Halaman

Rabu, 4 Februari 2015

Sayang penganut agama lain bukan kerana agamanya

Masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia sudah hidup aman, damai dan harmoni sejak sekian lama. Sikap toleransi orang-orang Melayu yang beragama Islam terhadap perayaan-perayaan agama lain di tanah bertuah ini tiada tolok bandingnya di dunia.

Sayugia diingatkan bahawa keharmonian yang dikecapi selama ini adalah kerana amalan hormat menghormati, bantu membantu, saling menerima kewujudan antara satu sama lain, berdasarkan hubungan persaudaraan sesama manusia, tanpa menyentuh soal agama.




Bagaimanapun terdapat fenomena aneh apabila kempen menyayangi penganut agama lain disasarkan kepada umat Islam, sedangkan realiti di seluruh dunia terang-terangan menunjukkan umat Islam yang menjadi mangsa kebencian agama lain seperti di Palestin, Myanmar, Perancis, Belanda, negara-negara Afrika dan lain-lain.

Kempen menyayangi penganut agama lain ini semakin aneh apabila dilakukan di Malaysia. Ini kerana sudah bertahun-tahun umat Islam di negara ini dicabar dengan pelbagai provokasi dan penghinaan terhadap kesucian agama mereka oleh kaum bukan Islam. Tiba-tiba, muncul kempen “World Interfaith Harmony Week” di sini, yang dianjurkan oleh gerakan sivil negara jiran yang sudah pun menjunjung kesamarataan agama, yang mengangkat “placard-placard” menyatakan kasih sayang pada penganut agama lain. Tidak dapat dipastikan sama ada placard yang menyatakan rasa sayang kepada penganut agama Islam wujud atau tidak.

Perbuatan mengangkat “placard” yang menyatakan rasa sayang kepada orang bukan Islam atas nama agamanya secara khusus, bukan atas nama kemanusiaan secara umum, adalah suatu tindakan yang boleh memberi implikasi berat dan serius terhadap akidah seseorang. Individu-individu muslim yang terlibat dinasihatkan agar merujuk kepada pihak berwajib yang arif tentang hukum hakam Islam, agar tindakan seumpama itu dapat dielakkan pada masa akan datang.

Terlalu banyak kempen dan aktiviti untuk menghakis jati diri umat Islam di negara ini, terutamanya orang-orang Melayu. Sebahagian besar kempen ini mendapat tajaan dari negara luar, diatur dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Sasaran mereka ialah membenihkan iktikad dan kepercayaan di kalangan umat Islam bahawa agama lain juga benar seperti agama Islam. Kempen-kempen ini berselindung di sebalik perkataan harmoni.

Kepercayaan orang Islam bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar ditohmah dan dituduh sebagai penyebab kepada ketegangan kaum dan suasana tidak harmoni. Tohmahan dan tuduhan tidak berasas ini berjaya mendorong sebahagian umat Islam untuk berasa bersalah dan bersikap apologetik atas sesuatu yang palsu dan tidak wujud, lalu mudah dipengaruhi untuk terlibat dalam kempen-kempen aneh yang boleh merosakkan akidah mereka.

Sesungguhnya perang persepsi yang mereka lancarkan ini hanya dapat didepani dan dikalahkan dengan tasawur Islam yang jelas dan jati diri generasi yang bermaruah dan berprinsip, yang tidak mudah ditipu oleh slogan murahan yang memukau.

Semoga Allah melindungi dan memberi taufik kepada umat ini.

MEMBANGUN UMAT BERAGENDA

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab Rahman
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia

Sumber Ismaweb.



1. Aku bukan Ustaz dan ilmu aku kalau nak dibandingkan dengan golongan ustaz amat jauh sekali.

2. Ramai meleis di Internet mengecam dan melemparkan kritikan negatif kepada gadis muslim yang memegang banner di atas.

Sumber
3. Apa yang meleis2 ni kena faham:
Islam = Agama
Muslim = Penganut agama Islam

Hindu = Agama
Hindus = Penganut agama Hindu
Perkataan "I love Hindus" yang tertera di banner tu bukan bermaksud dia kasih kepada agama Hindu, tapi kasih kepada penganut agama Hindu, yakni manusia tersebut, bukan agama itu sendiri, so tak timbul akidah terjejas, murtad dan sebagainya. Kita sayang kepada penganut agama lain sebagai seorang manusia, bukan sayangkan agama yang dianutinya.

4. Sebelum nak mengutuk, memaki dan menghukum tu belajar kasi habis la dulu, jika tidak buta2 dilabel dungu.

5. Namun benda ini takkan wujud kontroversi sangat kalau ada orang India atau Cina yang pegang banner tertulis "I'm a Hindus, I love Muslim" atau "I'm a Christians, I love Muslim". Aku pun tak tahu ada tak banner macam tu tapi tak dirakamkan dengan kamera. Kalau takde, bagi aku kempen “World Interfaith Harmony Week” di Batu Caves sempena Hari Thapusam baru2 ini gagal lah. Yalah takkan orang Islam sahaja kena kasihkan orang bukan Islam, tapi orang bukan Islam tak mahu kasihkan orang2 Islam? Double standard itu yang kita kena kikiskan.

6. Kempen “World Interfaith Harmony Week” ini dilabel dalam artikel di atas sebagai satu fenomena aneh. Oh ya, kalau siapa2 kata kempen “World Interfaith Harmony Week” adalah agenda musuh Islam dan orang kafir, ni aku nak bagitau korang satu rahsia:
“World Interfaith Harmony Week” diasaskan oleh pemimpin Islam iaitu King Abdullah dan Putera Ghazi bin Muhammad dari Jordan pada tahun 2010. Walaupun bini diorang masing2 tak pakai tudung macam Datin Rosmah dan juga kebanyakan isteri pemimpin Islam di negara kita, mereka tetap adalah orang Islam dan bukan musuh Islam. Tujuan kempen ini adalah untuk mempromosi dan menyemai keharmonian di kalangan manusia tanpa mengira agama dan kepercayaan mereka. 
Mana aku tau rahsia ni? Apa susah, Wiki dan Google kan ada.

7. So adalah sebuah pemikiran dan logik tahi apabila semua masalah yang berlaku kat Malaysia ni kita salahkan semuanya kepada musuh Islam, orang kafir, Kristian, Hindu, Yahudi, Cina dan lain2.

8. Orang2 agama, please do your research sebab kalau korang sendiri yang bagi kenyataan salah, imej agama Islam itu sendiri orang bukan Islam akan pandang serong sebab korang bawa title ustaz dan ustazah.




tags: agenda musuh di sebalik kempen fenomena aneh world interfaith harmony week thaipusam batu caves orang perempuan wanita muslim tudung pegang banner kain rentang i'm a muslim i love hindus young interfaith peacemaker community indonesia

21 ulasan:

  1. Aku setuju dengan point2 kau bro... Pelik bila meleis jadi senak terencat pasal gambar2 diatas... taknak pulak buat research... gigih pulak kata orang murtad... saja nak bagi komen klise, nawaitu tu penting :))

    BalasPadam
  2. terbaek noob.... entry research mcm ni yg aku suka baca sbb kedunguan2 meleis ni akhirnya terbongkar

    BalasPadam
  3. Kite ade kawan baik bangsa cina. Takkan tu jadi dosa kan haha. Kira kita sayang la pada kawan kita tu.
    kat kad dqlam kempen tu patut ade juge tulis yg bangsa atau penganut agama lain peduli dan sayang muslim.

    BalasPadam
  4. noob, tolong cek apsal minggu nih aku second top commentor nih? aku dah lama tak mengomen nih...hari tu facebook aku kena hack...

    BalasPadam
  5. Hindu = agama
    A Hindu = seorang penganut agama Hindu
    Hindus = ramai penganut agama Hindu

    Christian = agama
    A Christian = seorang penganut agama Christian
    Christians = ramai penganut agama Christian

    Islam = agama
    A Muslim = seorang penganut agama Islam
    Muslims = ramai penganut agama Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow ada cikgu english pulak kt sini..

      Padam
    2. dorang ni x tau bace english.. nampak je we love Christians, trus dia ingat kite love agama christian aku rase kalau letak love 'Christians people' atau 'Hindus people' atau Buddhis people' atau 'Muslim people', x la melenting sngt kot dorang ni.

      Padam
    3. Melei = Macai Dumno
      A Melei = Seorang macai Dumno
      Meleis = Ramai macai Dumno

      Padam
    4. Melei = Bukan saja macai dari UMNO, masih ramai melayu dari parti2 lain pun ada. Yg otaknya masih dibawah tempurung atau neanderthal lagi.
      Meleis = Umat Melayu Neanderthal (fikiran sempit), hardcore UMNO, hardcore PAS dan hardcore PKR.

      Padam
    5. Kalau diikut pemahaman puak2 meleis: I love PM =saya cintakan PM@sy gay dgn PM

      Padam
  6. ketuanan sudah butthurt.....

    BalasPadam
  7. X pahae bhs org puteh ler tu...

    BalasPadam
  8. Waa stuju bro!!!..blogwalking...Happy blogging...

    BalasPadam
  9. https://ms-my.facebook.com/dapurjalanankl
    Baik pegi sumbang kt Dapur Jalanan bagi orang susah makan.

    Sanggup berpanas pegi Kuil Hindu time Thaipusam nak pegang banner? Apa faedah org ramai dapat?

    Food Not Bombs.

    BalasPadam
    Balasan
    1. i beg to differ. mana ko tau diorg yg pergi kuil tu xbuat kerja2 amal & xmenyumbang apa2 kpd komuniti?? diorg ada cause yg diorg nk buat & aku xnmpk apa masalahnya dgn promote keharmonian antara penganut berbilang agama.. jgn ingt bila ko dh berbuat suatu kebaikan, ko boleh kondem org lain kenapa xtiru kebaikan yg ko buat? masing2 ada cara masing2

      Padam
    2. selama ni nonmuslim hidup tak harmoni ke?
      ataupun nonmuslim boleh kritik muslim atas nama keterbukaan tapi bila muslim kritik balik nonmuslim dituduh pecahbelah tak harmoni?

      Padam
    3. Terbaik la.Noob komen statement ustaz tu..... Ni yang aku suka baca blog ni. Semua level kena.

      Padam
    4. https://www.youtube.com/watch?v=DOHGTJoh498

      This Town Needs Guns - Animals (Full Album 2008)

      Padam
  10. http://cursingmalay.blogspot.com/2010/03/my-girlmy-girltell-me-where-did-you.html

    benda ni betul. x caya tanya mantot.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.