Halaman

Rabu, 18 Mac 2015

Kenali sub-spesies2 politicalfags di Malaysia

Dalam iklim politik negara kita, masyarakat kita boleh dibahagi2kan kepada beberapa sub-spesies tertentu. Sepertimana kita sudah kenali dahulu puak2 kecil dalam kaum Melayu dan juga sub-spesies2 anon, kali ini kita akan berkenalan pula dengan sub-spesies2 politicalfags di Malaysia.

Gambar hiasan

1. Macai parti

Bagi seorang yang anti kepada kerajaan, perkataan macai hanya boleh digunakan kepada macai UMNO dan BN sahaja. Namun hakikatnya macai itu boleh digunakan terhadap orang yang terlau taksub, fanatik dan obses kepada mana2 parti politik di Malaysia.

Ciri2 seorang macai parti adalah dia akan menyokong apa sahaja perbuatan dan kenyataan oleh pemimpin dan macai2 yang lain walau benda tu dah terang2 salah dan bodo, dan mereka akan sedaya upaya turut serta membuat perkara bodoh dan mengeluarkan hujah2 bodoh demi untuk mempertahankan kebodohan mereka.


2. Penyokong parti

Penyokong parti adalah sub-spesies yang paling normal dalam sesebuah parti politik. Mereka menyokong parti pilihan mereka, namun tidak secara membabi buta. Jika dasar dan keputusan yang dilaksanakan itu bagus, maka mereka akan menyokong, namun jika mereka merasakan sebaliknya, mereka akan kritik sama ada secara tertutup mahupun terbuka.

Jika ada kenyataan dan perbuatan2 bodoh yang dilakukan oleh pemimpin atau ahli parti yang lain, mereka tidak akan menyokong mahupun mempertahankan, paling tidak pun mereka akan berdiam diri dari mengambil sebarang bahagian dalam isu tersebut. Mereka akan cari isu lain dan korek kelemahan parti pihak lawan pula untuk menutup kelemahan parti sendiri.

Seperti macai parti, mereka adalah sub-spesies yang rajin dan sanggup turun berdemo demi kelangsungan dan kepentingan parti mereka.


3. Macai individu

Macai individu ini ciri2 dia lebih kurang sama dengan macai parti, yang membezakannya adalah dia lebih taksub, fanatik dan obses kepada seseorang individu lebih daripada partinya. Jika ada perkara yang dia rasakan salah dan tidak betul pada partinya, dia akan turut mengkritik, tapi tidak kepada idolanya. Mereka melihat idolanya hampir ke tahap maksum, sempurna serba serbi dan tidak pernah salah. Jika idoalnya dikritik, maka macai2 ini akan ke depan mempertahankan mereka berhabis2an.

Sub-spesies seperti ini meletakkan idola mereka atas daripada parti mereka. Jika idola mereka kritik parti sendiri, mereka akan turut berkokok mengkritik parti sendiri. Jika idola mereka letak jawatan parti, mereka akan turut sokong dan letak jawatan. Jika idola mereka lompat parti, mereka akan terus mengikut jejak langkah idola mereka.

Individu yang sering dijadikan idola macai2 ini tidak terhad kepada tokoh politik sahaja seperti Najib dan Rosmah, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim,  Haji Hadi, Lim Guan Eng dan sebagainya, malah termasuk juga tokoh2 agama seperti Datuk Kazim Elias, Dr. MAZA, Ustaz Fathul Bari, serta tokoh2 hiburan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Zizan Razak dan Ayda Jebat.


4. Penyokong individu

Sub-spesies Ini juga ciri2 dia lebih kurang sama dengan macai individu, cumanya mereka hanya kagum dan hormat kepada idola mereka tetapi tidak sampai peringkat taksub. Mereka ini sering memetik kata2 idola mereka, mendapat inspirasi daripada idola mereka, namun jika idola mereka mengeluarkan kenyataan dan berbuat sesuatu yang salah dan bodoh, mereka jarang mempertahan atau mengkritik, mereka hanya lebih selesa mendiamkan diri sahaja. Namun golongan ini tidak ramai, kerana mereka mudah terjebak ke zon macai.

Seperti macai individu juga, mereka adalah sub-spesies yang turut rajin dan sanggup turun berdemo demi kelangsungan dan kepentingan idola mereka.


5. Pemberontak anti-kerajaan tidak berparti

Mereka kuat memberontak, mereka lantang bersuara, tetapi mereka tidak berpaksi kepada mana2 parti. Mereka kebiasaannya anti-kerajaan tetapi bukan penyokong mana2 komponen parti pembangkang. Mereka menggunakan konsep ABU (Asal Bukan Umno) dan ABBN (Asal Bukan BN), oleh itu mereka dilihat sering bekerjasama dengan penyokong PR kerana bagi mereka, musuh kepada musuh mereka adalah kawan kami. Namun mereka tetap akan memberontak dan mengkritik kawan mereka jika ada perkara yang tidak sehaluan dan sependapat.


6. Reformis anarki

Reformis anarki ini hampir serupa dengan pemberontak anti-kerajaan tidak berparti, namun golongan ini lebih kelam kabut dan kucar kacir. Mereka anti kepada semua penguasa dan pemerintah, baik dari lapisan sistem demokrasi mahupun monarki. Mereka sukar menerima pandangan orang lain kerana bagi mereka, hanya mereka sahaja yang betul dan benar. Mereka mengutuk pemerintah, dalam masa yang sama mengutuk perjuangan pembangkang.

Mereka merasakan diri mereka sangat berani, namun apabila ditangkap, mereka akan lari dan terus menjadi keyboard warrior di luar negara. Agak sukar berhujah dan berdebat dengan sub-spesies ini dengan baik dan aman kerana kata2 carutan, hinaan dan makian sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan harian mereka. Nama lain bagi sub-spesies ini adalah tahi.

Kebanyakan sub-spesies daripada no. 1 hingga 6 selalunya merasakan diri mereka tidak pernah salah dan sentiasa betul, dan merasakan diri mereka lebih hebat daripada seteru politik mereka.


7. Agen pemecah-belah / Agen pembakar kebencian

Agen pemecah belah adalah mereka yang menyamar menjadi penyokong atau macai suatu parti politik semata2 untuk memberi imej buruk terhadap seseorang pemimpin dan parti. Seperti contoh, seseorang yang menyamar menjadi macai Najib menulis status mengampu tahap dewa yang sangat tak masuk akal dan bodohnya terlalu obvious namun disalahertikan oleh orang lain menyebabkan orang lain semakin menyampah dan benci dengan Najib. Begitu juga dengan penyamar macai Anwar, macai Rosmah, macai UMNO, macai PAS dan sebagainya.

Agen pemecah-belah ini kadangkala boleh dilihat sewaktu di demonstrasi2 anti-kerajaan, dan ia banyak di media sosial yang diupah sebagai cybertrooper. Orang BN memanggil agen2 ini dengan gelaran Red Bean Army. Namun agen pemecah-belah selalu merahsiakan identiti mereka, dan kadangkala sangat sukar untuk dikenalpasti, kerana sub-spesies macai yang sebenar pun terlalu ramai yang bodoh sampai susah nak bezakan sama ada dia agen pemecah-belah atau memang macai.


8. Double agent

Sub-spesies seperti ini wujud tapi bilangannya tak ramai. Sebelah sana dia sembur api, sebelah sini pun dia curah minyak. Gelaran2 lain bagi sup-spesies ini adalah batu api, kaki hasut, troller dan sebagainya. Dia sama ada mengambil upah daripada kedua2 pihak, atau hanya buat suka2 tanpa sebarang tujuan. Dia hanya suka melaga2kan orang lain, suka tengok orang bergaduh sesama sendiri dan suka mempermain2kan sub-spesies macai dan penyokong parti.


9. Atas pagar

Golongan atas pagar ini boleh kata hati mereka tak tetap nak sokong pihak yang mana satu. Hatinya 50-50, dan sokongannya boleh berubah dan condong ke mana2 arah berdasarkan pengaruh dan situasi, seperti contoh bapanya menyuruh sokong sini dia sokong sini, kalau awek dia suruh sokong sana dia sokong sana, atau mungkin tidak keluar mengundi pun kerana tidak berminat nak ambik tahu sangat pasal politik. Sub-spesies seperti ini biasanya sudah berada di peringkat comfort zone dalam kehidupan, asalkan kehidupan sekelilingnya tidak terjejas dan Malaysia masih aman sudah cukup baik baginya.


10. Lalang

Lalang ini boleh dikatakan neutral juga seperti atas pagar kerana tidak terlalu menyokong sebelah2 pihak, cuma mereka jenis mengikut2 dan tiada pendirian, kalau ada kepentingan di pihak sini, dia sokong sini, jika ada kepentingan di pihak sana, dia lompat pergi sokong sana. Oleh kerana lalang ini jenis tiada pendirian dan mudah dipengaruhi, seperti mana juga sub-spesies atas pagar, maka sub-subspesies2 ini boleh berubah menjadi macai parti jika dia terlalu lama berada dalam sesebuah kem politik.


11. Neutral 

Sub-spesies ini tidak menyokong secara taksub mana2 pihak ataupun berkecuali dari menyokong mana2 parti dan pemimpin politik. Golongan ini bebas memuji dan menyokong mana2 kebaikan yang dibawa oleh mana2 pihak, malah turut menegur, mengkritik dan tidak mendiamkan diri terhadap sebarang keburukan dan kelemahan yang ditunjuk dan dilakukan oleh mana2 pihak, walaupun sekadar tentera papan kekunci di Facebook. Mereka ini rajin mengkaji dan menyelidik sesuatu khabar dan isu sebelum mengeluarkan sebarang komen yang biasanya kurang beremosi dan lebih sopan.

Namun keberanian mereka kurang jika dibandingkan dengan macai parti, macai individu, penyokong parti, penyokong individu, pemberontak anti-kerajaan dan reformis anarki kerana mereka lebih gemar mengambil jalan selamat atau play safe. Pandangan mereka boleh diambil kira namun mereka tidak boleh menjadi pencetus kepada suatu perubahan politik.


12. K-popper

Golongan terakhir ini merupakan golongan terpenting yang menjadi aset bagi pemimpin dan ahli politik, kerana dengan wujudnya sub-spesies ini, maka sokongan kepada parti mereka pasti tidak akan hilang. Ini kerana kebanyakan sub-spesies ini adalah dungu dan jahil politik. Golongan ini mana fikir pasal GST, pasal salahlaku pemimpin, pasal kenaikan harga barang, pelaksanaan undang2 Islam dan lain2 isu lagi.

Bagi mereka, mana2 pihak yang boleh menawarkan kepada mereka hiburan K-Pop berterusan serta membawa masuk kumpulan K-Pop seperti Big Bang, Exo, CNBlue, Infinite, Shinee, Super Junior, MBlaq, 2PM, Beast dan TVXQ untuk membuat konsert di Malaysia, maka mereka akan mendapat sokongan daripada sub-spesies ini.

Contoh perbualan tipikal sub-spesies ini mengenai politik:
Mimie Kpopperz: Kau sokong parti mana, parti cap kunci ke cap ayam?
Ai Sha XD: Aku tak kisah sokong mana2, asalkan hari2 aku boleh layan K-Pop.
Mimie Kpopperz: Tapi kau tau tak, kalau kau sokong parti cap kunci, kalau diorang menang nanti, diorang akan ban K-Pop dari Malaysia?
Ai Sha Kpopperz: Anongsayo... Jiralhane... Byeongshina.... Gaesekiya. Sial lah parti cap kunci nak menyekat minat kita. OK aku akan sokong parti cap ayam dan pastikan mereka terus kekal memerintah.

Jika anda ada menemui sub-spesies2 baru dalam politicalfags Malaysia, sila kongsikan di ruangan komen.




tags:kenali kaum sub-spesies subspesies sub spesies iklim politik politikal politic politicalfags malaysia najib anwar rosmah lim guan eng bn umno pas pkr dap pr pakatan rakyat barisan nasional kpop kpooper macai penyokong idola parti reformis anarki anti-kerajaan pemerintah pembangkang

40 ulasan:

  1. Ada sejenis macai yang berpura-pura neutral penuh dengan tazkirah kopipes bila komen di page parti bertentangan, sebab takut kena hentam.

    BalasPadam
  2. Ala.. noob nak bajet neutral lettew.. tau dah noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN = Babi negara, so esok hari pasti Babi Negara~

      Padam
    2. tu dia komen mantop dari ex chegu sy chegu eedeeveedder. muah cikked chegu eedddebbaabderr !!!

      Padam
  3. no 7 dgn 8 tu sukanstar..
    no 11 tu buasirotak dgn amenoworld..

    BalasPadam
    Balasan
    1. btw, rajin gilak ko kaji lepastu kategori2kan sub2spesis ni noob..

      Padam
    2. takde kaji apa pun, apa terfikir dalam otak terus taip je huhu

      Padam
    3. mau tak nya noob nak pancing cari awek kpop nak wat bini haha2

      Padam
  4. The fuck is the last one? LOL. Aku Kpoppers gak, tapi tahulah juga pasal GST and how it will literally ruin my life, the stupidity of some leader yang ikut sangat kata BINI dan hutang negara yang dah mencapai puluhan billion. Kisah Anwar masuk penjara pun aku tahu sangat. Pasni kompom penyokong PR akan berdemo. Oh memanglah, kan ada 'Kita Lawan"? Oh, kisah Syiah dan IFC pon aku tahu gak.

    Ke ko jealous dengan Big Bang, Exo, CNBlue, Infinite, Shinee, Super Junior, MBlaq, 2PM, Beast dan TVXQ ? LOL, Kesiannya ko sebab ko ada inferiority complex yang amat tinggi.

    PS : Do you know yang Tun M pernah buat kenyataan yang kalau GST tak dimasuhkan, rakyat akan beralih kepada PR?

    PS/S : Politicalfags baru yang aku jumpa ialah 'Popularity-seeker'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay ada geng. Annyeonghaseyo. Op op op op oppa gangnam style

      Padam
    2. wthell
      lawak shiall komen.
      ni baru betul kpoperssss

      Padam
    3. Woop wop wop wowoop woppa gangbang syle. wop woopp wowop oppa jadah style ! wop wo wop muka plastik style. oppa opp abah kau !

      Padam
    4. tu dia komen mantop dari ex chegu sy chegu eedeeveedder. muah cikked chegu eedddebbaabderr !!!

      Padam
    5. ha ah lah.. nape kau cume cakap yang band laki je nub.. dan kenape watak dialog yang kau reka tu pompuan sume...

      Padam
    6. Bitch please... Saranhaeyo Gupta!!!

      Assalamualaikum kon baiiii...

      Konichiwa mofo...

      Daikhuu...

      Walbihkohniheee Jilbageti...

      Yaluuu...

      Baijan.. Apkaseheee...

      Winning 24 hours m8...

      Every kpoppers ever

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. Ayda Jebat ??? Muahh Cikedd (tagline)

    BalasPadam
  6. Shrek is love,Shrek is life18 Mac 2015 pada 8:12 PG

    skrg, most macai akan mengaku sebagai atas pagar, ttp tetap kritik sebelah pihak shj.diorang tanak org lain tahu yg diorang macai sebab tanak dicop bodo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai gay Shrek. Idup lagi lu rupenye. Wa ingat dah mampos haha...

      Padam
  7. En Edeved, lu mana munya hokkien 'a ? Hak gue tau 'esok' kalu 'miya chai', bukan 'ma cai'. Ala mutut ka? Soli 'a.

    BalasPadam
  8. Sy under kategori ape ek? Noob leh bagi komen selepas few years komen kat blog ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam afrika di bawah kategori unggas.
      Ntah, benda ni diri sendiri yang tahu dia duduk kat kategori mana.

      Padam
    2. Org selalu berkata...biar org lain nilai kita spy kita dpt review diri kita menjadi lebih baik...kan?

      Kalau sy kata sy ni neutral, ada yg x puas hati kata sy ni macai plak, kpoperz plak...

      Sory sory sory sory..nega nega nega maijo, nega nega nega paijo, paijo paijo barjo baby2 (Super Junior).

      Padam
  9. Kembalilah kepada Sistem Syura.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syura tu ape

      Padam
    2. ala penyanyi tu, pernah masuk Master Chef

      Padam
  10. kuat noob menganjing org

    BalasPadam
  11. Tahukah kalian?
    Abang ada dua orang kawan.
    Yang sorang ni, makan paginya di O'briens, makan tengah harinya di Tony Roma's, minum petangnya di Starbucks, makan malamnya di Victoria Station. Memandu kereta Honda Civic Type R (imported). Beg silangnya berjenama Country Hide. Kasutnya berjenama Prada. Pakaian harian paling murah Fredd Perry. Hari-hari dia merungut kerajaan tindas dia, kerajaan tidak adil, kerajaan korup, kerajaan itu ini. Sesiapa yang tidak bersetuju denganya terus digelar macai tanpa faham maksud sebenar macai tersebut. Status facebook hanya kata-kata kesat kepada kerajaan dengan keyword ditindas, hidup susah. Menurut kata-katanya hidupnya susah sekali kerana kezaliman kerajaan. Itulah ungkapan hariannya tanpa gagal.
    Yang sorang lagi. Makan paginya kadang-kadang nasi lemak Mak Bedah yang dibeli dekat hujung kampung atau kadang-kadang tak makan sarapan. Makan tengah harinya gerai Melayu dibawah pokok atau kadang kala bekal yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh isterinya. Sekali sekala makan sedap di restoran mamak berlauk ayam dengan kobis. Minum petang tiada, hisap rokok Gudang Garam dan makan malamnya di rumah hasil masakan insan tersayang. Sekali sekala makan malam di KFC atau McDonalds. Victoria Station? Jangan katakan apa rasanya, dimanapun beliau tidak tahu. Kehidupannya gembira. Tidak pernah merungut. Cukup sekadar ada segalanya untuk meneruskan kehidupan. Status facebook hanya bercerita tentang kegembiraan menjalani kehidupan. Bila bercerita mengenai kezaliman kerajaan dia hanya tersenyum.
    Katanya
    "Kalau takdir Allah untuk aku adalah begini maka aku akan terima kerana aku bersyukur dengan pemberiannya. Jika aku mahu lebih aku perlu kerja lebih, jika aku merungut sekalipun tiada apa yang akan berubah melainkan aku berubah untuk mengubahnya. Tapi aku ok disini dengan keadaan ini"
    Kesimpulannya kau orang fikir sendiri. Abang penat menaip.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambung lg.....ade org tu tiap tahun msti wjib nk gi jejalan obesea, korea je dh gi dkt 10 kali, jepun dh 'ripit' byk kali, ostrolia pn dh bnyk kali, china krabi nz europe sume,gi bknnye sbb urusan kje ke hapo tp sje abiskn duit di negara org gitu,kalo dh mmg kayo xde hutang pe xjadik hal la, tp, hutang study dgn mara x jgk abis2 bayo dh sekian lame, harge brg naik de jgk nk kecoh...haa, kelas gituh

      Padam
    2. abam sokernet yg bodoh... xsemua org kaya merungut mcm kwn abam yg loser tu.. dan xsemua juga org susah yg xmerungut mcm kwn abam yg bersyukur kt facebook.. ramai org miskin akaun fb pn dia xde bang... abam ni bodo la sbb generalize org... konon bg komen mcm tu nmpk cool la??

      Padam
    3. TN1:28ptg nie nk panas bontot dgn die tu nape? Die citer psl 2 org kawan die, bile mse plak die generalize org?? Bodoh tu simpan sikit dlm almari, buat bekal ank cucu ko haha2

      Padam
    4. macai sokernet butthurt pulak.. sesuai la dgn kategori no 3 kat atas

      Padam
    5. Reformis anarki tahi panas bontot dikesan pada 11:34ptg. Bravo.

      Padam
  12. Kalau tanya, ramai akan jawab neutral.
    Cekonon sokong mana yg benar.

    Aku kpopperz.
    Anneyong...Anneyong...

    BalasPadam
  13. Lagi satu spesis mata duitan@Brim semata2 keje malas....(orang yang rajin berkerja tapi dpt brim x masuk kategirni) tunggu kontrak @ projek alibaba@AP @Tapak pasar mlm...spesis ni biasa ngo yg cap ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yg tggu brim xkire rajin atau mls semuanye cap ayam termasuklah ko skali,sekian.

      Padam
  14. Gua kenal satu runner...AP...dia kata cth rege keta jepun recon yg debeli...paling mahal 18 k tapi bila sampai malaysia +kontena+custom+pemegang AP...maka rege yang dijual 120k ke atas.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. standard la hidup kat Mesia ni.. semua nak jadi lintah darat.. bisnes negeri atas angin.. kete aku kat jepun, 22k..masuk mesia, kene boh 210k.. huwaa.. nak beli sendiri tak reti.. inilah jadinya sama mcm makcik felda.. kene pow dgn lintah darat (siap ada brand islam lagik..haha..)

      Padam
  15. Politicalfags atau apa jua jenama/label, lahir dari sikap berpolitik dan berkempen secara negatif iaitu memburuk-burukkan pihak lawan dan mengapi-apikan kebencian. Berbeza dengan kempen positif iaitu dengan menarik orang untuk melihat kemampuan diri dan kejayaan diri dalam mentadbir urus.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.