik, bagus la... "yg x baik ni yg baik" pasal senang nk cipta keuntungan segera.. kalu pun ada unsur menipu susah nk jangka kot... yg nk derma tu kita. Ikut kita la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ek eleh.. senangnya nak berlepas diri. kita sbg penderma sepatutnya pastikan apa yg kita dermakan tu sampai kpd tuan badan. kalau lantik org tgh, pastikan org tgh tu org yg dipercayai.

      tengoklh masa dulu brp byk yg buat kutipan utk palestin, utk mangsa banjir kelantan, untuk budak jantung berlubang.. dlm sibuk2 tu, ada jugak penipuan.. malah larikan jutaan ringgit duit org ramai. itu yg kantoi, yg xkantoi toksah ceritalah.. sbb tu kita sbg penderma xleh lepas tangan mcm tu.. siapa kata duit kita tu hak pengutip derma sesuka hati dia nak buat apa?

      dlm isu mcm ni, selagi ada ruang yg boleh dipandang serius, noob tegurlah. jadi, peniaga akan lebih hati2. bukan asal boleh je kutip derma. dapat 100ribu nk bagi palestin, sampai kat sana tinggal 50ribu je

      Padam
    2. nk derma mmg ikut suka kita. tapi apa tujuan ko menderma? nak pahala? nak tolong orang? ke nak kayakan sipengutip derma?

      kalo ko xkisah kena tipu, itu hak ko sorng je.. hak org lain yg xsuka kena tipu, noob sama2 tolong amik tahu supaya org lain bukak mata.

      Padam
    3. 2.43 n 2.45... tq atas respon hang... peniaga sentiasa mengambil kesempatan. Peniaga masih perlu buat untung... beli sambil derma satu dr byk cara utk tingkatkn jualan... biznes is biznes.... yg tesekat teduduk tehimpit tetipu tepedaya itu adlh pembeli... hang mesti fikir duit hang.. hang yg control.. kalu rasa perlu derma..silakan... kalu rasa x... tu lu sendiri pikir....

      Padam
    4. xde mananya nak pikir duit sendiri semata2.. kita pikirkan sekali kesusahan org lain, yg mungkin ditipu oleh peniaga konon nak sekalikan dgn derma.. wtf.

      peniaga nk buat untung ada mcm2 cara.. nak tahu, belajar.. ada beribu cara.. bukan dgn cara menipu mcm tu.. apa daaa..

      Padam
    5. Nk menipu ada bebagai cara der... yg penting untung.. bagus la pikir kesusahan org lain juga....Pirahh habuqq

      Padam
  7. Ini namanya jual agama. Banyak lagi contoh:
    Jual Jus Tok Guru
    Jual air bacaan alQuran
    Jual air jampi halau hantu padahal air botol mineral jer dengan harga mahal gila RM40 sebotol
    Jual itu ini nak sedekah kat tahfiz/masjid
    Minta sedekah tepi bank konon nak buat masjid
    Pinjaman 'Islamik'
    dan lain-lain lagi yg campur agama utk lariskan jualan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. air anugerah la segala bagai...hishhh

      Padam
  8. anak jiran kena kanser... yez ini peluang aku utk berniaga t-shirt pagoda atas nama amal kebajikan utk membantu anak jiran aku tu... aku akan jual t-shirt pagoda dgn harga rm50.. rm10 drpd jualan akan disumbangkn kpd anak jiran aku, lg rm40 aku yg punya... yeay pakcik kayooooooo.. untung cara melayu berniaga mcm nih.. knp aku xsdr selama ni.. tq noob sbb sedarkan aku

    BalasPadam
  9. Kau bayar cukai pebagai..kak ros n d geng yang enjoy menjoykan...angaplah tu sedekah..

    BalasPadam
  10. Sy mmg dah lama boikot McD and Tesco.

    BalasPadam
    Balasan
    1. entry ni mana ada kaitan dgn mcd dan tesco

      Padam
    2. anon 640 ...ko baca je ke..tgk la gambar skali bodo tol.

      Padam
  11. Beli tisu 20sen, sedekah RM1.80. Apa masalahnya? Yg penting niat, itu Allah yg maha tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo ko nak derma RM1 je.. sbb ko mampu banyak tu.. dalam dompet cukup2 ada RM1.20.. tapi harga tisu tu RM2.. agak2 boleh beli tak tisu tu? sbb urgent nak pakai ni.. boleh tak Anylenymous?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.