Halaman

Sabtu, 7 Mac 2015

Remaja obses komik cenderung baca komik lucah

Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.

Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.


Perkara itu diakui seorang remaja berusia 14 tahun, Rizal (nama samaran) yang ketagih membaca komik berjudul popular dengan alih bahasa secara atas talian kerana mudah dilayari, selain mempunyai beberapa versi untuk golongan dewasa.

Walaupun sedar kecenderungannya terhadap komik lucah itu tidak baik, namun Rizal sukar meninggalkan tabiat tersebut.

“Dari kecil lagi saya suka baca komik kerana boleh mengurangkan kebosanan dan ada dialognya membuatkan kita ketawa sendirian. Sekarang dengan kemudahan internet di rumah, saya beralih membaca secara online (atas talian) dan tidak perlu lagi keluarkan belanja beli komik.

“Masa saya darjah lima ketika sedang melayari internet untuk mencari siri komik, secara tidak sengaja terpampang laman memaparkan siri komik popular, tetapi dialog berbeza dengan anime lucah,” katanya.

Rizal berkata, insiden tidak sengaja itu menarik perhatiannya untuk meneroka lebih banyak judul komik popular lucah seperti Naruto, Bleach, Dragon Ball, 3x3 Eyes, GTO dan sebagainya termasuk dialih ke bahasa Melayu.

Menurutnya, kepuasan berbuat demikian menyebabkan dia ketagih sehingga sering menghabiskan masa di hadapan komputer sepanjang malam di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Waktu siang, saya akan muat turun siri komik ini dan membacanya pada sebelah malam untuk mengelak disedari ahli keluarga lain.

“Abang saya sendiri banyak menyimpan koleksi komik lucah, tetapi dia tidak tahu saya selalu salin fail simpanan daripada komputernya. Tetapi saya tetap baca komik biasa kerana sudah minat, cuma membaca komik lucah secara online memberi satu kepuasan lain,” katanya.

Mudah diperoleh tanpa bayaran

Rakannya, Adnan, 16, berkata, alamat laman sesawang komik lucah seperti hentai juga jarang disekat dan tidak ‘berat’, maka mudah dilayari menggunakan aplikasi internet di telefon bimbit.

Katanya, pengendali laman tersebut menyediakan pelbagai koleksi komik dewasa tanpa bayaran dengan siri tertentu terutama komik dari Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Peminat sahaja akan tahu nilai kepuasan membaca komik walaupun secara atas talian.

“Pada usia kami, bahan lucah bukan lagi benda pelik kerana mudah diperoleh, selain mempunyai rakan ada tabiat sama,” katanya.

Adnan berkata, dia pernah kantoi dengan bapanya ketika sedang asyik membaca komik lucah kegemaran, One Piece dan G-taste menggunakan telefon bimbit di biliknya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan bapanya menarik balik pemberian telefon bimbit, namun dia tidak sama sekali mengurangkan tabiat negatif tersebut.

“Saya dipukul dengan tali pinggang walaupun beri alasan tidak sengaja terjumpa gambar kartun lucah itu, tetapi bapa tidak percaya.

“Komik di internet memang banyak, tapi lama-lama bosan juga. Akhirnya saya cuma layan tengok gambar kartun sahaja. Selain anime seks, dialog komik pun lucu dan boleh dijadikan bahan bualan dengan kawan-kawan ketika melepak,” katanya.

Sumber Sinar Harian.

* * * * * * * * * *

Ni berita lama bertarikh 4hb November 2012, masa tu blog Buasir Otak pun baru nak dekat setahun. Aku publish berita tu sebab aku baru terbaca berita tu baru2 ni. So dalam berita ni ada 3 orang, iaitu Rizal, Adnan, dan juga jurnalis yang menulis berita iaitu Ridzuan.

Rizal berkata - insiden tidak sengaja itu menarik perhatiannya untuk meneroka lebih banyak judul komik popular lucah seperti Naruto, Bleach, Dragon Ball, 3x3 Eyes, GTO dan sebagainya termasuk dialih ke bahasa Melayu.

Adnan pula berkata - dia pernah kantoi dengan bapanya ketika sedang asyik membaca komik lucah kegemaran, One Piece dan G-taste menggunakan telefon bimbit di biliknya.

Ridzuan pula menulis sahaja bulat2 apa yang dikatakan oleh Rizal dan Adnan. 

Kesimpulannya, Rizal dengan Adnan bukan peminat manga sebenar pun tapi cuma seorang yang pervert dan gila seks kerana manga yang berjudul One Piece, Naruto, Bleach, Dragon Ball dan GTO yang diorang baca hanyalah komik versi doujinshi hentai atau fan manga yang lucah.

Manakala Ridzuan pula seorang jurnalis/wartawan yang langsung tak tahu apa2 pasal manga atau komik Jepun, dan Rizal dan Adnan pula boleh jadi hanya watak rekaannya sahaja.

Aku faham niat penulis tu baik nak bagitahu masalah remaja zaman sekarang ada yang cenderung baca komik lucah, tapi sekurang2nya bagilah maklumat yang tepat. Ini bukan kali pertama jurnalis berita mainstream menulis sesuatu yang di luar pengetahuan mereka dan tidak buat homework sehingga menulis suatu berita atau artikel yang mempunyai maklumat dan informasi tidak tepat.

Aku yang bukan jurnalis pun lebih berhati2 dan buat banyak kajian dan homework kalau nak tulis entry kat blog, apatah lagi seorang jurnalis yang sah dan dibayar gaji, sepatutnya mereka lebih peka dan prihatin dengan ketepatan dan kesahihan maklumat yang ingin disampaikan.




tags: sinar harian berita news obses komik cenderung baca manga lucah hentai doujinshi fan

13 ulasan:

  1. Suruh jer Rizal dengan Adnan baca Buasir Otak The Komik. Dijamin halal... koh koh koh

    BalasPadam
  2. Mana satu maklumat yg salah ni noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manga2 yang disebut dalam berita tersebut seperti One Piece, Naruto, Dragon Ball, Bleach dan GTO bukan komik lucah.

      Padam
  3. Noob, komik one piece, dragon ball dan lain-lain ada versi hentai yang dilukis dan edit oleh otaku. Mungkin itu yang di maksudkan oleh wartawan. Walaupun begitu kita melihat bahawa hakikat sebenar komik komik jepun kebanyakan menghidangkan watak yang boleh merosakkan minda kanak-kanak sebagai contoh nico robin nami bulma nobita shin chan dan sebagainya. Sekadar info pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu org panggil doujinshi. Noob dah cakap tu -_-

      Padam
    2. Itu org panggil doujinshi. Noob dah cakap tu -_-

      Padam
    3. @anon 9:58
      mohon buat homework dengan baca dan fahamkan artikel sebelum komen.

      Padam
  4. Mereka rasa bertauliah & memandang blogger sebagai wartawan tak bergaji yang takde tauliah padahal kadang2 wartawan bergaji ni info depa pun kurang. Maybe jadi wartawan atas sekeping sijil je kot...

    BalasPadam
  5. ok ape kalu layan mangga versi hentai.. alang2 nak berfantasi bior sampai kote keras.

    BalasPadam
  6. RAHSIA UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT, KERAS, BESAR & PANJANG ADA DISINI:

    www.ProdukHubunganIntim.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Memang tak dapat sangkal ada manga lucah yg mudah diakses dr dlm internet.
    Tapi, apa jalan penyelesaian bg ibubapa utk halang anak dr baca bahan lucah tu?
    Haramkan manga utk anak? Block internet dr anak guna?

    Jawapannya satu je, penekanan ilmu agama dlm kehidupan seharian anak.
    Biar anak sendiri yg pilih sama ada nak buat dosa atau tidak.

    Serius aku cakap, byk ilmu dan pengajaran dan nilai2 murni yg tak diajar di sekolah aku dpat belajar dr baca komik sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju ngan ko..ajar anak-anak and guide dia supaya tak salah guna kebebasan yang diberi..

      betul, aku pun banyak belajar daripada komik...daripada tengok drama jiwang yang sia-sia..

      Padam
  8. bwahahaha.. apa punya artikel.. salah fact fufufufu
    manga doujinshi mostly hentai..

    that's why before baca kita kena check genre dia.. ahahaha XD

    yg lawak tu penulis tuh cakap One Piece manga lucah? bwahahaha
    Heeeyna sungguh cita faveret :'( sedih.. ahahaha..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.