Halaman

Sabtu, 18 April 2015

Melayu adalah bangsa yang perlu selalu diingatkan

Orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang penuh dengan adat ketimuran, lemah lembut, beradab sopan santun, berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Ya, ia memang tidak salah, namun kebiasannya hanya di atas kertas. Namun secara praktikalnya, jika dilihat pada realiti dan situasi pada hari ini, ia agak jauh berbeza. Malah sifat2 baik dan nilai2 murni tersebut itu dilihat lebih sesuai dipadankan dengan bangsa Jepun secara amnya. Kita lihat sebuah perbandingan yang mudah, situasi di sebuah eskalator atau tangga bergerak.

Di Jepun, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk beratur setiap kali menaiki eskalator dan berdiri dalam satu barisan sahaja di sebelah kiri mereka bagi yang tidak mahu berjalan. Tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada orang yang mahu cepat berjalan di sebelah kanan mereka.

Sumber gambar

Berbeza dengan di Malaysia, nilai2 murni seperti di Jepun ini langsung tidak menjadi amalan, budaya dan kebiasaan di Malaysia. Orang Malaysia menggunakan eskalator penuh habis ruang, asal boleh naik sudah. Kalau nak cepat, guna tangga atau tunggu sahaja di belakang orang. Malah tak cukup dengan tu, ada yang angkut sekali troli atau baby stroller naik/turun eskalator walaupun tidak dibenarkan.

Sumber gambar
Oleh kerana amalan berdiri di sebelah kiri eskalator untuk beri laluan kepada orang lain bukan menjadi amalan masyarakat kita, maka papan tanda dipasang untuk mengingatkan kita agar menjadikan ia sebagai budaya kita juga.

Sumber gambar

Mungkin ada yang terbaca papan tanda tersebut mahu ikut peringatan tersebut, namun ramai juga yang tidak mengendahkannya dan berbuat seperti kebiasaan kita semula. Malah berapa banyak papan tanda yang diletakkan pun masih ramai yang buat tak kisah dan tidak akan mematuhinya. Berbeza dengan Jepun, tanpa papan2 tanda yang banyak pun, mereka dengan sendiri akan melakukan perkara2 tersebut kerana ia sudah pun sebati dan menjadi amalan mereka.


Kenapa aku tekankan bangsa Melayu walaupun yang naik eskalator bersepah ini bukan sahaja orang Melayu tapi semua kaum di Malaysia? Kerana banyak nilai2 murni yang sepatutnya menjadi lambang dan simbol orang Melayu sudah seolah2 dilupakan oleh orang Melayu sendiri.

Amalan menggunakan eskalator ini hanyalah salah satu contoh yang nampak kecil dan remeh tapi tidak bagi bangsa Jepun di sebuah negara yang maju jauh kehadapan, malah amalan yang kecil itu pun sudah tidak menggambarkan yang orang Malaysia penuh dengan ciri2 sopan santun dan berbudi pekerti. Kita gagal memupuk nilai2 murni seperti budaya orang Jepun kerana ia bukan amalan kebiasaan kita.

Oleh itu, bagi memupuk dan mengharapkan agar nilai2 murni ini menjadi amalan kita, sedangkan tanpa sebarang peringatan pun kita takkan buat, maka terpaksalah kita perlu selalu dan sentiasa diingatkan dari masa ke semasa, seperti contoh:
  • Letakkan semula troli pasaraya di tempat yang disediakan setelah selesai menggunakannya.
  • Kemas meja sendiri setelah selesai makan di restoran fast food.
  • Tidak merokok di tempat2 awam.
  • Jangan parking di tempat letak kereta khas OKU.
  • Tidak duduk di kerusi khas untuk warga tua, wanita dan OKU di pengangkutan awam.
  • Buang sampah di tempat yang disediakan.
  • Tutup semula tong sampah setelah buka.
  • Bagi orang keluar dulu sebelum masuk lif.
  • Berhenti setiap kali tiba di persimpangan jalanraya.

Sebab tu Tun Mahathir sendiri pernah cakap, Melayu mudah lupa. Sebenarnya bukan sahaja lupa, malah tak ada apa benda yang nak dilupakan pun sebab nilai2 murni yang asas ini langsung tidak menjadi amalan dalam masyarakat kita pun, termasuk yang paling asas sekali iaitu menepati janji dan masa. Memang bukan menjadi amalan Melayu untuk menepati janji dan masa, sebab itu muncul terma "Janji Melayu" yang sangat negatif itu.

Di Jepun, ketepatan masa amat penting. Keretapi yang lewat beberapa minit pun, petugas mereka akan meminta maaf kepada penumpang dan memberikan mereka "Delay Certificate" atau "Sijil Perakuan Lewat" untuk mereka bagi kepada majikan mereka. Sampai ke tahap itu sekali kepentingan masa bagi mereka.


Manakala kita pula apabila sudah lewat dan ditanya kat mana, jika jawab "On the way" tu biasanya masih tak bertolak lagi lah tu. Janji pukul 10 pagi, pukul 10.30 pagi baru muncul. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang, pukul 3 petang nanti barulah bermula sebab ahli mesyuarat terhegeh2 masuk lambat. Janji nak siapkan esok, lusa masih tak siap, pastu diam2 je minta maaf pun takde. Parti politik bila menang janji nak buat macam2, bila dah menang buat2 macam tak pernah berjanji pun.

Sebab itu kita suka atau tidak, kita terpaksa selalu mengingatkan sesama kita antara satu sama lain. Papan tanda peringatan perlu diletak di mana2 biarlah peringatan tu nampak macam remeh dan bodoh yang sepatutnya tak perlu diingatkan pun, sebab walau remeh dan bodoh mana pun peringatan tu, pasti akan ada orang yang lagi bodoh yang takkan ikut pun peringatan tu.

Suami perlu selalu diingatkan oleh isteri, isteri perlu selalu diingatkan oleh suami, anak2 perlu selalu diingatkan oleh ibu bapa, pelajar perlu selalu diingatkan oleh cikgu dan pensyarah, anak buah perlu selalu diingatkan oleh bos, bos perlu selalu diingatkan oleh anak buah, kawan2 perlu selalu diingatkan oleh kawan2 yang lain.

Dan seperti mana rakyat selalu diingatkan oleh pemerintah mengenai pelbagai hal, pemerintah juga perlu selalu diingatkan oleh rakyat agar tidak berbuat sesuka hati dan tidak memungkiri janji2 yang dibuat ketika pilihanraya.




tags: orang melayu bangsa kaum perlu selalu diingatkan sering janji melayu tetapi masa jepun keretapi minta maaf lambat penumpang delay certificate escalator eskalator tangga bergerak nilai murni sikap adab kebiasaan amalan

17 ulasan:

  1. Pernah terbaca artikel dari noob. Pendidikan moral & disiplin di titik berat oleh jepang sejak dari zaman sekolah lg ..

    Negara kita nk perfect mcm jepang sgt mustahil ... Sbb pengaruh byk ..

    BalasPadam
  2. nak cakap pasal budaya ni dari dulu memang tak pernah habis.dia kena ada sesuatu yang terjadi yg boleh hasilkan impak yg besar smpai berkurun.tapi yelah,melayu mudah lupa.

    BalasPadam
  3. dulu jepun terkenal dengan kekejaman mungkin depa belajar dari sejarah menjadikan mereka bangsa paling sopan & berhemah sekarang. Jepun dari dulu bangsa yang rajin & berdisiplin.. di pratikkan sampai sekarang. kita... ?? mungkin masih dengan bebalnya dari dulu hingga sekarang. kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Komen fake plain di atas ini bakal dialihkan keluar oleh pentadbir blog

      Padam
  4. Kita x cukup pengalaman lagi utk belajar jadi elok.kita dengan ilmu yg sikit..dah rse gah. Melayu keturunn hebat la..keturunn israel la..israel tkut melayu bangkit sbb melayu boleh kalahkan israel la. Ntah ape2 tahap perasan. Tu blum lagi org keturunn melayu berjaya kat negara luar.dok bangga padahal dia xde kaitan dengan malaysia pun.

    BalasPadam
  5. Mcm mna nk lahir generasi yg bersopan. Org tua pun biadab. & anak2 akan follow apa yg org tua dia buat ..

    Xpyh la nk ssh2 letak troli .. Kan ada pekerja bahagian kutip trolli..
    Xpyh nk susah2 la kemas meja mkn. Diorg ada pekerja yg bleh setelkan. Biar dia buat keja diorg .. Ada gaji kan ..

    See?

    BalasPadam
  6. Yg bab eskelator tu kadang2 org Malaysia ni kat tempat asal diorang xde pun org kisah kalau duk belah kanan, sebab tmpat diorang eskelator ada kat mall je n dah jd kebiasaan org buat camtu. Papan tanda pun xde.

    Biasanya kat kl je ada papan tanda soh duk belah kiri tu sebab ada lrt. So, bila diorang dtg kl diorang selamba je la duk belah kanan. Bila ada yg buat, yg lain pun ikut la...

    BalasPadam
  7. Noob lupa, ada lg.. org malaysia bkn reti naik bas beratur.. bnda mcm ni pn nk bgtau..patutnya ada satu sistem unt didik mrk.. mrk perlu 'diingat'.biarpun dorang dikalangan mahasiswa. Kdg2 fikir org kampung lebih baik disikapnya.

    BalasPadam
  8. "You suka benauu mengata negara yg you duduk & jiran serta sedara mara you. Tak bersyukur langsung M'sia ni masih aman. Disebabkan nila setitik, habis satu belanga you salahkan. Kalau Jepun tu bagus sangat, sila pindah ke sana!" - Wakil Rakyat Daerah Pasir Dua Butir, 2015

    BalasPadam
  9. Taik ko lh noob, masalahnya skrng ni kenapa pelakon porno jpn tk cukur bulu? Muka bleh tahan tpi hutan tk pnh tebas, llaki plk zakar kecil, ����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen di atas juga nampaknya berkemungkinan untuk dialihkan keluar oleh pentadbir blog disebabkan oleh kebodohan yang melampau

      Padam
  10. bla..bla..bla..bla..haktuih!!..blah..blah..bla.. KEDEPAN!!!

    BalasPadam
  11. Masyarakat sebagai komuniti, semua ni hanya boleh berubah jika individu dlm komuniti tu sendiri mainkan peranan.
    Kita selalu anggap 'alaa, orang lain tak buat kenapa kita perlu buat?'
    Kalau diri sendiri fikir macam tu, maka orang lain pun fikir macam tu juga, so akibatnya semua tak buat.

    Kita ubah diri sebagi individu dulu. Tolak dulu segala label kaum melayu atau negara timur yg langsung tak membantu tu.
    Ubah sebagai individu, barulah komuniti berubah dan masyarakat turut berubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, jgn pikir pasal org lain... kita didik diri kita sendiri utk berubah.... supaya kita menjadi contoh pada generasi akan datang...

      Padam
  12. sikap dan peribadi masyarakat sebuah negara melambang sikap dan peribadi pemimpin masyarakat negara tersebut...lol

    BalasPadam
  13. amalkan budaya jepun yg saling menyayangi.bukan saling membenci

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.