Halaman

Rabu, 29 April 2015

Orang Melayu kita memang Cepat Sentap

Semenjak dua menjak ni saya banyak membaca blog OutSyed The Box untuk mengikuti perkembangan 1MDB. Semalam entry beliau amat menarik perhatian saya sebab melibatkan agama Islam serta kaum Melayu vs kaum Antarabangsa. Dan yang terjadi, penceramah kita sentap dengan penjelasan daripada salah seorang peserta yang hadir.


Cerita dia begini. Beliau selalu ke Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia (http://www.iais.org.my/e/) sebab di situ banyak ceramah2 agama daripada penceramah antarabangsa. Islam ni kan sedunia? Bukan di dalam Malaysia je. Saya pun suka mendengar ceramah dari pendakwah2 antarabangsa sekali sekala. Sebab mereka bukan dari negara Islam. Jadi cabaran dan pandangan tu lain. Kadang2 orang2 kita ni suka shiok sendiri. Tu yang jadi pseudoscience tu.

Dipendekkan cerita, ada sehari ni tiba2 institut tersebut menjemput penceramah lokal. Tukang ceramahnya seorang yang berpangkat "Profesor Emeritus". Kira bijak pandai lah ni. Beliau menerangkan tentang hukum hudud dan menyentuh hukum hudud dalam kemalangan kenderaan. Beliau berkata kalau pakai hukum hudud, keluarga si mati akan dibayar pampasan. Dan buat masa sekarang tiada lagi pampasan sebegini katanya.

Tiba2 seorang peserta bangun dan memberi pandangan bahawa ada pampasan zaman sekarang melalui insurans. Yang kita dok bayar tiap2 tahun tu, itu la gunanya. Ingat suka2 ke? Siap kena GST lagi woi. Peserta tersebut seorang peguam dan berkata beliau sendiri mengendali kes2 seperti itu banyak kali dah.

Lepas tu apa jadi? Sentap. Penceramah tu jerit2 kata peserta dan kawan2 peserta tidak hormat ulama.

Lebih kurang begitulah. Orang kita memang cepat sentap. Bab perkauman, bab agama, bab politik, bab hiburan, bab viral. Semua cepat sentap. Tak ada nak bincang kaji elok2. Contoh2 perkara yang buat orang sentap:
  1. Kalau cerita pasal poligami, laju je perempuan2 sentap
  2. Kalau cerita pasal orang Kristian ada agenda, laju je orang Islam sentap
  3. Kalau cerita pasal ada babi dalam produk, laju je pengguna produk sentap
  4. Kalau cerita pasal salah laku dalam politik, laju je penyokong parti sentap
  5. Kalau cerita pasal kesalahan ustaz, laju je pengikut ustaz tu sentap

Nak cerita banyak sangat kot contoh. Yang saya kelakar orang2 yang sentap ni adalah orang2 sama yang selalu berpesan "kita kena rileks jangan stress". Ok bersangka baik mungkin itu dia berpesan kepada diri sendiri. Mungkin itu ujian jugak kot.


Mungkin ini semua hasil didikan orang kita juga. Kebanyakan ibu bapa kalau marah anak, akan tengking dan suruh anak dengar cakap dan jangan melawan. Tak salah. Sebab nak elak anak buat benda tak betul. Yang masalah bila anak tanya kenapa? Apa salah dia? Tidak dibawa berbincang elok2. Dimarah lagi ada le. Dan membawa ke sekolah, cikgu2 pun sama. Masuk kerja jumpa bos yang perangai sama, lagi la. Akhirnya secara tak sedar, kita cepat sentap.

Oleh itu saya mengambil peluang di sini, kepada pembaca2 kalau perasan anda ni jenis cepat sentap, cermin balik diri anda. Dan cuba ubah sikap sentap itu. Kalau ada anak2 atau keluarga, mula dari situ. Bincang elok2. Kalau ada bos jenis tu, jangan jadi yes man. Kalau bos marah, cakap elok2 kat bos. Saya dulu pernah bos saya marah2 sangat bila kerja tak berkualiti, saya terangkan yang saya buat mengikut sepsifikasi dan bajet yang dia sendiri bagi. Nak murah nak cepat nak kualiti. Sampai saya kata kalau macam ni, cari orang lain lah buat sebab saya tak mampu. Terus dia terima kerja saya dan pujuk saya.

Kuasa di tangan anda untuk mengubahnya. Ingat. Jangan sentap2 ok?


21 ulasan:

  1. saya manusia biasa yang ada ketika sentap jugak & ada ketika boleh rilex jer.. bergantung kepada isu,topik,mood & keadaan..

    BalasPadam
  2. Aku rasa tajuk ni terlalu advance untuk rakyat Malaysia. Kita blom bersedia dengan tersentak begini. Dekat ofis saya, rata2 bos graduate luar negeri pun, masih belum mampu bertindak professional. Mana mungkin kita boleh keluar dari kepompong ini?

    Lagi satu, lihatlah sendiri komen2 sesama saudara dalam BO sendiri.

    Kita memerlukan 800 ribu juta tahun cahaya lagi untuk berubah. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong ini kerana tidak ada sesiapa atas mukabumi Mesia ini mahu berubah. Kitaran hisup kita yg membuatkan kita langsung tak bersedia untuk berubah.

    Nak suruh bersolat pun susah. Berapa kerat melayu gi solat Jumaat. Berapa kerat pulak yg tetap hati dgn solat jemaah 5 waktu di masjid surau. Berapa kerat lagi yg rindu tergedik2 nak buat sunat rawatib dan qiamullail setiap bulan, jika tak mampu setiap hari. Inikan pulak nak ubah menjadi terus advance.

    Mana mungkin. Lagipun dgn sentap atau sentak, ianya bukan suatu dosa besar dan tiada nas melarang kita alami masalah demikian.

    Jangan dipaksa lakukan sesuatu yg tiada dalam agama. Cukuplah kita hidup dengan pelbagai dugaan dan tekanan. Jangan ditambah2 lagi dengan adab2 yg tak perlu dan pelik2.

    Tersentap adalah satu tindakan normal manusia. Sama macam tahan kentut semasa kita berada dalam tandaa awam yg mana kita sedang alami cirit birit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa setuju tengok mcm PON sebut sket kata apa2 terus sentap kata tak boleh tembak peribadi lah apa lah puihh :P ckp x serupa bikin sama je benz apa ntah haha2

      Padam
  3. setiap bangsa ada perangai masing-masing yang susah nak diubah.dari zaman tuk kaduk sampai la ni.

    BalasPadam
  4. http://www.iais.org.my/e/index.php/events-sp-1744003054/past-events/555-forum-pelaksanaan-hudud-di-malaysia-antara-ideal-dan-realiti.html

    prof dato mahmood zuhdi.

    BalasPadam
  5. During the discussion there was a 'peguam syarie' guy who said that in the old days there were some problems hanging tall people. He was talking about death sentencing and he said that in the old days, tall people took a longer time to be hanged because their feet would still be touching the ground when they were being hung. But now with advanced technology (teknoloji canggih) they have figured out how to hang tall people.

    BalasPadam
  6. However the shocker was another panel speaker - a professor emeritus from the Int'l Islamic University. He was deemed a "religious expert". He had a different idea about hudud - totally different.
    Among other things he linked 'hudud' vis a vis road accidents. He said that presently no compensation was paid when people died in road accidents. So he suggested that families of people who were killed in road accidents be paid 'blood money' or diyat. This was his idea of what a 'hudud' system should do for society.
    During question time the well known lawyer and activist Siti Kassim stood up and pointed out that victims of road accidents or their families can already claim compensation. It is called insurance. Being a lawyer Siti said that she handled many such claims cases. Plus Siti said raised a few other points. The "professor emeritus" from the Int'l Islamic University totally lost his cool. He totally blew his top. He began shouting and screaming at Siti Kassim over the microphone. Among the many things he said was that Siti Kassim "and her friends" did not show enough respect for the "ulamak".
    I dont know what he meant by that. He went on and on and I thought he would not stop. The entire hall became silent in embarrassment. Finally it was the brave Siti Kassim who stood up and yelled back at the professor emeritus. And then it became a shouting match between the professor emeritus and Siti Kassim.
    The professor guy had the advantage of sitting up on the podium and using a microphone. I think that was an abuse of his role as an invited speaker. Like a preacher screaming from the pulpit he was using the microphone to scream at Siti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thx for the full script..
      Malas nak research sources..

      Padam
    2. kau memang penuh bullshit.

      Padam
  7. Orang Kristian 10 000 kali ganda lebih baik daripada orang Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama je. Bad apples are everywhere, regardless of religion and race. Betulkan fakta anda dan banyak-banyakkan merantau ok.

      Padam
  8. Marah si Prof Emeritus tu terbit daripada perasaan bongkak = angkuh = sombong. Sombong kerana apa? Sombong kerana dah ada title Prof Emeritus. I think that guy stopped learning on the day he was bestowed with that title, sebab itulah dia tak tau tentang pampasan kematian kemalangan melalui insurans. Selepas dapat title, rasa dah tahu semua perkara dan tak perlu continue learning. Learning process ni goes on in our daily life, inilah ramai yang tak faham atau buat-buat tak faham. Mereka sangka learning process = kuliah = institusi pengajian. Padahal selagi kita bernyawa, selagi itulah kita sepatutnya belajar setiap hari, daripada pemerhatian sekeliling dan daripada pembacaan. If we are not growing, we are dying. Sebab itulah selagi belum sampai roh di halkum, Allah sentiasa buka pintu taubat untuk manusia. Taubat itu datang dengan hidayah. Hidayah perlu dicari. Pencarian itulah yang melibatkan process of learning and reflecting.

    Lagi satu kebanyakan orang Melayu, they think respect = telan saja = terima jangan tanya. Ini pula didikan tradisi kebanyakan orang Melayu sejak turun temurun. Tak tahu originate dari mana, yang pasti bukan dari Islam sebab Rasulullah s.a.w. memang suka entertain soalan-soalan yang ditanyakan kepada baginda oleh sesiapa sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua salah...tapi to be fair, i nak sebut kat sini pasal Siti Kasim..siapa tak kenal Siti Kasim lawyer poyo yang bajet liberal dan progresif tu....di mahkamah (selalunya kat Jalan Duta la) memang jenis yang takde "courtesy" (ini fitnah, aku bukan lawyer, kehkehkeh)...kalau di forum-forum, dialah yang akan kedepan bertanya pada panel secara provokasi.....tambah-tambah pada point yang dia rasa nak bangkang dan tak setuju....mana taknya panelist menyetan kalau dah soalan atau ayat dia pun macam iblis bertanya....panelist pon manusia biasa kot....orang berbudi kita berbahasa...orang menyetan kita pun menyetan jugak...tengokla perangai dia bila dah start kena sound balik dengan prof tu....macam mak singa dah aku tengok! Noob, lain kali kalau isu macam ni, jangan salahkan satu pihak sahaja....dua-dua pun ada "share" sentap menyentap bak pertandingan berbalas-balas pantun. -akurakyatbiasa-

      Padam
    2. Ralat....maaf Noob, bukan aku maksudkan ko...teguran ni aku tujukan pada Benz Aliff Malik, penulis artikel di atas...ye...aku sentap....kelemahan aku...aku sentap bila artikel ni highlight kelemahan professor tu...guru aku masa buat Syariah di UIA....guru pun manusia biasa..sekian, mintak maaf & terima kasih. -akurakyatbiasa-

      Padam
  9. yang ada taraf tinggi akan turut mempunyai ego yang tinggi sama seperti taraf yang dipunyai..jgn la cuba2 nak tengakkan ur statement kalau ia bercanggah dengan statement dia...."our society and education system already corrupt because of the bad political influence"

    BalasPadam
    Balasan
    1. we a living in a fucked up society...kalau ko sebut ni depan Siti Kasim memang dia mengaku...sebab dia pun fucked up girl!

      Padam
    2. Siti Kasim ni kena la faham culture & mindset orang kat Malaysia ni....kenapa dia beriya-iya tunjuk depan public (selalunya dia hadir di majlis-majlis yang ada kehadiran media & publisiti) pemikiran dia, seolah-olah wujud perasaan bangga dan riak bila public bagi attention pada apa yang dia cakap dan buat...ingat lagi kisah dia bagi bunga kat POJ Putrajaya masa pendengaran kes kalimah Allah? Nak nyatakan pendapat atau saja nak tagih publisiti macam sesetengah pemimpin politik??? masuk politik je lah cik siti oooi...ko tu kan peguam...dah elok sangat dah tu ganti Kak Wan calon Matang Pauh!

      Padam
  10. Si prof ni, mungkin jenis lelaki yg cpt sentap kalau ada org pempuan yg nampk bijak sikit. Biase la jenis yg pandang rendah keupayaan org pempuan ni mmg cukup mudah tercabar kalau ada pempuan yg bijak tanya soalan yg dia x mampu nak jawab dgn fakta. Aku kenal sgt dgn golongan mentality zaman manusia paleolitik mcm prof sentap ni. Cuba kalau org lelaki yg tanya dia soalan2 siti tu, mesti dia boleh jawab dgn gaya rilek, pusing apa2 fakta yg dia reka syiok sendiri jer, xde nak sentap cam beruk kena cili. Haha, kesian.

    BalasPadam
  11. Slm.... Setuju ngan post. Mmg ramai yg cepat sentap sebab in our society comments are meant to degrade not for betterment. Sebab tu jugak kita tak pandai berdebat sebab debat (live or online) hanya utk menegakkan apa yg kita rasa betul sahaja bukan utk mencari kebenaran. Nak tegur/comment kena beradab dan byk pusing. Kalu tegur terus mesti sentap terutama org atasan ataupun yg 'pandai' atau lebih tua. Kita jarang husnu zon.... Sokmo sangka buruk.

    BalasPadam
  12. Cikgu saya pesan dulu, orang yang berilmu (dalam erti kata sebenar berilmu), makin berilmu makin rendah diri dan tawaduk.
    So, even kalau dia prof emeritus sekalipun, rasa-rasa bila kena tegur dan cabar seperti itu terus melenting, rasa-rasa cukup berilmu ke tidak?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.