Halaman

Rabu, 1 April 2015

Malaysia selepas Tun M VS Singapura selepas LKY

As Salam semua pembaca. Harap semua sihat2 hendaknya dan dilimpahkan rezeki. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku (supaya) mereka memahami perkataanku.

Kepada yang tidak mengenali saya, saya seorang gamer kental. Dari kecik sampai besar main games. Cuma banyak tak banyak, lama tak lama je. Ada sekali kawan2 universiti kata yang saya pernah bermain 24 jam non stop. Rasa macam tipu je... Tapi biarlah.

Dalam bermain game tu, saya berkenalan dengan ramai kawan2 dari serata dunia. Jadi tidak kurang ada kawan2 dari Singapura juga. Oleh sebab itu, baru2 ni dengan pemergian Lee Kuan Yew, ramailah kawan2 saya dari Singapura yang berkongsi posting berkenaan beliau di Facebook.

Tun M dan LKY

Saya tulis ni bukan untuk berbahas siapa lagi bagus. Sebab perbahasan itu semenjak saya lahir lagi sampai sekarang tak habis2. Sebab kalau nama bahas, maknanya masing2 tak nak kalah. Saya menulis ni untuk tunjuk perbandingan dan jika dapat memajukan tanah air tercinta kita, sila ambil iktibar dan ubahlah diri kita ini.

Saya tahu Tun M masih bersama kita, belum meninggal lagi. Tapi saya kata zaman kita post Tun M sebab saya tengok kalau Tun M dengan orang biasa komen benda sama, kemungkinan orang biasa itu yang akan dikenakan tindakan. Tun M dibiarkan begitu sahaja. Seolah-olah beliau tidak wujud lagi. Secara tidak langsung saya berpendapat bahawa kebanyakan pemimpin2 tidak lagi ingin menerima pendapat beliau. Cuma rakyat2 biasa sahaja yang masih mendengar pendapat beliau.


PERSAMAAN ANTARA KEDUA TOKOH

Kalau saya tengok apa yang kawan2 share dan posting serta pengalaman dan pandangan saya sendiri selama ini, keduanya amat cintakan tanah air mereka. Mereka mahu negara mereka maju. Dan sewaktu saya dilahirkan (sekitar 1980an), saya membesar dengan tanggapan bahawa negara Malaysia lebih hebat daripada jiran kita. Kenapa? Sebab waktu itu, pasukan bolasepak negara kita sama taraf dengan mereka. Tetapi kita ada kereta nasional. Kita ada jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Kita flora dan fauna. Kita ada Multimedia Super Corridor. Singapura ada apa waktu tu? Air pun harapkan kita.

Tapi hampir setiap masa saya akan diingatkan oleh kawan2 oleh cikgu2 bahawa kita ini dulu dijajah. Kita jangan lupa. Kita kena berusaha untuk memajukan negara. Dan nampaknya kita di landasan yang betul.


Punyalah kita diingatkan tentang pesanan Tun M ni, sampaikan waktu saya belajar di UiTM dulu, matapelajaran beliau pun ada!


MALAYSIA SELEPAS TUN MAHATHIR

Ok pendek cerita, lepas Tun M turun, Pak Lah naik, Pak Lah turun (saya rasa sebab ada unsur2 KJ lebih sudu dari kuah) dan sekarang Najib Razak naik. Itu pun nampak sangat ada unsur2 isteri beliau lebih sudu dari kuah. Sebab pendedahan beliau terlalu banyak. Zaman internet ni banyak bahan bukti boleh kita ambil dan digunapakai.

Tetapi kita cerita tentang era selepas Tun M ni. Di waktu pemimpin2 sekarang sudah tidak endah lagi kata2 beliau. Rakyat Singapura sampai LKY nazak pun masih ikut pandangan beliau (mengikut pemahaman saya)

Pendek cerita lagi, sekarang ni Singapura maju serba serbi (kecuali sukan sebab mereka tak fokus kepada sukan). Malaysia pula, Ke belakang pula.

Internet kalau tengok tarikh, macam kita awal beberapa tahun daripada Singapura. Sekarang ni mereka pula yang maju. (Sumber 1, Sumber 2)

Pendidikan? Universiti Singapura tu NUS tu antara terbaik di dunia. Kita? Tepuk dada tanya selera. Bukan saya nak kondem universiti sendiri yang berjasa membekalkan saya dengan ilmu dan pengalaman serta kawan2 yang dapat membantu, tapi saya cakap ni bermaksud saya ingin melihat universiti kita pun maju macam tu jugak. Lepas tu kalau kena analisa universiti kita di tangga yang tak hebat, dituduh itu analisa tak betul tu. Ataupun disuruh melihat pada analisa universiti di Asia sahaja...

Pendek kata, kita nampaknya mundur ke belakang...


SINGAPURA SELEPAS LEE KUAN YEW

Ramai yang berkata macam2 tentang beliau. Macam saya kata, saya di sini bukan untuk berdebat tapi nak tunjuk persamaan kedua tokoh tetapi apa impaknya bila kata2 mereka didengar pendapat.

Setelah baca berbagai artikel, akhir sekali saya terbaca yang ini. Artikel ini mengatakan rata2 rakyat Singapura walaupun tidak suka cara LKY memerintah, tetapi pada akhir sekali dianggap berjaya. Ada yang berkata Singapura tidak demokratik. "Jika kebebasan politik yang diagungkan di Barat bermaksud anarki, jenayah, kemjatuhan infrastruktur awam dan kemiskinan, kami tidak mahukannya" Kata seorang menteri Singapura, Calvin Cheng.

Dan seorang lagi penulis Business Times, Joyce Hooi berkata "antara kejayaan awal Singapura ialah rakyat mereka mempunyai golongan pertengahan yang meminta perubahan, dan Kerajaan mempunyai sumber untuk membekalkan perubahan tersebut." Ramai rakyat Singapura setuju.

Kata kunci : Minta perubahan. Kata pembuka kunci : Kerajaan MAMPU MEMBEKALKANNYA

Bukannya bila minta berubah sikit, terus disuruh keluar negara. Bila ada perbezaan pendapat, disuruh LISTEN LISTEN LISTEN. Bila ada masalah, diminta bersyukur dan diam2 sahaja. Syukur tu sentiasa ada. Saya pernah tanya pendapat pembaca, kalau kita minta sesuatu daripada Tuhan, adakah bermaksud kita ini TIDAK bersyukur? Dah dapat macam2 nak mintak lagi. Ada seorang membalas:

Semoga hari ni lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ni

Jadi akhir kata saya ingin mengajak pembaca sekalian, kejarlah keadaan yang lebih baik asalkan tidak langgar hukum hakam undang2. Jangan lupa niat pemimpin2 yang lepas2. Kalau yang taraf pemimpin tu terbaca nukilan ni, harap diambil iktibar. Pemimpin dipilih untuk membela nasib rakyat SERTA memajukan negara secara total. Bukan main selektif2. Lepas tu terkejut kenapa kita tidak hebat di mata dunia. Kenapa kita ke belakang. Kalau dah niat tak nak tolong semua, macam mana boleh berjaya. Nawaitu tu penting.

As Salam.

13 ulasan:

  1. Life sucks at Singapore.

    BalasPadam
  2. Massive Respect to all Singaporean. Betul ke rumors Singapore nak masuk semula Malaysia? DAP akan menang pilihanraya akan datang? Najeb nk kahwin satu lagi? hurmm

    BalasPadam
  3. Rasa najib kena kawin satu lagi..baru kuah ditampung dua sudu...baru haru biru....

    BalasPadam
  4. Orang melayu bukan jenis bangsa boleh ditolong. Baik PAS mahupun UMNO sekalipun melayu DAP lagi2 PKR. Perkara permasalahan melayu adalah sama sejak 1000 tahun dulu..Pun begitu masih tak selesai2. Jika orang barat belajar matematika, sudahpun sampai khatam berjuta kali pasal kalkulus 3, melayu ni tak selesai lagi bab 1 matematik moden. Kahkahkah.. soalan yg sama, dalam 1200 juta umat kepulauan melayu sejak tahun 1100 S.M., sekor pun tak mampu bangun selesaikan soalan2 matematika mudah chapter 1.

    Sifat asas sebagai asas pembangunan melayu adalah TOLOL. Melayu adalah spesis ciptaan tuhan yg tolol dan tiada kuasa atas mukabumi mahupun alam semesta ini dapat membantu tanah melayu.

    Sel2 otak kanan melayu tak mampu berhubung lagi. Buatlah apa saja pun, sikap nak bergaduh adalah asas pembangunan melayu. Jangankan ilmu2 saintifik tidak mampu dikuasai, ilmu2 basic tajwid pun berterabur macam celaka. Apalagi yg boleh kita harap dengan pembangunan negara, pembangunan bangsa melayu pun jauh api dari panggang.

    Betullah pesan pensyarah aku dulu, memang mereka suka menjajah. Menjajah Tanah Melayu adalah paling kacang sekali. Pertama, struktur kemasyarakatan Tanah Melayu mmg berpecah belah beratus2 tahun dah. Siap boleh barter trade lagi dengan Belanda. Mmg struktur asas Tanah Melayu dah macam haram dah beratus2 tahun dulu. Banyak buku2 sejarah melayu tulisan barat seboleh2nya mahu dibakar dan disorok dari anak cucu baca.

    Skrg Bangla Paki Nepal Burma dan Vietnam dah berjuta lepak buat kampung disini. Bagi masa 20 tahun lagi, melayu akan dikais rebah. Datang mula berniaga kain..lama2 dah boleh buka reatoren dan kilang.

    Apa boleh diharap dgn melayu..Apatah lagi Dr Mahathir.yg sudah tua. Anak2 muda semua macam tahi. Bangunan tinggi2 berjuta tak mampu beli lagi. Sudah jadi pemilikan asing.

    Jagalah perut masing2. Tak perlu sebok tolong melayu biol.

    BalasPadam
  5. Punca Malaysia kebelakang adalah lemahnya wakil rakyat pembangkang....kebanyakannya macam haprak.....sampah sarap menyemak di parlimen....makan gaji buta!! Kalau dah barisan pembangkang pun lemah pondan dan goyang, mcm mana nak buat check & balance??? Heck! -akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  6. Saudara- setakat baca posting dan pendapat kawan2. Tak mengambrkan yg sebenar. Saya rakyat malaysia yg bekerja di singapura lebih dari 5tahun. . Keadaan amat belainan .bila kita lepak2 dikantin dgn rakan sekerja tenpatan. Macm2 pendedahan dan luahan hati mereka. Seolah2 mereka di paksa untk maju. Hidup mereka diatur dgn satu standard yang akhirnya mereka terpaksa bekerja pada hari minggu untuk menampung standard tersebut. Rutin mereka- pg breakfast - naik mrt - masuk keje-naik mrt -balik. . Mereka bekerja hingga 12jam untk hidup. Dan kadar kelahiran amat rendah kerana mereka komitmen kerja. Dan mereka amat takut x dapat menampung kos anak . Yang cntik luar belum tentu cntik dalam. Mereka selalu ckp kat aku -lu orang malaysia gaji kecik pun ada kereta kita mana mampu byr kos parking .coe, .jadi besyukurla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. don't worry, kimak babi negara akan jadikan malaysia ni mcm singapura sikit masa lagi... selagi kimak2 penjilat babi negara ada memang x habis2 la bergaduh...

      Padam
    2. oooo pasai tu kah arun ajis , mnasir semua dtg Msia???

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. lama giler dah tak lepak sini.. masuk2 cite pasal sejarah. alamak, payahnye nak hadam

    BalasPadam
  9. Kalau anda kenal few singaporean yg bekerja biasa (bukan tauke atau bos besar), hidup mereka kat sana sangat SUCKS....mereka leh bangga spt mana yg kita dengar, tp mereka sgt sengsara dgn kos sara hidup yg sangat tinggi. Even gaji mereka yg nmpk besar pun still mereka rasa lifestyle dan kos hidup di sana x berbaloi. Senang cite, org yg kaya taikun je yg mampu beli rumah bawah & even kereta harga murah sbb xde tax mcm malaysia, tp nak dpt lesen memilik kereta pun mcm sama harga dgn harga kereta itu sendiri...so x mampu beli kereta mcm org malaysia sendiri.

    Kalau anda buat homework, Singapore maju sbb mereka byk mengenakan tax kat semua benda, n tax mereka jauh lagi besar dr negara kita. Singapore start lebih maju dr malaysia bila mula start GST pada tahun 1992, n rakyat masa 2 pun x puas hati dgn kewujudan GST. Skrg mereka x terasa GST sgt sbb gaji dah besar....tp mereka still rasa xde life hidup di sebuah pulau yg xde pape...hanya Johor tempat mereka rasa mcm org kaya sbb brg sana lebih murah.

    Harga minyak kita tiada subsidi n diapungkan menjadi RM1.95 utk RON95...tp di singapore, even RON95 pun dijual dgn harga RM5.50 seliter tanpa subsidi atau apa jua bantuan sekalipun. Kalau anda perasan, even petrol pun gov kenakan tax yg sgt tinggi utk setiap liter sbb semua benda ada tax di Singapore. Belum cite pasal mereka terkenal sebagai Bandar Saman, salah sikit saman.

    Kalau anda diberi peluang gaji skrg RM4k pindah ke sana menjadi S$4k sekalipun..anda akan rasa hidup di sana sgt sukar....even mereka bagus dlm kemajuan, tp rakyat still sengsara dgn pentakbiran sedia ada. Kat sana dah totally meritrokasi, so x de jaminan org melayu ada keistimewaan and kesucian agama islam terbela.

    Bg sy, kalau nak compare, compare secara total...xleh nak compare sikit dgn Singapore, dgn UAE, dgn Finland..in other words Malaysia semua perfect serba serbi. Tp sy akui perkara yg paling sy x puas hati ialah isu ketirisan duit rakyat yg senang bocor sana sini. Ada audit report pun serupa tiada makna sbb tiada tindakan drastik sbb nak jaga kepentingan peribadi utk survival politik.

    BalasPadam
  10. Idea Tun M dalam membangunkan negara sangat dihargai..
    Bukan senang nak mentadbir negara tapi beliau berjaya.
    Tapi sekarang.. eemm..

    BalasPadam
  11. Tun M patut senyap bg peluang pm bekerja...aku tk rasa najib tujuan jd pm nk menjahanamkan negara...ikutkan tun m pun ada byk duit tiris...perwaja, mas smpai skrg tk pernah untung, pkfz...sekadar menyebut...cuma bibik rosmah kena kasi senyap tk pun ceraikan sj....aku yakin bn akan menang besar kalau rosma diceraikan...hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.