Halaman

Selasa, 21 April 2015

Jual produk lain lebih murah itu bukan turun harga

Suatu hari di kedai komputer Tuan Sabri...

Leha: Abang, saya nak beli pen drive 32GB, berapa ya?
Sabri: Pen drive 32GB satu RM60.
Leha: Tak boleh turunkan harga lagi ke bang?
Sabri: Ooo boleh. Saya kasi separuh harga RM30.
Leha: Wah murahnya! Baguslah abang ni turunkan harga barang. Tapi... saya nak pen drive yang 32GB, kenapa abang bagi pen drive yang 16GB?
Sabri: La... tadi kata nak mintak turun harga?
Leha: Saya nak turun harga bang, bukan nak beli barang lain yang lebih murah.


Penurunan atau pengurangan harga barang, bermaksud harga suatu barang itu diturunkan harga. Kalau sebelum ini barang tersebut dijual dengan harga RM100, kita turunkan harga kepada RM90, itu maksud penurunan harga dengan membandingkan harga sebelum penurunan dengan harga selepas penurunan terhadap produk yang sama.

Kalau harga barang tersebut kekal RM100 tapi kau tawarkan produk, model, jenama atau pakej yang lain dengan harga yang lebih murah, itu bukan namanya penurunan harga, itu kau jual suatu benda yang lain dengan harga yang lebih murah!

So bila kau offer pakej Internet baru yang berkelajuan 1Mbps dengan had penggunaan kuota 1GB dengan harga RM38, manakala pakej sedia ada berkelajuan 1Mbs tanpa had penggunaan kuota  harganya masih kekal RM88, dan kau panggil itu pengurangan harga, sejujurnya itu bukan namanya pengurangan harga tapi bullshit. Itu kau hanya tawarkan pakej baru dengan harga yang lebih rendah!

Sumber gambar fanpage Friends of BN.

Samalah dulu masa diorang canang2 harga kereta telah turun, tapi diorang buat perbandingan dengan harga kereta Proton Saga FLX dengan Proton Saga SV. Itu bukan penurunan harga tapi menjual model kereta lain dengan harga yang lebih murah.


Aku tak tahu lah kenapa ramai betul orang kat Malaysia ni yang kelihatan begitu "bijak" dalam bermain dan memanipulasikan ayat dan fakta agar mereka dapat dilihat sebagai sangat prihatin dan menunaikan janji.




tags: pengurangan penurunan turun kurang harga barang bagi produk model jenama pakej lain lebih murah jalur lebar internet tm streamyx unifi shabery cheek kereta proton saga sv

7 ulasan:

  1. Pengguna kat Malaysia ni bodoh.

    Sering ditipu peniaga.

    Xbersatu menentang peniaga.

    Dan malas berusaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. peniaga? ni peniaga nak ikut paksaan kerajaan. sudahnya, dua-dua membongakkan rakyat/pengguna.

      Padam
  2. aku yakin kau tergolong dalam golongan yang agak pandai sedikit berbanding pengguna bodoh itu, agak-agak dah berapa billion reter kau dalam Malaysia tak termasuk akaun Pulau Cayman kau tu?

    BalasPadam
  3. satu lagi: harga psikologi, hahahaha

    BalasPadam
  4. Kesian kan.. Rakyat Malaysia sekarang di perbodohkan secara terang terangan dengan penawaran bodoh yang nak memperbodohkan. Kesian sangat bila mereka anggap rakyat Malaysia ni macam senang di perbodohkan. Geram la pulak aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diperbodohkan, bukannya di perbodohkan. Perbodohkan itu satu kata kerja, bukan kata nama, maka tidak perlu jarakkan perkataan di dan perbodohkan. Tolong beri perhatian kepada penggunaan tatabahasa yang betul ketika menulis, jangan asyik nak melekat-lekit aje 24 jam.

      Padam
  5. rakyat malaysia keseluruhannya perlu baca buku art of war versi bussiness.takdak lah nampak bingai sangat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.